AERON ZACK terdiam. Orang kanan aku? Dia? Tak masuk akal!
"Kau mabuk lagi eh?" Tanya Aeron bengang.
"No. I'm serious."
"Aku nak pesan satu benda, kalau datang sini adalah misi kau. Bla." Arahnya dingin.
Anak mata Hana bergerak. Dia tak boleh nak fokus memandang Aeron. Baru saja dia ingin berpaling wajah, tangan Hana direntap Aeron.
"Berani kau datang sini?" Tanya Aeron berbaur ugutan.
"Kau kata, kita takkan saling berbunuh. Takkanlah cepat sangat kau ubah fikiran?" Tanya Hana, dia memberanikan diri berhadapan dengan Aeron.
"Hana Hana… top Agent macam kau, nak jadi pembelot, I can't believe it." Aeron tersenyum sinis.
"Kau taknak terima aku sebagai orang kanan kau ke?" Tanya Hana, dia masih dalam proses memujuk. Walaupun terpaksa,tapi inilah misi yang harus dia selesaikan!
"Boleh. Have a one night with me first." Aeron mencabar.
Hana terdiam. One night? Memang kerja gila! Tapi kalau diberi pilihan antara maruah dan kerja…
"Ka… kalau aku tidur dengan kau, kau bagi ke aku jadi orang kanan kau?" Tanya Hana tergagap–gagap.
"Depends macam mana layanan kau dekat aku. Everything has value on it." Balas Aeron sinis.
Hana yang dari tadi serius tergelak kecil. Depends? Aku bukan perempuan murahan macam kau fikirkan lah Aeron!
"Kenapa gelak?"
"Buat apa aku nak serahkan maruah aku, semata–mata nak jadi orang kanan kau? Hey, I ask you to repay me. Repay my life Aeron. Nyawa yang kau hampir layangkan dulu." Ujar Hana bengang.
"So kau ada lagi satu pilihan." Balas Aeron. Dia pandang Hana lama sebelum dia masuk ke dalam rumah mewah.
"Come in. Kalau kau mampu buat benda ni, aku bagi kau jadi orang kanan aku."
Membulat mata Hana mendengar kata–kata Aeron. Apa benda yang selain one night?
Sebaik sahaja Hana masuk ke dalam. Dia tengok anak buah Aeron yang berada di ruang tamu. Ramainya!
"Han, buat air teh."
Han mengangguk lalu dia membuka langkah ke dapur, belum sempat masuk, Aeron bersuara lagi.
"Campur racun."
Hana yang berada disitu terkejut. Racun? Ini yang dia suruh aku buat? Minum racun?!
"Kau…"
"Kau tak ada pilihan. Sama ada kau minum racun tu, atau aku kurung kau." Ugut Aeron.
"Gila…" air matanya hampir mengalir. Ini umpama aku ambil nyawa aku sendiri! Hatinya memberontak. Kalau tidak kerana misi, aku takkan jumpa orang kejam macam kau Aeron!
"Choose Hana." Arah Aeron.
"Kalau aku minum racun tu, aku mati." Suaranya menggeletar membalas kata–kata Aeron.
"Depends. Kalau kau bertahan, kau tak mati." Balas Aeron sambil tersenyum sinis.
"Apa jenis racun yang kau nak bagi aku?"
"Belladonna." Balas Aeron ringkas.
Hana seperti sesak nafas mendengar nama racun itu. Racun yang sering digunakan oleh pembunuh untuk membunuh mangsa. Kenapa racun tu yang kau pilih?!
SYAMIM berkejar mendapatkan Ejen Kamal. Ada benda mustahak yang perlu dibicarakan.
"Tuan!" Panggil Syamim yang masih lelah.
"Take a deep breath, and tell me what happen." Arah ejen Kamal.
"Hana… Hana…" Syamim mencari nafas yang hilang.
"Hana kenapa? Aeron terima tak dia jadi orang kanan Aeron?" Tanya ejen Kamal.
Syamim menggeleng. Hampir gugur jantungnya mendengar perbualan Hana dan Aeron tadi.
"Aeron suruh Hana minum racun, kalau Hana bertahan. Baru dia lepaskan Hana untuk jadi orang kanan dia." Balas Syamim cemas.
"What?!" Terkejut ejen Kamal mendengar maklumat dari Syamim. Racun?!
"Racun jenis apa yang dia bagi?" Tanya ejen Kamal.
"Belladonna." Balas Syamim.
"Aeron tu gila! Panggil tuan Gabriel. Ini semua rancangan dia! Kita tak boleh hilang top Agent macam Hana!" Ejen Kamal meninggikan suara. Kesabarannya dah habis dia tahan. Dia ibarat patung, semua kena ikut arahan Tuan Gabriel je!
"Tapi tuan… Tuan Gabriel ada dekat Thailand sekarang…" balas Syamim serba salah.
"Aku tak kira. Kau panggil dia, suruh dia balik Malaysia!" Bentak ejen Kamal.
Syamim menghubungi nombor tuan Gabriel. Tak boleh jadi, selagi tuan Gabriel tak dapat dihubungi, dia yang menjadi mangsa!
"Hello! Saya dah kata, jangan ganggu time saya ada misi!" Tengking Tuan Gabriel.
"Tap… tapi…" Syamim tergagap–gagap.
"Apa dia?!"
"Ejen Hana. Aeron suruh dia minum racun!" Beritahu Syamim tegas. Kalau dia layankan perasaan dia ni, Hana boleh mati!
"Racun apa…" tanya Tuan Gabriel. Dia tarik nafas dalam–dalam, dia cuba tenangkan api yang hampir marak.
"Belladonna tuan. Racun yang terkenal di kalangan pembunuh." Jelas Syamim.
"Suruh semua ejen berkumpul, now!" Jerit tuan Gabriel. Hatinya resah, orang yang dianggap seperti anaknya sendiri dalam bahaya!
"Baik tuan!"
Setelah semua berkumpul, Tuan Gabriel muncul di slide. Mereka fokus memandang wajah Tuan Gabriel.
"Kita kena bertindak. Hana tak boleh minum racun tu." Arahnya serius.
"Tapi tuan, sempat ke…"
"Berapa lama masa untuk Belladonna bertindak balas?" Tanya Tuan Gabriel.
"Kurang dari lima minit…" balas Jack.
"Tapi, ianya bergantung, berapa titis kita letakkan?" Tanya Tuan Gabriel lagi. Dia sorokkan rasa cemas yang ada.
Semua mengangguk. Tuan Gabriel mengeluh berat. Top Agent nya sedang merisikokan nyawa sendiri. Nak menyesal pun tak berguna.
"Antidote Belladonna. Cari sekarang! Yang lain pergi ke tempat Aeron, tak kesahlah apa yang jadi. Selamatkan ejen Hana!" Arah tuan Gabriel. Dia cuba bertindak secepat mungkin.
"Antidote…"
"Kalau tak ada. Buat antidote. I beg all of you Agency Hamra!" Arahnya lagi. Raut wajahnya seakan merayu. Dia takut kehilangan Hana.
"Siap semua senjata?"
Seluruh ejen mengangguk. Pistol adalah senjata utama mereka. Bulletproof benda yang paling wajib mereka pakai.
Baru saja Syamim melangkah, telefonnya berbunyi. Dia berhenti dan melihat mesej yang dihantar.
"Stop. Aku merayu, korang jangan bertindak. Aeron dah sediakan 300 orang dekat luar rumah ni. Dan 300 orang bersenjatakan pedang, I don't want, any of you, to death…" Hana.
Syamim mengeluh berat. Serba salah, kalau mereka pergi, tak ada jaminan yang mereka akan selamat!
"Tuan… Hana minta kita untuk Stay." Ujar Syamim perlahan.
"Nonsense! Ejen Hana hampir mati, mana boleh stay!"
"Dia kata, semua ejen akan mati, kalau kita pergi sekarang." Syamim berkeras.
HANA melihat air teh di dalam gelas jernih itu. Jantungnya berdegup laju. Dia takut. Itu yang dirasakan sekarang.
"Minum." Arah Aeron sambil keningnya terangkat memandang Hana.
Air mata Hana tak dapat ditahan, sebutir mutiara jatuh ke pipi. Dan mengesat air mata itu.
"Dengan cara macam ni, aku akan terima kau jadi orang kanan aku." Sambung Aeron lagi.
Belum lagi cecair itu masuk ke dalam mulut, tekaknya sudah terasa pahit. Dia terseksa. Tapi macam mana lagi dia nak berundur? Dia yang terima misi ini.
Perlahan–lahan, gelas diangkat. Lalu air teh disisip sedikit demi sedikit. Aeron tersenyum sinis.
*Belladonna bukan nama rekaan. Korang boleh search di google, dan ketahuilah betapa bahayanya Belladonna itu.
Share this novel