BAB 10

Romance Completed 119870

KHAY WILSON beralih pandangan pada Aeron. Tak sampai beberapa saat, anak matanya dilarikan. 

Aeron dekatkan jarak mereka. Dia ingin melihat wajah lelaki itu dengan lebih teliti. 

"What?! Macam mana kau kenal dia? You want to hurt him too?!" Hana tolak Aeron sekuat mungkin, supaya Khay tak di apa–apakan.

"Macam mana kau boleh ada dekat sini, Khay Wilson?" Tanya Aeron serius. 

"Kau patut berambus dari sini la Aeron! Kau nak meringkuk dalam penjara ke?" Hana masuk campur. 

"Kau sanggup ke nak report aku?" Tanya Aeron sinis. 

"Jaga–jaga dengan lelaki yang kau sanjung ni, dia ada banyak helah. Musuh kau bukan satu Hana…" bisik Aeron sebelum keluar dari bilik. 

"Kejar dia!" Baru saja Syamim hendak melangkah, dihalang terlebih dahulu oleh Hana. 

"Dia bukan lawan kita." Ujar Hana. 

"Dia musuh kita!" Bentak Syamim. 

"Tapi aku je yang ada kaitan dengan dia. Korang tak payah masuk campur!" Tengking Hana. 

"Musuh you, maksudnya musuh Agensi Hamra. Remember that Hana." Khay beredar dari bilik Hana. Kini tinggal Syamim dan Hana saja. 

"Kenapa… kenapa hati aku berat nak bunuh dia?" Hana bersuara. 

"Ingat Hana. Apapun kisah silam kau dengan dia, kau tak boleh halang sebarang hukuman yang Aeron bakal terima." Pesan Syamim. 

Hana mengeluh berat. Undang–undang seorang Spy ini terlalu ketat! Kadang–kadang rasa nak bunuh diri pun ada.

TUAN GABRIEL menyertai mesyuarat Agensi Hamra. Semua menelan liur, iyalah. Orang dari pihak atasan yang datang. Mana tak gugup!

"Sebelum kita bersurai, ada satu benda yang saya nak bincangkan. Pasal ejen Hana." Ujar Tuan Gabriel. 

Hana yang sedang sibuk membaca maklumat di slide, terus terhenti apabila namanya disebut. Dia pandang Tuan Gabriel. 

"Pasal saya?" Tanya Hana pelik. 

"Iya, pasal misi yang awak nakkan sangat tu." Balas Tuan Gabriel serius. 

"Tuan bagi saya selesaikan misi tu?" 

"Dengan satu syarat." 

Kening Hana terjungkit. Dia memang suka nak selesaikan misi tu, tapi syarat yang bakal disebut buat dia ragu–ragu. 

"Menyamar jadi orang kanan Aeron." 

Membulat mata Hana mendengar syarat itu. Menyamar jadi orang kanan Aeron? Tak masuk akal! Gila!

"Tuan tau kan hubungan saya dengan Aeron macam mana? Kami saling nak berbunuh. Macam mana pulak saya nak jadi orang kanan Aeron? He's a mafia. Plus, ini semua tak logik tuan!" Bentak Hana.

"Tapi awak nakkan misi tu?" Tuan Gabriel menguji. 

"Tuan tak boleh buat saya macam ni!" Hana meninggikan suara. 

"Ini je cara yang kita ada Hana. Cara nak tangkap musuh, kita kena bagi umpan. Dan umpan tu adalah Aeron." 

Berkerut dahi Hana mendengar penjelasan Tuan Gabriel. Umpan mereka adalah Aeron? Bukan musuh mereka?

"Apa yang tuan cakap ni?" Tanya Hana keliru. 

"Aeron hanya orang sampingan. Kita kena cari induk dia." Jelas Tuan Gabriel. 

"Please tuan, straight to the point." Ujar Hana keras. 

"Kenal Neo?" Tuan Gabriel meneruskan pertanyaannya. 

"Dia orang suruhan Blue Diamond." Balas Hana yakin. 

"And you know who's the boss?" 

Hana terdiam. Boss? Tak pernah pula dia ambil tahu tentang ketua Blue Diamond. 

"Orang gelar dia, Dragon. Handal membunuh, bijak mengelak." Jelas Tuan Gabriel sambil bersilang tangan. 

