BAB 31

Romance Completed 119870

AERON melilau mencari Hana di tempat Dragon. Satu persatu pintu bilik ditolak, namun Hana tidak kelihatan. 

"Hana!" Panggil Aeron sekuat hati. 

HANA mengundur, pinggang yang terkena tembakan cuba ditahan. 

"Aku tak faham Hana, kenapa kau mesti risikokan nyawa kau sebab jantan tak guna tu?" Tanya Dragon seperti orang hilang waras. 

"Kau dah hancurkan hidup Aeron!" Hana bangkit semula. 

"Hidup mafia ni, memang untuk dihancurkan. Kau tengok apa yang jadi sekarang? Agensi Hamra tengah berusaha nak hancurkan aku!" Tengking Dragon. 

"Sebab kau bunuh orang yang tak bersalah!" Balas Hana keras. 

"Yang kau terlampau kesah sangat hal aku kenapa?" Dragon datang mendekat. Hana mengundur. Dia lemah, rasa yakinnya mula hilang bila pendarahan di pinggang makin banyak mengalir. 

Lagi sikit lehernya hendak dicekik oleh Dragon, ada yang menghalang. 

"Dia urusan aku. Ingat tak plan kita?" Ujar seorang lelaki yang sama bertopeng macam Dragon.

"Kenapa kau muncul sekarang? Kau tak takut ke aku dedahkan identiti kau dekat dia?" Ujar Dragon serius. 

"Hah? Kau nak dedahkan? Silakan. Kalau kau taknak, leave her alone with me." Balasnya tenang. 

Dragon mula bengang, kalau dia dedahkan? Hidupnya akan musnah! Jadi dia terpaksa pilih untuk meninggalkan mereka berdua di dalam bilik itu. 

"Kau siapa?" Tanya Hana keras. 

"Aku? Satu team dengan Dragon." Lelaki itu merapatkan tubuhnya dengan Hana. 

"Tak payah buat lawak!" Tengking Hana. 

"Siapa kau? Khay?" Terus Hana meneka nama itu. 

Membuatkan perbuatannya terhenti seketika. Tangannya yang bermain dengan pisau lipat mula kaku. Perlahan–lahan, kepala dinaikkan, memandang gadis itu. 

"Who's Khay? Your lovers?" 

Soalan itu tidak dihiraukan. Dia jatuh terduduk akibat tubuhnya yang semakin lemah. Pinggang ditekan menggunakan telapak tangan dengan kuat. 

"You're hurt?" Lelaki itu  duduk mencangkung. Dagu Hana dicengkam, lalu dipaksa untuk pandang wajah bertopeng itu. 

"Tinggalkan Agensi Hamra, dan Aeron. Baru kau boleh hidup bebas." Ugut Khay.

Wajah Hana sudah pucat. Dia tak berdaya nak bertikam lidah dengan musuhnya lagi.

"Nampak macam, kau dah nak mati, apa kata… aku cepatkan proses kematian kau?" Lelaki itu mengeluarkan sesuatu di dalam poket. 

Membulat mata Hana dengan apa yang dilihatnya sekarang, jarum? 

"This poison, is everything." Ujarnya tenang.

"Bunuhlah aku. Jadi aku tahu, hidup mafia ni memang sampah. Kenapa korang hidup eh?" Kata–kata itu buatkan dia makin bengang.

"Sampah ni lah yang naikkan gaji dan pangkat kepada polis dan ejen macam kau." Lagi sikit jarum itu hendak menembusi kulitnya. Ada suara lantang dari luar yang memanggil nama Hana.

"Hana!" Jerit Aeron lagi. Pintu terakhir terus ditolak dan dia terjah masuk. 

"Oh no, your hero is coming." Sindir lelaki itu. 

"Kau lepaskan Hana." Ujar Aeron serius.

"Why should I?" Rambut Hana terus direntap membuatkan Hana terdongak. 

"Dia… dah nak mati. Tengok ni…" tangannya merayap pada baju Hana. Butang paling atas dibuka dengan mudahnya. 

"Jangan sentuh dia!" Tengking Aeron. Dia terus berlari ke arah Hana, tangan lelaki itu dipulas membuatkan lelaki itu jatuh terlentang.

"kenapa kau suka menyusahkan aku?!" Tengkingnya berselit rasa risau.

"Move all the children, Tuan Gabriel." Ujar Hana tak berdaya. 

Berkerut wajah Aeron mendengarnya. Tuan Gabriel? 

TUAN GABRIEL mula kaku. Dia tahu? Satu persatu ejen dipandang. 

"Pergi ke tempat Dragon. Ejen Kamal ada dekat situ. Kita keluarkan semua budak–budak yang ada dalam gudang tu." Arahan terus diberi.

"Somethings happen…" Tuan Gabriel mengeluh berat. 

"Apa yang terjadi Tuan?" Tanya Dayana pelik. 

"I don't know. I hope nothings bad happen to Hana. Move! Now!" Arahnya lagi. 

"Baik Tuan!" Semua beri tunduk hormat sebelum bergegas ke luar dari Agensi Hamra. 

"Syamim? Apa awak buat dekat sini?" Tanya Tuan Gabriel apabila perasan Syamim sorang je tercegat dekat dewan utama.

"Saya selamatkan Hana." Ujar Syamim. 

"Nothing happen to her. Don't worry." Dia cuba yakinkan Syamim yang masih ragu–ragu.

"Tapi tuan…"

"Ejen Kamal ada. Master agent macam dia lebih handal dari kamu. Serahkan pada dia." Sambung Tuan Gabriel. 

"Baik Tuan." Syamim beri tunduk hormat sebelum beredar dari situ. 

"Tolong bertahan Hana…" ujarnya sendirian. 

"SAMPAI bila kau nak menyusahkan aku?!" Tengking Aeron. 

"Aku cuma…" percakapannya terhenti. Pinggangnya dipegang lagi.

Pandangan Aeron jatuh pada pinggang Hana, darah?

"Kau kena tembak?" Tanya Aeron serius. 

"I'm sorry, to get involved in your life." Tubuh Hana sudah tiada keseimbangan. 

"Kau tak patut hidup Aeron…" lelaki itu halakan pistol pada Aeron, Hana yang melihatnya terus bangun.

"Aeron!" Tembakan dilepaskan. 

Aeron terasa belakangnya dipeluk erat. Makin lama makin longgar. Matanya membulat. Tak mungkin…

Aeron terus pusingkan badan menghadap Hana. Terlihat belakang Hana sudah terkena tembakan. Hana terus merebahkan diri. 

"Hana!" Aeron rendahkan badan, tubuh Hana terus dialihkan ke pangkuannya. 

"Kenapa kau buat macam ni!" Tengking Aeron. Air matanya mengalir setitik. 

"Chaw." Ujar lelaki itu sebelum meninggalkan mereka. 

"Aku minta maaf, sebab aku. Hidup kau hancur." Ujarnya sambil menahan sakit.

"Hana, aku tak minta pun untuk kau selamatkan aku. Tapi kenapa kau!" Kata–katanya terhenti apabila melihat Hana yang makin lemah. 

"Sebab, kau pernah ceriakan hari aku. Sebab…" dia mengaduh sakit. 

"Tak payah cakap dah." Ujar Aeron serius. Pinggang Hana dipegang sekali. 

"Kau ibarat keluarga aku…" matanya terpejam rapat. 

Air mata Aeron menitis lagi. Dia tengok wajah Hana, ada sedikit tangisan yang keluar dari mulutnya. 

"Kalau kau anggap aku keluarga kau, kau kena hidup…" tubuh Hana terus digendong. 

"Kita bawak dia keluar dari sini." Arah Aeron pada anak buahnya yang lain. 

Selepas masuk ke dalam kereta, tangan Aeron tak berhenti pegang pinggang Hana yang terkena tembakan. Bajunya dikoyak, lalu diikat di bahagian pinggang dan belakang Hana. 

"Kita hantar dia dekat doktor Syafiq. Biar dia aturkan semuanya." Arah Aeron. 

"Baik boss." Balas Han. 

SYAMIM berusaha menolak pagar besi yang terkunci itu. Lalu dia ambil satu batu besar dan dihempas pada kunci pagar itu. 

Setelah dapat dibuka, dia terus masuk ke dalam. Dia cari budak–budak yang perlu dia selamatkan. Dayana dan yang lain hanya menyusur dari belakang. 

Tiba–tiba dia ternampak beberapa tompok darah, lalu dia berjalan ke hadapan sedikit. 

Syamim terkejut dengan apa yang dilihatnya, sekumpulan kanak–kanak yang sudah tidak bernyawa, dilonggokkan ke satu tempat. Dayana tutup mulut. Matanya membulat melihat apa yang ada dihadapannya.

"Tuan…" Syamim mengeluh berat. 

"Dah selamatkan diorang?" Tanya Tuan Gabriel atas talian. 

"Diorang semua dah mati dibunuh Tuan…"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience