BAB 22

Other Completed 5710

“Tapi Bard gembira tengok Numa macam ni. Bila pakai tudung, nampak lebih sopan dan buat Bard rasa nak hormati Numa sangat-sangat,” ucap Bard sayu sebelum memalingkan wajah ke tempat lain. Menyembunyikan air matanya juga, mungkin.

“Maafkan Numa… Numa yang bersalah,” celahku pula. “Numa takut nak beritahu perkara sebenar sebab nanti tak akan ada sesiapa yang sudi sokong Numa. Numa sengaja cari fasal dengan Bard sebab Numa tak nak semua orang sedih bila Numa tinggalkan dunia tu. Sekurang-kurangnya kalau semua bencikan Numa, kau orang tak akan fikirkan Numa dan pujuk Numa untuk kembali. Numa tak sanggup dah jejak tempat tu. Numa tak mahu lagi ketagih macam dahulu. Minta maaf…”

Syin senyum nipis.

“Kami faham. Kami sendiri lupakan Tuhan, Numa. Kalau Numa tak ingatkan kami tentang Tuhan, mungkin kami tak akan fikirkan semua nikmat dan keberkatan yang Tuhan kurniakan. Kalau difikirkan kembali, memang kami akan gelak dan sindir perubahan Numa.”

Aku senyum juga, membalas senyuman miliknya. Betapa leganya aku usai memohon kemaafan dan menjelaskan semuanya kepada mereka agar dapat difahami. Rupa-rupanya kami berkongsi jiwa yang sama tujuannya.

Mahu berubah tetapi tidak tahu dari mana. Mahu menjadi baik tetapi takut tak akan kekal mana. Perjalanan yang jauh entah bagaimana noktahnya.

Jam tangan Bard kerling.

“We should get going,” gumamnya.

Angguk. “Saya pun dah nak balik.”

“Balik naik apa?” tanya Syin.

“Bas awam ada. Kalau tak pun, teksi aje.”

“Buat apa naik bas kalau driver tanpa ganji dia ada?” Disikunya tubuh Bard hinggakan mengaduh lelaki itu dibuatnya. Tak semena-mena kena siku macam kena smackdown di tournament WWE peringkat akhir. Mata itu kulihat terjegil sahaja memandang wajah selamba Syin yang sudah menahan tawa.

Aku ketawa perlahan sebelum menggelengkan kepala. Kasihan kena buli. “Tak apalah, Syin. Naik bas pun dah cukup selesa. Nanti menyusahkan Bard aje nak balik.”

“Tak menyusahkan pun…”

Rancak pula Syin ni tolong jawabkan untuk Bard walhal Bard setuju pun tidak. Ikut suka hati dia sahaja membuat keputusan tanpa berbincang. Aku bergerak ke kaunter untuk membuat bayaran terlebih dahulu sebelum menghampiri mereka yang menanti di pintu masuk restoran. Kepala aku tundukkan sedikit sebelum aku berkira-kira untuk melangkah pergi. “Pergi dulu…”

“Numa tumpang Bard.”

Huh?

Wajah Leo aku pandang sekilas. “Tak apalah, tak nak susahkan dia.”

“Bard mesti ada masa, kan?” mata itu tajam sahaja menikam anak mata Bard. Kulihat Bard lambat-lambat mengalihkan pandangannya agar dapat ditebarkan ke arah yang berbeza-beza asalkan tidak bertemu dengan pandangan milikku. Lemah sahaja kepala itu mengangguk setuju.

Leo tersenyum puas lantas memberikan salam sebelum berlalu dengan Syin yang sudah terkebil-kebil matanya tidak memahami. Meninggalkan kami berdua keliru tanpa sebarang jawapan yang pasti.

“Err… jomlah, Bard hantar balik.”

Rela dalam terpaksa, aku akur akan arahannya.

****************

“Numa, kalau singgah masjid sekejap boleh? Ingat nak solat Asar. Dah nak masuk waktu dah ni,” keheningan sepi setelah lama kami membisu di dalam keretanya akhirnya dia pecahkan juga. Janggal yang terasa terpaksa aku biarkan sahaja.

Aku mengangguk. Alhamdulillah, dia ternyata berubah…

“Numa nak keluar tak?”

“Boleh jugak. Senang solat sekali. Tapi Numa mungkin lambat sikitlah,” tambahku kerana bimbang juga sekiranya Bard tertunggu-tunggu akan kemunculan aku nanti.

Orang perempuan ini leceh sikit jika mahu bersiap sedia untuk mendirikan solat. Mahu membersihkan diri daripada hadas. Kemudian, berwudhuk itu macam biasa dan perlu memastikan aurat tertutup dengan sempurna. Hendak membetulkan tudung lagi, itulah, inilah…

Bard angguk. “Nanti tunggu dekat kereta.”

Tersenyum nipis aku sekadar membalas jawapannya, malas pula mahu bercakap lebih-lebih. Usai dia memarkirkan kereta di tempat letak kereta, aku membuka pintu kereta dan menutupnya perlahan.

Kubiarkan Bard yang berjalan masuk ke masjid terlebih dahulu dan aku mengekori dari belakang. Seperti dia sudah biasa sahaja dengan masjid ini. Langkah kaki aku orak untuk ke tempat solat perempuan dan ketika itulah gegendang telingaku disapa dek satu suara lain yang menegurnya.

“Assalamualaikum, Jebat Rabbani.”

“Waalaikumussalam warahmatullah, pak imam.”

“Singgah sini ada urusan apa? Selalu kamu datangnya pagi-pagi. Ayam pun tak sempat nak berkokok,” tanya lelaki yang dia panggil pak imam itu. Ramah sungguh suaranya menyapa dan bagaikan sudah cukup lama mengenali Bard. Setahu aku, dia seperti baru sahaja singgah untuk solat di sini untuk kali yang pertama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience