BAB 11

Other Completed 5710

“Numa…”

“Aku okey, Syin. Aku okey,” senduku.

“Nanti aku pujuk Bard. Aku akan make sure kau masuk balik team kami! Kami perlukan kau, Numa. Matilah aku kalau Leo datang dan dapat tahu kau kena buang macam ni! Siapa nak jawab? Leo tu suka…”

“Numa.”

Suara yang menyapa benar-benar mengejutkan aku. Sendu yang terbit terus terhenti seketika seolah-olah memahami bahawa si dia yang tidak gemar mendengar dan melihat aku menangis. Tergesa-gesa Syin bangun dan wajahnya pucat tidak berdarah memandang susuk tubuh yang berada di hadapan mata. Hujung mata aku seka, membuang jauh-jauh air mata yang bertakung.

Perlahan-lahan dengan kekuatan yang bersisa, aku bangkit. Tidak ingin terus rebah dan tidak bangun-bangun. Dapat aku lihat Leo yang betul-betul berdiri bertentangan denganku, tidak percaya. Papan luncur aku peluk seerat-eratnya bagi memohon secebis lagi kekuatan untuk berhadapan dengan Leo pula. Bibir aku paksa untuk tersenyum sedangkan semuanya sudah terlalu palsu dan aneh di mata orang lain, apatah lagi buat aku sendiri.

Leo maju setapak.

Setapak juga aku berundur.

Tangannya yang berbalut hampir memegang tanganku sebelum aku terlebih dahulu mengelak. Entah bila dia sudah berani membiarkan kulit kami bersentuhan, aku sendiri tidak pasti. Kejadian semalam aku anggap sebagai kemalangan dan dia tidak sengaja namun hari ini, cukuplah dengan perkataan ‘tidak sengaja’ dan ‘tidak berdosa’ itu. Di mata hati, aku kata tidak mengapa. Di mata manusia, berpegangan tangan itu manis semanis-manisnya. Di mata Tuhan, menempahlah nama sendiri di neraka.

“Leo… kau… kau buat apa dekat sini?” Syin menyoal.

Leo tidak menjawab. Sebaliknya, semakin lama dia merenungku dan mengharapkan jawapan. Aku rasa dia sudah nampak segala-galanya tentang aku dan Bard yang bergaduh besar.

“Tak ada sesiapa akan keluar dari kumpulan kita,” tuturnya.

Aku ketawa. “Unfortunately, I did. Nak buat macam mana, kan?”

“I said… tak ada sesiapa yang akan keluar!” cantasnya tegas.

“Kau nak aku jujur? Aku akan cakap semua yang aku nak cakapkan!” Aku segera menambah tatkala amukannya seperti mahu meletus. Keakraban kami sebagai sahabat nampaknya semakin mereka lupakan.

Hubungan persahabatan di dunia skate tidak sekukuh yang aku harapkan jadi mungkinkah keputusan aku untuk menarik diri dan memulakan kamus hidup yang baharu lebih senang? Mereka pun mungkin lebih senang mahu melupakan aku dan seterusnya memadamkan sahaja nama hina ini daripada melekat di kotak memori sebagai kenangan.

Syin sudah beria-ia meminta kami untuk berhenti. Kasihan aku melihat dia yang seperti sudah buntu untuk menamatkan persilisihan faham yang berlaku. Ucapan maaf tidak terluah dek bibir kerana akulah punca utama mengapa pertikaman lidah ini berlaku. Aku ingin pergi dari sini. Jauh. Sejauh-jauh yang aku boleh kerana aku tidak mahu untuk kembali.

“Untuk pengetahuan kau, Muhd Hussin dan Asad Afifuddin… aku sendiri yang nak pergi dari sini. Muak, kau tahu? Aku muak! Aku tak nak terjebak lagi dengan tempat-tempat ni semua! Aku benci cara kita lepak dekat sini sebab bagi aku bukan ada apa-apa faedah yang aku dapat bila aku buat semua ni.

Cukuplah aku dah buang masa dengan semua budak skaters. Aerials? Don’t make me laugh. Helah tu pun aku malas nak layan! Aku tak pedulilah! Aku nak cakap yang aku menyesal sebab datang sini time aku sekolah menengah. Menyesal sebab aku jumpa dengan kau, Leo! Dengan Hussin! Dengan Bard sekalipun. Sesalan aku… sampai bila-bila tak mampu aku padamkan.”

Allah…

Beri aku kekuatan untuk semua ini.

Maafkan aku, sahabat!

Bukan itu niatku. Bukan begini caranya untuk aku meluahkan apa yang terbuku di hati seorang wanita. Jika aku memberitahu bahawa aku ingin berubah, bukankah Syin akan terus mentertawakan dan mengejekku? Bard dan Leo pula berpotensi untuk mengatakan yang aku tidak layak untuk menjadi sesuci dan sebaik gadis-gadis lain di luar sana sedangkan itulah impian setiap orang Muslimah di dunia.

Kau akan terus memujuk.

Hinggakan aku termakan pujuk itu.

Dan kemudian, di manakah sinar harapan untuk aku berpaling menghadap Rabb? Hilang disapa angin? Hilang dimamah pujuk rayu?

Itu yang aku tidak mahu.

Basah lagi pipi dikotori tangisan sendiri. Sudah penat untuk aku merelakan jemari itu menyekanya kerana sudahnya, air mata akan gugur juga tanpa perlu kupaksa-paksa. Leo kulihat menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan. Bagaikan tukang tilik yang tahu menafsir kata hati yang berbicara. Merah mata itu, namun tidak aku pedulikan.

“How many times do I need to tell you? Kau tak pandai menipu, Numa. Kau cakap kau nak jujur dengan aku. Kenapa kau kena babitkan nama kami? Apa makna sebenar persahabatan kita pada kau? Siapa kami bertiga sebenarnya dalam hidup kau? Kawan? Sahabat? Boneka?” soalnya dengan suara yang mulai serak.

“No one.”

Hatiku hancur lagi. Terhempas dan pecahnya berderai. Tidak aku sangka rancanganku untuk membawa kepada perubahan ternyata meninggalkan impak yang besar di dalam hidup ini. Kawan-kawan terpaksa aku korbankan sedangkan selama ini, susah senang kami harungi bersama ibarat keluarga kandung sendiri. Tabiat buruk yang aku ada pula wajar aku kikiskan. Hobi yang selama ini aku julang perlu aku sisihkan untuk mencintai Tuhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience