*Disebabkan ada sorang readers ni minta tambahkan chapter. Kay tambahkan lagi, jadi keseluruhan akan menjadi 45 chapter.
*Sekiranya komen-komen korang memuaskan hati, Kay akan update new chapter secepat mungkin. Dan semua readers yang pernah komen, Kay akan letakkan nama korang di chapter PENGHARGAAN nanti. Nak tak nama tu dipaparkan? sila komen ya!
*Kepada yang dah pernah baca bab 43, diminta untuk terus skip sampai ada tanda (*) Maaf ya terpaksa edit balik. Sebab Kay taknak campur adukkan waktu terindah diorang dengan part2 suspend and killer, belot dan putus. Enjoy reading!
SYAMIM berkejar mendapatkan Tuan Gabriel. Dia melayan sekejap lelahnya, tak lama kemudian dia bersuara.
"Tuan!" Panggilnya serius.
"Kenapa?" Tanya Tuan Gabriel pelik.
"Dragon dah hilang Tuan!" Balas Syamim panik.
"What? Macam mana dia boleh hilang?!" Meja di hentak kuat.
Nafas Syamim tidak teratur. Tapi dia harus juga bercakap. Perkara ini lagi penting dari segala–galanya.
"Malam tadi Agensi kita di ceroboh Tuan. Tapi disebabkan tempat ni kalis bunyi, hanya pengawal je yang tahu apa yang berlaku semalam." Jelas Syamim.
"Kumpulkan semua ejen. Sekarang!" Suaranya menggeletar. Dia cuba menahan amarah.
Sebaik sahaja ejen berkumpul, Tuan Gabriel terus bersuara. Mereka sudah tidak cukup masa.
"Mengikut siasatan, orang yang tolong Dragon malam tadi, anak buah Aeron." Beritahunya.
Membulat mata Tuan Gabriel mendengar jawapan Syamim. Anak buah Aeron? Tapi kenapa?
"Siasat lagi. Apa yang membuatkan Aeron arahkan anak buah dia untuk keluarkan Dragon. There must be something…" Tuan Gabriel ketap bibir. Dia perlukan orang seperti Aeron untuk berkerja dengannya. Tapi sekarang… semua dah huru–hara.
"Kita kena bagitahu Hana Tuan…" Syamim memberi pendapat.
"No! Sampai majlis perkahwinan diorang berakhir, jangan ada siapa–siapa yang bagitahu Hana." Bangkang Tuan Gabriel.
"She need to know!" Syamim berkeras.
"Biar diorang bersatu dulu… biar Hana lengkapkan misi terakhir dia. She love him." Tegasnya.
"Kalau Hana mati dekat tangan Aeron, saya akan tarik diri dari Agensi ni." Syamim nekad.
Dia dah tak mampu menahan lagi, dia taknak tengok Hana terseksa.
"Sekarang ni… kita cari Julia dan ejen Khay, diorang dah sembunyikan diri dari kita." Arah Tuan Gabriel.
"Baik Tuan!" Mereka akur arahan yang diberi. Syamim masih ragu–ragu.
"Dan pasal Aeron…" sambung Tuan Gabriel. Semua fokus memandangnya.
"Kita akan singkirkan bukti yang ada tentang cara Dragon dilepaskan. Or else, dia akan dihukum gantung sampai mati, sebab bersubahat dengan pembunuh." Dia memberi arahan.
"Biarkan dia Tuan. Biarkan dia terima hukuman yang setimpal." Syamim berkeras.
"Tak boleh Syamim. Agency Hamra need him. Kita boleh ubah dia. Tak… Hana boleh ubah dia." Balas Tuan Gabriel.
"Right, Aeron belum pernah kena tangkapkan?" Soalnya.
"Belum Tuan." Balas Dayana.
"Baik. Pastikan data yang anak buah Aeron pecah masuk Agensi Hamra, dibuang tanpa tinggalkan kesan."
Semua ejen mengangguk. Syamim rasa tak sedap hati, kenapa hatinya rasa lain sangat? Seolah–olah ada benda yang akan berlaku.
HANA terjaga dari tidurnya. Dia pandang Aeron dengan wajah sayu.
"Aku terlalu sayangkan kau Aeron… aku sanggup ketepikan misi aku, untuk bahagiakan kau. I need to bring you to Agency Hamra. Aku nak ubah hidup kau." Tangan Aeron dicium lembut.
"Maafkan aku Aeron, sebab masih berpura–pura hilang ingatan." Rambut lelaki itu diusap perlahan.
MATAHARI sudah terbit, Hana masih lena tidur disebelahnya. Aeron tersenyum kecil. Comel betul dia tidur!
Dia tinggalkan ciuman di dahi isterinya. Hana kelip mata, cahaya matahari itu membuatkan dia terjaga dari tidur. Aeron masih menunggu disebelahnya.
"Dah bangun?" Tanya Aeron lembut.
"Mmm, Close the curtains please…" pintanya sambil menggeliat kecil.
"Nak tidur lagi ke?" Tanya Aeron.
"I'm tired…" balas Hana, matanya masih belum terbuka luas.
"Iyalah sayang…" dia bangun dari birai katil, lalu langsir ditarik agar menutupi sinaran cahaya matahari yang menembusi tingkap bilik itu.
"Tidur dulu. Aku minta orang aku belikan breakfast." Ujarnya sambil mengusap rambut Hana.
"Mmmm, nak kau masak." Pintanya.
"Aku tak reti masak." Balas Aeron jujur.
"Aku tak kesah makan apa pun, asalkan kau masak." Balas Hana.
Belum sempat Aeron bersuara, Hana sudah menarik selimut menutupi wajahnya.
Aeron mengeluh berat. Dia tak pernah masak. Macam mana pulak dia nak masak ni?
Dengan berat hati, Aeron turun ke bawah. Mencari bahan–bahan untuk dimasak.
Anak buahnya yang terlihat yang situasi itu, terus berkejar mendapatkan bossnya.
"Boss!" Panggil Fendi.
"Kenapa?" Tanya Aeron pelik.
"Kenapa tak suruh kami belikan? Maaf kalau buat boss tertunggu!" Cepat–cepat dia minta maaf. Manalah tahu, mereka terlepas arahan ke.
"Hana nak makan masakan aku. Dah, pergi blah." Arahnya. Kacau aje!
Baru beberapa langkah mereka ke depan, Aeron memanggil lagi.
"Kejap."
Mereka pusingkan badan menghadap bossnya. Menunggu untuk arahan dikeluarkan.
"Dah lepaskan Dragon ke belum?" soalnya.
"Dah…" balasnya berat hati.
"Asal? Apa yang tak kena?" Tanya Aeron bingung.
"Khay…" belum sempat dia menjawab, ternampak kelibat Hana di dapur. Terus mereka berpura–pura sedang melakukan aktiviti.
"Aeron!" Panggil Hana dari jauh.
"Kenapa?" Tanya Aeron seperti tiada apa–apa yang berlaku.
"Lamanya masak."
Hana mendekati Aeron, lalu dia peluk suaminya dari belakang.
Aeron terkejut, anak buahnya yang lain terus menoleh pandang ke depan. Perlahan–lahan, mereka meninggalkan Aeron dan Hana di dapur.
"Wait… apa yang kau masak ni?" Hana melihat ke dalam kuali, apa benda yang hitam tu?
"Haa?" Aeron turut memandang kuali di hadapannya, lalu bibir diketap kuat.
"Rot… roti bakar." Balasnya perlahan.
"Roti bakar ke roti hangus? Kenapa tak guna pembakar roti?" Tanya Hana pelik.
Kalau ye pun, mana ada orang masak roti bakar lama macam tu!
"T… tak…"
"Haih, haritu dia perli kita tak pandai masak, macamlah dia pandai sangat masak!" Sindirnya terang–terang.
"Aku retilah cuma…"
"It's okay. Biarlah aku buat roti bakar. Tak pernah–pernah pulak orang masakkan aku roti hangus." Sindirnya lagi.
"Kau tak penat ke?" Aeron bersuara. Malas dia nak bergaduh dengan hal kecil macam tu. Biarlah isterinya menang.
"Penat sikit je." Balas Hana sambil tersenyum.
Usai membuat roti bakar, dia sapukan jem Strawberry berserta planta untuk dua orang.
"Nah." Dia hulurkan roti bakar itu pada Aeron.
"Thanks…" ucapnya penuh keikhlasan.
"Aeron…" Panggilnya perlahan.
Aeron toleh wajahnya memandang Hana. Dia setia menunggu ayat yang bakal keluar dari mulut isterinya.
"Apapun yang terjadi. Aku tetap cintakan kau. Tak kesahlah kau mafia, atau CEO. Aku cintakan kau seikhlas hati aku." Luah Hana tiba–tiba.
"Kau okay tak?" Tanya Aeron, dia merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan Hana.
"I need to go…" bisiknya dalam hati.
"Betul ke kau cintakan aku?" Tanya Hana pula.
"Mestilah. Ini je sebabnya aku kahwin dengan kau. Sebab aku cinta sangat dengan kau." Luah Aeron pula.
Hana adalah insan yang paling bermakna dalam hidupnya. Dia cintakan Hana tanpa menilai status. Tapi ikhlas dari hatinya.
"Let's spend time together." Tangan Aeron digenggam erat.
"Boleh sayang…"
"Jangan keluar walaupun sesaat…" pinta Hana.
"Okay. Apa lagi kau nak? Aku tunaikan."
Aeron tak kesah, apapun permintaan Hana, dia akan bersetuju. Kerana cinta Hana lebih bermakna dari segala–galanya.
"I just need you Aeron." Ujarnya lembut.
"I have to be closer to you…" Aeron bangun, lalu duduk di sebelah Hana.
"I love your eyes…"
Mata Hana dicium. Hana tersenyum, dia pandang Aeron penuh kasih.
"I love your nose…" batang hidung Hana pula dicium.
"I love your cheeks…" pipi Hana dicium.
Hana seakan tahu apa yang Aeron bakal buat. Dia tersenyum lagi.
"And your lips…" bibir Hana dicium lembut.
Sementara ciuman mereka belum dilepaskan, air mata Hana mengalir.
Dia tak sanggup nak tinggalkan Aeron. Dia terlalu cintakan Aeron. Tapi dia ada misi lain yang perlu diselesaikan. Barulah dia boleh bawa Aeron bersamanya. Misi yang mungkin melibatkan nyawanya sendiri.
"Why are you crying?" Cepat–cepat Aeron kesat air mata Hana.
"Nothing…" tubuh Aeron terus dipeluk.
"Hana… kenapa kau pelik sangat ni?" Dia terpaksa bersuara. Perbuatan Hana betul–betul menjadi tanda tanya. Dia risau.
"Can you leave this work?" Tanya Hana sambil menangis.
"Hana…" panggilnya lemah.
"I know you can't. Sorry." Sambung Hana lagi. Air matanya dikesat laju.
"Aku takkan biarkan sesiapa cederakan kau Hana. Itu janji aku." Wajah Hana ditatap, lalu di elus lembut pipi itu.
*
"KAU lepaskan aku Khay!" Jerit lelaki itu yang sudah berlumuran darah.
Khay toleh memandang lelaki itu yang sudah terduduk lemah, tapi masih ada hati untuk bersuara.
"I can't do that. I have to kill you." Balasnya sinis.
Khay mendekati lelaki itu, lalu dia duduk mencangkung di hadapannya.
"Aku perlukan orang kau… caranya, kau kena mati." Bisiknya sambil tergelak.
"Jadi…" pisau mula dimainkan di wajah lelaki itu. Lalu tanpa belas kasihan, bahagian dagu ditoreh laju. Lelaki itu meraung kesakitan.
Tiba–tiba lelaki itu ternampak kelibat seorang wanita berpakian seksi. Wajah itu, sangat dikenali. Julia.
"Julia, you buat apa dekat sini?" Tanya lelaki itu, atau namanya Dragon.
"Kenapa tak bagitau aku yang Dragon ada dekat sini?" Tanya Julia dingin.
"Kau nak sorok apa lagi Julia? Bagitau benda sebenar. Kau tu adik aku! Kau buat semua ni sebab itulah rancangan kita!" Tegas Khay. Bengang pula bila diberi soalan bodoh macam tu.
"Kau… berani Kau Julia!" Dragon meninggikan suara. Orang yang dia cintakan selama ni, itu semuanya palsu! Dia dah termakan umpan yang Khay ciptakan.
"Julia, ambil pistol ni. Tembak kepala dia." Dia serahkan pistol itu pada Julia.
"Ak… aku taknak bunuh orang." Balas Julia gugup.
Khay tergelak kecil. Pandangannya mula menikam anak mata Julia.
"Kau kata… kau sanggup buat apa saja untuk abang kau? Kau kata… you have no sincere heart in your life. Apa lagi?" Bisiknya bernada sinis.
"Aku taknak!" Tengking Julia. Gerun dia melihat Khay. Dah macam bukan orang yang dia kenal.
"Susahlah kau ni!" Dua das tembakan dilepaskan, tepat di kepala Dragon.
Julia menjerit kecil. Memang dia licik, tapi dia tidak pernah membunuh orang, atau menyaksikan pembunuhan secara terang–terangan.
Jasad Dragon terkulai disitu. Dinding di belakangnya sudah dipenuhi percikkan darah.
"Ak… aku nak balik." Julia bersuara, dengan nadanya yang takut–takut.
"Kalau kau pengecut macam ni, kau tak layak hidup dekat dunia ni!" Tengking Khay.
"Ak… aku minta maaf!" Julia terus melutut. Air matanya jatuh ke lantai. Dia takut…
"Ingat Julia… ni last warning." Khay Wilson memberi amaran. Biarpun Julia adalah adik kandungnya sendiri, dia tidak perlukan orang yang pengecut di dalam hidupnya.
"Kau kena ingat, apa yang Tuan Karen dan Gabriel dah buat pada keluarga kita. Tuan Karen abaikan papa, Gabriel jatuhkan hukuman gantung sampai mati dekat papa. Kau kena ingat tu Julia." Pesan Khay dingin.
"Okay…" balas Julia terpaksa.
Aeron melilau mencari Hana yang masih tidak kelihatan. Lalu dia ternampak Hana keluar dari bilik stor.
"Kau buat apa dekat situ?" Tanya Aeron pelik.
"Saja kemaskan stor. Bosan tak buat apa–apa." Balas Hana sambil bercekak pinggang.
"Aku taknak kau buat kerja–kerja ni. Nanti aku upah bibik okay?" Pesannya sambil meraih pinggang Hana.
"No need. Janganlah asyik bazirkan duit kau je. Banyak lagi benda lain boleh buat. Lagipun, dah memang tanggungjawab aku sebagai seorang isterikan?" Hana menafikan kata–kata Aeron. Tanggungjawab isteri adalah menjaga rumah kan?
"Tanggungjawab kau hanya berikan kasih sayang dan zuriat untuk aku. Itu je. Selebihnya adalah kerja orang gaji. Faham?" Pesan Aeron, dia merapatkan lagi tubuh Hana dengannya.
"O… okay." Balas Hana kekok apabila mendengar perkataan 'Zuriat'.
"Hahaha, aku dah katakan. Anytime bila kau dah bersedia. Jangan nak malu sangatlah." Aeron tergelak besar. Lawak pula tengok muka isterinya yang sedang cemas.
Hana cebir bibir. Ketawakan kita eh?
"Kenapa panggil aku?" Tanya Hana.
"Oh, aku ada kerja sikit. Aku kena keluar, kau duduk rumah diam–diam. Jaga diri tau? Aku dah siapkan 20 orang dekat luar rumah." Beritahunya.
"Tak boleh ikut?"
"Tak boleh. Kau cantik sangatlah. Aku taknak pekerja aku bocor mulut tengok kau je. Aku je yang boleh tenung kau, pegang kau. Pandang kau. Orang lain tak boleh." Jelasnya.
"Jealous?" Tanya Hana sinis.
"Buat apa nak jealous? Logiklah kan? Suami je boleh tengok kecantikan isteri." Dia menafikan. Dah terang–terang si encik mafia sedang cemburu!
"Mmmm ye lah. Dah cemburu tu mengaku je lah. Susah sangat." Hana berpeluk tubuh.
"Kiss me." Pinta Aeron.
"Bawa aku dulu." Ugut Hana.
"Nope." Terus bibir munggil milik isterinya dicium. Tanpa izin pun boleh. Isteri kan?
Hana beri jelingan maut pada Aeron. Bosan tau tak dekat rumah ni!
Share this novel
ya.mantap cerita ni