BAB 17

Drama Completed 10212

“Macam mana keadaan dia Intan?” Tuan Johari mundar-mandir di hadapan pintu bilik Sarah yang sedang dihuni Aisyah sekarang. Dia sungguh risau dengan keadaan Aisyah. Setelah mereka memapah Aisyah ke dalam rumahnya sebentar tadi, terus sahaja Tuan Johari menelefon doktor peribadi keluarga mereka untuk datang melihat keadaan Aisyah. Alhamdulillah, Aisyah hanya mengalami demam panas dan tiada penyakit lain. Cuma rasa risau yang bertamu dalam hati Tuan Johari masih tidak dapat diredakan. Dia ingin sekali tahu mengapa Aisyah muncul di hadapannya dalam keadaan begitu.

“Macam tulah abang. Dia lebih suka diamkan diri. Satu butir nasi pun dia tak nak makan sejak sedarkan diri.” Puan Intan juga mengeluh hampa. Tumpah simpatinya kepada gadis itu sewaktu menukar pakaian Aisyah yang basah tadi. Dan dia bertambah sedih apabila Aisyah memilih untuk menguncikan mulut sejak dia tersedar daripada pengsannya.

“Abang cuba masuk dan pujuk dia. Mana tahu kalau hati dia terbuka untuk ceritakan apa yang berlaku. Saya pun risau tengok dia murung begitu.” Puan Intan memegang kedua-dua belah tangan Tuan Johari untuk memberikan semangat.

“Awak temankan saya.” Tuan Johari mengusap tangan Puan Intan sebelum menarik tangan isterinya itu masuk ke dalam bilik Sarah. Sekujur tubuh yang separuh bersandar pada kepala katil itu dipandang sayu.

“Assalammualaikum Aisyah.” Salam diberi dengan cermat. Tuan Johari mengambil tempat di kerusi yang terletak bersebelahan dengan katil itu. Puan Intan hanya berdiri di birai pintu tanpa ada niat ingin menyampuk. Dilihatnya Aisyah hanya memandangnya untuk seketika sebelum kembali membuang pandangan ke luar jendela bilik.

“Aisyah masih rasa tak sedap badan?” Tuan Johari cuba memulakan bicara. Namun reaksi yang diterima daripada Aisyah sama seperti tadi.

“Aisyah.. What happend to you dear? You look upset.” Tuan Johari cuba mencari mata Aisyah yang masih tidak memandangnya. Keluhan dilepaskan apabila Aisyah masih juga memilih untuk mendiamkan diri. Tuan Johari memandang Puan Intan di muka pintu.

“Aisyah rehatlah dulu. Mungkin Aisyah perlukan masa untuk bersendiri.” Puan Intan membuka suara. Dia menggamit Tuan Johari untuk keluar dari bilik itu supaya dapat memberi ruang kepada Aisyah menenangkan diri.

“Pak cik keluar dulu. Kalau Aisyah perlukan apa-apa just tell me. Pak cik dan mak cik akan cuba membantu apa yang patut. Aisyah jangan segan dengan kami, Aisyah masih kami anggap seperti anak sendiri walaupun sudah lama kamu tidak ke sini.” Tuan Johari mengukir senyuman manis sebelum mula melangkah mahu meninggalkan bilik itu.

“I thought my life was getting better.” Tuan Johari mematikan langkah apabila suara itu menyapa halwa telinganya.

“But.. it getting worse day by day.” Tuan Johari memusingkan badannya menghadap Aisyah. Dia dapat melihat dengan jelas mata Aisyah yang sudah berkaca. Tuan Johari dan Puan Intan kembali mendekati Aisyah di sisi katil.

“Bagitahu kami apa yang berlaku kepada kamu Aisyah. Kami sedia mendengar segala masalah kamu. Kamu sudah banyak kali terluka. Jadi biarlah hanya untuk kali ini sahaja kami berkongsi kedukaan itu bersama kamu.” Puan Intan bertindak menggenggam tangan Aisyah.

“Saya dah jumpa insan-insan yang terlibat dengan kejadian langgar lari ibu bapa saya tujuh tahun lepas.” Dalam satu nafas Aisyah menuturkan perkara itu. Jelas riak wajah Puan Intan dan Tuan Johari yang berubah seratus peratus. Mereka nyata terpana mendengar kenyataan yang keluar dari mulut Aisyah.

“Kamu pasti?” Tuan Johari bersuara memecahkan kesunyian.

“Saya mendengar sendiri pengakuan yang keluar dari mulut insan itu.” Aisyah merenung Puan Intan dan Tuan Johari bersilih ganti.

“Jadi apa tindakan kamu? Kamu nak buat laporan polis? Kalau kamu mahu pak cik dan mak cik temankan, kami tak kisah.” Puan Intan semakin mengeratkan pegangannya.


“Pak cik tahu bukan hal itu yang menganggu fikiran kamu sekarang kan? You seem awfully worried about something else. Beritahu segalanya kepada kami.” Tuan Johari sabar menanti bicara Aisyah. Dia tahu ada perkara lain yang dirisaukan Aisyah. Tak mungkin Aisyah bereaksi begini apabila sudah mengetahui orang yang telah membunuh ibu bapanya. Dia cuba bertenang mendengar segala hakikat yang bakal diutarakan Aisyah.

“Orang itu merupakan ayah sahabat saya sendiri. Sahabat yang saya dah anggap sebagai family saya. Sahabat yang berada sewaktu susah senang saya. Sahabat yang satu-satunya boleh menerima kekurangan saya sebagai anak yatim piatu. Kasih sayang saya pada dia sama seperti rasa sayang saya pada Sarah sebelum ini. Tapi kenapa, kenapa dia anak kepada orang yang telah meragut nyawa ibu bapa saya. Saya tak boleh terima kenyataaan itu. Saya tak boleh..” Aisyah menekup mukanya dengan kedua-dua belah tangan. Buat pertama kalinya dia menceritakan masalah hidupnya kepada orang lain.

“Jadi kamu rasa serba salah untuk buat laporan polis tentang itu? Kamu tak nak sahabat kamu sedih bila ayah dia dipenjarakan? Itukan apa yang kamu rasa sekarang?” Tuan Johari sedih melihat dugaan yang dihadapi Aisyah sejak dulu. Bilakah kebahagian bakal menjelma dalam hidup anak gadis itu?

“Saya tak tahu apa yang patut saya lakukan sekarang. Ya, saya memang marah bila mengetahui segala-galanya dan saya juga mahukan keadilan buat kedua-dua ibu bapa bapa saya tetapi separuh hati saya seperti menghalang saya untuk berbuat demikian.” Aisyah berasa sedikit lega apabila dapat meluahkan segalanya. Dia mula memandang wajah Puan Intan dan Tuan Johari yang masih setia menemaninya sejak tadi. Mengharapkan kekuatan daripada mereka.

“Aisyah. Pak cik dah lama nak utarakan perkara ini kepada kamu.” Tuan Johari menarik nafas panjang sebelum mula melabuhkan punggung di atas kerusi kembali.

“You’re struggling, again. Kamu sedar tak sejak dari dulu lagi kamu lebih mementingkan perasaan orang lain lebih dari diri kamu sendiri. Sejak kematian kedua ibu bapa kamu, kamu lebih banyak diamkan diri dan pendamkan perasaan kamu. Kamu tak pernah ceritakan kepada sesiapa apa yang kamu rasa sebab kamu tak nak bebankan orang lain dengan luka dalam hati kamu. Kamu lebih suka duduk seorang diri dan menangis. Tapi apabila kami tanya keadaan kamu, kamu akan cakap yang kamu baik-baik sahaja.” Tuan Johari memandang tajam ke arah Aisyah. Dia perlu luahkan apa yang dia rasakan terhadap Aisyah selama ini.

“Dan keadaan kamu semakin teruk sewaktu kamu kehilangan Sarah. Kamu terus putuskan hubungan dengan kami. Kamu rela hidup bersendiri hanya kerana mahu menjaga hati kami. Kamu anggap kamu lah punca Sarah mati. Kamu anggap kamu pembawa malang kepada orang sekeliling kamu. Kamu tak nak orang lain terkena badi kamu, jadi kamu memilih untuk jauhkan diri dari orang yang kamu sayang. Dan haritu Kak Milah bagitau pak cik yang kamu cedera hanya kerana ingin menyelamatkan kawan kamu. Semua yang kamu lakukan adalah demi orang lain. Pernah tak kamu fikirkan tentang diri kamu sendiri?”

“Apa yang pak cik cuba sampaikan?” Aisyah buntu apabila Tuan Johari menyentuh topik lain. Dia tidak faham apa yang cuba dikatakan oleh Tuan Johari.


“Pak cik cuma minta kamu fikirkan perasaan kamu dahulu sebelum fikirkan perasaan orang lain. Cukuplah pak cik melihat kamu terluka selama ini. Tapi kamu berlagak seperti kamu mampu hadapi segalanya. Pak cik tahu betapa sakitnya perasaan kamu apabila kamu terpaksa tempuhi semuanya seorang diri. Jadi, pak cik mohon kepada kamu sekali ini sahaja, tolonglah Aisyah buat keputusan yang tidak menyakiti diri kamu lagi. Orang yang salah tetap salah Aisyah. Walaupun dia ayah kepada sahabat kamu, tetapi dia tetap melakukan perkara yang salah dari segi undang-undang. Jikalau dia tidak dihukum di dunia, di akhirat pasti juga akan menanti. Tak semestinya kamu perlu bekorban dalam segala hal.” Tuan Johari lega dapat meluahkan segalanya. Dia harap Aisyah sedar semua itu. Dia tidak suka melihat Aisyah yang selalu menyalahkan diri sendiri jikalau berlaku masalah di sekelilingnya. Dia mahu Aisyah bangkit melawan semua itu.

“Betul apa yang pak cik cakap. Kamu juga berhak menuntut keadilan untuk kedua ibu bapa kamu. Jikalau betul sahabat kamu itu seorang yang baik, dia pasti menyokong tindakan kamu juga. Tidak mungkin dia sanggup menyokong perkara terkutuk yang dilakukan ayahnya. Salah tetap salah!” Puan Intan mengangguk yakin. Dia sokong kata-kata suaminya.

“Jadi adakah pengorbanan yang saya lakukan selama ini sia-sia? Saya cuma takut hidup saya diselubungi rasa bersalah yang tidak berpenghujung.” Aisyah menunduk memandang jari-jemarinya di atas riba. Pengorbanan yang dia maksudkan adalah semasa dia menyelamatkan nyawa Ayu.

“Tidak. Apa yang kamu lakukan selama ini ikhlas dari hati kamu. Apabila situasi sudah berubah seperti ini, biarlah mereka pula yang bekorban demi kamu. Biar mereka pula membalas budi kamu.” Tuan Johari bersuara tegas.

“Dan kamu juga bukan penyebab Sarah pergi dari hidup kami. Tetapi takdir yang menentukan kamu bersama dengan dia pada saat-saat akhirnya tika itu. Jadi kamu patut bersyukur kerana Sarah masih mampu tersenyum kepada kamu walaupun nyawanya berada di hujung tanduk waktu itu. Dia menganggap kamu sebagai penyelamatnya dan orang pertama yang dia cari adalah kamu. Kamu tak patut salahkan diri kamu selama ini.” Tuan Johari tersenyum manis kepada Aisyah. Dia gembira apabila Aisyah mengangguk mengiakan segala ucapannya.

“Saya minta maaf kerana biar pak cik dan mak cik risaukan keadaan saya selama ini. Saya cuma takut kehadiran saya sebelum ini membuatkan pak cik dan mak cik terkenangkan Sarah kembali. Oleh sebab itu saya jauhkan diri dari pak cik dan mak cik.” Aisyah bermain-main dengan hujung tudungnya. Dia sudah sedar bahawa semua yang terjadi adalah kehendak-Nya. Tiada siapa yang patut disalahkan dalam insiden lima tahun lepas. Semua yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi.

“Terima kasih kerana sedarkan saya apa yang patut saya buat dan apa yang patut saya hindarkan. Saya tak akan lupakan jasa pak cik dan mak cik.” Aisyah akhirnya mampu tersenyum manis. Hilang sudah keresahan yang melanda dirinya sejak petang tadi.

"Baguslah kalau kamu dah sedar. Pak cik harap kamu lebih fokus tentang kehidupan kamu selepas ni. Jangan terlalu pentingkan perasaan orang lain sehingga perasaan sendiri terabai." Tuan Johari memanjat syukur kerana Aisyah mudah menerima nasihatnya. Mungkin gadis itu sudah lelah dengan segala dugaan yang dihadapi.


“Kamu bermalam di sini sahaja ya? Banyak perkara yang mak cik nak kongsikan dengan kamu.” Bersinar-sinar mata Puan Intan mengharapkan Aisyah untuk tidur di situ. Sungguh dia rasa kekosongan dalam hatinya kini terisi dengan kehadiran Aisyah. Kasihnya tertumpah kepada Aisyah sejak dahulu lagi. Dia sudah menganggap Aisyah seperti anaknya sendiri.

“Baiklah mak cik. Lagipun saya masih tak larat nak drive sekarang.” Aisyah bersetuju dengan cadangan Puan Intan. Walaupun dia tahu bahawa dia perlu bekerja di rumah Zakuan keesokan hari, tetapi dia tidak peduli akan hal itu. Aisyah nekad mahu berhenti dari menjadi orang gaji tidak berbayar di rumah itu. Dia akan menceritakan segala-galanya kepada Zakuan esok. Dan dia berharap lelaki itu masih tidak menuduhnya sebagai pembunuh Sarah setelah dia mengungkap segala-galanya esok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience