BAB 24

Other Completed 5710

Aku terkedu. Tahu aku yang bersalah sebenarnya. “Kalau Bard memang nak berubah, kenapa tak mulakan dulu dan ajak kami sama-sama?”

“Bard takut orang ketawakan Bard…”

“Itulah apa yang Numa rasa!” tegasku.

“Tapi Numa tak pernah tanya…”

“Bard ada tanya ke?” soalku sinis.

Bard terdiam sejenak. Lirikan mata dihadiahkan kepada lantai sahaja untuk ditekur. Sudah jemu dan muak agaknya mahu memandang wajah ini. Tanpa membuang masa, aku meminta diri untuk berlalu pergi dan pulang ke rumah yang tidak jauh dari situ. Aku dengar namaku dipanggilnya sekali namun aku berpura-pura tidak mendengar apa-apa sedangkan batinku merintih hiba.

Ya Allah…

Mengapa perlu wujud rasa sedih ini?

Mungkinkah kerana separuh jiwaku sudah mencintai kemerduan azannya namun dalam masa yang sama, separuh lagi diasak dek kenangan lama?

****************

Azan Subuh yang berkumandang aku dengar dengan esakan halus yang timbul. Terasa sudah bengkak sepasang mata ini menangis tanpa sebab yang munasabah.

Aku yang sudah siap dengan telekung sedang berjalan menuju ke masjid. Pagi ini, Along mengajak aku untuk solat di masjid pula memandangkan dia pun cuti pada hari ini. Shift aku pun mula agak lewat.

Kenapa bukan dia yang melaungkan azan?

Sungguh!

Aku tahu ini bukannya azan yang aku sering dengari dan yang pernah dilaungkan oleh Bard. Sudah beberapa minggu kami tidak bersua muka. Hanya Syin dan Leo sahaja yang boleh aku hubungi namun bukan dia.

Lagipun, aku tidak seberani itu untuk mendail nombor telefonnya usai apa yang telah terjadi. Along yang berbaju Melayu dan berkain pelekat aku tenung tanpa riak di wajah.

Kami sama-sama memasuki masjid. Aku seperti biasa, mengambil saf yang paling hadapan memandangkan ada sahaja ruangan kosong yang boleh kuisi. Solat fardu Subuh pun banyak manalah sangat jemaahnya. Wudhuk masih ada. Doa usai azan aku baca perlahan dan ketika itulah aku dapat mendengar seseorang sedang melaungkan iqamat.

Bukan juga dia.

Hatiku mengeluh dalam diam. Saf aku rapatkan apabila imam sudah menyuruh kami untuk melakukan hal yang sedemikian. Mataku tertumpu sepenuhnya ke atas tikar sejadah, cuba mendidik diri agar khusyuk dalam solat.

“Allahu akbar.”

Suam terasa mata ini. Jiwaku dijentik sebak entah mengapa. Takbir aku angkat dan ketika itu juga aku berniat untuk menjadi makmum keranaNya. Tangan kanan aku letakkan ke atas tangan kiri di atas pusat.

“Bismillahirrahmanirrahim…”

Alunan merdu itu, mungkinkah?

Dia… sebagai imam…

*****************

“Aaaa… Along, tadi kan… siapa yang… jadi imam?”

Kulit mukaku sudah terlalu tebal rasanya kerana selamba badak air mengajukan pertanyaan sedangkan aku sudah tahu jawapannya. Mahu memastikan sama ada tekaanku betul atau sebaliknya. Kulihat Along yang sedang melurutkan rambut sebelum memakai semula songkok di kepalanya memandangku pelik. Riak wajah aku kawal agar tidak terlalu ketara kesungguhanku dalam menagih jawapan.

“Bukan pak imam,” jawabnya.

“Kalau bukan pak imam, siapa?”

“Kenapa tanya?” Soalanku dibalas dengan soalan juga. Bertuah punya Along.

Bahu aku jongketkan tanda sengaja mahu bertanya. Bukannya salah pun mahukan jawapan daripada mulut itu. Langkah aku kekalkan kelajuannya agar dapat berjalan seiringan dengan Along. Kepala juga ligat memikirkan apa yang perlu aku katakan untuk meyakinkan dia bahawa aku cuma mahu bertanya sahaja. Wajahnya aku kerling sekilas.

“Bukannya apa, Along. Selalu yang azan pagi-pagi orang lain tapi tadi orang lain yang azan. Itu yang Numa pelik sikit. Yang jadi imam tu pulak macam familiar dekat telinga ni,” luahku jujur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience