BAB 4

Other Completed 5710

Terhenyak aku dengan seribu persoalan yang membelenggu kepalaku mengenai keikhlasannya dalam memaafkan kesalahanku. Rasa syak dan ragu-ragu itu masih ada biarpun mulutnya sudah melarang aku daripada memohon maaf lagi. Masih marahkah dia terhadap aku yang cuainya sentiasa?

Papan luncur aku campak ke hadapan. Kasar.

Terus aku menstabilkan tubuh ketika berada di atasnya dan memulakan luncuran untuk menghampiri tempat tadi di mana pertandingan graffiti dijalankan. Kelihatan Bard sedang duduk mencangkung untuk menanti hasil graffiti kami dinilai dek ‘juri professional’ yang budak-budak lain jemput untuk mengadili pertandingan.

Syin pula elok melayan lagu-lagu daripada MP3 kecil miliknya dan kedua-dua belah telinga selamat ditutup dengan headphone hitam yang dia beli semalam. Leo yang mendekati mereka pandang dengan kerutan di dahi.

Oh, Tuhan! Janganlah bagi mereka syak apa-apa tentang kecederaan Leo, terutamanya Hush Puppies celup tu… hatiku sempat berdoa agar tiada perselisihan faham berlaku kelak.

“Bro, what happened? Apesal siku kau tu luka?”

Soalan maut daripada Syin membuatkan aku semakin tertunduk serba salah. Pandangan Bard jatuh ke arahku yang turut berdiri di sisi Leo sebelum dia bangkit daripada posisinya sebentar tadi.

Merenungku agak tajam seakan-akan sudah dapat menebak apa yang sudah terjadi semasa kami meluncur di T-Park. “Tell me. Something bad did happen, am I right? Baik kau cakap apa sebenarnya yang dah jadi tadi sampai luka-luka badan Leo ni. Teruk luka dia ni,” arahnya penuh tegas.

Aku mendongak. “Aku… aku tadi…”

“Tadi kau buat apa?” Syin pula menyampuk.

“Aaa… aku main dekat vert ramp dan time tengah buat…”

“Time Numa buat trick aerial dekat situ, aku skates laju-laju along the bars dan terus terjatuh. Hilang imbangan sikit tadi, so itu sebab tak stabil sangat. Badan aku terseret dengan permukaan jalan, itu yang calar-balar ni. Tak ada kena-mengena punlah dengan budak ni. Dia tak tahu apa-apa pun,” cantas Leo tanpa aku pinta. Menutup kesalahan aku sedangkan aku yang patut dipersalahkan. Kerana aku, dia yang menerima padahnya.

Syin tayang muka tidak percaya.

“Leo, you’re one of the professional skaters among us and it’s truly impossible kalau kau tiba-tiba cakap kau boleh hilang stability time skating along the bars. Tak mungkinlah kau boleh cakap kau cuai semata-mata sebab kau tak stabil. Sampai luka satu badan! Ini mesti ada benda buruk terjadi dan kau sengaja tak mahu bagitahu aku dengan Bard,” tekanya dan tekaannya sering kali sahaja tepat.

Pahitnya terasa air liur di kala ini.

“Aku manusia, Syin. Aku bukan malaikat nak jadi sempurna. Kadang-kala aku pun buat mistakes macam manusia biasa selalu buat juga sebab tak ada apa-apa yang boleh bezakan taraf aku dengan semua orang.”

“Well, it’s true yang kau bukan malaikat tapi…”

Bicaranya ternoktah dan tergantung begitu sahaja apabila beberapa orang yang kami kenali mulai mendekati dan melihat graffiti yang kami pamerkan. Ada juga sedikit perbezaan pada bentuk wajah graffiti kami yang dapat aku perhatikan, mungkin ditambah sedikit oleh Bard dan Syin sementara aku dan Leo meluncur di T-Park sebentar tadi.

Sedar bahawa pandangan Leo dilontarkan tepat ke arah wajah, aku serta-merta menunduk. Tidak mahu sesiapa tahu riak yang terlakar di muka sedangkan aku tahu aku tidak pandai menyembunyikan perasaanku.

Usai semua hasil kreatif dinilai, keputusan pun dicapai dengan satu kata sepakat yang sudah tentunya muktamad.

Memandangkan theme graffiti pada kali ini agak bebas, jadi peserta tidak terikat dengan satu tema sahaja dan boleh menampakkan kelainan.

Kebanyakan kumpulan yang menyertai melakarkan mural dan graffiti tentang huruf dan perkataan semata-mata di samping meletakkan beberapa imej lain sebagai bahan sampingan.

Bard yang mencadangkan agar kami menghasilkan graffiti tentang benda yang hidup agar lain daripada kebiasaan kerana kami memang selalu sahaja begitu, tidak akan melekat dengan sesuatu benda yang sama. Bard memang gemar mengambil risiko biarpun mungkin hasilnya tidak akan menjadi sehebat hasil yang terukir kemas di imaginasi sendiri.

“Aku rasa group kita menanglah hari ni. Tengoklah juri-juri tu pandang kita lagi. Itu bermakna mereka buat perbandingan dengan graffiti kita sebab kita punya yang paling cantik,” bangga Syin berbisik ke arah kami sebelum tersenyum lebar dengan tekaannya. Badan Bard dia siku mesra tanda gembira dengan kemenangan yang masih belum kami capai sepenuhnya.

Bard sekadar menjongketkan bahu. “Hope so.”

Ketawa. “Aku nak beli deck baharu dengan duit tu nanti. Dah lama aku tak tukar benda dekat skateboard aku. Roda dia pun macam dah nak tercabut dah ni,” Syin mencapai papan luncur hitamnya lantas memusingkan roda yang memang nampak sudah nazak.

Aku mencebik. “Hush Puppies tak payah nak beli roda sangatlah. Pergi habiskan stok kasut kau yang tak habis dijual tu baru untung. Jenama sendirilah katakan,” sakatku sengaja.

“Amboi… aku sumbat deck aku dalam telinga kau, tak pasal-pasal jadi subang limited edition!” ugutnya yang geram dengan usikanku.

Bulat matanya memandang anak mataku namun aku berani sahaja melakukan benda yang sama terhadapnya. Sudahnya, kami berdua ketawa sebelum melakukan bro-fist. Dari high five, gaya tumbuk, tangan macam belalai gajah, ibu jari bengkok, semua kami buat semata-mata nak menjayakan fist bump versi kami berempat.

Syin kemudian menanggalkan topi di kepala aku dan mengusap rambutku selaju-lajunya lantas membuatkan rambut perang milikku bertambah serabai dan kusut macam Maggi kari. Kuajo betul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience