BAB 16

Romance Completed 119870

MALAM, Hana berjalan di sekitar Agensi Hamra dengan perasaan sayu. Dia bakal tinggalkan tempat ini demi misi. Tiba–tiba dia nampak seorang lelaki berjalan macam tercedera. 

Dia mendekatkan dirinya pada lelaki itu. Makin jelas apabila jarak antara mereka sangat dekat. 

"Khay?" Panggil Hana. 

"Han… hana…" dia berdiri tegak. Sakit di kakinya cuba diabaikan. 

"Kaki you, kenapa dengan kaki you?" Tanya Hana risau. 

"Oooo, luka sikit je. I…" belum sempat dia habis cakap, Hana merendahkan badan, dia tengok luka di kaki Khay. 

"Luka sikit? You kena tembak ni! Macam mana boleh jadi macam ni?" Tanya Hana lagi. Seluar yang sudah berlubang itu disentuhnya. 

"Hana, I okay. Janganlah risau sangat." Khay menyentuh perlahan bahu Hana. 

"Pergi rawat dengan Neeta. You tahu kan betapa bahayanya peluru bila masuk dalam badan?" Arah Hana. 

"Okay–okay, mission tu, you terima ke?" Tanya Khay. 

"Tak ada masa lah you nak ambil kesah pasal I. Fikir pasal you dulu!" Hana meninggikan suara. 

"Okay fine. Jangan tinggalkan I masa rawat dengan Neeta nanti. At least say goodbye to me before you left." Pesan Khay.

"I need to go now." Ujar Hana serius. 

"Please, tak sampai satu jam pun I nak you spend time dengan I…" dia menarik tangan Hana. 

Hana toleh memandang Khay, lalu dia mengeluh berat. 

"You fikir I akan stay sana sampai bila–bila ke?" Tanya Hana. 

"But…"

"I kena cepat Khay, take care." Hana terus melangkah ke depan dan meninggalkan Khay sendirian. 

"Bila kau masuk campur misi ni, aku dah takkan sayang kau macam dulu Hana…" monolognya sendirian. 

AERON berjalan ke hulu–kehilir. Entah apa lagi yang ditunggunya. 

"I'm back, Boss." Kemunculan Hana menghentikan pergerakannya. 

"Cepat balik?" Aeron bersuara. 

"Kenapa? Kau nak aku pergi Agensi Hamra balik ke?" Tanya Hana pelik. 

"No! Kau datang sini, maksudnya kau dah ambil keputusan untuk tinggalkan Agensi Hamra kan?" Tanya Aeron serius. 

Hana mendiam. Siapa kata dia nak tinggalkan Agensi Hamra? Dia datang sini sebab misi!

Hana mengeluh kecil sebelum membuka langkah masuk ke dalam rumah mewah itu. 

"Stop." Arah Aeron. 

"What?" Tanya Hana. 

"Tell me, kau datang sini sebab aku atau sebab misi?" Tanya Aeron dingin. 

"Kalau aku datang sini sebab misi?" Hana menguji. 

"So berambus." Arah Aeron kasar. 

"Aku datang sini, sebab Dragon. Aeron, aku tak lupa lagi kisah silam kita." Balas Hana tenang. 

Aeron terdiam. Setiap kali kisah silam mereka dibangkitkan, mesti Aeron jadi buntu.

"Hana…"

"Where's my room?" Tanya Hana. Dia cuba ubah suasana.

"Bilik aku." Balas Aeron tanpa memandang gadis itu, dia terus masuk ke dalam. Dan tinggalkan Hana diluar. 

Hana jadi kaku. Bilik dia? Punyalah besar rumah ni, bilik kau jugak yang kau offer?!

Hana mengeluh berat, lalu masuk ke dalam. Dia pandang Aeron yang belum lepas dari tangga. 

Cepat–cepat Hana berkejar. Dia cuba pintas langkah Aeron. 

"Kau kenapa?" 

"Tak ada bilik lain ke?" Tanya Hana.

"Anak buah aku tidur berjemaah, kau nak join sekali ke?" Tanya Aeron pula. 

"Seriously tak ada bilik lain?" Hana masih bertanya. Jika diberi pilihan, dia memang taknak satu bilik dengan Aeron. 

"Kenapa? Kau fikir aku nak makan kau ke?" Aeron menguji. 

"Okay fine! Kau ingat aku takut?" Hana berpeluk tubuh tanda protes. 

"Oh kau tak takutlah ni?" Aeron tersenyum sinis. Tak takut ya?

"Shit. Dahlah aku nak pergi tidur dulu." Baru saja Hana melangkah, Aeron menarik tangannya. 

"Dalam bilik tu ada shower, mandi dulu sebelum tidur." Pesan Aeron. 

"Kalau aku taknak mandi?" 

"Kau tidur luar rumah." Balas Aeron selamba. 

Hana melepaskan tawa hambar. Tidur luar rumah? Nak aku demam ke?!

"Apa jenis perempuan kau ni, tak mandi. You are the worst." Diberi lagi ayat tak ada insuran itu. Buatkan Hana panas hati. 

"Aku mandilah!" Hana terus naik ke atas, Aeron ditolak sikit agar tak menghalang laluannya. Nasib saja Aeron tak jatuh. 

Apabila sampai di bilik, dia letakkan barang–barangnya di tepi katil. Lalu dia masuk ke dalam bilik air, tak lama itu, dia keluar semula. 

"Aeron! Towel!" Jerit Hana dari atas. 

Habis satu rumah dengar. Aeron yang sedang sibuk membuat kerjanya, terhenti apabila Hana menjerit sebegitu rupa. 

Tanpa membuang masa, Aeron terus naik ke atas. Dia buka pintu bilik dan bersandar di tepi pintu sambil berpeluk tubuh. 

"Towel mana? Basahlah badan aku nanti." Tanya Hana. 

"Towel dalam almari bodoh. Lain kali cari." Balas Aeron bengang. 

Hana mengambil towel dan menjeling Aeron lama. Aku dikatanya bodoh?

"Asal? Kau nak aku mandikan ke?" Aeron mendekat. Hana cepat–cepat berlari masuk ke dalam bilik air lalu pintu dihempas kuat. 

"Elok–elok sikit perangai tu. Roboh rumah aku nanti." Sindir Aeron. 

Beberapa jam kemudian, Aeron naik ke atas setelah selesaikan semua kerja–kerjanya. 

Pintu bilik di kuak perlahan. Terlihat Hana sedang mengeringkan rambutnya, Aeron mengeluh berat. Dah berapa jam pun tak tidur lagi?

Aeron merenung Hana lama. Tapi Hana sedikit pun tak perasan dengan kehadirannya di dalam bilik itu. 

Sebaik sahaja Hana menoleh, dia terkejut. Pantas dia membetulkan rambutnya yang serabai. 

"Ehem!" Hana membetulkan suara. 

"Asal tak tidur lagi?" Tanya Aeron dingin. 

"Ada hairdryer tak?" Tanya Hana.

"Apa benda tu. Kau ni banyak sangat songeh!" Aeron meninggikan suara. 

"Hish! Kuno betullah kau ni!" Balas Hana tak puas hati.

"Kuno apanya?"

"Hairdryer la. Pengering rambut!" Bentak Hana. 

"Tak adalah perempuan!" Marah Aeron. 

"Kau ni kan, harap rumah je mewah. Hairdryer tak ada, aircond tak ada. Semualah tak ada!" Bentak Hana lagi. 

"Susah–susah sangat, kau pergilah tidur hotel!" Tengking Aeron. 

"Aku orang kanan kau lah!" 

"Dah tu?" Tanya Aeron tak puas hati. 

"Hish diamlah!" Balas Hana bengang. 

Entah kenapa harini, mereka bergaduh macam anjing dan kucing. Ada aje tak kena. 

"Jangan arah aku Hana. Aku boss kau, bukan kau boss aku." Ugut Aeron. 

Hana merengus kasar. Kerja mengeringkan rambutnya yang basah diteruskan. 

Aeron pandang Hana sambil berpeluk tubuh. Besar kecik besar kecik je aku pandang kau ni!

"Nak makan aku ke?" Tanya Hana dengan sekali jeling.

"Boleh ke?" Tanya Aeron sinis.

"Boleh bla!" Tengking Hana. 

Aeron tergelak kecil. Dah tahu lagi bertanya. Itulah padahnya!

"Dahlah Hana. Sampai abad ke 7 pun rambut kau tak kering–kering. Tidur je lah." Tegur Aeron. Rimas pula dia tengok Hana dari tadi keringkan rambut. 

Hana buat tak endah. Dia meneruskan kerjanya. Aeron menjeling, lalu dia bersuara. 

"Esok aku belikan hairdryer, sekarang aku nak kau tidur." Dengar saja Aeron berkata begitu, Hana terus berhenti. 

"Okay, night!" Dia ambil bantal dan selimut, lalu dia baring di bawah. Aeron garu kepala yang tidak gatal. 

"Asal tidur bawah?" Tanya Aeron pelik. 

"We're not married." Balas Hana ringkas. 

"Then let's get married."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience