BAB 39

Romance Completed 119870

"Then let's get married."

Aeron terus bangun dari katil, macam tak percaya dengan apa yang didengarnya.

"Kau serius?" Soalnya tak percaya.

"Itu yang kau nakkan? So kau boleh bagitau aku siapa diri aku yang sebenar. Lepas kita kahwin." Tegas Hana.

"Aku ajak kahwin dengan kau sebab cinta! And I want you to love me! Aku taknak perkahwinan yang kosong Hana!" Marah Aeron.

"Kalau aku tak cintakan kau sampai bila–bila, kau sanggup tunggu aku? You're stupid! I give you a chance. But now you want my love? Then I can leave you. I never love you all this time Aeron…" Balas Hana tak mahu mengalah.

"Stop lying to me!" Tengking Aeron.

"I'm not lying!" Marah Hana pula.

"Then why your heart is beating so fast?" Tanya Aeron bengang. Mengaku je lah kau cintakan aku!

"Just proceed with the wedding!"

"Buat apa aku nak kahwin dengan perempuan yang tak cintakan aku?" Soalnya dingin.

Belum sempat Hana membalas, Aeron terus beredar dan menghempas kuat pintu bilik membuatkan bahu Hana terhinjut sedikit.

"Aku dah try hard tapi kenapa kau masih tolak aku Hana?" Aeron mengeluh berat.

Tanpa membuang masa, dia terus menghubungi seseorang.

"Syafiq, kenapa dia masih tolak aku?!" Tengkingnya.

Doktor Syafiq yang tidak tahu apa–apa terus jadi cuak. Kenapa aku kena tengking ni?

"Kau kenapa?" Soalnya, cuba memberanikan diri.

"Apa pendapat kau kahwin tanpa cinta?" Soalnya tanpa berselindung.

"Apahal kau tiba–tiba tanya pasal kahwin? Kau nak kahwin?" Tanya doktor Syafiq pelik. Seriuslah mafia macam Aeron tu nak kahwin?

"Jawab je lah!" Gesa Aeron.

"Bagi aku no problem. Cinta boleh dipupuk lepas kahwin. Itu yang aku belajar dari drama lah." Doktor Syafiq tergelak kecil. Semestinya dia tak tahu. Sebab dia sendiri belum kahwin!

"Drama…" Aeron menguis dagunya. Memikirkan sesuatu.

"Tak tahulah. Sumpah aku tak tahu." Balas Doktor Syafiq apabila terasa yang Aeron sudah lain macam.

"I will show her something, just like in the drama…" balasnya sinis.

"No no Aeron, kau tak maksudkan benda tu kan?"

"Benda tu lah yang aku maksudkan. Benda yang kau tengah fikir tu. Yang berkait dengan Datin Melinda…" balasnya sambil tersenyum.

"No way! Kau mafia, lepas tu kau nak tunjuk benda tu? Aku rasa dia akan buang kau terus Aeron!" Bantah Doktor Syafiq sekerasnya.

"Rileks bro. I know what to do. Bye." Kay terus meletakkan panggilan.

"Sometimes, drama ni berguna jugak dalam realiti." Dia tergelak sendirian.

"SURUH Hana pakai cantik–cantik. Kita akan ke Syarikat Melinda Holding…" Aeron memberi arahan pada anak buahnya.

"Melinda Holding?" Membulat mata Fendi mendengar nama syarikat yang disebutkan.

"Yes. Syarikat terbesar dekat Malaysia ni. Aku akan bawa Hana ke sana.".tegasnya.

Melinda Holding merupakan sebuah Syarikat terbesar di Malaysia. Perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh pengguna di negara ini. Kualiti yang setaraf luar negara, sebab itulah Melinda Holding menjadi syarikat terbesar di Malaysia.

"Tapi boss…"

"Jangan risau… dah tiba masanya pun." Dia cuba tenangkan anak buahnya yang mula panik.

SYAMIM berdiri tegak di hadapan tuan Gabriel. Dayana dan yang lain hanya perhati dari luar bilik.

"Hana nak kahwin?" Tuan Gabriel bersuara.

"Ya Tuan." Balasnya.

"Dengan Aeron?" Sambung Tuan Gabriel.

Syamim mengangguk sekali. Tak berani dia nak bertentang mata, angin Tuan Gabriel lain macam harini.

"Let it be then. Makin diorang rapat, makin mudah misi kita." Balas Tuan Gabriel yakin.

"Tapi Hana tak cintakan dia Tuan…" syamim bersuara.

"What do you know Syamim, bukan awak yang jaga hati Hana. Hanya Hana yang tahu…" ujarnya tenang.

"Suruh semua ejen berkumpul, ada benda yang nak dibincangkan." Arah Tuan Gabriel.

Syamim tundukkan kepalanya tanda dia patuh pada arahann.

Selepas semua berkumpul, semuanya berdiri tegak. Mereka tahu, mesti perkara penting ni sampai suruh berkumpul time lunch.

"Saya rasa, ejen–ejen kita belum layak menjadi top agent, banyak perkara yang kita lupa nak selidik. Seperti, siapa keluarga orang atas Dragon."

Mereka tundukkan wajah kerana malu dengan kecuaian sendiri.

"Jadi, Julia? Seorang model terkenal, adalah adik kepada orang atasan Dragon. Atau mungkin kita boleh panggil, Khay Wilson." Terang Tuan Gabriel.

"Walaupun kalau dia ada dekat sini, saya tetap akan sebut nama dia. Pembelot." Dia cuba menahan rasa marah di hati.

"Mak… maksud Tuan, Ejen Khay, selaku top Agent, adalah pembelot?" Soal Dayana gagap.

"Sebab tu saya suruh dia rehat dari misi. Jadi kita boleh bincang pasal dia. Dan fikirkan cara nak tangkap ejen Khay dengan bukti yang kukuh." Cadang Tuan Gabriel.

Semua wajah–wajah sudah bertukar menjadi suram. Mereka tak sangka, Top Agent yang dibangga–banggakan adalah seorang pembelot.

"Julia, kononnya kekasih hati Dragon, rupanya mereka berdua sudah merancang dari awal untuk jatuhkan keluarga Tuan Karen. Dan jatuhkan Agensi Hamra. Dengan cara menunjukkan kelemahan–kelemahan top agent di sini." Jelasnya.

"Jangan kecewa. Fikirkan apa yang jadi dekat Agensi Hamra ni, sebab perdana menteri sering perhatikan ejen–ejen kita. Kelemahan kita, boleh membuang Agensi Hamra dalam menjaga keselamatan negara."

"Kami akan tangkap pembelot tu Tuan. Sebabkan dia, semua jadi huru–hara." Tegas Jack.

"Tak lama lagi kita akan ada orang baru…" sambung Tuan Gabriel.

Berkerut wajah mereka mendengarnya. Ada ejen baru ke?

"KITA nak pergi mana?" Soal Hana bingung. Dengan Aeron yang memakai tuxedo nya. Bertambah bingung dia dibuatnya.

"Ke satu tempat." Balas Aeron selamba.

"Iyalah ke mana?" Ulang Hana. Satu tempat? Ingat dia tahu ke dekat mana?

"Diam sebelum aku cium." Aeron beri amaran.

Membulat mata Hana mendengarnya. Terus mulutnya ditekup rapat.

Apabila sampai di sebuah tempat. Hana melihat sekeliling, dekat mana ni?

Kepalanya didongakkan ke atas untuk melihat bangunan tinggi menunjuk langit itu.

"What are we doing here?" Soalnya bingung.

Aeron tersenyum sinis. Tanpa amaran, tangan Hana terus dipegang lalu dibawa ke pintu utama.

Aeron mula berjalan seperti orang kaya dan masuk ke dalam.

Semua pekerja–pekerja yang sedang lalu lalang mula berhenti. Lalu mereka membuat dua barisan umpama menyambut kedatangan mereka.

"Ada apa encik Aeron ke sini?" Soal Khairul. Seorang pekerja yang bertauliah, dan sudah lama menetap di Melinda Holding.

"Ceo's Aeron future wife, cik Dahlia." Seorang pekerja memperkenalkan diri mereka berdua.

Aeron tersenyum sinis. Hana terkejut sehingga mulutnya terbuka sedikit. Ceo? Mafia boleh jadi CEO??

"TENTANG pewaris Melinda Holding yang langsung tak munculkan diri. Dia akan buat sesi perkenalan dalam tahun ni Tuan." beritahu Dayana. Itulah misi yang harus dijalankan. Selidik Melinda Holding. Macam mana dia boleh berjaya walaupun pewaris tak melawat syarikat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience