BAB 1

Other Completed 5714

‘’WAH Steadylah geng! Sayang kau mucho-mucho beb!’’

“Genius! Outt of the box!. Imaginasi melampau kau memang berguna sungguh bila kita masuk pertandingan!” sindirku sebelum mengetuk kepala Bard yang sudah ketawa bangga macam burung unta.

Spray painted mural kami memang mendapat sorakan daripada para penonton yang turut sama melihat daya imaginasi dan corak pemikiran kami dalam menghasilkan mural yang lebih cantik dan unik.

Sudah lama kumpulan kami ini terlibat dalam aktiviti sebegini rupa dan selama itu jugalah gelaran juara kami akan pegang apabila bertanding dalam apa-apa pertandingan.

Sambil bercekak pinggang, kepala aku terangguk-angguk puas melihat hasil yang ada di dinding jalanan. Membuat perbandingan antara mural kami dan mural kumpulan-kumpulan lain yang turut sama menyertai.

Gambar seorang perempuan yang mempunyai dua wajah. Sebelah wajahnya tampak tersenyum dan manja dengan cuaca yang disinari cahaya matahari tanpa apa-apa masalah. Bunga dan corak indah terlakar di belakangnya tanda bahagia. Sebelah pula wajahnya memaksa mata memandikan air mata darah dengan wajah yang masam tanpa kuntuman senyum manakala hanya mentol yang malap menjadi arah tujunya sendiri.

Kata Bard, manusia ada dua personaliti dan sering bertukar-tukar topeng. Saat sedih melanda, topeng juga yang dicari untuk menyembunyikan semua duka di dalam jiwa agar dunia tidak memikirkannya sebagai orang yang lemah. Senyum dalam tangisan namanya.

Sebuah bekas berisikan spray silver dicampak tepat ke arahku. Tangkas sahaja pergerakanku untuk menyambut sebelum tersengih memandang Jebat yang menjongketkan keningnya, memberi laluan untuk aku membuat touch up kepada bayangan gadis tersebut.

Gula-gula getah di dalam mulut aku kunyah sementara mencari posisi sesuai untuk menghasilkan corak timbul dan tangan mulai ditadah ke arah Jebat. “Weih, gimme the black one quick. Aku nak add sesuatu.”

Bard mengerutkan dahi. “What now?”

“Your shadow, it’s not that complete to be shown.”

“Fussy little lady,” omel bibirnya sebelum mengarahkan Leo untuk mencampakkan sebotol spray mengandungi warna hitam pula.

Aku menyambut lontarannya dengan tabik hormat sebelum membetulkan kedudukan topi di kepala sendiri. Rambut yang aku masukkan ke dalam topi hampir terkeluar namun tidak menjadi masalah bagiku. Di hujung wajahnya aku menambah sedikit warna hitam untuk membuat bayang-bayang pula sebelum warna latar bagi dinding coklat tua itu aku gunakan untuk menutup lelehan spray yang berlebihan turun dari tempat asalnya.

Berpuas hati dengan hasil yang kukira lebih cantik daripada tadi, botol-botol spray itu aku campak semula kepada Bard yang menunggu. Bagus betul caddie spray aku ni. Besar bakat. Ini kalau jadi caddie orang main golf, mesti dapat naik pangkat cepat-cepat.

“Brother Hush Puppies kita mana, Bard? Aku nak beli kasut dia ni sebab dengar cerita Hush Puppies ada buat year end sale,” sakatku apabila melihat Syin sudah menghampiri. Baru balik dari membeli air tin nampaknya. Sengaja aku menguatkan suara supaya Syin dapat mendengar bicaraku sebentar tadi.

Syin yang menghampiri terus mengejar aku dan mengacah-acah hendak menyimbah aku dengan air Peel Fresh epal di tangannya. Mukanya sengaja dibuat cemberut seperti ayam berak kapur. Aku hanya tergelak apabila matanya itu kian terjegil memandang wajahku, barangkali masih tidak berpuas hati kerana aku yang suka benar menyakat nama asalnya yang sebenar.

Elok nama samaran macam hero Ultraman Dayna yang bernama Syin Asuka, tak semena-mena aku panggil Hush Puppies. Patutlah Syin pernah cakap yang dia nak darah rendah sebab asyik meninggi aje darah kena kutuk dengan mulut puaka aku. Nama sedap-sedap Muhd Hussin tapi terus jadi jenama barang!

“Eee… budak kecik ni. Aku simbah dengan air epal nanti, biar manis satu badan kau kena cium berjemaah dengan semut api.”

“Hush Puppies ada buat jualan murah ke hari ini?” terus aku menyakatnya kembali sebelum telinga dipiat dek tangan serupa ketam milik Syin. Bard dan Leo yang mendengar hanya meledakkan ketawa kerana masing-masing tidak mahu menyampuk seandainya aku dan Syin berdebat.

Syin terus sahaja memukul tanganku dengan topi kelabu di atas kepalanya. Bukannya sakit mana, cuma mahu menunjukkan bahawa dia geram sahaja. Lagipun, aku tahu Syin bukannya seberani itu untuk mengapa-apakan aku kerana jikalau dia menumbuk aku sekalipun, jangan haraplah aku mahu duduk diam ala-ala gadis Melayu terakhir di abad Doraemon. Pasti aku akan membalas dua atau tiga kali ganda untuk memuaskan hatiku sendiri.

“Bard… bila competition nak habis? Aku bosanlah duduk sini macam apam balik,” rungutku bosan apabila kulihat ada sahaja kumpulan yang masih belum selesai dengan graffiti di dinding yang disediakan.

Bard kerling ke arah jam tangannya.

“Another ten minutes, I guess.”

“Lambatnya! Berjanggut aku tunggu!”

“We just have to wait, then,” Leo memberikan cadangan sambil membawa roller skates miliknya dan tersenyum penuh makna memandang wajahku. Tanpa sebarang suara, aku terus bersetuju dengan menganggukkan kepala lalu mencapai papan luncur kesayangan yang aku sandarkan ke tepi dinding.

Sesungguhnya aku memang tidak tahu hendak duduk diam dan menunggu sesuatu yang sungguh membosankan. Bard dan Syin masing-masing menggelengkan kepala dengan fiilku.

“Where are you guys heading to?” Bard ajukan soalan.

Leo tersenyum. “Port biasalah, bro. Skate.”

“Come back after six minutes,” tambah Bard lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience