BAB 2

Other Completed 5710

“We will, thanks. Jomlah, Leo!” jawabku bagi pihaknya dan menarik lengan baju Leo untuk ke tempat biasa yang selalu kami gunakan untuk meluncur.

Lelaki itu hanya menurut dan mengekori aku yang sudah mencampakkan papan luncur ke atas lantai dan menaikinya dengan sebelah kaki. Sebelah lagi kaki aku gunakan untuk menolak papan luncur memandangkan semuanya perlu dilakukan dengan cara manual.

Mata aku biarkan untuk memandang dada langit yang diselaputi dek kepulan awan putih yang sungguh menenangkan. Sesekali tidak salah untuk duduk sebentar dan merehatkan minda daripada masalah lalu gunakan masa yang berbaki untuk memandang alam semula jadi. Bukannya merugikan pun. Apa yang rugi adalah tatkala kita berlakon buta untuk tidak melihat kecantikan alam semesta.

Bunyi roda yang menciptakan daya geseran dengan permukaan jalan mematikan lamunan aku yang panjang. Kulihat Leo sudah meletakkan sneakers ke tepi dan menggunakan pula roller skates kesayangannya untuk meluncur. T-Park yang lengang aku pandang dengan senyuman kepuasan, tidak perlu bersesak-sesak merebut tempat skate. Bukannya aku sukakan tempat yang ramai orang pun kerana sangat menyesakkan dada.

Vert ramp, tempat untuk skaters menunjukkan aksi hebat masing-masing masih ada dan wujud di situ, berdiri tegak tidak goyah dan duduknya stabil tidak berganjak. Masih elok berada di posisinya.

Apa yang aku suka tentang skaters di sini adalah apabila ada sesuatu acara atau pertandingan kecil yang diadakan, sampah-sarap yang ada akan mereka kutip ala-ala melaksanakan amalan bergotong-royong.

Orang ramai sering menganggap kami budak-budak skaters yang tiada masa hadapan sedangkan mereka lupa kerjaya sebesar gunung pun tiada guna juga jika akhlak pun tidak semulia mana. Selalunya, kami akan melepak bersama-sama pada hujung minggu dan bekerja pada hari-hari biasa. Kerja yang tak setinggi mana gajinya asalkan cukup untuk hidup, untuk makan, untuk hobi.

“How’s your pivot?” soal Leo.

Pivot tu bukan pavlova tau! Pivot tu bila kita hanya menggunakan roda belakang yang berpusing dan bukannya pada roda di bahagian hadapan ketika meluncur. Salah satu daripada tricks skating yang aku kira agak senang dan kebanyakan budak skaters memang tahu untuk melakukannya.

Aku mengangguk. “Dah master pun!”

Leo gelak. “Hippie jump kau macam mana?”

“Cukup untuk buat si Hush Puppies seorang tu ternganga besar jugalah,” sempat aku sebut nama Syin ketika membalas soalan Leo. Hatiku tertawa nakal. Sudah tentu Syin tersedak-sedak ketika meneguk minumannya di tempat pertandingan graffiti dijalankan. Paling teruk pun, otak dia dapat signal ala-ala radio wave yang mengatakan ada orang mengutuk dalam diam dan orang itu tentulah aku.

Sungguh, aku tak mengerti mengapa skaters tidak disediakan kawasan khas untuk meluncur dan menjalankan aktiviti kami sedangkan kami bukan mahu mengganggu orang lain. Bayangkan sahajalah jika kami menggunakan papan luncur di luar sana, pasti ada yang memandang dengan pelik dan jelak.

Alasan yang mereka rasakan kukuh kerana tidak mahu tempat khas itu nanti bakal dijadikan pusat penagihan dadah dan kegiatan jenayah! Mengapa tidak cuba untuk berfikiran lebih terbuka? Meluncur bukan satu benda yang merugikan. It’s a skill, an art of a skater. Bukan semua boleh skate. Bukan semua pandai stabilkan diri atas roller skates dan bukan semua tahu tricks untuk meluncur.

“Try buat hippie jump, aku nak tengok.”

“Kalau perfect, kau belanja aku makan nanti.”

“Deal,” Leo mengangkat tangan sebagai tanda sedang berikrar sebelum menjuihkan bibir ke arah tiang untuk dijadikan mangsa untuk helahku.

Dengan senyuman, aku meluncur laju menghampiri tiang-tiang kelabu yang diperbuat daripada besi, disediakan khas untuk skaters yang sukakan aksi hippie jump. Hippie jump bukan bererti aku kena lompat seperti arnab tetapi satu aksi di mana seseorang itu perlu menggunakan bar yang sedia ada untuk melompat ke udara melalui bar tersebut dan kemudian mendarat dengan papan luncur semula.

Makin tinggi bar, maknanya makin tinggilah seseorang itu perlu menggunakan tenaga untuk melompat dengan sempurna. Selamba aku melakukan aksi tersebut dan menjongketkan keningku selamba ke arah Leo yang setia menjadi pemerhati sedari tadi. “I did it. Treat me some lunch!”

Senyum.

“That’s our little girl. You’re totally awesome.”

“Kau nak aku buat aerial? Aku baru practice dengan Bard semalam dan aku rasa aku dah boleh kuasai kut helah tu. Kau nak tengok tak?” soalku teruja.

Leo terdiam lama. “Nanti kau cedera pulak.”

“Alaa… tak akan punyalah!”

“Tapi, Bard cakap tadi kita dah kena…”

“A minute would be just fine, then!”

Sepantas mungkin aku menyampuk sebelum menghampiri vert ramp lalu aku lajukan kelajuan luncuranku untuk memastikan agar semuanya berjalan dengan lancar. Biarpun aku sebenarnya ingat-ingat lupa akan helah itu, namun itu tidak bermakna aku tidak berani menyahut risiko untuk melakukannya.

Aerial ialah sejenis helah di mana apabila seorang skater melayang di udara, papan luncur akan kita pegang supaya tidak lari ke tempat lain dan dapat digunakan ketika mendarat ke atas ramp semula. Helah ini kebiasaannya memerlukan beberapa pusingan dengan pegangan yang berbeza. Kemahiran yang betul diperlukan agar tidak berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan yang tidak diingini.

Usai beberapa kali aku berulang-alik dari atas ramp sebelah kiri dan kanan untuk mengumpulkan daya yang cukup, aku terus melayang ke udara dan melakukan sedikit putaran kecil dengan pegangan yang erat semasa mencapai papan luncur yang turut berada di udara.

“Numa, watch out!!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience