BAB 28

Romance Completed 119870

"Tell me first!" Bentak Hana. 

"Nope. Kau jawab dulu soalan aku." Aeron berkeras. 

"I love you from the bottom of my heart! Puas? Bagitau sekarang." Kata–kata itu mengundang ketawa di mulut Aeron. 

"Love me, from the bottom of your heart? Really?" Tanya Aeron sinis. Dia tahu gadis itu sedang terdesak.

Hana terdiam. Rasa nak tampar–tampar aje mukanya sekarang. Kau merepek apa ni Hana?!

"If you really love me. Sleep with me tonight." Cabar Aeron. 

"Tidur dengan kau? Forever alone betul kau ni, tidurlah dengan orang–orang kau ni. Fendi! Boss kau ni dah alone sangat. Tidurlah dengan dia malam ni!" 

Membuntang mata Fendi apabila ditegur begitu. Hana berpeluk tubuh tanda protes. Dah tak ada benda lain ke nak buat? Minta lah aku duit ke rumah ke, ini minta tidur dengan dia? Buaya betul!

Aeron ketap gigi. Rasa maruahnya tercalar pula apabila disindir–sindir begitu. Dia ketua, mestilah malu!

"Aku rasa syarat aku terlampau mudah. Sampai kau pun pandang serong dekat aku." Ujar Aeron dingin. 

Terangkat kening Hana mendengar kata–kata Aeron. Mudah? 

"Apa kata, kita kahwin je. Jalinkan hubungan yang halal?" Soal Aeron sinis. 

"What is all this shit." Ujarnya perlahan sambil tundukkan wajah. Geram! Kahwin dengan dia semata–mata nak tahu tentang kisah 20 tahun lepas? Tak logik!

"Apa?" Tanya Aeron. Dia dapat kenal pasti apa yang keluar dari mulut Hana. Saja dia bertanya lagi. 

Hana beri jelingan mautnya pada Aeron. Inilah orang melayu, dah tahu bertanya lagi!

"Tidur dengan aku malam ni. Aku tak kira." Aeron terus naik ke atas dengan wajah tak bersalah. 

"Apa kata kau kahwin je dengan dia Hana? Lepas kau dah tahu semua maklumat tu, kau cerailah dengan dia." Ujar Jack pada alat perakam suara. 

Hana merengus kasar. Ini lagi sorang otak letak dekat kuku kaki! Senang–senang je dia cakap macam tu? Kahwin lepas tu cerai? Semata–mata nak settle kan misi?

"Diam Jack!" Teriak Hana. 

Semua anak buah Aeron beralih pandangan padanya. Hana malu sendiri. Mesti diorang ingat aku gila!

"Aku pergi jumpa Aeron kejap." Hana meminta izin, baru saja selangkah dia hendak naik, Fendi menghalang. 

"Jangan kacau Aeron, dia tengah kerja." Ujar Fendi dingin. 

"Hei, aku ni bakal jadi ratu mafia dalam rumah ni tau. Behave sikit. Tepi!" Hana menolak kasar Fendi dan naik ke atas. 

Tanpa diundang, pintu bilik utama terus dikuak perlahan. Aeron terus menoleh, memandang gerangan itu. 

"Kau nak apa?" Tanya Aeron dingin. Ini bukan kali pertama Hana berad di bilik ni, jadi dia dah tak ambil peduli sangat. 

"Kau buat apa?" Tanya Hana kekok. 

"Tengah jual jantung orang, nak beli?" Balasnya dingin. 

Hana pula jadi seram sejuk, dengan suasana bilik ni yang gelap. Memang seram! Lagi–lagi bersama dengan psiko macam Aeron!

"Kenapa kau suka duduk tempat gelap?" Tanya Hana pelik. 

"Senang bunuh orang, tak ada orang nampak." Balasnya selamba.

"Aeron!" Tengking Hana. Geram pulak dengan jawapan Aeron. 

"Kenapa? Takut?" Aeron bangun dari kerusi lalu dia menghampiri Hana yang berada di rak buku. 

"Aku takkan bunuh orang yang ada ikatan dengan aku. Kau kena jadi isteri aku, barulah kau akan rasa selamat." Bisiknya pada telinga Hana. 

"Kau boleh jamin kebahagiaan aku? Kau boleh berhenti kerja ni? Kau boleh berhenti bunuh orang dan serah diri? Kalau kau tak mampu, jangan tanya benda ni lagi." Balas Hana tegas. Kau fikir kahwin ni semudah ABC?

"Bla." Arah Aeron.

"Fine." Hana terus keluar dari bilik tanpa sebarang kata. Aeron mengeluh berat.

"Jadi mafia bukan kemahuan aku Hana, tinggalkan Mafia bukan keputusan aku." Aeron mengepal penumbuk. 

"Masuk, bawak benda tu." Arah Aeron pada alat perakam suara.

"Boss." Panggil Fendi. 

Dia terus capai benda yang ada di tangan Fendi, lalu ditekan butang mati. 

Aeron tersenyum sinis. Dia pandang Fendi yang masih berdiri tegak. 

"Maaf boss." Fendi tundukkan wajahnya. 

"Sejak bila korang jadi cuai macam ni?" Tanya Aeron sinis. 

"Kami…"

"Mesti Khay dah dengar semua benda yang aku cakap dengan Hana. Perakam suara yang bercahaya biru itu dipegang. 

"Kalau macam tu… biar aku yang umpan dia. Aku tak mudah macam apa yang kau fikirkan Khay…" ujarnya seorang diri. 

"Boss…" panggil Fendi perlahan. 

"Betul ke, boss cintakan Hana?" Pertanyaan Fendi membuatkan kelakuannya terhenti seketika. 

"Tu semua lakonan. Aku nak umpan diorang, supaya diorang jatuh tak bangun–bangun lagi." Balasnya serius. 

MALAM, Hana baru saja habis mandi. Bathrobe dicapai lalu dia keluar dari bilik mandi. 

"Check news sekarang." Arah Ejen Kamal. 

Hana terus buka telefon. Dia pergi ke laman utama, lalu matanya membulat besar. 

'Ibubapa kepada mangsa telah mati dibunuh di Gudang Besi lama.'

"Bukan ke Dragon hanya beli budak, kenapa pulak dia nak bunuh mak bapak diorang sekali?" Tanya Hana pelik.

"I think, Dragon ada masalah mental yang parah. Semua pembunuh ada kaitan dengan masalah mental, cuma Dragon lebih mencabar." Balas Ejen Kamal. 

"Tuan nak saya buat apa?" Tanya Hana lagi. 

"Tuan Gabriel tak minta banyak, just stay by his side." Berkerut wajah Hana mendengarnya. Taknak suruh dia menyiasat ke?

"Tuan…" belum sempat dia habis bercakap, terdengar bunyi pintu dikuak. Terus dia matikan alat perakam suara. 

Mata Aeron menangkap tubuh Hana yang hanya berpakaian baju mandi. Terus dia toleh memandang dinding. 

"Asal?" Tanya Hana pelik. 

"Dah tak sabar sangat ke nak bermalam dengan aku?" Tanya Aeron dingin. 

"What?" Hana pelik. Apa maksud Aeron? Dia langsung tak faham. 

"Kau nak tidur pakai bathrobe?" Aeron berterus terang. Jiwa dia pula yang tak tenteram sekarang ni. 

"Shit!" Hana menggelupur, belum sempat dia mencapai baju, dia sudah tergelincir dek kerana jasa baju yang ada di atas lantai. Dia jatuh terlentang. 

"Arghh…" Hana mengerang sakit. Nak patah tulang ni woi!

"Aeron terus menoleh sebaik sahaja terdengar bunyi benda jatuh. Sekali lagi matanya membulat. Dia telan liur, pandangan beralih lagi.

Hana pandang tubuhnya, iya, sekarang badannya separuh bogel kerana tali bathrobe yang terlepas dari ikatan. 

Nak menangis dibuatnya. Tolonglah keluar Aeron!

"Han… Hana kau okay?" Tanya Aeron gagap.

"Pergi je lah!" Arah Hana bengang. 

"Habis macam mana kau nak bangun?" Tanya Aeron lagi. 

"Macam mana aku nak bangun kalau kau ada dekat sini?!" Balas Hana. Ei bangla lagi fahamlah apa yang cakap. Bendul!

"I think you hurt your body…" 

Iya dia mengaku. Pinggangnya memang terasa sakit yang amat!

"Aeron…" belum sempat dia habiskan cakap, tubuhnya terus diselimutkan, menutupi bahagian–bahagian yang terdedah. 

"Bangun, slow–slow." Aeron bantu gadis itu untuk bangun. Selimut digenggam kuat, takut tercabut pulak!

"Lain kali hati–hatilah…" pesan Aeron lembut. 

Hana kaku dengan kelakuan Aeron. Dia langsung tak ambil kesempatan? Siapa yang selama ni nak one night stand dengan aku? Kenapa baik sangat pulak ni?

"Duduk sini." Arah Aeron. 

"Kau pakai baju, aku tak pandang, aku takut macam–macam lagi yang jadi nanti." 

Aeron bangun dan berdiri di sebuah sudut. Matanya betul–betul memandang dinding. 

"Aku dah okay, keluarlah." Ujar Hana. Nak lemas dibuatnya dengan sikap Aeron yang terlampau ambil berat. Aku bukan bini kau!

"Pakai baju cepat, aku kira sampai 100, tak siap jugak, aku pandang je." Ugut Aeron.

Hana terus menggelupur. 100? Gila! Satu persatu pakaian disarung. Ada juga dia mengeluh kecil. 

"80…" Aeron terus mengira. 

"Hish!" Akhirnya dia berpakaian lengkap. Pinggang dipegang, sebabkan kelakuannya yang tergesa–gesa, buatkan badannya bertambah sakit. 

"Tidur." Aeron menghampiri Hana, lalu dia duduk atas katil. Tangan gadis itu ditarik membuatkan dia terbaring sekali. 

"Apahal kau ni?" Tanya Hana tak puas hati.

"Aku akan cerita satu persatu, jadi, tidur dengan aku." Berkerut wajah Hana. Belum sempat memberi jawapan, tubuh gadis itu dipeluk erat. 

"Tuan Karen. Is my father. The one that brought you to the GRO people." 

Mendengar perkataan GRO, membuatkan memori itu berlayar semula di minda Hana.

"One day, tempat kami diserang. All my family is dead. Tuan Karen, cuba nak selamatkan aku dari Mafia Wilson."  Kata–katanya berhenti disistu. 

Hana memandang tepat pada wajah Aeron. Wilson? Dia pernah dengar nama tu.

"Khay Wilson. Ejen paling setia dekat Agensi Hamra."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience