BAB 1

Drama Completed 10212

"Kenapa kau tak selamatkan aku... Mana janji kau... Penipu!!!" Lirih suara itu kedengaran menghamburkan segala rasa yang tersembunyi di dalam hati. Pasti menarik simpati sesiapa sahaja yang mendengarnya.


“Kau tipu aku Aisyah. Aku bodoh sebab percayakan janji kau. Kau tak layak untuk bahagia.” Suara itu kembali mengogoi sebelum hilang dalam kegelapan.


"Sarahhh!!!" Sebaris nama indah dilaung kuat memecah kesunyian malam itu. Sekuat deruan nafas Aisyah yang sudah terduduk di atas katil sambil meliarkan pandangannya ke kiri dan kanan bilik mencari punca suara yang sedang merayu-rayu sebentar tadi. Lama dia berteleku di atas katil sebelum tersedar bahawa suara itu hanyalah igauan mimpi semata-mata. Igauan yang kerap menemaninya saban malam.


"Kenapa kau muncul lagi Sarah? Aku penat... penat dengan rasa yang tak berpenghujung ni." Aisyah memegang dadanya yang berdegup pantas. Dia cuba menenangkan diri. Rambutnya separas bahu diraup kebelakang dan tanpa dia sedar mutiara jernih sudah membasahi pipinya tika itu. Kerap kali dia dihadiri oleh mimpi itu, mimpi yang mengingatkan dia tentang peristiwa 5 tahun yang lepas. Mimpi yang menggamit kenangan lama dimana hanya dia sahaja yang tahu apa terjadi pada hari itu. Jiwanya berkocak, mindanya bercelaru apabila terkenangkan seraut wajah yang putih bersih datang menghantui kehidupannya. Walaupun ini bukan kali pertama dia menghadapinya tetapi dia masih berasa takut. Tidurnya tidak puas, hari-harinya dibayangi dengan wajah manis Sarah yang datang seperti ingin menuntut bela.


"Baru pukul 3 pagi." Gumam Aisyah apabila mata sempat mengerling jarum jam ditelefon bimbitnya. Dada yang berombak kencang sebentar tadi kembali tenang, setenang angin malam yang bertiup lembut menerombosi tingkap bilik yang terbuka luas. Dia kembali membaringkan tubuhnya di atas katil. Selimut ditarik paras dada. Tanpa menghiraukan sisa air mata yang masih menodai wajahnya, Aisyah kembali menutup mata. Dalam hati berdoa supaya dia dapat menyambung tidurnya sebelum malam berganti pagi. Segala gangguan tidur yang mampu menggetarkan seluruh badannya sebentar tadi cuba diusir jauh. Tidak mahu tenggelam dalam permainan tidur yang mungkin mampu menjerat hidupnya. Tidak lama kemudian, deruan nafas kedengaran menandakan bahawa sekujur tubuh itu telah kembali diulit mimpi. Mimpi yang mampu menenteramkan hati seorang gadis tanpa gangguan seperti tadi.

LANGKAH kaki dihayun pantas sambil matanya mengerling jam yang tersangkut di pergelangan tangan. Jarum jam tepat menunjukkan pukul 9 pagi menandakan lagi beberapa minit dia bakal terlewat ke kelas. 'Mampuslah aku kalau Dr. Ikhwan dah masuk. Mesti aku kena kunci diluar'. Hati Aisyah berdetak risau. Dia menyesal kerana mengikut hasutan syaitan yang menyuruhnya kembali tidur selepas solat subuh pagi tadi. Ditambah mimpi yang mengganggu tidurnya semalam menyebabkan dia sudah terlewat ke kelas pagi ini. Pintu Dewan Kuliah dibuka perlahan sambil hati berdoa agar Dr. Ikhwan masih belum berada di dalam kelas. Dr. Ikhwan yang terkenal dengan sifat tegas dan amat mementingkan masa itu merupakan salah seorang pensyarah yang ditakuti oleh sekelompok pelajar yang megenalinya. Bagi Dr. Ikhwan, satu saat yang disia-siakan amatlah rugi dan pantang baginya jika ada pelajar yang datang lewat sebelum sesi pelajaran dimulakan.


Hati Aisyah berlagu riang apabila melihat meja yang terletak dihadapan kelas kosong menandakan bahawa pensyarahnya belum sampai. Tapi yang lebih menarik perhatian Aisyah apabila melihat Dewan Kuliah tersebut juga kosong tanpa sebarang penghuni. Ibarat padang jarak padang terkukur.


"Eh! Aku salah bilik ke? " Aisyah mengundur sedikit kebelakang sambil melihat kertas yang melekat pada pintu dewan tersebut.


"Betullah DK 1. Aku tak salah kelas. Tapi mana semua orang?" Aisyah berkata perlahan. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya sebelum menekan aplikasi Whatsapp dan mencari nama group Finite Element. Dia mengeluh perlahan apabila baru menyedari bahawa kelas pada hari ini telah dibatalkan. Dia mengutuk dirinya yang tidak memeriksa hal itu dahulu sebelum berangkat keluar pagi tadi. Mana tidaknya kalau hati dah gelisah memikirkan bahawa dia bakal menghadapi muka garang Dr. Ikhwan jika terlambat. Nombor seseorang pantas ditekan dengan geram bagi menzahirkan rasa yang terbuku dalam hati.


“Ha Ayu! Kau apahal tak beritahu aku yang ayah kau batalkan kelas hari ini.” Tanpa salam dan ucapan selamat pagi terus Aisyah menghamburkan segala ketidakpuasan hatinya kepada Ayu, kawan sekelasnya kerana tidak menghubunginya tentang perkara itu.


“Manalah aku tahu yang dia tiba-tiba nak batalkan kelas. Kau ingat dia bagitahu aku semua benda? Aku pun dapat tahu dalam group pagi tadi” Ayu menjawab dengan suara malas. Ya, Dr. Ikhwan merupakan ayah kandung kepada Ayu. Walaupun begitu, hal yang berkaitan dengan pelajaran tidak pernah ayahnya kongsikan dengannya walaupun Ayu merupakan darah dagingnya sendiri. Ayu juga dilayan sama seperti pelajar lain.


“Kau mesti dah pergi kuliah kan? Lain kali check dulu telefon tuh sebelum nak keluar. Perangai tak berubah.” Ayu membidas lagi. Dia sudah mengagak dengan perangai Aisyah yang kalut tidak bertempat itu. Selama ini dialah yang menjadi jam penggera dan timetable tidak bergaji untuk Aisyah. Namun hari itu nasib Aisyah tidak baik kerana tidak menghubunginya terlebih dahulu.


“Yelah. Buang masa aku bersiap lawa-lawa pagi ni. Tapikan kau macam tak gelabah saja bila ayah kau cakap ada urusan penting. Kau tak cuba tanya khabar ka?” Aisyah berjalan menuruni tangga fakulti.


“Alah adalah tuh benda yang dia nak selesaikan. Kalau hal yang berkaitan family takkanlah dia nak rahsiakan dari aku pulak. Mestilah dia akan telefon aku bagitahu. Dah.. aku nak sambung tidur. Shuhh.. Shuhh..” Serentak itu Ayu menekan punat merah mematikan talian telefon.


“Tak guna punya perempuan. Dia letak macam tu saja.” Aisyah membuat muka kearah phone jenama Vivo Y30 yang berada dalam genggamannya. Dia meneruskan langkah untuk mendapatkan keretanya yang diparkir tidak jauh dari tangga itu.


“Cik Aisyah Qaisara Binti Umar?”


Langkah kaki terhenti apabila Aisyah mendengar namanya diseru oleh seseorang. Pantas tubuhnya dipusingkan untuk melihat insan yang memanggilnya. Terlihat seorang lelaki yang sebaya dengannya lengkap bersut berdiri berhadapan dengannya tika itu. Lama dia mengamati wajah yang baginya cukup asing pada pandangan mata untuk cuba membuka kotak memori jikalau dia mengenali lelaki itu.


“Cik ni Aisyah Qaisara Binti Umar?” soal lelaki itu kembali. Wajahnya yang kuning langsat itu sudah kelihatan merah akibat berjemur di bawah terik matahari yang mula menampakkan diri.


“Saya kenal encik ke?” Soalan dibalas soalan oleh Aisyah. Matanya mengecil sambil otak masih bekerja keras untuk mengingati lelaki itu.


Tiada secalit senyuman yang menghiasi wajah lelaki itu. ‘Aku ada terlanggar dia ka? Tapi aku tak rasa aku jumpa sapa-sapa sewaktu aku cakap telefon dengan Ayu sebentar tadi.’ Aisyah bermonolog di dalam hati apabila melihat wajah lelaki itu seperti menahan kemarahan. Tiba-tiba buku yang dikepitkan di tangan kirinya terasa dirampas. Sekelip mata bukunya yang tebal mengalahkan buku kamus dewan itu sudah berada dalam genggaman lelaki tersebut.


“Betullah itu nama kau.” Lelaki itu mengangguk sambil melihat nama yang tertulis pada buku tersebut. Kunci kereta yang berada di tangan kanan Aisyah diambil selamba. Dia berjalan menuju ke Viva biru yang terpakir elok di situ. Aisyah tergamam melihat perbuatan lelaki yang tidak dikenalinya itu. ‘Aku kena rompak ka tadi?’. Aisyah tersedar apabila melihat gugusan kunci yang dipegang oleh lelaki itu. Pantas kakinya berlari sebelum berdiri di hadapan lelaki itu sambil mendepakan tangan.


“Siapa kau? Pulangkan kunci kereta aku balik!” Aisyah membentak sebelum cuba merampas kembali kunci keretanya namun pantas lelaki itu mengangkat tangannya ke atas.


“Nama aku Zakuan. Kau tak perlu tahu nama penuh aku. Kau boleh panggil aku Zakuan or whatever aku tak kisah. Sekarang aku ada hal penting nak bincang dengan kau. Ikut aku kalau kau tak nak aku berkasar dengan kau.” Zakuan bersuara keras sebelum membuka pintu disebelah pemandu. Aisyah yang termangu-mangu memerhatikan gerak-geri lelaki yang muncul entah dari mana itu pantas mengetuk cermin tingkap untuk berbicara dengan Zakuan. Kedengaran bunyi enjin kereta dihidupkan. Aisyah cemas apabila Zakuan tidak mengendahkan ketukannya. Tidak dapat tidak, Aisyah menerobos masuk di tempat duduk sebelah pemandu. Zakuan terus memecut laju kereta tersebut tanpa menghiraukan jeritan dan kemarahan yang dihamburkan Aisyah kepadanya.


“Kau nak bawa aku pergi mana ha?!!” Aisyah memegang kuat seat beltnya apabila dirasakan pacuan empat roda itu bergerak dengan laju membelah jalan raya. Dia rasa menyesal mengikut lelaki yang tidak dikenalinya itu. Namun demi menyelamatkan keretanya daripada dirompak dia sudah tidak memikirkan keselamatan dirinya. ‘Bagaimana dia mampu hidup jika kereta kesayangannya dibawa lari.’


“Turunkan aku.” Aisyah menjerit untuk menarik perhatian Zakuan. Namun segala usahanya hampa apabila dilihat Zakuan tidak menoleh walaupun seinci kearahnya. Mata lelaki itu masih tunak ke hadapan seperti fokus dengan pemanduannya.


“Aku cakap turunkan aku!!” Aisyah menempik dengan lebih kuat.


“Diam!! Aku nak tahu apa yang terjadi dalam kemalangan lima tahun lepas.” Zakuan menjerkah garang. Dia tidak dapat mengawal emosi apabila dilihat perempuan tersebut seolah-olah mencabar kesabarannya.


Sejurus mendengar kalimat yang diutarakan Zakuan, Aisyah diam tidak berkutik. Hatinya dipagut rasa takut. Tubuhnya menggigil secara tiba-tiba. Dia diam seribu bahasa dengan beribu persoalan yang menerjah mindanya kala itu. ‘Siapa sebenarnya lelaki ni? Macam mana dia boleh tahu tentang kemalangan itu? Apa kaitan lelaki ini dengan Sarah? Kenapa aku yang dijadikan cagaran untuk kemalangan itu? Adakah lelaki ini megetahui sesuatu?’ Aisyah hanya membiarkan persoalan itu belegar-legar di kepalanya. Matanya membuang pandang keluar tingkap melihat kereta bergerak tanpa mengetahui destinasi yang ingin mereka tujui. Atau lebih tepat destinasi yang ingin dibawa oleh lelaki disebelahnya itu.

Its my first novel... Hopefully u all like it. Lots of love from me

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience