BAB 26

Drama Completed 10212

Zakuan meneguk air liur setelah menyedari kehadiran Ariana bersama Dato' Suhaimi. Hatinya gelisah tidak tentu arah. Dia tahu niat sebenar mereka memunculkan diri di situ. Dengan pantas Zakuan bertindak berdiri di hadapan Aisyah bagi melindungi gadis itu daripada mereka berdua.


"Bagus Zakuan, uncle tak sangka kamu sanggup buat apa yang uncle suruh." Suara garau itu tersenyum puas sambil matanya tidak lepas daripada memandang Aisyah.


Aisyah jelas terpinga-pinga dengan situasi sekarang. Jadi siapakah sebenarnya yang menculik dirinya? Adakah Zakuan mahupun Dato' Suhaimi sendiri?


Zakuan menoleh sekilas ke arah Aisyah yang masih berdiri di belakangnya. Dia tahu dia sudah tersilap langkah dengan mengikut cadangan Dato' Suhaimi untuk membawa Aisyah ke sini. Dia cuma mahu menggertak Aisyah untuk mengakui kesalahannya dahulu, tetapi kebenaran lain pula yang tersingkap membuatkan Zakuan mula menyesal.


"You buat apa dekat situ Zakuan? You jangan dekat-dekat dengan perempuan tu, nanti takut badi dia melekat dekat you. You dah lupa ka yang Aisyah penyebab adik you mati? Dia perempuan jahat." Ariana bersuara apabila dilihat Zakuan masih tidak berganjak daripada Aisyah. Dia dapat melihat perubahan pada diri Zakuan dengan jelas. Seperti lelaki itu cuba melindungi Aisyah daripadanya.


"Tak. Bukan Aisyah yang jahat dekat sini, tetapi you yang tipu I selama ni! Bukan Aisyah yang bunuh adik I! You sahaja mereka cerita supaya I bencikan Aisyah. You memang perempuan tak tahu malu!" Herdik Zakuan dengan garang. Ingatannya masih jelas dengan setiap bait bicara Ariana yang didengar di dalam rakaman tadi.


Riak wajah Ariana jelas terkejut mendengar semua itu. Dia mengerutkan dahi sambil cuba mendekati Zakuan. "Apa you mengarut ni? Benda apa yang I tipu you? I ikhlas berkawan dengan you selama ni. Kenapa perangai you pelik sangat hari ni?"


"Jangan dekat dengan aku!" Zakuan sudah menjerit lantang. Terhenti terus perbuatan Ariana yang cuba mendapatkan dirinya.


Zakuan merampas telefon bimbit di dalam genggaman Aisyah sebelum mula memasang semula rakaman tersebut. Dia mahu Ariana mendengar sendiri apa yang menyebabkan dirinya mula membenci wanita itu.


Ariana terkaku di tempatnya. Dia tidak menyangka Aisyah merakam perbualan mereka sebentar tadi. Wajah Ariana berubah kelat sebelum dia mula mencebik meluat ke arah Zakuan.


"I tak sangka you sanggup fitnah Aisyah hanya disebabkan you dahagakan perhatian dari I. You memang tiada hati perut! You tahu tak perbuatan you tu berdosa besar?!"


"You jangan cuba nak salahkan I seorang sahaja dekat sini! You juga yang terima cerita I bulat-bulat! You sendiri yang nak balas dendam bagi pihak adik you! And perbuat you pada Aisyah selama ni tak berdosa lah? You seksa dia selama ni tak berdosa? You pun tiada beza dengan I." Ariana tergelak menang kerana mampu mendiamkan Zakuan. Dia sudah tidak peduli tanggapan Zakuan terhadapnya. Biarlah Zakuan melihat sisi jahatnya sekarang. Lagipun lelaki itu sudah mengetahui segala-galanya.


"Papa tak ada masa nak layan drama korang di sini. Papa cuma mahu selesaikan urusan papa." Dato' Suhaimi akhirnya bersuara mematikan perdebatan yang dirasakan bosan padanya.


"Serahkan segala bukti yang kau ada pada aku." Suara itu tidak menjerkah ataupun kedengaran memaksa pada telinga Aisyah namun, cukup membuatkan Aisyah gerun mendengarnya. Dia diam tidak berkutik sambil matanya juga melihat Dato' Suhaimi yang menghulurkan tangan ke arahnya.


"Tidak! Saya tak akan benarkan uncle ambil bukti tersebut dari Aisyah. Zakuan tak sangka uncle seorang yang kejam. Uncle sanggup sembunyikan kesalahan uncle selama ini hanya untuk kepentingan status uncle sendiri! Uncle sama sahaja dengan Ariana. Tiada hati perut langsung!" Zakuan kembali membidas. Dia sudah tidak peduli perasaan hormatnya pada Dato' Suhaimi selama ini. Walaupun dia selalu menceritakan masalahnya kepada Dato' Suhaimi, tetapi perbuatan Dato' Suhaimi masih tidak boleh dimaafkan.


"Zakuan.. Zakuan.. Siapa yang bawa Aisyah ke sini? Siapa yang culik Aisyah dan kurung dia di sini? Uncle tak paksa pun kamu buat semua tu. Kamu sendiri yang mengikut rancangan uncle semalam." Dato' Suhaimi berpeluk tubuh sambil menjongketkan keningnya.


"Ya memang saya bodoh sebab ikut rancangan uncle. Saya bodoh sebab percayakan uncle dan Ariana. Tetapi saya akan cuba betulkan kesalahan saya semula. Saya tak akan biarkan uncle hidup di atas kesengsaraan orang lain. Tidak selepas saya mengetahui segalanya." Zakuan sudah nekad. Dia mendekatkan lagi jaraknya dengan Aisyah untuk memastikan Aisyah betul-betul berlindung di belakangnya. Dirinya silap kerana tidak menghidu sisi gelap Dato' Suhaimi yang tidak pernah ditunjukkan. Matanya seakan buta untuk menilai perangai mereka berdua selama ini.


Semalam Zakuan ke rumah Ariana untuk meluahkan segala isi hati kepada perempuan itu tetapi Ariana nyata lebih bijak menggula-gulakannya. Ariana berjaya meyakinkannya bahawa segala kisah yang diceritakan Tuan Johari adalah tipu dan hanya rekaan. Disebabkan itu mereka bertiga mengatur rancangan untuk menculik Aisyah ke gudang lama ini supaya Aisyah berasa takut dan mengakui segala kesalahannya. Ternyata dirinya sekali lagi diperbodohkan dengan dijadikan sebagai kambing hitam. Rupa-rupanya Dato' Suhaimi dan Ariana mempunyai rancangan sendiri. Dan dia berdosa sangat kerana mengikut kehendak mereka secara membabi buta.


"Jadi kau juga terlibat dengan penculikan aku?" Aisyah mengundur beberapa tapak ke belakang. Tahulah dia Zakuan bersengkokol dengan mereka berdua.


"Kesiankan kau Aisyah. Aku ingat kau ni bijak sangat, tetapi rupanya cetek juga akal fikiran kau. Kau ingat kami tak tahu yang bukti tentang kemalangan tujuh tahun lepas ada dalam genggaman kau? Sedangkan sebelum ini pun kami dapat siasat, inikan pula kau yang entah siapa-siapa. Pandai kan aku pura-pura terkejut tadi apabila kau tunjuk segala bukti tu pada aku?" Ariana tergelak senang. Dia suka melihat wajah Aisyah yang berona merah menahan marah.


"Oh ya! lupa pula I nak berterima kasih pada you. Sebab you dah mudahkan urusan I dengan papa I. Tak payahlah kami bersusah-payah kotorkan tangan culik perempuan yatim piatu ni." Ariana bergelak ketawa bersama Dato' Suhaimi. Seronok kerana rancangan mereka akhirnya berhasil. Rancangan mahu menghapuskan segala bukti yang tinggal.


"Perempuan sial!" Zakuan memekik sebelum mula meluru ke arah Ariana. Dia ingin mengganyang mulut Ariana yang celupar itu.


Belum sempat Zakuan menyerbu Ariana, tubuhnya berdiri statik apabila terpandangkan 'benda' yang dikeluarkan Dato' Suhaimi dari belakang badannya. Pistol!


"Jangan cuba cabar aku Zakuan. Aku sedaya-upaya tak nak perbesarkan keadaan. Tapi kalau kau paksa aku untuk gunakan kekerasan, aku tak akan teragak-agak untuk tembak kau." Dato' Suhaimi mengacukan pistol tepat pada dahi Zakuan.


Aisyah sudah mula menggigil menyaksikan perkara itu. Dia tahu nyawanya sedang menjadi taruhan sekarang. Jika bukti yang diminta tidak diserahkan, pasti sahaja nyawanya bakal melayang. 'Ya Allah kau selamatkanlah hambaMu ini. Aku cuma mahukan keadilan buat ibu dan ayah aku. Kau permudahkanlah segalanya.' Tidak berhenti Aisyah berdoa supaya dirinya dapat diselamatkan.


"Hei perempuan! Kau tunggu apa lagi! Serahkan pada aku sekarang!" Dato' Suhaimi sudah mula meninggikan suara. Dia sudah bosan mahu menunggu lebih lama. Lebih baik dia cepat-cepat menghapuskan bukti tersebut sebelum terlambat.


Zakuan memandang Aisyah dengan penuh pengharapan. Berharap agar Aisyah tidak menyerahkan apa yang dipinta Dato' Suhaimi. Jika tidak difikirkan pistol yang diacu padanya kini, sudah lama dia menyerang Dato' Suhaimi dan membantu Aisyah melepaskan diri.


Aisyah berbelah bahagi. Dia tidak tahu mahu berbuat apa. Itulah satu-satunya bukti yang boleh mengaitkan Dato' Suhaimi dengan kemalangan itu. Jika bukti itu dihapuskan pasti sahaja sukar untuk membuka semula kes.


"Kau terhegeh-hegeh apa lagi! Cepatlah!" Ariana menjerkah nyaring. Terhinjut bahu Aisyah mendengar jerkahan itu.


"Kalau kau tak bagi, aku letupkan kepala dia!" Dato' Suhaimi menekan dengan lebih kuat hujung pistol pada kepala Zakuan.


Zakuan diam tidak berkutik. Hanya matanya yang memerhatikan tingkah laku Aisyah. Mulutnya tidak henti-henti terkumat-kamit menghalang Aisyah daripada menyerahkan bukti tersebut.


Aisyah kalut-kalut membuka beg tangannya untuk mengambil pendrive hitam yang dibawa bersama. Walaupun Zakuan banyak memberikan luka dalam hidupnya, tetapi untuk membiarkan lelaki itu mati dalam keadaan begitu tidak sama sekali. Seketika tangan yang laju menyelongkar isi beg terhenti buat seketika. Aisyah terpandangkan sesuatu di dalam begnya.


"Saya mahukan kepastian sebelum memberikan pendrive ini pada tuan." Aisyah masih tidak beralih melihat Dato' Suhaimi. Benci sungguh dia mahu memandang lelaki tua itu.


"Apa lagi kau ni! Bagi sahajalah pada papa aku. Susah sangat ke?" Ariana sudah mendengus geram.


Dato' Suhaimi mengangkat tangan kepada Ariana menyuruh anaknya itu diam. "Ok, aku akan jawab segala pertanyaan kau. Aku tak nak nanti hidup aku dihantui dengan roh kau yang tidak tenang pula." Dato' Suhaimi tergelak sinis. Dia menumpukan perhatian pada Aisyah. Dalam masa yang sama dia masih berjaga-jaga jikalau Zakuan akan bertindak menyerangnya secara tiba-tiba.


"Betul tuan yang terlibat dalam kemalangan langgar lari ibu bapa saya?" Aisyah mula bertanya.


"Yup." Dengan yakin Dato' Suhaimi bersuara.


"Dato' Suhaimi yang terkenal dengan kerjayanya dalam bidang perusahaan adalah orang yang sama yang melanggar ibu bapa saya tujuh tahun lepas. Adakah tuan orang yang sama?" Soalan kedua diutarakan.


"Ya. Kenapa? kau tak boleh terima kenyataan?" Walaupun agak pelik dengan soalan Aisyah namun, Dato' Suhaimi menjawab juga. Mungkin Aisyah mahu memastikan bahawa dia berhadapan dengan orang yang betul.


"Kenapa tuan tidak menyerah diri tujuh tahun lepas? Kenapa tuan sembunyikan semua bukti yang ada? Sebab apa? Sebab ingin menjaga reputasi tuan?" Aisyah mengabaikan perlian Dato' Suhaimi terhadap dirinya. Pertanyaannya lebih penting sekarang.


"Hahahaha." Terlepas tawa kuat dari Dato' Suhaimi.


"Hanya manusia gila yang sanggup serahkan diri untuk dipenjarakan. Aku orang yang bekerjaya, berpangkat Dato' bahkan berharta. Tak mungkin aku sanggup tinggalkan kemewahan aku semata-mata untuk orang yang tak penting dalam hidup aku. Reputasi aku waktu itu lebih dari segala-galanya. Dan kematian ibu bapa kau tidak memberi kesan pada hidup aku." Dato' Suhaimi tersenyum sinis.


"Tak guna!" Zakuan mengepalkan penumbuk. Hatinya turut terkesan dengan hinaan Dato' Suhaimi walaupun bukan keluarganya yang dipandang rendah oleh lelaki itu.


Aisyah menggenggam beg tangannya dengan kuat menahan rasa. Sudah dua kali ibu bapanya menjadi hinaan di mulut orang lain. Dia tidak sanggup mendengarnya lagi.


"Baiklah. Saya akan serahkan apa yang tuan mahu." Aisyah berjalan perlahan-lahan ke arah Dato' Suhaimi bersama pendrive di tangan.


Dato' Suhaimi tersenyum senang apabila melihat Aisyah mengikut arahannya. Dia sudah terbayang kebebasannya selepas ini setelah dia menghapuskan bukti tersebut. Tiba-tiba..


Pistol yang dipegang kemas ditangan Dato' Suhaimi melayang disepak Zakuan. Tumbukan padu dihadiahkan tepat pada muka Dato' Suhaimi menyebabkan orang tua itu terbaring di lantai tidak sedarkan diri.


Zakuan pantas mendapatkan Aisyah yang nyata terkejut dengan tindakannya itu. "Kau tak apa-apa?" Aisyah ditiliknya atas bawah walaupun dia tahu secara fizikal Aisyah baik-baik sahaja. Tetapi secara mental Aisyah pasti sangat takut sekali.


Aisyah mengangguk menjawab pertanyaan Zakuan. Dia lega kerana Dato' Suhaimi tidak sempat mengambil bukti tersebut.


Ternyata Zakuan mahupun Aisyah lupa dengan kehadiran Ariana yang masih ada bersama mereka. Ketika Zakuan menyedari perkara itu, semuanya sudah terlambat apabila dilihat Ariana mengutip kembali pistol yang disepaknya.


"Berani kau!" Serentak itu pistol dihalakan pada Zakuan sebelum Ariana mula menekan picu pistol dengan jarinya.


Zakuan hanya mampu memejamkan mata merelakan semuanya berlaku. Mungkin inilah karma yang perlu dibayar untuk segala kekhilafan yang dilakukannya selama ini. Mungkin inilah dosa yang perlu dibayar kerana menyakitit seorang anak yatim yang tidak berdosa. Zakuan redha apa pun yang bakal terjadi dan..


Bang! Cukup kuat bunyi tembakan tersebut sehingga mampu membingitkan telinga sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience