"Pak cik boleh temankan saya untuk buat laporan polis?"
"Ya Allah Aisyah, boleh sangat. Itulah yang pak cik tunggu-tunggu dari kamu. Sekarang kamu dekat mana?" Tuan Johari tersenyum senang kerana akhirnya Aisyah memilih untuk membawanya ke balai polis. Lebih baik mereka cepat bertindak sebelum terjadi perkara buruk yang tidak dapat dielakkan.
"Saya baru sahaja lepas berjumpa dengan seseorang pak cik. Kita jumpa di balai polis sahaja." Aisyah berjalan menuju ke keretanya yang diparkir di belakang kafe. Kawasan tersebut yang agak sunyi menaikkan bulu roma Aisyah secara tiba-tiba. Aisyah mempercepatkan langkah menuju kotak parkir yang paling hujung. Gagang telefon dipegang erat.
"Baiklah. Pak cik tunggu dekat balai terus. Kamu drive elok-elok. Beg tangan kamu jangan tinggal merata." Sempat Tuan Johari berpesan sebelum mematikan talian.
Aisyah pelik kerana tiba-tiba Tuan Johari berpesan begitu. Mungkin Tuan Johari betul-betul risaukan keselamatannya. Aisyah malas mahu berfikir lanjut kerana sekarang debaran di dada lebih menguasai diri.
Mengucap syukur Aisyah setelah dia akhirnya berjaya membuka pintu keretanya. Baru sahaja kaki mahu melangkah masuk ke dalam, tiba-tiba pintu kereta ditutup kuat oleh seseorang. Terkejut bukan kepalang apabila mulutnya ditekup oleh sesuatu.
"Hmm.. Hmm." Meronta-ronta Aisyah ingin melepaskan diri. Namun nyata kudratnya tidak mampu untuk melawan kekuatan orang itu. perlahan-lahan rontaan tersebut semakin lama semakin perlahan sebelum Aisyah terkulai layu di tepi keretanya.
BUSH! Aisyah terus terduduk daripada pembaringan apabila dirasakan dirinya sudah basah bermandi air.
"Bangun!" Suara garau itu bergema memenuhi setiap pelosok kawasan itu. Kawasan yang sangat asing pada pandangan mata Aisyah. Tempat itu kelihatan seperti gudang yang sudah lama ditinggalkan.
"Siapa kau?" Aisyah tidak dapat melihat dengan jelas insan yang bertanggungjawab membawanya ke sini. Ruangan yang gelap menyukarkan pandangannya.
"Baru seminggu kau tak nampak batang hidung aku, tak kan kau dah lupa?" Suara itu gelak mengejek. Derap kaki yang mendekat membuatkan hati Aisyah sedikit gusar. Aisyah mengengsot ke belakang sedikit.
Aisyah meliarkan pandangan ke sekeliling mencari senjata yang mampu digunakan untuk mempertahankan diri. Nasib baik tangan dan kakinya tidak diikat walaupun dia tahu sekarang dirinya diculik oleh orang gila itu.
"Aku mahukan kebenaran." Aisyah mengerutkan dahi mendengar perkataan yang keluar daripada mulut itu. Pantas kepalanya mendongak melihat wajah yang sudah disimbahi sedikit cahaya daripada celah-celah lubang bumbung gudang tersebut.
"Encik Zakuan!" Aisyah tergamam. Rupa-rupanya Zakuan sendiri yang menculik dirinya.
"Kenapa? Terkejut sebab kita masih bertemu?" Zakuan membongkok sedikit di hadapan Aisyah.
"Aku dah cakap yang aku belum cukup puas untuk seksa kau. Kau larilah ke mana pun, aku akan tetap cari kau sampai lubang cacing!"
"Saya tak lari dari encik. Saya cuma mahu kembali kepada kehidupan saya semula." Aisyah memberanikan diri bersuara walaupun kendengaran perlahan.
"Hei bodoh! Kau ingat selepas apa yang daddy bagitahu, aku akan lepaskan kau? Kau ingat aku bengap sangat tak tahu yang daddy saja buat cerita untuk selamatkan kau daripada aku? Now tell me the truth! Selagi kau tak mengaku, aku akan kurung kau di sini." Zakuan mencengkam kuat rahang Aisyah. Ingin sahaja ditampar muka perempuan itu.
"Apa yang boleh saya lakukan supaya encik percayakan kata-kata saya. Bukan saya penyebabnya. Saya sudah penat untuk meyakinkan encik. Dah banyak kali saya cakap, tetapi encik memilih untuk percayakan kata hati encik sendiri." Aisyah sungguh berasa letih. Lelaki itu tidak langsung mahu memberi peluang untuk melihat keadaan sebenar. Apa yang dia tahu hanyalah untuk melangsaikan dendam di dalam hati.
"Walaupun dalam keadaan macam ni, kau masih tak nak mengalah! Perempuan macam kau ni memang tak layak untuk dimaafkan! Mungkin sebab mak bapak kau dah mati, sebab tu kau boleh jadi macam ni. Jadi pembunuh tanpa ada sekelumit pun rasa bersalah dalam diri kau!" Zakuan menolak kasar wajah Aisyah sehingga terpaling.
"Jangan pernah kaitkan kematian ibu bapa saya dalam kemarahan encik. Mereka sudah tenang di sana." Aisyah mengetap bibir menahan rasa. Dadanya sudah mula berombak ganas.
"Hahaha! Kau marah kan bila aku sentuh soal mak ayah kau? kau rasa apa perasaan aku apabila nama Sarah meniti di bibir kau?! Dia satu-satunya adik dan family yang aku ada! Tapi kau ragut nyawa dia hanya disebabkan sifat dengki dalam diri kau! Mungkin mak ayah kau pun mampus sebab dah tak tahan dengan perangai kau." Zakuan tergelak sinis. Dia puas dapat menyakitkan hati Aisyah.
Aisyah mula menggenggam penumbuk di kedua-dua belah tangannya bersama kepala yang masih menunduk memandang lantai. Dia dapat rasakan badannya menggigil hebat menahan marah.
"Disebabkan kau, aku hilang Sarah. Disebabkan kau, aku hilang separuh nyawa aku. Jadi untuk berlaku adil.. "
Zakuan kembali mendekati Aisyah. "Aku akan rampas segala-galanya dari hidup kau sampaikan kau tiada apa-apa dekat dunia ni hatta tempat tinggal sekalipun." Serentak itu Zakuan kembali mencengkam rahang Aisyah untuk memandangnya namun, kali ini dirinya bagaikan terpempam melihat keadaan Aisyah. Mata Aisyah dipenuhi dengan pandangan yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Pandangan yang seperti ingin membunuh dirinya. Pandangan yang marak dengan api menjulang-julang. Terlihat urat-urat hijau di wajah Aisyah apabila gadis itu mengetap rahangnya.
"You can't." Perlahan Aisyah bersuara.
"What?" Zakuan nyata bingung dengan jawapan Aisyah.
"You can't." Suara Aisyah kembali menyapa telinganya. Sedarlah Zakuan Aisyah sedang menjawab kenyataannya.
"I said I will take everything from you!" Zakuan mangulang kembali amarannya kerana rasa tecabar dengan jawapan Aisyah.
"You can't!!!" Suara Aisyah menjerkah lantang cukup membuatkan Zakuan terkejut. Pertama kali dia melihat Aisyah semarah itu.
"Sarah satu-satunya harta yang tinggal selepas kematian ayah dan ibu aku! The moment she left me, I become nothing!!" Turun naik dada Aisyah meluahkan segalanya. Entah dari mana kekuatan itu datang, dia menolak tubuh Zakuan sehingga lelaki itu terlentang ke belakang.
Aisyah menangis melepaskan tangisan yang ditahan sejak tadi. Esakannya kuat menandakan hatinya cukup pedih dengan segala yang melanda hidupnya sekarang. Esakan yang menandakan betapa dia sudah penat menghadapi semua ini.
Zakuan tergamam di tempatnya. Selama dia mengasari Aisyah, tidak sekalipun Aisyah menangis seteruk itu di hadapannya. Aisyah kelihatan redha dan sanggup menerima segala caciannya sebelum ini. Tetapi hari ini, gadis itu bagaikan sudah tidak mampu mengawal perasaannya sendiri.
"You don't know how tough it is for me! It hurts like crazy! Kau tak tahu kesakitan yang aku rasa bila aku terpaksa tempuhi semuanya seorang diri. The type of pain I never want to feel again and have to act like it doesn't effect me at all! Kau tak tahu semua itu!"
Sepi membelungi kedua-dua insan tersebut buat seketika. Terdetik sedikit rasa simpati di hati Zakuan melihat keadaan Aisyah. Apa yang dilihatnya sekarang sungguh menyayat hati. Wajah Aisyah kelihatan polos sekali.
"Bukan kau sahaja yang turut kehilangan, tetapi.. aku juga tidak sanggup menghadapi semua itu. Sarah pergi depan mata aku sendiri! Aku ingat setiap saat yang berlaku malam itu sampai hari ini!" Aisyah menepuk-nepuk dadanya meluahkan segala rasa.
"Lima tahun! Lima tahun Zakuan, aku ubati luka dalam hati aku sendiri! Lima tahun tidur aku bertemankan mimpi ngeri! Lima tahun aku salahkan diri aku sendiri! Lima tahun bukannya satu masa yang singkat untuk aku teruskan hidup!" Sudah hilang panggilan 'encik' dari mulutnya. Sudah hilang panggilan 'saya' yang selalu dibahasakan. Hanya 'kau-aku' yang digunakan untuk menceritakan isi hatinya.
"Hanya Tuhan yang tahu berapa lama aku menangis, berapa lama aku ambil masa untuk bangkit dari peristiwa itu! I watched myself changing after that! Hati aku turut mati apabila tahu Sarah sudah tinggalkan dunia ini! Yang beza hanyalah jasad aku tidak dibaluti dengan tanah tetapi dengan trauma yang akan aku ingat sampai saat ini!" Aisyah cuba menenangkan diri. Sekarang dia sudah tidak peduli apa pun yang bakal berlaku. Jika Zakuan mahu memukulnya sekalipun, dia tidak peduli. Dia mahu luahkan segalanya.
Entah mengapa Zakuan bagaikan tidak marah walaupun Aisyah meninggikan suara padanya. Dia dapat rasa apa yang Aisyah katakan sungguh ikhlas dari dasar hatinya. Perasaan dendam yang marak dalam dirinya tadi seperti hilang apabila dihadapi dengan keadaan Aisyah yang sungguh hiba.
"Kau masih beruntung kerana sempat melihat jasad dia buat kali terakhir sebelum dikebumikan, tetapi aku? Aku hanya mampu memandang tanah merah yang menutupi jasadnya kala itu! Kau beruntung masih punya ayah yang sayangkan kau selama ini, tetapi aku? Aku hidup sebatang kara dekat dunia ni. Hanya mampu menumpang kasih daripada keluarga orang lain. Kau beruntung Zakuan kerana masih punya segalanya. Tetapi kenapa kau masih tak bersyukur dengan semua itu? Tolonglah Zakuan, kalau kau rasa kau nak seksa aku, kau silap. Kenyataannya aku sudah cukup terseksa dengan hidup aku sendiri."
Aisyah bergerak lemah menuju ke arah beg tangannya. Air mata yang membasahi pipi hanya dibiar turun tanpa henti. Telefon bimbitnya dikeluarkan. "Aku harap ini mampu membuatkan kau buang dendam kau untuk diri aku."
Aisyah menekan butang play pada handphonenya. Kedengaran suara Ariana dan perbualan mereka di kafe sebentar tadi. Aisyah hanya membiarkan rakaman itu menceritakan segalanya kepada Zakuan.
Semakin lama Zakuan memasang telinga, semakin berdegup kencang hatinya menerima hakikat itu. Dia bangun dari duduknya. Lututnya terasa longlai. Apabila rakaman tersebut sudah sampai ke penghujungnya, dia memandang Aisyah sambil menggelengkan kepalanya berkali-kali. Tidak sanggup menerima hakikat yang dia sudah ditipu hidup-hidup oleh Ariana. 'Jadi, selama ini aku yang bodoh kerana menolak kebenaran yang sudah dibuka di hadapan mata? Aku yang bodoh kerana hanya mempercayai satu pihak sahaja? Ya Allah, berdosanya aku pada Aisyah. Berdosanya aku Ya Allah.'
Zakuan meraup wajahnya berkali-kali. Matanya berkaca melihat Aisyah yang masih merenungnya bersama pandangan sayu. Dia ingin mendapatkan Aisyah. Mahu berlutut dan memohon kemaafan daripada gadis itu. Langkah kaki diatur mendekati Aisyah sebelum..
Pap! Pap! Pap! Tepukan itu cukup membuatkan Aisyah dan Zakuan berpaling. Wajah Aisyah berubah pucat. Kini Dato' Suhaimi dan Ariana berada di situ bersama mereka.
Share this novel