BAB 30

Romance Completed 119870

TUAN GABRIEL mula tak tentu arah. Hana nak pergi berdepan dengan Dragon? Seorang diri? Gila!

Sebaik sahaja ejen Khay lalu di hadapan biliknya, terus dia panggil. 

"Kenapa Tuan?" Khay melangkah masuk ke dalam. 

"Saya nak awak jadi backup." Ujar Tuan Gabriel. 

"Backup untuk?" Khay bertanya. 

"Backup untuk Hana, dia akan jumpa Dragon harini. Dia…" kata–katanya terhenti sebaik sahaja terlihat susuk tubuh seorang perempuan di hadapan pintu. 

"Hana?" 

"Saya rasa sebelum saya teruskan misi ni, saya kena lapor diri dulu." Hana tunduk hormat. 

"And I want agent Khay to leave." Ujarnya dingin. 

Khay pandang Hana tak percaya. Dia halau aku? Dia dah tak percayakan aku ke?

"Kenap…" 

"Leave agent Khay." Arah Tuan Gabriel pula.

"Saya rasa awak datang sini, bukan untuk lapor diri. Apa yang dah jadi sebenarnya?" Soal Tuan Gabriel sebaik sahaja Khay beredar.

"Khay mencurigakan." Balas Hana ringkas.

"Mencurigakan macam mana?" Berkerut dahinya mendengar penjelasan Hana.

"Ada banyak benda yang kita tak tahu tentang ejen Khay, latar belakang, identiti, keturunan, jenis darah, cap jari." Balas Hana panjang lebar.

"Wait, I can accept all of that. But, cap jari? Kita dah cek dari mula lagikan?" Tuan Gabriel bingung. Tak faham dengan jawapan Hana.

"Itu bukan cap jari dia Tuan. I don't know how he did that. But pemilik cap jari dah lama meninggal dunia. Seawal umur 18 tahun lagi." Balas Hana serius. 

"Hana, you have to know. Cap jari adalah benda yang paling susah untuk kita tiru. Cap jari hanya boleh dikenal pasti melalui pengelas cap jari." Jelas Tuan Gabriel. 

"Tuan, don't you believe me?" 

"Who told you that? Aeron?" Soalan berbalas soalan. 

"No. Saya yang kaji sendiri." 

"So we have to do it. Kita akan analisis cap jari Khay, esok. Secara rahsia." Balas Tuan Gabriel. Dia tahu fikiran Hana sedang kusut.

"Tuan! Dia curi cap jari tu. Sebab yang pemilik cap jari, dah lama mati. 20 tahun yang lepas lagi!" Hana meninggikan suara.

"Don't talk all nonsense Hana. I'm do it the right thing. Lagipun ejen Khay dah berbelas tahun dengan kita. Mustahil untuk dia jadi pengkhianat." Tegasnya. 

Hana mengeluh berat. Siapa yang akan percaya tentang sesuatu benda tanpa bukti yang kukuh?

"Saya bukan memilih, walaupun dia dikira ejen paling lama dekat sini. Tapi awak lebih lama hidup dengan saya. Saya tahu awak bukan jenis penipu. Dan saya berharap, awak dapat fakta yang salah. Ejen Khay terlalu bagus. Dia dah menaikkan nama agensi kita. Tapi kalau betul dia pengkhianat, saya akan buat tindakan tegas. Don't worry Hana." Jelas Tuan Gabriel panjang lebar.

 Dia perlukan ejen seperti Khay. Dan dia juga sayangkan ejen Hana yang sudah dilayan seperti anak sendiri. Jadi dia harus lebih rasional, dia tidak boleh dianggap berat sebelah.

"Saya pergi dulu Tuan." Hana meminta diri.

"Rehatlah dekat sini." Pelawa Tuan Gabriel. 

"No, memandangkan saya dah laporkan diri. Bolehlah saya berjumpa Dragon." Hana terus beredar tanpa sempat mendengar ayat yang keluar dari mulut Tuan Gabriel. 

"Ejen Kamal. Sebagai Master Agent, saya nak awak lindungi Hana dari jauh." Arahnya melalui panggilan. 

"Baik Tuan." Balas ejen Kamal lalu panggilan dimatikan. 

"KAU kata apa? Jef undur diri?" Khay mendekatkan dirinya dengan anak buahnya yang lain. 

"Y… ye boss. Seminggu dah dia undur diri. Sejak boss langsung tak datang dekat tempat ni." Balas Daus takut. 

"Dia tak baca kontrak kita?" Tanya Khay sinis.

"Dia… dia kata, dia dah taknak terlibat dengan kerja–kerja ni boss. Dia nak jadi macam orang lain." Jelas Daus lagi. 

"Oooo, nak jadi macam orang lain? Punyalah beribu–ribu aku bagi gaji, dia tinggalkan macam ni je? Mana dia sekarang?!" Suaranya naik se-oktaf. Terjungkit bahu Daus mendengar suara Khay yang terlalu kuat. Sehingga bergema satu bilik itu.

"Dia dekat kedai gunting rambut…" balas Daus perlahan. 

"Kedai gunting rambut? Hahaha. Biar aku jadi tukang gunting rambut dia ya." Balas Khay sinis. Dia tinggalkan bilik itu sejurus mendapat maklumat tentang anak buahnya.

Tiba saja di kedai gunting rambut. Dia turun dari kereta, speck hitam disarungkan lalu dia masuk ke dalam. 

"Nak gunting rambut?" Suara itu memecahkan suasana sunyi di dalam kedai itu. Tanpa berfikir panjang, Jef terus mengangguk. 

"Kau tak patut langgar kontrak kita." Suara perlahan itu membuatkan Jef terdiam. 

Jantung berdegup laju, matanya membulat apabila spek mata hitam itu ditanggalkan. Khay?!

Belum sempat dia bersuara, Khay sudah memancungnya terlebih dahulu. Darah memancut keluar dengan derasnya. 

Khay tergelak kecil. Puas, bunuh orang adalah satu kepuasan buat dirinya. 

"Kau kira beruntung sebab aku tak seksa kau." Bisik Khay pada jasad yang sudah tidak bernyawa itu. 

Kebetulan pemilik kedai itu keluar dari bahagian belakang, terus ditembaknya bertubi–tubi sampai pemilik itu jatuh ke lantai. 

"This is not enough…" mata Jef perlahan–lahan dikorek menggunakan pisau, lalu dimasukkan ke dalam satu botol kaca bersaiz sederhana. 

"Mata kau ni, aku akan jadikan bahan sejarah kumpulan kita…" Khay tersenyum sinis. 

"DRAGON! keluar!" Teriak Hana di luar pintu pejabat Dragon. 

"Apa…" suaranya terhenti apabila melihat gerangan yang berada di hadapan pintu. Hana?

"Kau datang sini?" Tanya Dragon tak percaya. 

"Aku datang sini. Nak bunuh kau. Kau punca semuanya!" Tengking Hana. Dragon pejam mata beberapa saat. Ya, suara itu terlalu kuat membuatkan telinganya bingit mendengarnya. 

"Kau datang sini, kau buat kacau. Kau tak takut ke?" Tanya Dragon, dia menghampiri Hana yang tidak berada jauh dengannya.

"Aku tau. Aku tau kau kembar Aeron, aku tau kau yang tolak aku! Kau memang tak guna!" Tak sampai beberapa saat, pipinya ditampar kuat.

"Kau diamlah perempuan! Aku dah kata, sampai masa kau tau tentang aku, kau akan mati Hana. Don't you get it? You will die!" Sesaat Dragon halakan pistol padanya, Hana juga halakan pistol pada Dragon. 

"Aku takkan mati dekat tangan orang tak guna macam kau lah!" Tengking Hana. 

Serentak itu, berpuluh pistol dihalakan pada Hana. 

"Letak pistol tu…" Dragon tersenyum sinis. 

"Kalau aku letak pun kau tetap akan bunuh aku!" Tembakan dilepaskan pada Dragon. 

Dragon sempat menunduk, lalu satu tembakan dilepaskan pada Hana. 

"Arghh!"

AERON terus bangun dari meja kerjanya. Seakan tak percaya dengan apa yang baru didengarnya. 

"Hana dekat mana?" Ulang Aeron. 

"Dekat tempat Dragon boss…" balas Han sambil tundukkan wajah ke bawah. 

"Dengan ejen lain?" Sambung Aeron.

"Dia sorang diri boss. Dia nak handle Dragon." 

Bawah bibir digigit kuat. Tangannya mengepal penumbuk. Macam ada peluru yang menembusi jantungnya, itulah yang dirasakan sekarang. 

"Dia dari dulu sampai sekarang, terlampau bodoh! Siapkan semua orang kita, dia dah menyusahkan kita lagi!" 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience