BAB 40

Romance Completed 119870

*Excited eh Kay dah mula update daily? hahaha. Ini semua sebab komen korang yang sentiasa buat Kay bersemangat nak update. Ada berita gembira, kemungkinan novel ni akan ditambah satu atau dua lagi chap, memandangkan cinta Aeron dan Hana baru saja bermula, kita bagi chance. Enjoy reading!

"CEO? Kau?" Hana bersuara.

"Aku tak tahu kau ingat atau tak, aku pernah cakapkan. Aku tak pernah makan duit haram." Bisiknya di cuping telinga Hana.

"Mana tau yang kau ni Con Artist ke?" Hana meneka. Dia masih tak boleh terima yang Aeron adalah seorang CEO.

"Johan, sila berikan data profile saya pada dia. Supaya dia percaya yang saya ni memang CEO dekat sini." Sambil dia memberi arahan, dia pandang Hana dengan senyuman sinis.

Hana ketawa hambar. Tak logik! Kalau betul dia CEO, kenapa dia tak pernah pergi kerja?

"Sebab belum tiba masanya untuk aku muncul. Johan yang selalu contact aku dan handle syarikat ni." Ujar Aeron tiba–tiba.

Membulat mata Hana mendengarnya. Dia dengar ke hati aku?

6 TAHUN LALU

AERON MASIH dengan kerjanya. Membunuh musuh–musuh yang cuba mengancam mereka. Suatu hari, dia mendapat mesej.

"Jumpa dekat Taman Bunga."

Berkerut dahi Aeron membacanya. Taman bunga? Setahu dia taman bunga yang selalu orang pergi ada satu saja.

Tapi kenapa? Siapa orang yang mesej dia?

Hatinya jadi tak tenang. Pada awalnya dia ingin mengabaikan saja mesej itu. Tapi hatinya berkeras untuk berjumpa. Dia ingin tahu siapa di sebalik mesej ini.

Tepat pukul 3 petang, Aeron meninggalkan banglonya dan membawa kereta pada kelajuan maksimum.

Sampai sahaja di taman bunga. Dia mencari orang yang memberi mesej tadi.

Tiba–tiba telefonnya berbunyi. Aeron mengangkat panggilan tersebut.

"I'm right here. Wearing a yellow blouse, with tiny flowers on it." Ujar wanita itu.

Melilau matanya mencari wanita berbaju kuning dan bercorak bunga kecil.

Akhirnya jumpa juga, terus dia pergi ke wanita itu.

Membulat matanya memandang gerangan di hadapannya. Takkanlah?

"Ma… mama?" Dia bersuara.

"Maaf Aeron, maafkan mama sebab hilangkan diri terlalu lama." Balas wanita itu, atau dikenali sebagai Datin Melinda.

"Tuan Karen cakap, mama aku dah mati." Aeron mengundur setapak.

"Aeron, mama belum mati. This is really me." Datin Melinda cuba memegang tangan anaknya, namun Aeron pantas mengelak.

"Sebab kau tinggalkan aku, aku ikut jejak papa. Aku dah jadi mafia!" Marah Aeron.

"Mama tak sanggup, mama tak sanggup tengok papa bunuh orang hari–hari. Papa tipu mama, pada awalnya mama ingat papa tu orang biasa. Tapi lepas kahwin, baru mama tahu yang dia tu mafia yang kejam. Mama tak sanggup Aeron…" Datin Melinda meluahkan perasaannya yang terpendam.

"Habis kenapa kau tak bawa aku keluar dari rumah tu?" Soalnya menahan amarah.

"Papa ugut mama. Kalau mama bawak Aeron dan Erry keluar dari rumah tu, dia akan bunuh mama. Dia tak cintakan mama, dia nak harta mama je." Jelas wanita itu bersungguh–sungguh. Dia inginkan kepercayaan anaknya.

Hati Aeron makin merana mendengar penjelasan Datin Melinda. Tuan Karen sanggup nak bunuh isteri sendiri? Ibu kepada anak–anaknya?

"Ma, Aeron pun sama je. Tangan Aeron dah tak suci. I kill people with this hand. Dah banyak darah yang mengalir dekat badan Aeron… tolong pergi."

Belum sempat Datin Melinda hendak membalas, Aeron terus meninggalkan dia di belakang.

Tangan Aeron mengepal penumbuk. Kenapa hidupnya begitu malang? Selepas dia kehilangan Hana, dia dapat tahu yang mamanya masih hidup.

Hari berlalu dengan pantas, Datin Melinda bersungguh–sungguh memujuk Aeron untuk berjumpa. Lama kelamaan, Aeron kalah. Setelah dia mendapat tahu yang mamanya masih hidup. Dia merasakan dia harus berjumpa dengannya. Sebelum dia kehilangan mamanya pula.

"Aeron… mama tahu Aeron susah nak maafkan mama. Tapi biarlah mama bagi satu hadiah untuk Aeron sempena menjadi anak mama. Mama bersyukur…" luah wanita itu. Kali ini tangan Aeron digenggam, namun Aeron tidak mengelak lantas membiarkan sahaja.

"Macam mana sekalipun, tak ada orang yang boleh ganti tempat mama. Ibu tetap seorang. Takkan ada yang kedua." Ujarnya, walaupun hatinya sedang sakit.

"Aeron… tujuan mama nak jumpa dengan Aeron, untuk meletakkan Aeron sebagai pewaris Melinda Holding." Dia berterus terang.

"What?" Dia buat muka tak percaya. Serahkan Melinda Holding?

"Kenapa pulak?" Soalnya bingung.

"Mama tak lama dah, I have lung cancer, stage 4." Jelasnya tenang. Setiap hari dia menangis, dia berdoa agar kembali sihat. Tapi dah menjadi takdirnya untuk mati dalam keadaan begini. Dia redha. Hanya menghitung hari untuk pergi.

"Lung cancer?" Air matanya hendak mengalir, adakah dia akan kehilangan seorang lagi yang dia sayang?

"Mama redha. Dan mama nak ubah kehidupan Aeron, berhenti jadi mafia. Dan handle syarikat ni." Ujar Datin Melinda.

Aeron ketap bibir. Sakit hatinya hendak menerima semua ini.

3 bulan berlalu, Datin Melinda telah pergi untuk selama–lamanya.

Segala harta Datin Melinda telah diserahkan pada Aeron. Dan syarikat Melinda holding kini menjadi miliknya.

Tapi dia masih tak dapat terima kenyataan, kenyataan bahawa Datin Melinda sudah tiada. Dan kini dia seorang CEO.

Dia mula belajar, bagaimana hendak menjadi pengurus yang berjaya. Tapi hatinya masih berat untuk menjejak kaki ke Melinda Holding. Dia jadikan setiausahanya Johan, sebagai orang tengah. Johan yang melakukan semua kerja. Dia hanya memberi cadangan dan arahan.

HANA duduk di sofa dengan muka tak puas hati. Dia masih lagi tak dapat hadam tentang keberadaan Aeron sebagai CEO.

"My mom, Datin Melinda is dead, due to a lung cancer, stage 4." Ujarnya. Dia tahu, Hana masih bingung dengan apa yang terjadi.

"Datin Melinda, is your mom?" Soalnya, raut wajahnya bertukar menjadi simpati.

"Yeah, all the people that I love, leave me with tragedy. That I can't forget. Because I leave you alone, so this is my karma." Balasnya sambil tersenyum nipis. Perit, kisah hidupnya terlalu perit. Kerana Tuan Karen, hidupnya terjerat.

Hana bangun dari sofa, lalu dia datang menghampiri Aeron.

"I'm sorry…" ujarnya.

"It's okay. Just cry Aeron, kau tetap manusia." Dia peluk Aeron yang masih duduk di kerusi kerja. Kepala Aeron ditolak supaya terletak di bahunya.

"Aku tak boleh menangis, aku tak boleh tunjukkan kelemahan aku. Sebab aku nak lindung kau." Ujarnya perlahan. Suaranya mula sebu.

"I can't deny it." Balas Hana.

"Apa dia?" Soal Aeron ingin tahu.

"That I love this man, so hard. I keep lying to myself, so that you can forget me." Luahnya. Banyak kali pun mulutnya menafi, hatinya tetap sama. Disebabkan tingkah laku Aeron, dia jatuh hati. Dia percaya, Aeron lain.

Aeron terus melepaskan pelukan Hana. Dia pandang Hana tak percaya.

"Kau…"

"I want to live with you, with the name of Dahlia." Ujarnya tenang.

Tubuh Hana dipeluk sekali lagi. Dia tak percaya dengan apa yang didengarnya. Hana cintakan dia?

Perlahan–lahan, air matanya mengalir. Akhirnya dia dapat hidup bersama orang tersayang.

"I'm sorry Aeron, I keep hurting you…" air mata Hana mengalir. Kisah Aeron terlalu pahit. Dia tak mahu Aeron menderita lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience