BAB 13

Other Completed 5710

Tuhan… aku tidak mahu menjadi tukang besi atau yang mendapat bau busuk itu! Bukan bermaksud aku ingin mengatakan mereka bertiga jahat namun mengenali mereka tidak mengingatkan aku kepadaMu. Selama ini, kupandang wajah mereka mendatangkan kealpaan dan keseronokan untuk meluncur. Di mana letaknya sedar untuk ingat akan Kamu, aku sendiri tidak tahu.

Aku peluk bantal yang kubawa dari bilik. Menangis tanpa henti. Alangkah indahnya jika ada tangan yang mengusap kepala ini lalu memberikan suntikan semangat dan mendorong aku untuk teruskan.

Aku tidak semewah orang lain. Kasih sayang ibu bapa terhadap mereka sangat banyak sedangkan aku tidak mampu bermanja-manja dengan sesiapa. Arwah ibu tiada untuk mendengar rintihan. Arwah abah tiada untuk menggenggam tangan, menghulur secebis kekuatan yang aku dambakan.

Kenapa beban sebegini terlalu berat, ya Allah?

Kenapa nak berubah pun susah, ya Allah?

Papan luncur sudah aku bungkus di dalam plastik. Tidak mahu mata ini memandang dan tangan ini menyentuhnya lagi. Semua duit hasil daripada pertandingan yang aku sertai turut aku masukkan ke dalam beg itu bersama-sama dengan topi, kasut dan buku untuk kulakar lakaran graffiti. Ingin aku buang semuanya apabila aku sudah cukup kuat untuk menerima. Biarkan aku hidup dengan nafas baharu yang menyimpan definisi kedamaian.

“Sesiapa yang Allah S.W.T kehendaki kebaikan padanya, akan diberi kefahaman di dalam Agama.”(Hadis riwayat Ahmad di dalam Kitab Min Musnad Bani Hashim)

Antara dua dunia yang aku ada kini, aku ingin memberitahu dunia bahawa aku tidak akan berpaling lagi. Cukuplah hal semalam. Tinggalkan semua yang aku ada semata-mata ingin meraih cinta Rabb yang sudah lama aku sisihkan tanpa ingin mendapatkannya semula.

Aku tahu aku akan kehilangan segala-galanya. Wang. Kebahagiaan. Keseronokan. Kawan-kawan. Hobi. Mainan kegemaran. Tabiat. Semua boleh lesap kerana tidak ada apa-apa pun di atas bumi ini yang sifatnya berkekalan kecuali Tuhan Yang Esa.

Malahan, aku mungkin akan lupakan semua benda itu namun aku tidak kisah jikalau jalan ini yang bakal menemukan aku dengan bahagia. Kebenaran yang ada di hadapan mata, untuk apa dibiar tanpa diguna dan diamalkan? Landasan lurus yang terbentang, wajarkah aku biarkan begitu sahaja?

Abah…

Ibu…

Doakan Numa supaya istiqamah tau. Walaupun arwah abah dengan ibu tak dapat nak duduk dengan Numa dan dengar semua cerita Numa, Numa masih ada Allah, kan? Numa tak pernah berseorangan sebab baru Numa tahu yang Allah tak pernah berganjak pun dari Numa.

Walaupun Numa mungkin tak akan ada sesiapa lagi untuk dibuat kawan, Numa ada Tuhan dan Al-Quran sebagai kekasih utama. Usah bimbang andai air mata ini bercucuran lagi. Mata ini banyak berjasa dan menjadi saksi untuk aku di akhirat sana.

7 Jenis Mata yang Dicintai Allah SWT:

1) Mata mereka yang sentiasa berusaha ke arah melaksanakan perintah Jihad pada Jalan Allah SWT.

2) Mata yang menitis air mata kerana takutkan kebesaran Allah SWT.

3) Mata yang sentiasa bertahan atau bersabar daripada memandang perkara yang haram.

4) Mata yang memerhati kejadian Allah SWT.

5) Mata yang memandang Kitab Allah SWT-Al-Quran Al-Karim (Membaca, mengambil pengajaran dan mengamal dalam kehidupan).

6) Mata yang memandang mereka yang miskin dengan penuh kerahmatan dan kasih sayang.

7) Mata yang berjaga malam di jalan Allah.

Sepenuh jiwa pernah memberontak untuk terus berada di alam mimpi, mimpi di mana hidup kusangka sesenang menghitung angka. Sedangkan untuk menempah tiket dan darjat di Syurga, ada pengorbanan yang perlu terlaksana. Kerana separuh daripada jiwa ini sebenarnya masih terselit namaNya, cuma syaitan yang beraja dan membisikkan bisikan agar aku dibalut leka.

Perubahan itu memakan masa yang lama.

Masa di dunia pun bukannya banyak mana.

Umur 90 pun paling lama, jika mampu cecahnya.

Kalau tidak, sekarang pun boleh dicabut nyawa.

Akhir hidup ini bakal masuk kubur juga.

Jadi mulakanlah sebelum semuanya sia-sia.

*****************

Along memeluk bahuku erat. Membantu aku yang tidak terlalu lancar untuk membacakan Yassiin di kubur arwah abah dan ibu. Namun, jika hendak dibandingkan bacaanku kini dengan dahulu, kali ini punya bersuara tahu. Dahulu, diam membisu kerana tak tahu!

Rumput-rumput yang panjang sudah kami cabut sebentar tadi sebelum bacaan dimulakan.

Gembira aku melihat kubur mereka yang sudah bersih. Berpandukan gambar-gambar lama dari album keluarga yang masih ada di rumah, aku hanya mampu membayangkan wajah-wajah mereka yang tersenyum manis denganku.

Senyuman yang ingin aku lihat sendiri dengan mata kasar walaupun aku tahu perkara sebegitu amat mustahil untuk berlaku lagi. Tidak patut aku mengharapkan sesuatu yang tidak akan menjadi kenyataan.

“Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) – berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience