SYAMIM memandang Hana yang sedang menikmati minum petangnya dari jauh. Sambil itu dia mengeluh beberapa kali.
Langkah di atur menghampiri Hana yang masih terleka.
"Aku tak setuju."
Hana terus menoleh, siapa pulak yang datang entah dari mana, terus tak setuju?
Selepas melihat wajah itu, Hana menjeling sekilas. Syamim rupanya.
"Kau tak setuju apa?" Tanya Hana. Patutnya bagilah salam ke apa, ni terus tak setuju. Apa yang tak setujunya?
"Aku dengar diorang cakap, kau nak sambung misi 20 hari lepas. Kau dah gila ke?" Tanya Syamim dengan raut wajahnya yang tegang.
"Suka hati akulah. Sekali misi tu dah dapat dekat aku, aku mesti settle kan. Tak kesahlah berbulan ke, bertahun ke. Susah mana pun, aku nak buat jugak." Tegas Hana.
"Kau perempuanlah."
"Don't ever look down on me Syamim." Hana beri amaran.
"Tapi…"
"Kalau aku fikir yang aku ni perempuan, tak boleh ambil risiko. Kenapa aku join Agency Hamra? Aku buat ni sebab aku minat." Balas Hana panjang.
"And because of that thing?" Sambung Syamim.
"No." Balas Hana sepatah.
"Kau tak ingat ke apa yang jadi dua tahun lepas? Kau hampir mati Hana! Kau hampir mati sebab kau nak settle kan misi tu!"
"Itu dulu! Aku tak kesah sama ada aku mati atau hidup, kita sebagai ejen mana boleh fikir semua tu! Kita kena adil, jalankan misi supaya negara selamat. Kita kena pertarungkan…"
"Pertarungkan nyawa kau? Kau patut usaha untuk selamatkan nyawa kau Hana. Jangan fikir pasal status kau sebagai ejen je, fikir apa yang akan jadi dekat negara ni bila dah tak ada ejen macam kau?"
Hana terdiam. Semua yang dikatakan oleh Syamim adalah logik. Dan tidak ada yang salahpun. Hana mengeluh berat.
"I don't care Syamim. Aku kena jugak settle kan misi tu!" Bentak Hana.
"You are selfish." Balas Syamim ringkas.
Hana menjeling, selfish? Kau belum tahu semuanya tentang aku Syamim.
FENDI berlari ke arah Aeron Zack yang masih berehat di ruang tamu.
"Boss…"
Aeron memandang Fendi, dah kenapa lagi budak ni?
"Ada satu benda yang kita terlepas, pasal ejen Hana boss…" jelas Fendi resah.
"Apa dia?" Tanya Aeron serius.
"Nama akhir dia, Zack. Nama dia Hana Zack boss…"
Membulat mata Aeron mendengar nama itu. Aeron Zack, Hana Zack. Kenapa nama Hana ada Zack pulak? Dia kan perempuan?
"Kau serius ni?"
Fendi mengangguk. Aeron mengeluh kasar. Meja kaca di hadapannya di tumbuk kuat.
"No, tak mungkin dia someone related to me. Cari lagi maklumat pasal dia. She can't be…" dia mengepal penumbuk.
Fendi pula lagilah pelik. Kenapa nama akhir ejen Hana sama dengan bossnya? Apa kaitan mereka berdua?
SEORANG lelaki berjaket hitam, berjalan mengelilingi ruang tamunya yang kusam. Dia pandang orang suruhannya satu persatu.
"Ejen Hana masih hidup?" Tanya lelaki itu dingin.
"Ya boss. Ejen Hana tak mati dekat tangan Aeron." Balas Neo serius.
"Wow, this is the first time, Aeron tak bunuh mangsa dia. This bro is cool. Sebab apa eh? Sebab dia perempuan?" Tanya lelaki itu sinis.
"Saya tak pasti. Kami akan siasat diorang dengan lebih mendalam." Balas Neo lagi.
"Kau rasa, apa patut aku buat? Bunuh ejen Hana?"
"Jangan boss. Diorang tak boleh tahu tentang keberadaan kita. Kan boss yang bagitahu haritu?" Balas Neo bersungguh–sungguh.
"Neo… kenapa nama kau Neo eh?" Tanya lelaki itu lagi.
"Half humans, half robot." Balas Neo.
"That's my man. So, jangan berlawanan dengan pendapat aku, faham?" Kolar baju Neo dicengkam, membuatkan Neo terjengket sedikit.
"Fa… faham boss." Balas Neo gagap.
"Aku yang akan bunuh ejen Hana, kalau Aeron tak bunuh dia." Kata lelaki itu. Dia ambil tempat duduk di atas sofa.
"We need to change the game…"
AERON jalan tak tentu arah. Fikirannya dari tadi Hana, Hana, Hana!
"Bagi aku nombor telefon Hana." Sejurus memberi arahan, dia terdiam. Hana? Nama tu terlalu familiar dengannya. Siapa Hana?
"Kejap boss." Dia cari nombor Hana dan serahkan telefon itu pada Aeron.
"Ini nombor dia?" Tanya Aeron.
Ajib mengangguk. Aeron terus menghubungi nombor itu, dan dia tunggu untuk Hana angkat panggilan.
"Hello?" Suara perempuan kedengaran.
"Hana Zack?" Soal Aeron.
"Siapa kau?" Tanya Hana keras.
"Aku… Aeron Zack." Balas Aeron serius.
"Macam mana kau tahu nombor aku?"
"Siapa kau, Hana Zack? Kenapa nama kau familiar sangat dengan hidup aku?" Tanya Aeron.
"Aku? Ejen Hana. Orang yang kau nak bunuh. Are you satisfied with my answer?"
"No. Kau bukan setakat ejen, kau sorok sesuatu dari semua orang termasuk aku, ejen Hana." Aeron berkeras. Dia tahu, Hana bukan sebarang orang. Dia ada rahsia yang orang lain langsung tidak tahu.
"Kau merepek apa? I'm done. Hang up…"
"Wait, aku nak tanya." Aeron cuba menahan Hana dari meletak panggilan.
"Kenapa kau tak terkejut lepas dengar nama aku? Aeron Zack. Hana Zack. Takkan kau tak perasan?"
Hana terdiam. Pertanyaan Aeron dibiar tergantung beberapa saat.
"Hello? Aku dah kata…"
"Just wait Aeron. This time, I will kill you. No mercy, just die." Hana terus meletakkan panggilan.
Aeron kaku. Dia nak bunuh aku lagi? She's something…
HANA berjalan ke hulu ke hilir. Dia memikirkan sesuatu, dan benda itu tak boleh hilang dari fikirannya.
"Aeron Zack… dia dah sedar?" Soalnya sendiri.
Tiba–tiba suasana dewan Hamra menjadi riuh. Hana menjengah kepalanya di ruangan tengah. Ramai yang sedang berkumpul. Kenapa pulak ni? Ada misi ke?
"Dayana? Kenapa semua berkumpul ni? Ejen Kamal suruh ke?" Tanya Hana pelik.
"Bukanlah! Kau tak tahu apa–apa ke?"
Hana menggeleng. Memang tak tahulah! Otaknya dari tadi fikirkan bagaimana nak bunuh insan bernama Aeron Zack!
"He's coming…" balas Dayana bersungguh–sungguh.
"Siapa?" Tanya Hana bingung.
"Orang yang dapat misi selama enam tahun untuk selesaikan. Akhirnya misi dia selesai! And harini, dia akan dinaikkan pangkat." Balas Dayana lagi. Senyuman tak lekang dari wajahnya.
"Just who is him?" Tanya Hana, dia dah mula malas nak melayan.
"Ejen Khay! Ejen Khay Wilson is coming back!" Balas Dayana excited.
Hana bagai tak percaya dengan apa yang didengarnya. Ejen Khay? Dia dah balik?
"It's him!" Dayana menunjukkan ke arah pintu yang terbuka luas.
Seorang lelaki berbadan tegap berjalan menuju ke arah Hana. Hana masih terpaku, macam tak percaya! Akhirnya ejen Khay dah selesaikan misinya!
"Hello Hana. Miss me?" Tanya Khay sambil tersenyum.
Dayana disebelahnya dah terloncat kegembiraan.
"Err…" Hana gagap.
"Don't worry, you're always pretty." Bisik Khay di telinga Hana. Terus memerah wajahnya, dengan jarak wajah mereka terlalu dekat!
"Errr congrats. Se… sebab dapat selesaikan misi tu." Ucap Hana gagap.
"Thank you dear." Dahi Hana dicium.
Makin malu Hana dengan kelakuan ejen Khay.
"Amboi, dia dah tak ingat dekat junior yang lain. Ingat ejen Hana je…" sindir mereka yang masih berkumpul.
"Hahaha, come, come and hug me!" Ejen Khay membuka kedua belah tangannya. Serta merta mereka menyerang Ejen Khay sampai tergolek ke atas lantai. Hana pun tergelak melihat situasi tidak matang itu.
Semasa di bilik tidur, Hana memegang satu gambar. Lalu air matanya jatuh.
"That day, you leave me Aeron…"
Share this novel