Chapter 8

Romance Completed 24286

Bab 8

Walaupun ibu dan ayah masih berada di situ tetapi aku tidak betah meninggalkan Odette tanpa aku di sisinya. Odette masih tidak sedarkan diri. Aku sebagai suaminya harus sentiasa berada di sampingnya.

Sehelai kemeja polo merah darah dan seluar jeans hitam kuambil daripada almari. Kemeja polo yang dihadiahkan oleh Odette kepadaku pada beberapa bulan yang lepas. Sewaktu aku ingin menutup pintu almari, mataku terpandang kepada bahagian hujung sekeping kertas yang tersembul daripada lipatan baju-baju Odette. Tanpa berfikir panjang aku segera mencapai kepingan kertas itu.

M.M.

EX746865

Aku langsung tidak dapat memahami apa yang ditulis oleh Odette pada permukaan kertas kecil itu. Tetapi aku tetap menyimpannya di dalam dompet. Ini mungkin suatu petunjuk yang mampu membantu aku menyelesaikan kes ini. Daripada aku membuangnya lebih baik aku mengambil langkah berjaga-jaga. Aku akan berikan kertas ini kepada Inspektor Kent kelak.

Sebelum ke hospital, aku sempat menyimpan beberapa pasang pakaian aku dan Odette ke dalam sebuah beg. Aku mungkin akan bermalam di hospital untuk beberapa hari ini dan sekiranya Odette sedar, isteriku memerlukan pakaian bersih kerana pakaian yang dipakainya sewaktu kemalangan itu terjadi sudah kotor dan terkoyak.

Ibu dan ayah masih setia berada di wad sewaktu aku tiba di hospital. Ayah sedang tidur di sofa empukn yang disediakan manakala ibu sedang duduk di kerusi bersebelahan dengan katil Odette. Pernafasan isteriku masih lagi normal. Tiada sebarang komplikasi berlaku.

“ Ibu, rehatlah dulu.”

Ibu tersenyum melihatkan aku yang baru tiba dari kondominiumku. Ibu bangun daripada duduknya lalu menghadiahkan pelukan kepadaku. Lama. Pelukan ibu membuatkan aku teringat pada zaman kanak-kanakku sehinggalah pada hari aku memasuki universiti. Pelukan yang menandakan semuanya akan baik-baik sahaja.

“ Ibu tahu anak ibu kuat. Dylan kena sentiasa kuat untuk Odette. Ibu percaya Odette akan sedarkan diri nanti. Jangan lemah semangat, ya sayang?”

Aku tersenyum hambar. Pelukan ibu kubalas.

“ Terima kasih, ibu. Terima kasih.”

Ibu mencium pipiku sebelum melepaskan pelukannya.

“ Rasanya baik ibu dan ayah pulang dulu. Kalau perlukan apa-apa jangan lupa telefon kami. Esok ibu dan ayah akan datang lagi. Buat sementara waktu, jangan fikirkan dulu pasal kerja. Mike kan ada? Jangan lupa untuk makan dan berehat ya, sayang? Nanti ibu minta Jimmy hantarkan makanan untuk kamu malam ni.”

“ Tak perlulah susahkan ibu. Lagipun saya boleh beli makanan kat kafe hospital ni.”

“ Janji dengan ibu jangan sesekali lupa untuk makan, ya?”

Pesanan demi pesanan ibu titipkan kepadaku. Aku mengiyakan sahaja kata-kata ibu. Aku hanya menghantar mereka sekadar di lobi hospital sahaja. Jimmy yang bekerja sebagai pemandu keluargaku telah sampai untuk membawa mereka pulang.

Aku sedikit kecewa apabila melihat Odette masih dengan posisi yang sama ketika aku kembali ke wad. Wajahnya kelihatan berkerut seakan-akan dia sedang mengalami suatu mimpi ngeri. Aku mencapai tangan kanan isteriku. Aku berhati-hati agar tidak menambahkan kesakitan pada tangan kanannya yang berbalut.

“ Sayang, abang ni…” aku berkata perlahan. Sengaja aku mencuba untuk berkomunikasi dengannya.

“ Bila sayang nak sedar? Abang rindukan Odette, tahu?”

Tangan kananku masih memegang tangan Odette sementara aku mengusap pipi isteriku dengan tangan kiriku. Aku tersenyum dengan kelembutan pipinya. Aku suka mencubit kedua-dua pipinya setiap kali kami bergurau senda.

“ Kita tak kemas barang lagi untuk percutian kita tau? Sayang jangan lupa yang abang tak pandai kemas beg. Sayang yang kena tolong abang. Kalau tak haru biru nanti jadinya.”

Isteriku masih lagi diam. Entah bila dia akan memberi respon kepada kata-kataku. Aku kasihan melihat dia terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri seperti ini. Apatah lagi dengan kecederaan yang turut dialami isteriku.

“ Abang janji, abang akan bawa sayang ke tempat yang sayang nak pergi. Kita akan bermain sama-sama, bukannya sayang seorang. Abang takkan lupa untuk bawa sayang pergi menunggang kuda di pantai. Bukan ke itu yang selalu sayang nak?”

“ Apa yang paling abang tak lupa, Odette kata Odette nak cuba setiap makanan tradisional di setiap tempat yang kita lawati. Sayang pun kata nak cuba masak semua masakan tu, kan?”

“ Odette tak kasihankan abang ke? Abang dah rindu nak makan masakan Odette. Lama-lama boleh kurus abang macam ni.” Aku ketawa hambar.

Pada saat itu, aku perasan akan jari telunjuk kiri Odette bergerak buat seketika. Aku pantas bangun daripada dudukku. Butang panggilan yang berada di kepala katil kutekan berulang kali. Tidak lama kemudian Doktor Murphy dan jururawat yang bertugas muncul di hadapanku.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah Odette sudah sedar dari lenanya yang panjang?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience