BAB 12

Other Completed 5710

Seperit inikah pengorbanan yang terpaksa aku telan untuk menggapai erti sebuah kebahagiaan?

“Numa… kau bergurau, kan?” Syin menyampuk gugup. “Aku rasa kau kena sampuk dengan makhluk asing ni. Wake up. Aku tahu kau cuma bergurau.”

Wajah Leo hanya mampu aku renung tanpa sebarang riak. Soalan daripada Syin tidak mampu aku jawab, bimbang aku terus menabur dusta semata-mata kepada mereka yang begitu ikhlas dalam bersahabat. Bibirnya melepaskan keluhan. Lemah agaknya dengan fiil Wardah Numa yang tidak reti mahu mengalah.

“Kalau itu yang kau rasa bila berkawan dengan kami…”

Bicaranya tergantung untuk seketika.

“… kau tak diperlukan di sini lagi. Baliklah.”

“Itu yang aku nak. Terima kasih sebab memahami. Aku pun tak sabar-sabar nak pergi dari tempat ni sebab duduk sini lama-lama buat hati aku terbakar.”

Pedih, ya Tuhan. Pedih…

“Numa…”

Hanya renungan sayu mampu aku hadiahkan kepada Syin. Susuk tubuh Leo yang turut pergi tanpa disuruh masih tidak dia ikuti. Aku perasan akan riak wajahnya yang sungguh keliru dengan apa yang sedang berlaku dan aku tidak akan sesekali menyalahkan dia seandainya dia akan membenciku, sebagaimana bencinya Leo dan Bard kepadaku.

Anehnya, bibir hanya mampu tersenyum manis. Teringatkan semua kenangan aku dan Syin membuatkan aku semakin sebak untuk meneruskan langkah yang sudah aku ambil.

Papan luncurku yang terjatuh dia kutip. Lambat pergerakannya hinggakan aku rasa Encik Kura-kura pun boleh bergerak lebih pantas daripadanya. Deck aku dia usap sebelum dia hulurkan papan luncur itu kepada aku namun aku terlebih dahulu menggeleng tidak mahu.

“Kau simpanlah. Tak payah susah-susah nak beli deck atau wheels baharu untuk skateboard kau. Duit competition semalam tu kau simpan elok-elok. Nanti kalau ada join mana-mana pertandingan, make sure kau buat yang terbaik untuk menang. Bawa spray cukup-cukup. Sketch first. Aku dah tak boleh datang untuk sokong kau dari dekat lagi,” ujarku dalam sendu yang tertahan-tahan. Jikalau inilah sebenarnya rasa sebuah perpisahan, wajarlah untuk orang yang terpisah itu menangis kerana sakitnya hanya Tuhan sahaja yang mengerti.

Bibirnya dia gigit lemah. “Kau tipu Leo, Numa.”

Kelu. Pandai jugak otak Hush Puppies celup ni.

Dia tersenyum seperti yakin dengan tekaannya yang selalu mengena.

“Kau tipu Bard dengan Leo, kan? Aku tahu kau tak pernah bencikan kami. Aku tahu kau orangnya macam mana. Kenapa kau buat macam ni? Kalau kau ada masalah, kenapa kau tak bincangkan dengan aku atau sesiapa sahaja? Kau tahu yang kami sentiasa ada untuk kau. Kenapa kau sanggup tipu kawan-kawan kau sendiri?”

“Aku memang ada masalah, Syin.”

“Then, cakap. Kita kasi settle sama-sama!”

“Masalah antara aku dengan Tuhan. Boleh tolong?”

Dan sepotong ayat itu membuatkan dia kelu seribu bahasa tanpa mahu bersuara lagi. Bagaikan dia memahami apa sebenarnya punca utama aku bertindak sebegini.

*****************

Hari ini, aku pulang awal. Tidak mahu Along tahu satu-satunya adik yang dia sangka sekuat konkrit zaman purba bakal menghamburkan tangisan di bilik juga. Biarlah dia mengenali aku kerana aku yang cukup kuat untuk berdiri dan bukannya melihat sisi dalamku yang sebenarnya rapuh dimamah anai-anai.

Sudahlah air mata…

Sudahlah…

Pergilah…

Drama romantik-komedi yang disiarkan di televisyen aku tonton dengan sekotak tisu yang ada di atas riba. Terkadang apabila aku teringatkan Bard, Leo dan Syin, aku akan menangis sendiri sedangkan drama sedang memaparkan adegan lawak tahap tak ingat dunia.

Bohonglah sekiranya aku mengatakan bahawa aku tidak rindu untuk meluncur dan melepak dengan mereka semua dan budak-budak lain. Semakin aku cuba untuk membuangkan nama mereka daripada ingatan, semakin memori lama mencucuk-cucuk kepala yang kusut dengan masalah.

Seperti orang yang ketagih akan internet, aku pula akan dunia skates.

Entah berapa kali telefon bimbitku menjerit-jerit minta aku menghubungkan talian. Nama Syin terpampang di skrin namun tidak aku endahkan sebarang panggilan daripada dia ataupun orang lain. Sudahnya, aku cabut getah yang aku ikat di sekeliling Nokia itu lalu aku cabutkan sahaja bateri yang ada. Aku tak mahu ada apa-apa lagi hubungan dengan mimpi.

Antara Tuhan atau kawan?

Sahabat, teman atau sementara berkawan?

Adakah sahabat aku sendiri mengingatkan aku kepada Tuhan?

Adakah hobiku memberi manfaat untuk kucinta Tuhan?

Adakah cara yang aku guna baik atau kuubah dengan tangan?

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud: “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience