BAB 10

Other Completed 5710

“So sekarang kenapa tak cakap aje?”

“Kalau aku cakap pun, tak semestinya kau akan percayakan aku,” kataku dingin dan mencapai papan luncur lalu bergerak laju ke bars memandangkan budak-budak yang menggunakannya masih belum sampai. Vert ramp pun kami tak gunakan lagi. Hampir sahaja aku terjatuh disebabkan rentapannya yang kasar pada lenganku. Aku berpaling sekilas sebelum menarik kembali tangan yang digenggamnya sebelum merenungnya tajam. Geram.

“Kau ni kenapa? Boleh tak just panggil nama aku instead of main tarik-tarik baju aku? Agak-agaklah! Ingat aku ni kereta sorong?”

Bard merengus tidak puas hati.

Sudah kutahu aku mencabar egonya.

Aku terpaksa…

Maafkan aku…

“What is wrong with you?!” tempiknya kuat hinggakan Syin yang menggunakan earphone pun sudah tersentak lalu mencampakkan pandangannya ke arah kami berdua. Terhenti tangan itu untuk melakar graffiti di helaian kertas dari buku.

Terkebil-kebil mata Hush Puppies celup itu merenung wajahku seperti menagih penjelasan di sebalik ketegangan suasana yang tercetus.

Sinis aku menguntum senyum. “Kau tanya aku kenapa sedangkan kau yang mulakan dulu. Nak cakap tu elok-elok sikitlah. Jangan main tarik-tarik orang!”

“Okay, fine. I’m sorry sebab tarik baju kau. Why so serious?”

“Tak pernah orang lelaki lain sentuh aku, kau tahu tak? Tak pernah!”

Bard melemparkan air kotak yang berada di tangannya, hampir-hampir mencemarkan kasutku yang bersalutkan stokin di kaki. Tumpah air oren yang dibelinya dan aku tahu dia sudah cukup bersabar dengan karenah seorang perempuan sehina aku. Betapa aku inginkan sebuah perpisahan yang tidak menyakitkan sebegini namun aku takut!

Aku takut jikalau aku menarik diri secara lembut dan mereka memujukku semula, aku tak mampu untuk berganjak dari dunia ini lagi. Perlu aku noktahkan semuanya kerana aku yang memulakan dunia mimpi ini.

Mimpi yang tak seindah reliti.

Tajam renungan Bard semakin memukul jiwa ini yang merintih pilu. Esakan aku sembunyikan biarpun hatiku sudah lama berdarah. Jari telunjuknya tertuding tepat ke wajahku namun aku dengan riak tidak bersalah memberanikan diri untuk membalas panahan anak matanya walhal keberanianku hanyalah senipis kulit bawang yang hampir tercabut dari tempatnya.

Suam tubir mata aku biarkan dan aku usir deraiannya daripada berniat untuk gugur di kala ini. Tidak mahu untuk digelarkan sebagai perempuan lemah di hadapan lelaki-lelaki yang sudah lama aku anggap sebagai sahabat.

Derapan tapak kaki Syin mendekati aku lantas memegang bahu Bard sebelum lelaki itu mengelak dengan cara yang sedikit kasar. Syin sendiri terkejut dengan tindakan drastik lelaki itu namun bukan bagi aku.

Sudah kuduga semua ini bakal berlaku. Sudah kutahu tekaanku tentang semua ini tetap akan terjadi.

“Tak pernah disentuh? Don’t make me laugh, Numa.”

Dingin nadanya bertambah memeritkan diri.

“Aku tak buat lawak dengan kau,” balasku mendatar. Terdetik juga rasa geram kerana dia reaksi yang dia berikan seolah-olah memberitahu bahawa aku pernah disentuh. Mungkin aku nampak kasar namun aku masih ada maruah untuk dijaga dan bukannya untuk dijaja kepada sesiapa. “

Aku bergaduh dengan Syin. Kau ada nampak aku pegang lengan dia? Ada nampak dia pegang tangan aku? Ada nampak ke aku buat tamparan manja-manja itik dekat dia? Tak, kan?”

“So kau nak cakap aku ni pervert?” berombak dada Bard kini.

“Aku tak cakap pun. Kenapa terasa?”

Dia tergelak, penuh dengan nada menyindir. “Habis yang semalam tu, apa? Leo selamatkan kau, kan? Tak pernah disentuh, konon! Entah lebih dari itu, entah tidak. Jangan nak pertahankan diri sendiri kalau kau tu pun tak baik mana!”

“Sudahlah. Janganlah nak bergaduh macam ni. Kita dah besarlah…”

Syin menyampuk apabila rona di wajah lelaki itu kelihatan merah menahan amarah. Baru sahaja aku ingin menambah perencah kepada kenyataanku, bahagian leher pada jaketku dicengkam kasar oleh Bard.

Aku terdorong ke hadapan dan terpaksa memejamkan mata menahan perasaan sebak kerana diperlakukan sebegini rupa walhal bukan ini yang aku mahukan. Hembusan nafasnya yang kedengaran rancak menambahkan bebanan dosa di bahu kiri kerana terlalu banyak bercakap bohong.

“Bard!!”

Naik seoktaf suara Syin tatkala Bard bertindak untuk menolakku. Hampir aku rebah ke atas lantai andai aku tidak pandai untuk menstabilkan diri. Syin sudah memegang lengan Bard namun lelaki itu sudah menepis dengan kasar lantas merenungku dengan perasaan benci yang sungguh mendalam.

“Kami tak perlukan orang macam kau dalam kumpulan kami!”

“Bard!!!” Syin hampir terjerit.

“Kau boleh pergi. Aku buang kau dari kumpulan kami, Wardah Numa! Khidmat kau dah tak diperlukan dan jangan sesekali kau jejakkan kaki kau ke sini! Aku tak nak tengok muka kau lagi,” putusnya tekad lantas berlalu pergi, meninggalkan aku dengan air mata yang akhirnya tumpah di hadapan Syin.

Segan atau tidak, aku sudah tidak peduli. Papan luncur di tangan terus terlepas dari genggaman dan aku terlorot jatuh dengan seribu satu rasa yang terlalu sukar untuk aku ungkapkan dengan kata.

Syin sudah mendapatkan aku, berada di sisi sebelum memandangku lama. Bagaikan memahami gelodak emosi yang terpaksa aku tanggung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience