"Awak janji akan sentiasa ada di sisi saya?" Tanya perempuan itu.
"Iya saya janji." Balas lelaki itu pula.
"Walaupun kita dalam bahaya, kita sama–sama tolong?"
Lelaki itu mengangguk. Senyum dilebarkan untuk menyedapkan hati si gadis.
"Tapi… kenapa awak biarkan saya?" Tanya perempuan itu, raut wajahnya bertukar sedih.
Dalam sekelip mata, ada luka–luka kecil pada wajah si gadis, dan bajunya yang terkoyak berselang luka yang agak dalam.
"Sa… saya…" lelaki itu mula gagap.
"Bukan ke kita dah janji?" Air matanya mengalir. Tangisan perempuannya mula kedengaran.
"Hana!" Aeron terjaga dari tidurnya. Wajahnya mula dibasahi dengan peluh. Aeron memgeluh berat.
"Mimpi apa lagi ni, kenapa aku asyik mimpi benda yang sama?!" Lampu tidur dicampak ke lantai.
"Hana? Dia tak ada kena mengena dalam hidup aku. Tapi kenapa aku panggil nama dia?!" Aeron membentak.
Wajahnya diraup kasar. Mimpi yang tiada petunjuk, tapi dalam tidurnya sering diganggu dengan mimpi yang sama. Sedangkan mimpi itu ibarat filem yang berlangsung, dia tak ingat apa–apa.
"Tak mungkin, tak mungkin budak tu Hana!" Kepalanya kusut. Sibuk memikirkan mimpi tadi.
"Boss, boss okay ke?!" Tanya Fendi cemas, selepas terdengar bunyi jeritan tadi, dia bergegas ke bilik Aeron, untuk pastikan jika ada sesuatu yang buruk berlaku.
"Aku nak kau siasat pasal ejen Hana. Semua! Dari kecil sampai besar, siapa mak bapak dia, dia hidup dekat mana. Sekolah dekat mana. Aku nak semua maklumat tu!" Marah Aeron.
"Tapi, lambat sikit…"
"Aku tak kesah, cari je!" Tengking Aeron.
"Baik boss." Balas Fendi lemah. Ingat senang ke nak cari semua maklumat tu? Apalah nasib!
"Hana Zack, siapa kau? Kalau kaulah orang yang pernah aku jumpa tu, aku akan bunuh kau. Untuk kebaikan kita berdua." Ujarnya dalam hati. Dia cuba melepaskan nafas yang sesak. Jiwanya tak tenang memikirkan Hana dan mimpi itu.
KHAY WILSON perhati Hana yang sibuk menaip. Dia sengetkan kepala, ingin melihat wajah yang cantik itu.
"Kenapa pandang I?" Tanya Hana, dia dah lama sedar. Cuma malas nak melayan.
"Makin cantiklah you ni." Balas Khay lembut.
"Cantik apanya, I duduk dekat hutan, berjemur tengah panas. Apa yang cantiknya?" Tanya Hana kurang senang.
"Just all of it. Dari muka, badan, sampai hujung jari kaki." Balas Khay sambil tersenyum.
"Hmmm."
Hana teruskan menaip. Tapi dirinya tak senang apabila ditenung 24 jam!
"Hey, need help?" Tanya Khay.
"No. I don't need your help. I dah matang Khay, biar I uruskan hal I sendiri." Balas Hana tegas.
"I'm sorry." Balas Khay perlahan.
Hana berhenti menaip. Dia pandang Khay, terbit rasa serba salah dalam dirinya.
"I tak ada niat nak berkasar dengan you." Ujar Hana.
"Perasaan I masih sama Hana."
"Layanlah perasaan you tu. I taknak masuk campur. Kita sebagai agent, kena sentiasa lindungi orang sekeliling kita, tak ada masa nak fikir pasal diri sendiri." Jelas Hana.
"Don't you need your own happiness?" Tanya Khay lembut.
"I don't need it." Balas Hana ringkas.
"Okay, petang ni I train you menembak. You kena tambah skill lagi, you ada misi kan?"
Hana membulatkan mata. Macam mana dia tahu aku ada misi?
"Petang ni?"
"Ejen Kamal suruh. Lagipun I senior you. Memang patut you belajar dengan I."
Hana mengangguk perlahan. Skill nya memang belum cukup. Jadi dia setuju aje bila ejen Khay dah sukarela menawarkan dirinya untuk menjadi guru.
Petang itu, Hana dah siap dengan pakaian menembaknya. Khay perhati Hana dari jauh, lalu dia menuju ke arah gadis itu.
"Nah, pistol baru." Khay hulurkan pistol berwarna silver itu pada Hana.
"Why?"
"Lebih cepat." Balas Khay ringkas.
"Cuba tengok papan–papan yang ada di sekeliling you."
Hana mengikut arahan, dia melihat papan–papan menembak itu satu persatu.
"100 points setiap satu, boleh?"
Hana mengangguk perlahan. Dia kurang yakin, 100 points setiap satu? Susah tu!
"Betulkan posisi badan."
Khay berjalan ke belakang Hana, lalu dipegang pinggang gadis itu, sebelah lagi tangannya memegang tangan Hana.
"This is how you have to do…" dia merapatkan tubuhnya dengan Hana. Jantung Hana berdegup laju, kenapa dekat sangat ni?
"Don't flutter Hana, I just wanna teach you." Bisik Khay.
Hana terus berpaling, dia pandang Khay serius.
"You ambil kesempatan Khay…" ujar Hana bengang.
"No. Try it." Khay pusingkan semula badan Hana. Dia luruskan tangan gadis itu menghadap papan penembak.
"Make it 100 points. Cara bunuh musuh dengan mudah, sebab kena di bahagian hati." Jelas Khay.
Hana tarik nafas, dengan perlahan, dia melepaskan tembakan. Sayangnya, dia hanya mendapat 40 mata sahaja.
"You masih lemah Hana." Balas Khay.
Dia alih Hana ke tepi. Lalu dia halakan pistol pada papan penembak. Satu, dua, tiga, empat, lima. Kesemua papan penembak itu terkena di bahagian 100.
"This is how you do it."
"I hate, I hate killing people." Ujar Hana.
"You have no other choice. You don't kill them, and you will be the one who died." Terang Khay.
Hana diam. Dia toleh memandang Khay, baju lengan pendek itu menampakkan parut–parut ditubuhnya.
"Kalau you mati 6 tahun lepas, I takkan maafkan you Khay…" ujar Hana.
"I'm alive. Don't worry dear…"
"Hubungan kita dah tak macam dulu. You ingatkan apa yang I cakap, kalau you pergi join misi tu, means kita putus." Balas Hana tegas.
"I will fight for your love…" rambut Hana diselak lembut.
"I don't love you anymore…" ujar Hana keras.
AERON ZACK turun ke ruang tamu, macam biasa. Anak–anak buahnya dah berkumpul terlebih dahulu.
"Aku nak ceroboh Agensi Hamra." Ujar Aeron.
"Ce… ceroboh? Bo… boss nak buat apa?" Tanya Fendi gagap.
"Aku nak jumpa Hana." Balasnya dingin.
"Boss, saya boleh culik Hana, bawa dia kesini. Kita tak boleh ambil…"
"Aku nak jumpa perempuan tu! Sediakan seberapa banyak orang yang boleh. Supaya aku tak mati dekat sana." Pesan Aeron.
Dia terus keluar dari rumah mewah itu. Enjin kereta dihidupkan, lalu dia pecut pada kelajuan maksimum.
Setelah beberapa jam, dia berhenti di sebuah tempat. Disebalik hutan, ada sebuah bangunan yang tidak diketahui orang.
Dia masuk bangunan itu. Dia ingin berjumpa dengan ejen Hana.
Dengan berpakaian yang hampir sama dengan ejen disitu, jadi dia tidak terperangkap. Dia terus berjalan, mencari bilik Hana.
Tiba–tiba, ada seorang perempuan masuk ke sebuah bilik, dan tubuh itu, iras–iras ejen Hana.
Dia terus ceroboh masuk ke dalam bilik yang dimasuki perempuan tadi. Pistol dikeluarkan untuk langkah berjaga–jaga.
"Ejen Hana…" perempuan itu menoleh.
"Sampai sini kau cari aku?" Balas Hana sinis.
"Kau siapa sebenarnya?" Tanya Aeron bengang.
"Aku? Takkan tak kenal? Your friends from the childhood…"
Share this novel