2 BULAN KEMUDIAN
"Kau buat apa?" Sapa Aeron dari belakang. Hana tersentak lalu mengambil selangkah ke belakang.
"Ma… masak." Balas Hana gagap.
"Kenapa kau masak? Boleh je aku suruh anak buah aku beli." Balas Aeron sambil melorek senyuman nipis.
"Membazir je lah beli. Boleh masakkan?" Tegas Hana.
"Kau boleh jamin ke, orang hilang ingatan macam kau ni masak sedap?" Soalnya sinis.
"Kalau aku masak sedap, what will you do for me?" Soal Hana pula. Jaraknya didekatkan sedikit pada Aeron.
"I will please you…" bisik Aeron di teling Hana.
"Please like what?" Soalnya gugup. Matanya berkelip beberapa kali.
"Don't be afraid dear, aku bukan buat nak benda negatif pun." Aeron tergelak kecil, hidung Hana dicuit perlahan.
Hana kaku. Dia hendak bercakap tapi mulutnya seakan terkunci.
"Pandang apa? Nampaknya kau tak sesuai duduk dekat dapur." Ujarnya sambil tersenyum sinis.
Berkerut dahinya mendengar pernyataan Aeron. Tak sesuai?
Aeron menjuihkan mulutnya ke arah kuali yang sedang berasap itu.
"Shit!" Kelam kabut Hana menutup api apabila ternampak masakannya yang bakal rentung.
"I can't eat that carbon, kita makan lain." Ujarnya selamba.
Wajah Hana bertukar menjadi cemberut. Suka hati aje gelar masakan dia karbon ya?
"Tercegat apa? Jom lah." Pelawa Aeron.
"Pergi mana?" Soalnya bengang.
"Pergi katil." Bisik Aeron.
Sekali lagi Hana mengundur, tak lama itu dia menjerit kerana terasa benda panas yang melakat di jarinya.
"Asal?"
Hana membawa tangannya ke depan untuk dilihat dengan lebih jelas.
"Hana Hana… aku takkan izinkan kau masak dekat dapur lagi." Aeron beri amaran.
Lalu dia membawa Hana ke ruang tamu, dia meminta anak buahnya untuk membawa peti kecemasan.
Hana tenung jarinya yang terkena kuali panas itu. Beku, dia tak rasa sakit pun.
"Rileks je?" Soalnya hairan.
"Apalah sangat melecur ni berbanding peluru dalam badan?" Ujarnya selamba.
Aeron tekan sedikit jari yang cedera itu membuatkan Hana terjerit kecil.
"Kau buat apa?!" Marah Hana.
"Sakitkan? Jangan pura–pura yang kau tu kuat. Tak salah pun kau tunjuk kelemahan kau, sekurang–kurangnya aku boleh lindung kau selagi aku bernafas." Pesannya. Sambil dia letak ubat di jari, dia meniup halus pada jari Hana yang tercedera itu.
"Kau lain…" kata–kata itu yang keluar dari mulutnya.
"Aku lain, sebab aku nak jadi yang terbaik, depan mata kau." Balas Aeron tenang.
"Don't make my heart flutter…" dia tarik tangannya yang sedang dirawat.
"Why not, mafia handsome macam aku ni, memang boleh buat perempuan cair kan?" Aeron tersenyum sinis.
"Siapa yang cair dengan kau tu, memang letak otak dekat luar." Balas Hana menyampah.
"Itu sebab aku tak goda kau. Wanna try?" Aeron mendekat.
"No. Buang masa." Hana cepat–cepat bangun dari sofa.
"Apa kata kita kahwin?" Cadang Aeron tiba–tiba.
"For what?" Soalnya dingin.
"Because I love you?" Balas Aeron selamba.
Hana ketawa hambar, dia cinta aku? Palsu!
"Stop joking around." Ujarnya dingin.
"Pilih." Arah Aeron.
Berkerut wajah Hana mendengar ayat itu. Pilih apa?
"marry me or, leave the house." Ugut Aeron.
"Gila! Selagi hati kau tak terbuka untuk aku, selagi tu aku akan tolak kau!" Hana terus naik ke atas. Bengang, macam orang suruhan pula. Apa yang di arahkan, haruslah dipatuhi.
"She's something lah." Suara perempuan itu menyentakkan Aeron yang masih tak lepas pandangannya dari tangga.
"You buat apa dekat sini Julia?" Soalnya dingin.
"Lama tak jumpa kan? I miss you…" tubuh Aeron terus dipeluk tanpa amaran.
Cepat–cepat Aeron melepaskan pelukan itu.
"I just can't stand it, your looks… I thought I just meet the same person…" ujarnya sambil tersenyum kelat.
"Maksud you?"
"I thought you were Dragon, or his full name, Erry Khuzairi." Balas Julia seakan kecewa.
Membulat mata Aeron mendengar nama yang disebut. Julia kenal Dragon?
"You…"
"I datang sini berhajat Aeron…" dia mula serius.
"Apa hajat you?"
"Bukan hajat, ini untuk kebaikan you jugak."
Berkerut wajah Aeron mendengarnya. Kebaikan dia?
"You taknak lindungi keturunan you ke? Orang yang sedarah dengan you tengah bertarung nyawa di Agensi Hamra… you have to save him." Pinta Julia.
"Kalau I taknak?"
"Macam mana pun, dia tetap kembar you. Kalau dia mati, you dah tak ada keluarga. Takkan ada. You have to protect him." Terangnya. Dia cuba pujuk hati Aeron yang keras macam batu.
"I…"
"And I love him… please. Save him…" rayu Julia.
"Kau dengan Dragon…" dia masih lagi terkejut. Tak sangka Dragon akan tunjuk identitinya dengan seseorang.
"Buat apa aku nak selamatkan pembelot macam dia?" Balasnya angkuh.
"He's the only family that you have...fikir balik Aeron, bye." Julia terus keluar dari rumah itu.
DAYANA berjalan ke arah meja Syamim. Lalu dia bersuara.
"Tuan Gabriel panggil." Ujarnya.
Tanpa berlengah masa, Syamim terus mengatur langkah ke bilik Tuan Gabriel.
"Kenapa Tuan?" Soalnya sebaik sahaja masuk ke dalam.
"What about your mission?" Tanya Tuan Gabriel.
"It's a yes."
Share this novel