BAB 32

Romance Completed 119870

"JANGAN biar Dragon terlepas. Kejar sampai dapat!" Kuat suaranya memberi arahan. 

"Baik Tuan!" Balas ejen yang lain. 

"Dan Dayana, bawa seorang budak dari tempat tu. Kita akan bedah siasat." Arah Tuan Gabriel lagi. 

"Baik Tuan." 

Mereka semua meninggalkan gudang lama itu kecuali Dayana. 

SYAMIM ambil langkah berjaga–jaga. Dia perhati di setiap kawasan tempat itu, supaya dia tak terlepas Dragon lagi. 

Lama dia berjalan, dia ternampak kelibat seseorang. Dia menghampiri gerangan itu lantas pistol dikeluarkan. 

"Dragon!" Panggilnya kuat. 

"Apa lagi kau nak?!" Lelaki itu terus mendekatkan jaraknya dengan Syamim. 

"Ikut kami. Jangan sampai kami guna cara kasar!" Arah Syamim. 

"Buat apa nak ikut kau?" Dragon ketawa sinis. 

"Sebab kau dah bunuh budak–budak tu!" Balas Syamim bengang. 

"Dengar sini. Perkara ni akan selesai kalau awak dengar cakap kami Dragon…" ejen Kamal bersuara. 

"Aku tak bodoh lagilah nak serah diri!" Tanpa banyak soal, Ejen Kamal terus kejar Dragon dan menghalangnya dari terus berjalan. 

"Aku dah bagi kau pilihan…" leher Dragon terus dicekik sampai dia tak cukup nafas. 

Yang lain semua terkejut melihatnya. Dragon jatuh terduduk. Tangan ejen Kamal masih tak lepas dari lehernya.

"Ikut cakap aku, atau aku boleh bunuh kau terus." Bisik ejen Kamal yang berbaur ugutan. 

Tak lama kemudian Dragon terus pejamkan mata. Seolah–olah tidak bernyawa lagi. 

"Tu… tuan…" Jack mula gagap. 

"Sediakan van, kita akan bawa Dragon ke sana." Arah ejen Kamal. 

"He's died?" Syamim bersuara.

"Nope, ada lebih kurang 3 minit untuk dia bertahan. Cepat bawa van." Balas ejen Kamal. 

Syamim terus angguk dan bergegas meninggalkan tempat itu.

Ada masa 3 minit, nasib van tak jauh! Syamim berlari ke arah van dan hidupkan enjin. Van dibawa pada kelajuan maksimum dan patah balik pada tempat kejadian. 

"Masuk Tuan!" Ujar Syamim apabila sampai ke tempat asal. 

Sebaik sahaja masuk, Ejen Kamal dudukkan Dragon disebelahnya. 

"Pisau." Pintanya. 

Semua ejen kaku. Pisau? Nak buat apa?

"Pisau?" 

"Cepatlah! Nanti dia mati!" Tengking ejen Kamal. Dayana terus berikan pisau kepadanya.

Ejen Kamal mula fokus pada kepala Dragon, pisau didekatkan lalu ditoreh sedikit kulit kepalanya. 

Syamim dan yang lain gugup. Kalau Dragon mati, habislah! 

Beberapa saat kemudian, terasa Dragon mula bernafas semula. 

"Aku…" ujar Dragon lemah. 

"Aku…" 

"Kau tak layak nak bercakap." Pelekat terus ditampal pada mulut Dragon. 

Dragon meronta–meronta minta dilepaskan. Ejen Kamal pegang Dragon sekuatnya, tak ada peluang untuk Dragon melepaskan diri. 

"Cepat pergi ke Agensi Hamra." Arah ejen Kamal. 

Syamim mengangguk, lalu had laju ditambah. 

15 HARI KEMUDIAN…

"Takkan tak sedar lagi?!" Aeron memberontak. 

"Sabar bro. Dia bukan kena satu peluru, tapi dua! Logiklah kalau dia tak sedar lagi sampai sekarang." Balas doktor Syafiq serius.

"Kalau dia sedar pun, banyak risiko." Sambungnya. 

Aeron berpaling wajahnya pada doktor Syafiq. 

"Apa? Apa risikonya?" Tanya Aeron bengang. 

"Mungkin dia akan hilang ingatan? Sebab pendarahan yang keluar terlalu banyak, dia boleh terkesan pada otak." Balas doktor Syafiq perlahan. 

"Atau lebih teruk lagi…" 

Aeron pandang serius pada doktor Syafiq. Apa yang lagi teruk? Hatinya mula gusar. 

"Hidup dia mungkin tak lama, dan kalau dia tak sedar diri selama 3 tahun, kami terpaksa cabut bantuan jangka hayat." Jelasnya. 

Tangan Aeron mengepal penumbuk. Penjelasan doktor Syafiq betul–betul membuatkan hatinya sakit. Kenapa Hana perlu hadap semua ni?

"Aku nak kau selamatkan dia. Tolong selamatkan dia!" Aeron meninggikan suara.

"Aku tahu kau mafia, tapi macam mana sekalipun, kau kena ingat. Kau islam, kau kena percaya pada takdir." Tegas doktor Syafiq. 

"Kau tak payah nak berceramah dengan aku." 

"Sama ada dia hidup atau mati, keputusannya bukan pada aku." Doktor Syafiq terus beredar dari bilik itu. 

Aeron duduk di sebelah Hana dengan rasa hampa. Dia pandang wajah gadis itu, kadang–kadang, terbit rasa rindu dihatinya.

"Kalau kau mampu bangun, aku akan anggap kau sebahagian dari keluarga aku. Tolong bangun Hana…" tangan halus itu digenggam. 

"Aku… tak sanggup kehilangan kau…" air mata cuba ditahan. Tangan Hana, sejuk. Itu yang membuatkan hatinya makin sebak.

Lima hari telah berlalu, Aeron masih setia menunggu Hana untuk bangun. 

"Hana… aku menyesal. Aku pernah cuba untuk bunuh kau, aku takut kau benci aku… tapi sekarang, aku nak kau hidup Hana. Kita mulakan hidup baru, tolonglah…" setiap hari tangan halus itu digenggam erat. 

Setiap hari dia meluahkan perasaannya. Rasa yang pilu, sedih melihat Hana terlantar di atas katil ibarat tubuh yang tidak bernyawa. 

Tiba–tiba terasa jari Hana bergerak di dalam genggamannya. Aeron terus angkat kepala, dia pandang Hana dengan penuh harapan. 

"Hana…" panggilnya perlahan. 

Perlahan–lahan, kelopak mata Hana terbuka sedikit. 

"Kau dah sedar?" Tanya Aeron, tubuhnya terlalu rapat dengan Hana. 

"Si… siapa kau?" Tanya Hana lemah. 

Genggamannya terus terlepas. Dia tak kenal aku?

"Panggil doktor Syafiq." Arahnya di dalam talian. 

Beberapa minit kemudian, doktor Syafiq muncul di hadapannya. 

"Dia tak kenal aku." Ujarnya perlahan. 

Doktor Syafiq alihkan pandangan pada Hana. 

"Boleh saya tau, siapa nama cik?" Soalnya.

"Saya? Saya… siapa…" kepalanya terus dipegang, tiba–tiba rasa sakit yang amat menyerang kepalanya. 

"Arghh…" Hana mengaduh sakit. 

"Cik berehat dulu. Jangan fikir apa–apa." Satu suntikan diberi pada Hana, tak lama kemudian, dia pejamkan mata.

"Aku dah kata, dia akan hilang ingatan." Ujarnya pada Aeron. 

"Betul ke dia hilang ingatan?" Tanya Aeron serius. 

Doktor Syafiq mengangguk. Aeron pandang Hana yang baru saja melelapkan mata. 

"Memori dia takkan datang balik?" Tanya Aeron lagi. 

"Kalau kau tolong…" 

"Kalau macam tu, biarkan memori dia hilang. Aku dah taknak dia sengsara." Balas Aeron dingin. 

Jawapan itu buatkan Syafiq terdiam. Aeron dah lain sangat. Dia pula yang jadi bingung. 

"Tapi memori dia boleh datang balik." Sambungnya. 

"I won't let that happen." Aeron berkeras. 

"Okaylah. Apa–apa hal terus call aku. Chaw." Syafiq terus beredar selepas meninggalkan pesanan. 

Malam, Aeron telah menyediakan bubur dan air kosong. Dia letakkan di meja kecil di sebelah katil Hana. 

Sekali lagi Hana membuka mata. Dia pandang sekeliling, asing. Satu pun dia tak ingat. 

Dia pusing ke kanan, terlihat seorang lelaki sedang berbalas pandangan dengannya. 

"Siapa kau?" Tanya Hana dingin. 

"Aku? Aeron." Balas Aeron pendek. 

"Iya, apa hubungan kau dengan aku?" Tanya Hana bingung. 

"Boyfriend?" Balas Aeron lagi. 

"Tak lawak." Hana terus menjeling. 

"Habis siapa aku?" Sambung Hana. Dia buntu, semuanya adalah asing bagi dia. 

"Dahlia." Tangan Hana terus digenggam. 

Hana tergamam dengan kelakuan Aeron. Kenapa dia pegang tangan aku?

"Dah… Dahlia?" Tanya Hana gagap. 

"Mmm. Nama kau Dahlia." Aeron tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience