BAB 17

Romance Completed 119870

"Gila eh?" Tanya Hana pelik. Dah tiba–tiba ajak kahwin apa kes!

Aeron angkat bahu. Tanpa berlengah masa, badan Hana dicempung lalu dicampak ke atas katil. 

Hana terkejut dengan tindakan Aeron. Sah gila! 

"What? Kau nak buat apa lagi?!" Hana pejamkan mata. Takut sesuatu terjadi. 

"Aku taknak kau tidur bawah. Tidur sebelah aku je. Bukan aku rogol kau pun."

Membulat mata Hana mendengar perkataan itu. Kenapalah dia perlu berjumpa dengan orang tak waras macam Aeron!

Hana hendak bangun, tubuhnya dipeluk rapi oleh Aeron. 

"Sleep." Arah Aeron. 

"Eh kau dengan aku…"

"Kenapa? Kau nak kahwin? Aku on je. Lagi senanglah kerja aku." Balasnya sinis. 

"Hish!" Bentak Hana. Penat dia berusaha untuk melepaskan diri, semuanya sia–sia.

"Tidur bodoh." Arah Aeron kasar. 

"Eh kau tu yang bodoh. Tak habis–habis cakap aku bodoh apahal?" Ujar Hana bengang. Kalau aku bodoh, tak adanya aku jadi top Agent lah!

Lama kelamaan. Hana terlelap. Aeron pusingkan badan Hana menghadapnya. 

"I want to protect you…" Aeron bangun dari pembaringan. 

Telefon atas meja di capai, lalu dia menghubungi seseorang. 

"Dragon, aku nak kau berhenti kacau Hana." Aeron beri amaran. 

"Kenapa? Aku rapat kot dengan dia." Balas Dragon sinis. 

"Sebab kau Hana benci aku!" Bentak Aeron. 

"Oh kesiannya. Itu sebab kau rampas Hana dari aku." Balasnya tenang. 

"Sejak bila?! Engkau tu yang gila. Sanggup kau buat Hana macam tu…" Aeron meninggikan suara. 

"Jangan risau Aeron. Aku dah tak ada apa–apa perasaan dekat Hana. Kerja aku sekarang, musnahkan Agensi Hamra. Dan bunuh Hana. Kau jangan masuk campur…" Dragon beri amaran. 

"Aku akan tetap lindung Hana dari kau." Balas Aeron serius. 

Dragon tergelak kecil. Nak lindung Hana dari aku? Dengan hidup serumah dengan dia? Kau terlalu lemah Aeron!

"Kau fikir dengan cara kau peluk dia time tidur. Gaduh dengan dia macam orang bodoh. Kau boleh lindung dia ke? Lagipun kau tau tak? Ejen Hana tak pernah belot Agensi Hamra." Terangnya panjang lebar. 

"Aku tak kesah semua tu! Kau kena ingat, aku masih boleh bunuh kau." 

"Ya. Sebelum kau bunuh aku, aku dah bunuh kau dulu Aeron. And masa tu, mulalah satu drama menanti, kau nak kena tikam, tapi Hana selamatkan. And, she died…" Dragon ketawa besar. Ketawanya berlanjutan seperti orang gila. 

"Jadi… tak ada gunanya kau simpan Hana bawah kau. Sebab once dia ada perasaan dekat kau, dia rela berkorban demi kau. Ingat." Pesan Dragon penuh sinis. 

"Dragon, aku cakap dengan kau lagi sekali…"

"Cakap apa? Kau nak bagitau identiti aku dekat Hana pun kau tak mampu, kau nak buat apa dekat aku? Aku tahulah, kau takkan sanggup nak bunuh orang macam aku." Balas Dragon.

"Aku boleh bagitau identiti kau dekat Hana…" balas Aeron dingin. 

"Itu pun kalau kalau kau sanggup tanggung risiko. Ingat, sekali identiti aku terbongkar, dengan kau sekali merana. Fikir sebelum bertindak Aeron." Pesan Dragon lagi. 

"Kau fikir aku tak mampu?" Tanya Aeron keras. 

"Kau mampu, kalau kau sama macam Tuan Karel. Berani mati." Panggilan dimatikan. 

Dinding di sebelahnya ditumbuk sekuat hati. Bengang, sebabkan satu benda, hidupnya jadi terikat. Semuanya berpunca dari Dragon!

HANA memandang anak buah Aeron satu persatu. Lalu dia diselubungi rasa pelik. Mulutnya memberontak ingin bertanya. 

"Korang ni memang tak reti duduk eh? Patung? Tak gerak langsung dari tadi?" Akhirnya soalan itu keluar dari mulutnya.

"Diorang takkan jawab soalan kau." Tegur Aeron dari jauh. 

"Hey, cuba la berhati perut sikit. Diorang pun manusia, kenal erti penat. Sedangkan kau pun cari tempat yang selesa untuk tidur." Hana berleter. 

"Hana…" 

"Suruh diorang duduk." Balas Hana ringkas.

"Eh yang kau kesah sangat pasal diorang kenapa?" Tanya Aeron bengang. 

"Sebab diorang manusia." Balas Hana lagi. 

Aeron ketawa hambar. Jawapan, kalah budak tadika!

"Han, mana air? Kau nak aku mati tercekik ke?" 

Han memandang pada ruangan meja. Tak ada air pulak! Confirm kena belasah kejap lagi!

"Ke… kejap boss." Han terus bergegas ke dapur. Hana tenung Aeron, lama. 

"Asal?" Tanya Aeron pelik. 

"Diorang pun manusia tau. Diorang lapar, haus…"

"Okay fine! Korang duduk. Duduk aku kata!" Arah Aeron bengang. 

Anak buahnya semua menjadi patung. Boleh duduk? Seriuslah?

"Aku kata duduk. Nak kena bunuh ke?!" Tengking Aeron. Dengan Hana sekali tersentak. Tak ikhlas langsung!

Tanpa berlengah masa, mereka duduk bersusun di atas lantai. Mata memandang ke bawah. Seram!

"Diorang haus…"

"Aku taknak nampak satu sisa pun dekat dapur ni. Makan sampai habis! Air pun aku taknak nampak dekat atas meja ni!" Arah Aeron lagi. 

Hana tersenyum. Aku menanglah ni?

"Goodjob." Puji Hana, dia hampir tergelak, namun dia cuba menahan. 

Sedang makan, sudu di letakkan ke tepi. Dia pandang Hana, tak lama itu dia bersuara.

"Petang ni aku tak ada. Aku tinggalkan dua orang untuk jaga kau." Beritahunya.

"Tak payah. Bawak je semua orang kau. Aku tau kau akan buat something yang boleh libatkan nyawa kau. So bawak semua." Balas Hana. 

"Setakat dua orang, tak luaklah." Balas Aeron dingin. 

"I want to be alone. Ataupun, aku bawak orang dari Agensi Hamra untuk teman aku." Cadang Hana tanpa berfikir panjang. 

Makan Aeron terhenti. Dia pandang Hana. Bawak orang dari Agensi Hamra?

"Aku takkan bagi siapa–siapa pun orang dari Agensi Hamra untuk jejakkan kaki dekat sini. Faham?" Ujarnya bengang. 

"Okay boss. Faham." Hana malas nak bertekak, dia iyakan sajalah. Makan yang terhenti disambung semula. 

TUAN GABRIEL fokus menonton sebuah video. Dimana ianya berkait rapat dengan Dragon. 

"Tuan nak buat apa?" Tanya Syamim. 

"Nak buat apa? Kita serahkan semua ni pada Hana. Dia degil sangatkan." Balas Tuan Gabriel tak puas hati. 

"Tuan… saya dengar…" belum habis bicaranya, telefon Tuan Gabriel berbunyi. 

Pantas dia mengangkat panggilan tersebut. 

"Tuan… you know what. Aeron ajak saya kahwin semalam." Membulat matanya mendengar pengakuan Hana. Kahwin?

"What should I do? I have to say yes, or no." Tanya Hana, dia cuba minta pendapat. 

"Awak boleh fikir panjang Hana. Takkanlah sebab misi ni awak sanggup setuju nak kahwin dengan Aeron." Balasnya bengang. 

Syamim yang berada disitu agak bingung. Kahwin dengan Aeron? Kenapa pulak?

"Mungkin lepas kahwin dengan dia, lebih mudah untuk saya settle kan misi?" Balas Hana lagi. 

"Jangan mengarutlah Hana! Stop thinking too far! Saya takkan izinkan!" Panggilan dimatikan. Tangannya mengepal penumbuk. Bengang dengan sikap Hana yang tak masuk akal dan degil tu. 

"Syamim, awak ingat. Mulai hari ini, awaklah partner Hana. Awak kena jaga Hana dari jauh, faham?" Tanya Tuan Gabriel serius. 

"Saya tak tahulah kalau saya boleh turut serta misi ni dengan Hana…" balasnya perlahan. 

"Kenapa?" 

"Kali pertama saya jumpa Aeron, dia terus nak bunuh saya, kalau Hana tak halang, saya dah mati tuan…" balas Syamim serba salah.

"Habis tu? Siapa lagi yang layak untuk jadi partner Hana?" Tanya Tuan Gabriel lagi. 

"Ejen Khay." 

"Awak tak payah mengarutlah. Ejen Khay ada misi lain. Saya merayu, saya perlukan seseorang untuk lindung Hana." Rayu Tuan Gabriel.

AERON ZACK masuk ke sebuah bangunan, dengan anak buahnya sekali. 

Satu persatu anak tangga dipijak, sampailah di sebuah bilik. 

"You're here!" Lantang suara Dragon menyambut kedatangan Aeron. 

"Khay Wilson…"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience