HANA pejamkan matanya, serapat mungkin. Dia gugup.
"Kau akan menyesal lepas dengar kisah silam kau Hana…" bisik Aeron perlahan.
"It doesn't mind… I need to know it all." Balasnya.
Dia terdesak, tak kesah sama ada kisah silamnya manis atau pahit. Dia tetap ingin tahu.
Tanpa amaran, bibir Aeron terus dipagut Hana. Aeron tersentak, terus dia melepaskan tubuh itu.
"Look at how desperate you are…" ujarnya gugup.
"Just do it already…" balas Hana seakan merayu.
"I know you want it so badly. Just like the other days…" sambungnya.
Membulat mata Aeron mendengarnya. The other days? Dia ingat?
"Keluar." Arahnya dingin.
"Stop being cold to me Aeron…" Hana ketap bibir.
"Kau ingat, satu persatu tentang kita. Kalau kau ingat semuanya, kau akan benci aku Hana… dan aku taknak benda tu berlaku. Aku taknak kau benci aku lagi…" ujarnya serius.
"You get what you want, tak salahkan untuk aku benci kau?" Balas Hana sambil matanya fokus memandang wajah Aeron.
"No! I don't need your body! Aku bukan lelaki yang bodoh macam dekat luar sana. Aku hanya perlukan kau." Tegas Aeron.
"What do you want from me? Love? Macam mana aku nak cintakan kau sedangkan kau tak cintakan aku? Apa benefit yang aku dapat kalau stay dengan kau? Sampai masanya aku akan pergi jugak. Sebab kita berdua tak ada perasaan tu Aeron…" jelas Hana. Suaranya seakan kecewa membalas kata–kata Aeron.
"Aku boleh cintakan kau! Bagi aku masa…"
"Masa apa? Hidup ni ada had, sampai bila aku nak tunggu kau?" Potong Hana.
"Keluar. Aku taknak tengok muka kau." Balas Aeron bengang.
"Aeron… aku nak…"
"Keluar!" Tengking Aeron, lalu dia keluarkan Hana secara paksa.
"Shit." Hana mengeluh berat.
Dia berjalan menuju ke biliknya sambil menghentak kaki.
"Kau patut berlembut dengan dia Hana! Why getting emotional?!" Bentak Hana sendiri.
KHAY WILSON berjalan menghampiri dimana tempat Dragon dikurung.
"Hah, ejen Khay. Tolong lepaskan aku." Ujar Dragon angkuh sebaik sahaja terlihat Khay berdiri di hadapannya.
"Aku tak boleh selamatkan kau Dragon, kau yang cari pasal." Balas Khay sambil tersenyum sinis.
"Aku benci lah duduk dalam sangkar ni!" Bentak Dragon, pagar besi mula digegarkan berkali–kali.
"Dragon, think. Hanya sorang je yang boleh selamatkan kau sekarang ni… aku taknak digelar pembelot. Good luck." Khay terus beredar dari situ.
"Woi! Keluarkanlah aku! Siapa je yang aku boleh harapkan selain kau?!" Jerit Dragon.
Khay buat tak endah. Dragon perhati Khay sampai hilang kelibatnya. Pagar besi itu dipukul kuat.
TUAN GABRIEL berjalan ke hulu ke hilir. Jack, Dayana, Khay dan yang lain hanya diam menyepi.
"It turns out, Dragon bukan induk yang kita cari… atas Dragon, ada orang lain yang berkerjasama dengan dia." Ujarnya serius.
"Tuan rasa siapa orang tu?" Soal Syamim.
"Saya tak tahu, Ejen Syamim dan Han…" kata–katanya terhenti, dia lupa yang ejen Hana tiada dengan mereka.
"Syamim…" panggilnya lemah.
"Ya Tuan." Sahut Syamim.
"Bila kita akan dapat ejen Hana ke sini?" Soalnya.
"Tuan nak saya pergi sana ke?" Soal Syamim semula.
"Can you do that?"
"Baik Tuan." Syamim beri tunduk hormat, lalu dia keluar dari bilik itu.
"Dayana… menyusul Syamim dari belakang, the Agent Safety came first." Arah Tuan Gabriel.
"Tuan saya?" Khay bersuara. Dari tadi dia perhati ejen–ejen menerima misi. Kenapa dia seperti diabaikan?
"You should rest. Awak dah jalankan misi selama 6 tahun, sebagai ganjaran, saya beri awak rehat selama sebulan." Balas Tuan Gabriel sambil tersenyum kecil.
"Tak apa Tuan…"
"Ini arahan, ejen Khay." Tegasnya.
Khay tunduk hormat secara terpaksa. Dia bengang apabila tak boleh bertindak apa–apa.
SYAMIM sibuk mencari maklumat di komputernya. Dayana perhati Syamim dari jauh.
"Syamim, kau yakin ke Hana di tangan Aeron takkan menjejaskan keselamatan dia?" Dayana bersuara.
"Kau tau macam mana hubungan Hana dan Aeron dulu?" Soalnya.
Dayana geleng beberapa kali. Mestilah dia tak tahu.
"Diorang tu ibarat keluarga. Aeron pernah anggap Hana macam adik dia sendiri. Dia lindung Hana dari bahaya. Sebab tu aku yakin dengan Aeron…" jelas Syamim.
"Tapi dia masih mafia." Tegas Dayana.
"Macam mana pun dia, dia masih manusia. Jangan risau, aku akan kawal pergerakan diorang. Hana dah memang tanggungjawab aku dari awal lagi." Balasnya serius.
"Let's get it start then."
SELIMUT ditarik dan ditolak berkali–kali. Hana mengeluh berat, kenapa tak boleh tidur ni?!
"Tidur dengan aku." Hana terkejut dengan suara yang muncul secara tiba–tiba itu. Bila dia masuk?
"Ti… tidur?" Soalnya gagap.
"I want to sleep with you, I don't want your body." Jelas Aeron apabila Hana seperti salah faham.
"Kalau macam tu, tidurlah dekat bilik kau, ada katil jugakkan?" Balas Hana gagap.
"I need you to comfort me." Aeron terus duduk di atas katil di undang. Membesar mata Hana apabila jaraknya dengan Aeron terlalu dekat.
"Tidur dengan aku…" tubuh Hana terus di peluk erat.
"Kenapa…"
"It's warm…" rambut Hana dicium lembut.
"Dah berapa lama kau tak cuci rambut?" Tanya Aeron, sakit juga hidungnya menghidu bau yang tidak menyenangkan itu.
"Aku tak suruh pun kau cium!" Bentak Hana.
"Sleep first, esok aku tolong cuci rambut kau." Ujarnya lembut.
"Kau dah kenapa ni?" Tanya Hana pelik.
"I'm trying my best, to loving you…"
Share this novel