BAB 5

Other Completed 5710

Tangannya yang ligat mengusut-masaikan rambutku segera aku tepis lantas aku membuka pula topinya dan mengganggu rambut hitamnya. Syin ketawa terbahak-bahak sebelum menyuruh aku untuk berhenti. Pergelangan tanganku dipegang spontan dan secara tidak sengaja kulit kami bersentuhan. Wajah aku dongakkan dan ternyata dia juga terkejut beruk dengan tingkahnya.

“Err… Syin… tangan kau.”

“Oh! Err… yeah, sorry. My bad.”

Pautan dia leraikan sepantas kilat sebelum dibawanya tangan untuk mengusap belakang lehernya. Anak mata dia larikan agar tidak bertembung dengan pandanganku. Rambut yang hampir terlerai ikatannya aku lepaskan sahaja melepasi siku.

Aku menyikat rambut menggunakan jemari memandangkan aku tidak pula membawa sikat dari rumah. Saat aku ingin mengikat semula rambut, Syin berdeham perlahan sebelum mengajukan soalan, “tak berkutu ke rambut kau? Panjang gila tu. Nanti aku bawa pergi kedai gunting rambut, kau pendekkan sikit rambut kau tu.”

Keningku terjongket tinggi. Apesal mamat ni?

“Aku tak suka potong rambutlah, Syin.”

“Kalau kau buat macam ni, kau… kau …”

“Kau takut kau dah jatuh cinta dengan aku ke kalau aku buat macam ni?” usikku dan ketawa besar melihat wajah lelaki-lelaki yang seperti tersentak dengan ujaranku. Seperti memandang bait-bait bicaraku itu dengan serius walhal mereka sudah tahu bahawa aku ini memang suka berjenaka.

Getah rambut aku gunakan untuk mengikat rambut seperti ikat siput sebelum aku memakai pula topi ke kepala. Wajah pucat Syin aku pandang dengan sengihan. “Alaa… kau ni sensitif sangatlah. Chill sudah. Aku tahu mana boleh orang jatuh cinta dengan aku yang kasar ni, kan? Lelaki semua nak stock perempuan ayu gitu. Kalau siapa yang jatuh cinta tu, sahlah mata tu ada masalah rabun jauh!”

“Weih… mulut puaka betul kau,” Syin mencantas.

Aku menghabiskan sisa-sisa tawa sebelum memandang ke arah para peserta yang mulai berkumpul di satu kawasan. Pasti mahu memberitahu tentang juara pada hari ini.

“Jomlah. Kita duduk sana,” Bard bangun daripada duduk lantas berjalan laju meninggalkan kami bertiga di belakang. Syin mendahului kami dan aku pula berjalan di belakang Leo yang sedari tadi diam membisu.

***************

Gula-gula getah aku kunyah dengan senyuman. Mana tidak, tadi dapat lagi gelaran juara dan seperti yang dijanjikan, Leo belanja aku makan tengah hari dengan Bard dan Syin. Lepas tu Bard offer nak bawa dia pergi klinik, itu pun bila selepas berbuih-buih sabun Dettol mulutku ingin mengajaknya untuk pergi ke sana bagi merawat lukanya.

Dendangan Secondhand Serenade-Fall For You mulai berdentum kuat di telinga melalui earphone putih milikku.

Sementara menunggu ketibaan bas, aku mengeluarkan buku nota dari beg dan mulai melakar beberapa gambaran graffiti yang boleh digunakan sekiranya kami ada kelapangan untuk berkumpul di jalanan dan melakukannya bersama-sama.

Orang yang lalu-lalang tidak aku pedulikan biarpun sesekali aku mendengar kutukan mereka dalam diam. Well, I really don’t care. Aku tak perlukan simpati untuk hidup pun dekat atas dunia. Aku memang tak nak peduli. Aku tak kisah kalau orang nak kutuk aku sebab aku tak buat apa-apa salah.

You do, people talk.

You don’t do, people talk.

So stop from being hyprocrite.

And try to be yourself.

“Assalamualaikum!”

Satu suara lunak yang menegur segera membuatkan aku menengadah. Terpinga-pinga dengan teguran daripada seorang wanita muda yang penampilannya ternyata berbeza jika hendak dibandingkan dengan aku.

Berjubah hitam dan bertudung labuh dengan wajahnya yang setenang aliran denai yang mengalir. Wajahku terasa membahang apabila mengingatkan tentang keadaan aku yang amatlah kontra dengannya. Banyak mata sudah memandangku dengan renungan yang aku sendiri cukup mudah untuk memahami.

Hina. Sinis. Sungguh memerli.

Lambat-lambat bibir menjawab salam. Rasanya, inilah kali pertama aku ditegur oleh orang dengan cara yang lembut jika berpakaian sebegini.

Duduk yang dilabuhkan betul-betul bersebelahan denganku membuatkan aku terasa ibarat cacing kepanasan. Takut dia tidak selesa untuk berada di sisiku kerana aku akui bahawa aku bukanlah seseorang yang peramah dan mudah mesra dengan orang yang baru aku jumpa. Jikalau boleh, aku akan terus membisu ibarat tunggul kayu yang buta huruf.

“Tadi main skateboard ye?” soalnya lembut sambil menudingkan jari untuk menunjukkan papan luncur yang berada di tanganku.

Aku mengangguk.

“Main dengan siapa?”

“Kawan.” Gugup gilerr.

Dia turut mengangguk perlahan sebelum melihat sahaja deck yang ada pada papan luncur. Rasa pelik menjentik hati tatkala tidak aku dengar sebarang kutukan, hinaan atau cacian yang dilemparkan kepadaku apatah lagi pandangan penuh jijik dengan diriku. Renungan yang dia hadiahkan amat redup dan mendamaikan seperti sahabat yang sudah lama menjalinkan hubungan persahabatan. Dentuman lagu Avenge Sevenfold-Almost Easy juga sudah tidak dapat menenangkan jiwa dengan alunan muziknya yang rancak.

“Adik…” dia memanggil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience