ENDING

Romance Completed 119870

AMARAN! JANGAN SESEKALI SKIP, KALAU ANDA TIDAK MAHU KECEWA. BACA SAMPAI HABIS OKAY? ENJOY!

Hana berkejar mendapatkan Ambulans yang hampir sampai.

"Aeron, please jangan mati…" beberapa orang jururawat meletakkan Aeron ke atas katil pesakit, lalu disorong sehingga masuk ke dalam ambulans.

Semasa Hana ingin menurut serta, Ejen Kamal menarik tangannya.

"Pihak polis akan beri sepenuh perhatian pada CEO Aeron. Awak tak boleh ikut dia, mungkin Khay boleh bunuh awak jika berseorangan." Jelas Ejen Kamal.

"Tapi Tuan…"

"Tolong Hana…" potong ejen Kamal.

"He's my husband!" Hana meninggikan suara.

"Awak adalah orang Agensi Hamra. Saya taknak identiti awak terbongkar. Ikut cakap saya Hana…" pujuk ejen Kamal.

Tak lama kemudian, ada yang menyapa mereka dari belakang.

"Tuan. Saya akan bawa Hana balik. Jom." Syamim tarik tangan Hana lalu dia masukkan Hana ke dalam kereta secara paksa.

Syamim pandu keluar dari tempat parkir dan terus memandu tanpa memandang Hana di sebelahnya.

"Salah ke aku nak teman suami aku sendiri?!" Hana meninggikan suara.

"Wether he's dead or alive. Kau kena patuh pada arahan. Demi keselamatan negara. Sia–sia je kalau diorang hilang orang macam kau." Tegas Syamim. Dia tak kesah kalau kehilangan Aeron, tapi hatinya akan hancur kalau kehilangan Hana.

Hanya Hana saja dalam hatinya. Biarpun Hana kini milik orang, biarlah dia terus mencintai Hana dalam diam.

"Senang je kau cakap. Aeron pun rakyat dalam negara ni. Dia bukan orang luar!" Tengking Hana.

"Dia mafia." Balas Syamim dingin.

"Kenapa kau benci sangat dengan Aeron? Kita ni apa kurangnya, budak lorong! Kita pun bukannya dari imej yang baik." Balas Hana.

"Kita tak bunuh orang sesuka hati."

"Dia pun. Dia bunuh musuh dia je. Dia tak bunuh orang sembarangan Syamim." Hana tetap pertahankan Aeron. Dia tahu Aeron buat semuanya bersebab.

"Suka hati kau lah. Ingat, kau tu Top Agent dalam Agensi kita. Jangan hampakan diorang." Syamim ingatkan Hana sekali lagi.

"He's my husband Syamim. Syurga aku, bawah tapak kaki dia." Tegas Hana.

"Kau tak pernah sekalipun fikir perasaan aku Hana. Kau tak pernah nampak aku yang cuba lindung kau setiap masa. Apa yang kau nampak hanyalah Aeron." Luah Syamim. Sakit hatinya apabila Hana asyik bercakap tentang Aeron.

"Kau muda setahun dari aku. Aeron tua lima tahun dari aku. Dia kenal aku dah 20 tahun. That's why I love him."

Syamim berhentikan kereta secara mengejut. Dia pandang Hana serius.

"You never love me?" Tanya Syamim bengang.

"I love you, as a friend. Thank you Syamim… kau dah banyak berkorban untuk aku. One day aku akan balas jasa kau…" Hana berterus terang.

Secara spontan, tubuh Hana dipeluk erat oleh Syamim. Membuntang mata Hana dengan tindakannya.

"Kau buat apa ni?" Hana bersuara.

"Aku dapat peluk kau sekali cukuplah. Baru aku boleh bernafas. Aku bersyukur kau hidup, aku tak tahu macam mana hidup aku tanpa kau dekat sisi aku…"

Hana mengeluh berat. Dia cuba renggangkan pelukan itu, namun Syamim terlalu kuat untuk dia lawan.

"Kita kena cepat Syamim. Khay belum ditangkap, bila–bila masa dia boleh apa–apakan kita, atau ejen–ejen yang lain." Pujuk Hana.

Akhirnya Syamim mengalah. Pelukan dilepaskan.

Pemanduan diteruskan. Kali ini hatinya lega. Hilang semua masalah bila dia peluk Hana seketika tadi.

"HANA!" panggil seseorang dengan nada suara yang kuat.

"Tuan." Hana beri tunduk hormat.

"Syukur awak masih hidup." Lega hatinya melihat Hana masih bernyawa, dan sedang berdiri di hadapannya.

Hana tersenyum kelat. Dia masih hidup, tapi macam mana dengan Aeron? Dia sentiasa berdoa agar Aeron selamat hingga selesai proses pembedahan.

"Macam mana dengan ejen lain? Semua selamat?" Tanya Hana serius.

"Jack… dia tengah koma sekarang. Peluru tu hampir terkena bahagian jantung, nasib Jack masih dapat diselamatkan." Jelas Tuan Gabriel perlahan.

"He's too much. Dah ada yang dapat jejak lokasi Khay?" Tanya Hana lagi.

"Kami tak dapat kesan lokasi dia. Something wrong…" balas Dayana.

"CEO Aeron Zack disahkan meninggal dunia pada 18 julai, petang tadi." Berita di kaca TV membuatkan Hana tersentak.

Air matanya mengalir. Dia terus berkejar mendapatkan Tuan Gabriel.

"Tuan!" Jeritnya.

"Sabar Hana. Biar polis jalankan tugas diorang. Semua yang berlaku, ada hikmahnya." Tuan Gabriel cuba meredakan hati yang sedang resah.

"Saya tak boleh terima!" Hana berkeras. Kenapa diorang buat macam tu?

"Perkara ni akan memudahkan misi kita untuk tangkap Khay Wilson. Jangan pentingkan diri Hana…" tegasnya.

"Dia belum mati!" Hana menafikan perkara itu habis–habisan.

"Hana!" Tuan Gabriel meninggikan suara.

"Lower your voice. Everyone can hear it." Dia memberi amaran.

Hana terus terduduk seraya tubuhnya bersandar ke dinding. Dia masih gagal untuk menahan air matanya yang selalu jatuh.

"Saya ada Hana. I will always be with you, cause you're my daughter." Dia bawa wajah Hana ke pangkuannya.

Hana menangis teresak–esak di bahunya.

"Hanya sampai kes ni selesai. Sampai kita dapat tangkap ejen Khay, kawal diri awak Hana." Tuan Gabriel memberi nasihat.

"LOKASI Khay Wilson dah dikesan Tuan! Dia ada di Shah Alam." Beritahu Syamim sebaik sahaja menemui maklumat tentang Khay.

"Baik. Hana, Syamim, Dayana… dan semua ejen yang lain. The Agent Safety came first. Jangan biarkan sesiapa pun mati, kecuali musuh." Pesan Tuan Gabriel.

Semua memberi tunduk hormat. Mereka pun takut sebenarnya. Khay Wilson adalah manusia bertopengkan syaitan. Dia terlalu kejam dan gila!

"Ejen Syamim, ejen Hana…" panggilnya apabila melihat mereka ingin melangkah keluar dari dewan utama.

Syamim dan Hana menoleh. Mereka pandang Tuan Gabriel yang masih berdiri di situ.

"Hanya awak berdua Top Agent yang saya boleh harapkan. Saya minta maaf, sebab merisikokan nyawa awak berdua…" Tuan Gabriel menunduk dengan raut wajahnya yang serba salah.

"Kami okay Tuan. Khay Wilson, memang layak dihukum gantung sampai mati. That's why kami perlu tangkap dia. Sampai lubang cacing pun… dia takkan terlepas dari kami Tuan…" balas Hana yakin.

"Goodluck."

Hana beri tunduk hormat sambil tersenyum. Dia tak mahu Tuan Gabriel susah hati. Itu sudah tanggungjawab mereka untuk menangkap pengkhianat dan pembunuh seperti Khay Wilson.

SEMUA ejen mengepung Khay di keliling bangunan. Manakala Syamim dan Hana merempuh masuk ke blok utama.

"Bila nampak Isyarat tangan, baru korang masuk." Arah Hana.

Dayana yang berada di bangunan sebelah, dia berdiri di tingkat paling atas. Dayana melihat mereka menggunakan teropong.

"Baik." Balas Dayana.

Syamim dan Hana mengambil langkah berjaga–jaga. Mereka cuba mencari kelibat Khay Wilson. Mereka perhati di setiap sudut, agar Khay Wilson tidak terlepas untuk kali kedua.

Tiba–tiba mereka terdengar bunyi orang sedang bertepuk tangan. Hana toleh badannya menghadap bunyi itu.

Lalu Hana ketap bibir. Khay Wilson berada di hadapannya pada waktu ini.

"Sampai sini kau cari aku?" Tanya Khay sinis.

"Serah diri Khay…" Hana cuba berurusan dengannya menggunakan cara baik.

"Buat apa aku nak serah diri? Kau fikir aku bodoh?" Khay tergelak hambar.

"Jangan cabar aku Khay… you kill Aeron!" Bentak Hana.

"He deserve to die Hana…" balas Khay sinis. Puas hatinya mendengar berita bahawa Aeron dah mati. Tak perlulah dia bersusah payah untuk buru Aeron lagi.

"Kau ni… memang binatang!" Pistol terus diacukan pada Khay.

Syamim terus memegang lengan Hana. Dia tak sangka Hana akan bertindak begitu drastik sekali.

"Kalau dia mati harini, misi kita, kes Aeron semuanya akan tergantung Hana." Bisiknya perlahan.

Disebabkan Hana masih berkeras, dia meletakkan tangannya ditengkuk. Seolah–olah memberi isyarat.

"Semua ejen, masuk!" Arah Dayana dari perakam suara.

Hanya 20 orang ejen yang berada di luar. Yang lain sudah masuk ke dalam untuk menghulurkan bantuan.

"Hana… Hana…" ujarnya sambil buat muka simpati.

"Semua orang, bencikan kau Hana. Termasuklah, ibu kandung kau…"

Perbuatan Hana terhenti. Membulat matanya mendengar gelaran itu. Ibu kandung?

"Seorang ejen dilarang untuk melahirkan anak, supaya tak terleka walau sekali dalam menjaga keamanan negara." Jelas Khay. Dari raut wajah, ada agenda yang disembunyikan.

"Kalau kau bunuh aku, kau takkan tahu, siapa ibu kandung kau." Dia cuba menghasut.

"Kami takkan bunuh kau. Kami akan tangkap dan serahkan pada pihak polis. Biar kau merempat dalam penjara." Ujar Syamim. Hatinya terasa lain apabila melihat Hana mula membeku.

"Hana…" panggilnya perlahan.

"Kalau kau tangkap aku, aku takkan bagitau siapa ibu kandung kau Hana… itu yang kau cuba cari sampai sekarang." Ujarnya sinis.

Hana mula keliru. Betul ke Khay akan memberitahu siapa ibu kandungnya? Kalau dia tak tangkap Khay, orang lain akan terseksa!

"Ibu kandung awak merupakan seorang ejen." Beritahu Tuan Gabriel melalui alat perakam suara.

Membuntang mata Hana mendengarnya. Ibu kandungnya seorang ejen?

Hana ketap bibir. Dia pandang Khay Wilson dingin.

"Ejen Marissa terpaksa buang awak kerana itulah undang–undang seorang ejen." Jelas Tuan Gabriel.

Air mata Hana mengalir. Penjelasan Tuan Gabriel betul–betul menyeksa hatinya.

"Jadi Hana… jangan terpedaya dengan hasutan Khay, saya beri keizinan kepada awak, untuk bunuh dia."

Tangan Hana menggenggam penumbuk. Ya, inilah yang dia perlu buat sekarang. Bunuh Khay. Pemacu pistol ditarik, lalu dia melepaskan tembakan.

Khay sempat mengelak. Lalu dia tergelak lagi.

"Kau tak boleh kalahkan aku Hana…" Khay bersuara.

"Malam ni, adalah malam terakhir kau Khay… kau takkan hidup dalam penjara, tapi kau akan mati dalam genggaman aku." Ujarnya keras. Cukuplah dengan semua derita yang harus dia tanggung.

"Korang buat apa, nak tengok boss korang mati ke?" Soal Khay.

Hana dan yang lain mula mengerutkan dahi. Dia cakap dengan siapa?

Tak lama kemudian, muncullah beberapa orang berpakaian hitam, berdiri di sisi Khay.

"Kau bawa orang?" Tanya Hana tak puas hati.

"Kalahkan diorang dulu. Baru kau boleh bunuh aku Hana…" ugut Khay.

Syamim ketap bibir. Baru saja rancangannya hendak berjalan lancar. Ada saja yang menghalang.

Tanpa melengahkan masa, mereka semua mengacukan pistol pada orang–orang Khay.

Peluru mula terapung di udara. Sikit demi sedikit, darah tumpah ke lantai.

Hana mencari kelibat Khay, tiba–tiba saja lelaki itu menghilang.

Sedang dia mencari, terasa ada benda yang menembusi kulit lengannya. Sakit. Panas. Dia toleh ke sisi, peluru telah menembusi kulitnya.

Hana memegang lengan yang terasa sakit.

"Aku baru tembak sikit, kau dah lemah?" Khay bersuara.

Hana toleh memandang empunya suara. Tembakan dilepaskan, sekali lagi Khay dapat mengelak.

Tembakan diteruskan, apa yang jadi sekalipun, Khay perlu mati malam ni.

Hana berkerjar mendapatkan Khay yang mula menjauh. Pelurunya tinggal tiga biji. Raut wajahnya mula tak keruan.

Sebaik sahaja terlihat kelibat Khay, dia terus melepaskan tembakan. Tepat terkena di bahagian dada.

Langkahnya terhenti seketika. Dia pegang dadanya yang terasa sakit. Pejam celik dia menahan sakit.

Tembakan dilepaskan lagi, terkena di bahagian perut. Khay melutut. Sakit yang dirasakan adalah luar biasa. Namun dia gagahkan diri untuk hidup.

Hana mengeluh berat, matanya dipejam rapat. Lalu peluru terakhir dilepaskan.

Khay jatuh tersembam di permukaan lantai. Matanya membuntang, nafas terakhir dilepaskan.

"Kau dah melampau Khay…" air matanya menitis.

HARI demi hari, Hana masih berharap Aeron dapat kembali ke pangkuannya.

Dah berapa bulan dia menunggu. Aeron masih tidak muncul.

Julia telah diberi hukuman penjara seumur hidup kerana bersubahat dengan pembunuh.

Hana menghela nafas panjang. Nametag disarungkan ke lehernya, lalu dia berjalan ke dewan utama.

"Hana, say hye to Agent Jack." Arah Tuan Gabriel mesra.

"Congrats. Sebab kau dah sedar dari koma." Ucap Hana sambil tersenyum.

"Ingat tak tentang orang baru yang akan sertai Agensi Hamra?" Tanya Gabriel pada semua ejen yang berada disitu.

Mereka semua mengangguk. Orang baru? Maksudnya…

Hana seperti patung, dia tak tahu apa–apa tentang orang baru.

"CEO Aeron, welcome to the Agency Hamra…" panggil Tuan Gabriel.

Berkerut wajah Hana mendengar nama itu, Aeron?

Hana angkat kepala, memandang lelaki yang baru sahaja membuka pintu.

Dia pandang tak percaya, air matanya mengalir.

"Terima kasih Tuan Gabriel." Ujar lelaki itu.

"Kau dah sembuh?" Tanya Hana spontan.

"Hai ejen Hana." Sapa Aeron mesra.

Tanpa segan, dia terus berlari dan memeluk Aeron dengan erat.

Air matanya mengalir tak henti. Dia tak sangka, Aeron masih ada harapan untuk hidup.

"I miss you." Bisik Aeron di cuping telinganya.

"Aeron…" dia menangis teresak–esak.

Kehadiran Aeron pada hari itu amat bermakna buat dirinya.

"Shhh, jangan nangis." Ujarnya lembut.

"Cut cut. Kami ada dekat sini lagi." Tuan Gabriel bersuara. Saja hendak mengacau.

Hana melepaskan pelukannya, lalu dia termalu sendiri.

"Tahniah Aeron, awak berjaya bangun setelah berbulan awak koma." Ujar Tuan Gabriel.

"Saya tak kesah, kalau saya mati sebab Hana. Tak ada apa yang saya nak kesalkan." Balas Aeron sambil tersenyum.

Hana masih lagi tak dapat menahan hatinya yang sebak. Air mata terus mengalir, wajahnya ditunduk ke bawah agar tiada siapa yang perasan.

"CEO Aeron, mulai harini, awak adalah sebahagian dari Agensi Hamra. Kita akan berkerjasama, menjaga keamanan rakyat." Jelas Tuan Gabriel. Tangan dihulurkan.

Aeron menyambut huluran itu. Lalu mereka berjabat tangan.

"Saya, Aeron Zack, akan berhenti dari dunia Mafia. Dan akan berbakti kepada Agensi Hamra." Aeron tersenyum.

Tuan Gabriel dan yang lain juga tersenyum.

AERON melihat Hana sedang mendandankan rambutnya di cermin make up.

"Lama lagi ke?" Tanya Aeron sambil menongkat siku di atas katil.

"Kejaplah. Aku baru lepas mandikan? Mestilah nak urus diri kejap." Balas Hana bengang. Tak sampai berapa saat pun dia sikat rambut, Aeron dah bising.

"Aku rindu kau. Cepatlah." Pinta Aeron.

Hana mengeluh berat, lalu dia meletakkan sikat di atas meja make up.

Dia menuju ke arah Aeron dan duduk di birai katil.

Aeron menarik Hana lalu mereka baring bersama.

"I miss you." Bisik Aeron.

"Berapa kali kau nak cakap? Sejuta?" Tanya Hana tak puas hati.

"Kau tak rindu aku ke?" Tanya Aeron pula.

"Ya, aku rindu kau. Aeron Zack, orang yang aku tunggu berbulan–bulan. Gila tak rindu?" Balas Hana bersungguh–sungguh.

Aeron tersenyum. Dia rindukan gadis itu. Dia mahu menatap wajah itu.

Aeron tarik Hana ke dakapannya. Lalu dia bersuara.

"Aku cintakan kau. Sehari aku tak jumpa kau, ibarat setahun kau tinggalkan aku. Aku sayang kau Hana…" luahnya. Dahi Hana dicium lembut.

Lalu dia terdengar bunyi tangisan teresak–esak. Aeron tersenyum sampai ke telinga.

"Aku ingat kau dah tak ada harapan nak hidup…" ujar Hana dalam sendu.

"Demi kau, aku akan terus hidup Hana. Kalau itu yang kau nakkan. Aku akan bahagiakan kau." Balas Aeron. Rambut Hana di usap lembut.

"Macam mana dengan Khay…"

"He's died." Balas Hana laju.

Aeron terdiam seketika. Khay dah mati?

"I kill him. Sebab aku ingat… kau akan mati…" air matanya mengalir deras.

"Hana… jangan nangis lagi. Aku tak mati. Aku ada depan kau." Dia cuba meredakan tangisan Hana. Risau pula hatinya melihat Hana menangis tak berhenti.

"Janji dengan aku."

Kening Aeron terangkat, janji apa?

"Janji jangan korbankan nyawa kau untuk aku." Pesan Hana.

Aeron tergelak kecil, lalu dia menggeleng laju.

"Habis tu kau nak aku hidup tanpa kau? Aku lagi rela berkorban untuk kau Hana… aku nak kau terus hidup." Ujarnya ikhlas dari hati.

"Aku tak sanggup kehilangan kau Aeron." Pintanya.

Dagu Hana diangkat sedikit, lalu bibir itu dikucup lama.

"Don't cry. Aku takkan hilang dalam hidup kau lagi. Selagi aku bernyawa…" balas Aeron perlahan. Pipi Hana di usap, lalu dia mengesat air mata yang mengalir.

"I love you, dunia akhirat." Luah Hana.

Aeron tersenyum, sekali lagi tubuh Hana dipeluk. Kebahagiaan Hana, adalah satu kehidupan buat dirinya. Kematian Hana, adalah satu penyeksaan buat dirinya.

Huhuhu jadi Kay dah tunaikan permintaan korangkan? Jadi, misi anda adalah memberi komen di bawah. Nanti Kay akan list kan nama–nama korang di chapter 'Penghargaan' Thank you guys!

Share this novel

Lil Tulip
2021-11-11 20:36:00 

very epic..

Dygku Siti Noraini
2021-02-12 15:19:22 

Besttt... Tqqq

ellinus
2021-01-15 09:53:10 

aaarrhhhh! bestnyaaa love it sis...muah cikeddd


NovelPlus Premium

The best ads free experience