Khay Wilson mula bertentang mata dengan Aeron. Tak lama itu kalihkan pandangan ke tempat lain.
"Tak sangka eh kau kerja dengan Dragon?" Tanya Aeron sinis.
"Kau tak cakap pun Aeron akan datang sini." Khay bersuara. Dragon tergelak kecil.
"Kau boleh beza ke siapa Aeron, siapa dragon?" Dragon menguji.
Khay terus memandang mereka berdua. Takut dia tersilap orang.
Raut wajahnya jelas tampak cemas. Lalu Dragon tergelak lagi.
"Apa yang kau takut sangat dengan Aeron?" Tanya Dragon pelik.
"Aku, aku bla dulu. Aku tak ada urusan dekat sini." Baru Khay melangkah ke depan. Aeron bersuara.
"Siapa kata kau tak ada urusan dekat sini? Khay Wilson?" Tanya Aeron bengang.
"Rileks bro." Dragon mula berlakon seakan mahu meredakan pergaduhan. Walhal dia paling suka tengok orang bergaduh sehingga berbunuh–bunuhan.
"Macam mana kau boleh kerja dengan orang yang dah bunuh Tuan Karel?!" Tengking Aeron. Bengang? Semestinya. Sebab Dragon sendiri pembelot!
"Correction. Bukan aku yang bunuh Tuan Karel. Aku masih muda masa tu, kenapa orang macam aku nak bunuh dia? Fikir logiklah." Balas Khay serius.
"Kau fikir aku bodoh ke?!" Saat Aeron mara ke depan, Dragon bersuara.
"Guard…" semua pengawal menghalang Aeron dari terus ke depan.
"Aku takkan izinkan kau, cederakan Khay Wilson. Berundur." Wajah Dragon mula tegang.
"Kau yang patut berundur. Aku taknak bunuh kau, Dragon." Aeron memberanikan diri untuk mara ke depan.
Dia ambil pistol di belakang poket, lalu ditembak satu persatu pengawal–pengawal yang berada disitu.
"Tepi Dragon." Arah Aeron.
"Kau yang tepi, sebelum aku tikam kau." Ujar Dragon dingin.
"You leave me no choice."
Tengkuk Dragon diketuk kuat menggunakan tangannya, membuatkan Dragon tumbang.
"Kau nak lawan dengan aku? Serius? Tak menyesal?" Khay Wilson menguji.
"Kau buat apa dekat Agensi Hamra? Nak bunuh Hana?" Tanya Aeron bengang.
"Sebab Tuan Karel dengan Tuan Gabriel, ada hubungan yang sangat rapat. Buatkan aku rasa nak bunuh sekali Tuan Gabriel tu. Aku taknak orang yang ada kaitan dengan Tuan Karel, masih sihat wal'afiat. Jadi, Hana pun terlibat sekali. Sorry." Balas Khay tanpa rasa bersalah.
"Bodoh!" Tembakan dilepaskan. Tapi Khay sempat mengelak.
"Ingat Aeron, aku lagi handal dari kau. Jangan nak berangan untuk berlawan dengan aku." Khay Wilson berjalan melepasi Aeron.
Aeron tidak mengalah, belakang Khay ditoreh panjang. Khay terasa sakit. Tindakan Aeron terlalu pantas, dia tak sempat mengelak.
Khay Wilson merengus kasar. Dia toleh memandang Aeron.
"You're cheater." Lengan Aeron ditembak sepantas mungkin.
"Jangan lawan dengan orang macam aku Aeron. Teruskan, lindung Ejen Hana." Pesan Khay sebelum beredar.
Aeron pegang lengannya yang terasa sakit. Lantai ditumbuk sekuat hati. Bengang, dia terlepas Khay Wilson macam tu aje!
"HELLO Hana! Kau okay tak?!" Tanya Syamim gusar.
Telefon dijauhkan sedikit agar telinganya tidak menjadi mangsa pada suara lantang si Syamim. Kot risaupun, cakaplah elok–elok!
"Aku okaylah. Kau kenapa?" Tanya Hana pelik.
"Kau tak ada berita apa–apa pasal Aeron ke?" Tanya Syamim cemas.
"Buat masa ni, tak ada?"
"Aeron tengah jumpa Dragonlah!" Meninggi suaranya memberitahu.
"Seriously? Dia buat apa dekat sana?" Tanya Hana kaget. Tak sangka, Aeron tak ada petang ni sebab berjumpa dengan Dragon! Hish!
"Kami tengah cuba track dia. Kau tunggu je maklumat dari kami."
"Aku boleh datang Agensi…"
"Tak boleh! Tuan Gabriel taknak Aeron syak wasangka dengan kau. Lakonan kau sebagai orang kanan Aeron. Mesti sempurna!" Cepat saja Syamim memotong bila Hana mengambil keputusan untuk datang ke Agensi Hamra.
"Takkanlah aku nak tunggu sini je? Bapak bosan!" Hana menengking.
"Degillah kau ni! Ikut je lah arahan Tuan Gabriel. Tak penat ke asyik langgar arahan je?" Tanya Syamim tak puas hati. Dah penat dia tengok perangai Hana yang tak matang tu.
TUAN GABRIEL melihat pada skrin komputer. Ia menunjukkan dimana lokasi Aeron dan Dragon berada sekarang.
"Diorang ada dekat Blue Diamond Tuan!" Beritahu Jack.
"Khay Wilson mana? Saya ada misi nak bagi." Matanya meliar mencari ejen Khay.
"Dia, tak ada Tuan." Balas Dayana perlahan.
"Asyik tak ada je! Track lokasi dia sekarang!" Arah Tuan Gabriel bengang. Tengah sesak macam ni lah, dia hilang!
"Tuan…" Panggil Dayana perlahan.
"Kenapa Dayana?" Tanya Syamim pula. Pelik dengan reaksi Dayana.
"Look at this." Tuan Gabriel kalihkan pandangan pada skrin komputer sebelahnya.
"Wait…" matanya dikecilkan. Dia cuba buat perbandingan antara dua–dua lokasi.
"Kenapa ejen Khay ada dekat Blue Diamond?" Tanya Tuan Gabriel curiga.
Lokasi yang disiasat. Sama! Tak lari langsung dari lokasi yang diduduki oleh Dragon sekarang.
"Saya tak pasti Tuan. Tuan ada bagi dia misi yang kami tak tahu ke?" Tanya Syamim serius.
"Ma… mana ada!" Tuan Gabriel meninggikan suara.
"Call ejen, Khay, call dia sampai dapat!" Arah Tuan Gabriel. Banyak benda curiga yang muncul difikirannya.
HANA ZACK berjalan mundar–mandir di dalam biliknya. Dia memikirkan bagaimana cara untuk jejaki Dragon.
Tak lama kemudian, dia turun ke bawah. Dalam waktu yang sama, Aeron telah muncul di hadapan pintu.
"Kau nak pergi mana?" Tanya Aeron pelik.
"Aku… aku… nak ambil angin. Lemas duduk rumah ni!" Bohong Hana.
"Setahu aku dekat rumah aku pun ada kipas tau?" Aeron jalan mendekat. Hana mengundur ke dalam semula. Tiba–tiba Aeron terhenti dan pegang lengannya yang cedera.
"Lengan kau…" Pandangannya fokus pada lengan Aeron. Banyak darah yang masih mengalir.
"Nothing." Balas Aeron angkuh.
Lengan yang luka itu, terus ditumbuk perlahan oleh Hana.
"Sakitlah perempuan!" Tengking Aeron.
"Ini yang kau kata nothing tu? Aku tumbuk sikit je." Hana menjeling.
"Tak payahlah nak layan aku macam ni Hana." Aeron melanggar sisi Hana dan masuk ke dalam.
"Stop." Arah Hana.
Aeron abaikan kata–kata Hana. Dia sambung langkahnya menghampiri ke tingkat atas.
"Kalau tak, aku balik ke Agensi Hamra. I won't be your right-hand man."
"Go for it." Balas Aeron tak kesah.
"Aeron! Sekali kau dengar cakap aku tak boleh ke?!" Jerit Hana. Sakit hatinya apabila Aeron langsung tak ambil peduli tentangnya.
Anak buah Aeron sudah berdiri tegak di ruang tamu. Terkejut pun ada. Kalau merekalah yang tengking Aeron, dah lama kena pancung!
"Hana…" panggilnya perlahan.
"Aku nak rawat luka kau je! Salah ke?" Tanya Hana bengang.
"Fine." Aeron naik ke atas.
"Aku kata nak rawat luka kau lah!" Tengking Hana.
"Iyalah, dekat ataslah!" Balas Aeron dengan suara lantang.
Hampir terlopong anak buahnya menyaksikan drama tadi. Terkejut, Hana menang, boss kalah?!
Semasa di bilik, Aeron terus tanggalkan bajunya tanpa amaran.
"Bangga sangat tayang sixpack?" Sindir Hana.
"Kau nak rawat luka aku kan?" Tanya Aeron sambil menjeling Hana.
"Aku nak rawat lengan kau, bukan badan!" Hana meninggikan suara.
"Tak apalah. Kalau kau tergoda, lagi senang kerja aku." Balasnya sinis.
"I need to take out the bullet."
"Teruskan." Balas Aeron tenang.
"Tanpa bius?"
"Its okay. Aku boleh tahan." Balas Aeron yakin.
"Lie down." Aeron akur, dia baring atas katil.
Hana keluarkan alat–alat yang diperlukan untuk keluarkan peluru.
"Tahan sikit."
Aeron pejamkan mata. Dia berdebar sebenarnya.
Sebaik sahaja Hana ingin menarik keluar peluru itu, Aeron mengaduh sakit. Dia cuba menahan, tapi terlampau sakit!
"Sssss…" matanya dipejam rapat.
Hana pandang Aeron, selepas itu dia mengalirkan air mata.
"Aku tak boleh tengok orang sekeliling aku cedera. I hate you, tapi kenapa aku menangis dekat orang macam kau?" Aeron yang dari tadi mengaduh sakit, terdiam.
"Sikit lagi. Sorry aku tak bawak ubat bius." Dia kesat air mata, lalu menyambung kerjanya. Usai menarik keluar peluru, Hana jahit kulit yang terkoyak itu penuh teliti.
Selesai saja, Aeron terus bangun. Sisi Hana dipegang, lalu dia memusingkan badan gadis itu menghadapnya.
"Hana sebenarnya aku…"
KHAY WILSON berjalan mengelilingi pejabat Dragon.
"Kau dah hampakan aku Dragon." Ujarnya dingin.
"Apa yang patut buat, untuk puaskan hati kau?" Tanya Dragon bengang.
"Bunuh Aeron." Arah Khay.
"Kau gila ke?! Walaupun aku cakap aku mampu bunuh dia. Tapi hakikatnya aku tak mampu, aku tak mampu bunuh keluarga sendiri!"
Share this novel