"Dalam kata lain, dia membunuh tanpa jejak. Orang tak tahu, dan orang takkan jumpa bukti yang dia bunuh mangsa. Interesting right?" Sambungnya. 

Hana mengeluh beberapa kali. Interesting? Kalau inilah misinya, bermaksud inilah misi paling susah! Membunuh tanpa jejak? Walaupun ejen tak boleh nak kesan? Gila!

"Dan… Aeron ada kena mengena dengan Dragon." 

"Kenapa?" 

"Diorang ada kes, 12 tahun lepas." 

"Jadi Hana, awak tahu kenapa saya pilih awak?" 

Hana mendiamkan diri. Dia tahu jawapannya, tapi tidak mahu menyebutnya. 

"Sebab awak top Agent dalam Agensi Hamra. Dan awak adalah seorang perempuan. Kelemahan utama Aeron adalah, perempuan." Jelas tuan Gabriel. 

"Saya… tak sure…"

"Masa diberi 24 jam, untuk awak decide, samada nak ambil misi ni atau tidak. Mesyuarat bersurai." Tuan Gabriel bangun dari tempat duduk.  Dan beredar dari pejabat itu.

"Shit." Meja di hadapannya ditumbuk sekuat hati. Terkejut semua ejen yang masih belum beredar. 

"Ejen Hana, are you okay?" 

"Okay. Aku cuma nak tanya korang, kalau misi ni diberi dekat korang. Korang terima tak?" Tanya Hana pula. 

"Ermm we're not sure. But I think, aku accept kot." Balas Jack. 

"Why?" 

"Sebab dia boleh naikkan pangkat aku. Alah bukan susah, kita spy ni ibarat pelakon. Kau berlakon je lah jadi orang kanan Aeron tu, kalau kantoi. Bagitau je Agensi Hamra. And you'll be safe." Balas Jack yakin. 

"Senang je kau cakap eh? Aeron tu lain dari yang lain. Dia tu kejam!" 

"Ye ke? Aku dengar, Aeron la mafia paling berhati perut dekat Malaysia ni." Balas Jack lagi. 

"Kenapa?" 

"Sebab dia hanya bunuh orang, yang layak dibunuh je. Lagipun dia handsome. Rileks Hana, mafia macam tu, takkan kau tak boleh handle?"

"Are you kidding me Jack?!" Hana meninggikan suara. Sakit hati pulak mendengar jawapan Jack. Menyesal tanya!

"Lagipun, Aeron is not a true mafia. Take it easy." Jack menepuk bahu Hana sebelum beredar dari bilik itu.

"I don't think you can handle this mission." Ujar Khay yang hanya berdiam dari tadi. 

"HELLO AERON! Aku bawakkan kau barang baru!" seorang lelaki mengheret seorang lelaki tua sampai di hadapan rumah mewah itu. 

Aeron jadi pemerhati. Siapa pulak yang dibawanya tu? Nampak tua. 

"Aeron. Dah lama kau tak buat kerja kan?" Berkerut dahi Aeron mendengar ayat yang keluar dari mulut lelaki itu. 

"Kerja apa?" Tanya Aeron. 

"Bunuh dia. Your uncle." Aeron terkejut. Pakciknya? 

"Ingat Aeron, hidup mafia ni, ada rules dia. Kau tahu kan?" Ujar Is'hak. Atau dikenali sebagai sepupu Aeron. 

"He broke the rules Aeron. We need to kill him." Ujarnya sinis. 

Aeron mula ragu–ragu. Bunuh pakcik sendiri? Adakah itu perkara yang betul untuk dilakukan?

"Mafia tak kenal erti kekeluargaan Aeron. Just kill him." Arah Is'hak. 

Aeron. Tolong jangan bunuh uncle. Uncle merayu!" Lelaki separuh abad itu mula melutut. 

"Kau mafia, lepas tu kau apa? Kau nak bertaubat? Oi, dalam rules mafia, jahat selamanya jahat. Tapi kau dah langgar peraturan tu Fikri." Dia sepak kepala Fikri sampai jatuh terjelopok. 

"What are waiting for? Kill him. Lagi kejam, lagi bagus." Arah Is'hak lagi. 

"He's no longer our family Aeron." Is'hak cuba pengaruh Aeron. Tangan Aeron mencapai pedang di belakang badannya. 

Bunyi besi bergesel mula kedengaran. Darah terpancut di wajah Aeron. Tubuh itu jatuh tersembam ke tanah. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience