BAB 33

Romance Completed 119870

AKHIRNYA ketawa yang cuba ditahan, terburai juga. Aeron pandang Hana pelik.

"Kenapa?" Soalnya.

"Dahlia? Kenapa klasik sangat nama tu?" Tanya Hana ingin tahu.

"Betul ke kau tak ingat apa–apa?" Tanya Aeron pula. Kelakuan Hana mengundang rasa pelik dihatinya.

"Mmmm aku ingat satu nama je." Balas Hana sambil besarkan matanya.

"Siapa?"

"Gab… Jabar? Haaa! Tuan Gabriel." Balas Hana sebaik sahaja sel–sel otaknya mula berhubung.

Membulat mata Aeron mendengar nama yang disebutkan. Tuan Gabriel? Kenapa dalam banyak–banyak orang, dia jugak yang kau ingat?

"Kau kenal dia ke? I just remember his name. Kenapa kena ada Tuan eh? Aku kerja polis ke dulu?" Soalnya bertubi–tubi.

"Siapa tu? Aku lagilah tak kenal." Balas Aeron gugup.

"Wait…" Hana merapatkan tubuhnya dengan Aeron.

"I don't believe it. That you are my boyfriend." Hana angkat keningnya.

"Kenapa?" Tanya Aeron pelik.

"Ini bukan cara pasangan kekasih bercakap." Hana menjelingnya sekilas.

"Memang macam ni cara kita. Tak macam pasangan kekasih yang lain." Tegas Aeron.

"Well, still can't believe it. Maybe kau penculik? That suits better." Hana berpeluk tubuh.

"Asal?"

"Kalau betul kau boyfriend aku. Prove it." Balas Hana serius.

"Prove it? With a kiss?"

Membulat mata Hana mendengar jawapan Aeron. Kiss? Gila!

"Buk…" terus bibirnya bertaut rapat dengan bibir kasar Aeron.

"Shit!" Perkataan itu yang keluar sebaik sahaja dia menolak Aeron agar menjauh darinya.

"Banyak lagi cara lain kan?!" Tengking Hana.

"What? Break your virginity?"

Hana lepaskan tawa hambar. Memang, dia ni memang bukan boyfriend aku!

"Kau perogol bersiri kan? No wonder lah kau nak sangat pecahkan dara aku!" Bentak Hana.

"Aku bukan perogol, aku boyfriend kau. Dan aku nak tunjuk satu bukti yang kukuh yang kau dan aku saling mencintai." Balas Aeron serius.

"I can't believe it. Keluar." Arah Hana dingin.

"Okay." Aeron terus bangun dari katil, dan selangkah lagi hendak melepasi pintu, Hana bersuara.

"And lagi satu, kenapa aku kena tinggal dengan boyfriend aku? Family aku mana?" Soal Hana sinis.

"Kau tak pernah ada family." Balas Aeron seraya meninggalkan bilik itu.

Hana terduduk di atas katil. Kata–kata Aeron telah melukakan hatinya. Tak pernah ada family? Kenapa?

"KITA kena bawa balik ejen Hana." Arah Tuan Gabriel.

"Tak boleh Tuan, kita tak boleh terus serang tempat Aeron macam tu." Balas Jack yang masih berfikiran rasional.

"Habis tu? Nak biarkan Hana duduk situ sampai bila–bila? Dia ejen dari Agensi Hamra, bukan orang kanan Aeron!" Tuan Gabriel meninggikan suara.

"Iya saya tahu Hana adalah ejen dari Agensi Hamra, tapi tuan, keadaan dah jadi makin rumit. Hana bukan lagi Hana yang dulu!" Tegas Syamim.

"Apa maksud awak? Hana bukan Hana yang dulu?" Soal Tuan Gabriel pelik.

"Dia dah hilang ingatan Tuan! Sekarang dah tak mudah untuk kita bawa dia balik. Dia tak ingat langsung pasal kita, dia tak kenal diri dia sendiri!" Terang Syamim. Entah kenapa hatinya sakit menjawab soalan Tuan Gabriel.

"Maksud awak, dia tak ingat semuanya?" Soal Tuan Gabriel tak percaya.

"Walaupun Hana tak ingat apa–apa. Dia masih orang Agensi Hamra. Saya setuju dengan Tuan Gabriel, untuk bawa Hana balik ke sini. Tempat dia bukan di sana." Khay Wilson mula masuk campur.

"Aeron tak sejahat yang kita fikirkan." Sambung Syamim.

"Sekarang kau nak cakap, Aeron lebih baik dari ejen?" Balas Khay lagi.

"Dia bukan seseorang yang boleh cederakan perempuan yang dia sayang. Saya pasti Tuan, walaupun Hana berbulan, bertahun hidup dengan dia. Tak akan ada secalit darah pun dari badan Hana yang akan menitis." Ujar Syamim, matanya fokus memandang Tuan Gabriel.

"Aeron is sociopath. Awak nak cakap yang dia sayangkan Hana?" Tuan Gabriel bersuara.

"Tolong ikut cadangan saya Tuan. Hanya sampai Hana dapat balik memori dia yang hilang. Biar dia stay dekat tempat Aeron. Sebab kalau dekat sini pun, kita ada pembelot." Ujar Syamim keras.

"Misi ni tak boleh ditangguhkan lagi Syamim. Saya beri awak masa dua bulan. Awak kena tolong Hana cari balik memori yang hilang. Pasal pembelot antara kita, biar saya yang siasat." Arah Tuan Gabriel. Hatinya juga gusar. Memikirkan salah seorang dari mereka sedang berkerjasama dengan Dragon.

12.00 AM

"Bangun…" suara kasar itu mengganggu lenanya.

"Bangun aku kata!" Matanya terus celik apabila jeritan itu menyakiti pendengarannya.

"Apa lagi kau nak?" Soal Dragon bengang.

"Siapa yang berkerjasama dengan kau?" Tanya Tuan Gabriel serius.

"Siapa? Aku kerja sendiri." Balas Dragon sinis.

"Macam mana budak–budak dekat Malaysia ni boleh makin berkurang sedangkan kau dekat sini?" Amarah cuba dikawal.

"Aku ada klon." Dragon ketawa seperti orang hilang akal.

Tuan Gabriel mengepal penumbuk. Melihatkan Dragon langsung tidak rasa bersalah dengan kelakuannya.

"Haa uncle, taknak ziarah kubur papa ke? Your bestfriend?" Ujarnya sinis.

"Erry, aku dah tak macam Gabriel yang dulu. Korang je, korang je yang hidup macam sampah sampai sekarang!" Bentak Tuan Gabriel. Dia rasa goyah apabila kisah silamnya diungkit.

"Lupa, sekarang ni kau dah jadi ketua Agensi Hamra. Bukan lagi Mafia bawahan." Ujarnya sinis.

AERON masuk ke bilik Hana, memandangkan bilik itu langsung tak berkunci.

"Makan." Pelawa Aeron.

Hana pandang pada makanan itu, bubur? Dia mengeluh berat.

"Aku tak sakitlah!" Dia meninggikan suara.

"Kalau kau tak sakit, memori kau tak hilang. Makan, baru berapa hari lepas kau sedar. Antibody kau tak kuat lagi." Jelas Aeron, dia malas nak bertekak lagi.

"Memori aku hilang, sebab aku kena tembak?"

Pergerakan Aeron terhenti. Dia ingat?

"Aku sengsara. Ingat benda yang tak patut aku ingat. Buat aku sakit!" Bentak Hana.

"Hana…"

"Hana? Siapa Hana?" Tanya Hana keliru.

"Dahlia, makan dulu…"

"Makan dulu and? Kau nak aku mati? Kau letak racun dalam makanan tu?" Hana mengundur. Rambutnya mula diserabaikam.

"Dahlia bukan…"

"Jangan dekat! Rasa sakit tu, masih ada. Aku ditembak. Aku tak percayakan kau. Kau perangkap aku, kau nak bunuh aku!" Jerit Hana, dia undur lagi.

Aeron perlahan–lahan, merapatkan tubuhnya dengan Hana.

"Dahlia…"

"Jangan!" Tubuhnya terus dipeluk oleh Aeron.

"Lepaslah! Aku taknak hidup serumah dengan pembunuh!" Dia meronta–ronta, cuba melepaskan dirinya dari pelukan Aeron.

"Aku bukan pembunuh, aku sayang kau. Buat apa aku nak bunuh orang yang aku sayang. Dahlia, trust me. Aku takkan pernah tanam niat nak bunuh atau cederakan kau. Aku akan pertaruhkan nyawa aku kalau kau dalam bahaya, kau hanya perlu ada di sisi aku." Pelukannya semakin erat.

Hana akhirnya beransur tenang. Dia tercungap–cungap selepas teringatkan memori yang datang tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience