HANA ZACK bermundar mandir di pejabat tuan Gabriel. Dia lihat Tuan Gabriel yang sibuk membaca bermacam dokumen. Selepas rasa gugup hilang, dia ketuk pintu.
"Masuk." Arah Tuan Gabriel.
"Tuan…" panggilnya perlahan.
"Apa dia Hana?" Tuan Gabriel menghentikan kerjanya, dan fokus pada Hana.
"I don't think I can do it." Ujar Hana, rasa bersalah mula membelenggu dirinya.
"Why? Bukan ke awak top Agent dalam Agensi Hamra ni? Apa je yang awak tak boleh buat?" Tuan Gabriel menduga.
"You know everything Tuan. But still, tuan nak saya jadi orang kanan Aeron?" Tanya Hana tak puas hati.
"Call me dad." Pintanya.
Hana terdiam. Panggil ketuanya sebagai ayah? Kekok!
"Ni tempat kerja…"
"I took care of you since you were young, don't I deserve that words?" Tanya Tuan Gabriel serius.
"I'm not ready yet."
Tuan Gabriel tergelak kecil. Dia pandang gadis itu, orang yang dianggap seperti anaknya sendiri. Sebab itulah dia terlalu mengambil berat tentang Hana.
"Saya hanya perlukan awak untuk menyamar jadi orang kanan Aeron. Sebab, hubungan awak dengan Aeron terlampau sulit." Jelasnya.
Hana mengeluh berat. Kalau setakat nak bunuh Aeron tu, dia on je. Tapi nak jadi orang kanan Aeron? Nak pecah kepalanya memikirkan.
"Kami…"
"Guna taktik yang ada. Dan guna titik kelemahan. Awak dan Aeron asalnya kawankan? Gunalah ayat kawan tu sampai dia percayakan awak." Tuan Gabriel bersilang tangan. Dia menunggu jawapan yang dia mahukan dari mulut Hana.
"Kalau dia bunuh saya?"
"Saya akan bunuh dia." Balasnya yakin.
"Tapi… kalau hubungan awak dengan Aeron lebih dari apa yang kita rancangkan…"
Hana setia mendengar. Apa jadi kalau hubungannya lebih dari apa yang dirancangkan?
AERON pandang lelaki yang sudah melutut sambil menutup wajahnya tanpa riak.
"Kalau diberi pilihan, bunuh sepupu atau pakcik, aku akan bunuh sepupu."
Fikri bangun, dia melihat tubuh disebelahnya. Sudah mati dibunuh Aeron. Dia beralih pandangan pada anak saudaranya pula.
"Kau dah banyak berjasa dengan keluarga aku. Buat apa aku nak bunuh kau?" Aeron hulurkan tangan. Dia menunggu lelaki tua itu menyambut hulurannya dan bangun.
"Kau takkan bunuh uncle?"
Aeron menggeleng. Tapi air mukanya masih kekal serius. Tak kesahlah betapa tenangnya suasana, dia tak boleh tunjukkan air muka yang kena dengan keadaan.
"Tapi dengan satu syarat."
Fikri memandang anak saudaranya, apa syaratnya? Berkaitan hidup dan mati ke? Fikirannya mula bercelaru.
"Jangan bagitau semua keluarga kita. Yang uncle dah tarik diri dari Mafia."
Fikri mengangguk. Tanpa berlengah masa, dia terus keluar dari rumah mewah itu.
"Rules mafia? Bullshit." Ujarnya sendiri.
MALAM, Aeron termenung jauh. Dia pandang langit yang dipenuhi bintang, tapi hatinya? Kosong.
Tiba–tiba telefonnya berbunyi. Terus dia angkat panggilan tersebut. Dia menunggu pemanggil untuk bersuara.
"Hello, Aeron…"
Suara itu, perempuan. Dia berdiam diri, dia mahu mendengar suara perempun itu lagi.
"Sebabkan kau, aku sentuh air kencing setan ni." Ujarnya lemah.
"Siapa…"
"Hana Zack. Kitakan kawan?" Hana tergelak kecil.
"Hana…"
"Ya, Hana. Aku selalu anggap, kau hero aku. Akan ada masa aku susah. Tapi kau hampakan aku Aeron…" kini suaranya macam hendak menangis.
"Kau nak aku buat apa?" Tanya Aeron.
"Tebus balik kesalahan kau." Balas Hana.
Aeron terdiam. Tebus balik kesalahan aku? Kenapa aku?
"I hate you Aeron… I hate, a mafia like you. Who just know how to kill people."
Aeron mengeluh berat. Mendengarkan luahan Hana, buat hatinya tak senang. Tolong jangan buatkan aku macam ni Hana.
"Orang jahat macam kau ni, tak boleh berubah ke?" Tanya Hana lagi, dengan suaranya seperti orang mabuk.
"Tak." Balas Aeron ringkas.
"Kau ingat tak, macam mana hubungan kita masa muda dulu? I used to call you Abang Aeron. Since you were old than me." Hana tergelak kecil.
"I love it. I love, how a person like you, protect me. No mather what." Luah Hana.
"That's…"
"That's all fake. Kau bagi aku harapan, dan kau hancurkan harapan tu. Kejam." Ujar Hana dingin.
"Tapi perasaan aku, bukan palsu." Jelas Aeron. Dia teringat saat mereka berdua bersama. Senyum, gelak ketawa. Sentiasa wujud apabila mereka bertembung.
"Then kenapa kau buat aku macam tu, kenapa kau tak selamatkan aku haritu, kenapa kejadian tu kau anggap macam angin yang lalu. Kau kata perasaan kau bukan palsu, habis tu kenapa kau biarkan aku separuh nyawa?" Tanya Hana panjang lebar.
"We are not destined to be together."
"Aku tak tahu kenapa aku mesti call orang tak guna macam kau. Mungkin… mungkin sebab aku rindu kawan aku yang dulu…" bunyi tangisan mula kedengaran.
"Hana… let's not kill each other." Tiba–tiba kata–kata itu yang keluar dari mulutnya.
"Kenapa?" Tanya Hana.
"Sebab aku taknak bunuh kau." Balas Aeron keras.
"Let me ask you one thing…"
"Apa?"
"Kenapa kau jadi mafia?"
"Tak payah tau. Itu urusan aku." Balas Aeron dingin.
"Meet me tomorrow, abang Aeron."
Panggilan dimatikan. Aeron kaku. Jumpa Hana? Nak buat apa? Abang? Tak masuk akal!
DRAGON memandang orang suruhannya satu persatu. Pisau diambil, lalu digenggam sehinggakan menitiskan cecair merah yang pekat.
"Diorang ingat aku Dragon dalam cerita kartun tu ke? Boleh jinak, manja, bendul."
Orang suruhannya memandang ke bawah. Takut. Ada juga yang tamat nyawanya nanti.
"Aku Dragon, yang hidup dengan darah. Tanpa darah, aku akan ditindas. So, darah siapa yang kita ambil lepas ni?"
Neo mendiamkan diri. Tak berani nak jawab. Darah siapa? Kau fikir aku tahu?!
"Ejen Hana."
"Tapi…" akhirnya Neo bersuara.
Dragon memandang Neo, bengis. Wajahnya beku.
"Bukan ke Hana orang yang paling rapat dengan boss."
"So?"
"Boss sanggup ke…"
"That's all an acting." Dragon tersenyum sinis. Darah ditangannya disapu pada wajah Neo.
"Ingat siapa boss dekat sini Neo…"
Neo menelan liur. Seram! Suasana sebegini yang paling dia benci.
AERON dan Hana saling berpandangan. Hana silangkan tangan pada tubuhnya.
"Let's not kill each other." Ujar Hana.
"Kenapa kau datang sini Hana?" Tanya Aeron serius.
"Aku nak kau tebus kesalahan kau." Balas Hana tanpa riak.
"Kau nak aku tebus macam mana?" Tanya Aeron lagi.
"I want to be your right man." Sambung Hana.
Share this novel
best sngt cite nih