Bab 4: Bayang Dalam Kabus

Mature Content Series 3457

Langit pagi muram. Awan tebal menggantung rendah, seolah langit sendiri tahu sesuatu yang buruk sedang menghampiri.

Elara duduk di atas tunggul kayu di luar pondok, merenung hutan. Suasana yang dulu menenangkan kini terasa mencengkam dada. Jiwanya masih resah sejak mimpi malam tadi. Kata-kata lelaki berkabus itu masih terngiang di telinga.

"Hati kabus... berada dalam darahmu."

"Elara." Suara Kaelen kedengaran dari dalam pondok. Dia keluar, rambut keemasannya sedikit kusut, jubahnya kini dibalut dengan kain dari rumah Elara.

“Kita tak boleh tinggal di sini lama,” katanya sambil memandang sekeliling. “Ada sesuatu... yang sedang mencari aku. Dan kalau mereka jumpa kau sekali... it won’t end well.”

Elara mengangkat kening. “Siapa mereka?”

Kaelen menarik nafas panjang. “Makhluk kabus. The Mistborn. Mereka jelmaan sihir gelap dari Aerithar. Bila seseorang ganggu pintu antara dunia... mereka akan datang.”

Elara menelan air liur. “So... they’re already here?”

Kaelen mengangguk perlahan.

---
Dia tahu mereka sudah dekat. Bau kabus mereka... bau sihir gelap... dia dah rasa sejak subuh tadi. Tapi dia tak mahu cemas terlalu awal. Elara belum bersedia. Hatinya belum kuat.

Tapi dia juga tahu satu perkara—kalau Elara benar-benar The Heart of Mist, maka hidupnya lebih berharga dari nyawanya sendiri.

Kaelen hulurkan tangan.

“Kita perlu pergi. Now.”

Dia pandang tangan Kaelen.

Hatinya berdebar. Dia tahu, kalau dia genggam tangan itu—hidupnya takkan pernah sama. Dia akan tinggalkan rumah, dusun, dan kehidupannya yang tenang.

Tapi ada sesuatu dalam diri Kaelen... dan sesuatu dalam dirinya... yang berkata: Langkah ini adalah permulaan segalanya.

Dia genggam tangan itu. “Okay. Tapi ke mana kita nak pergi?”

Kaelen tersenyum nipis.

“Kita cari jawapan... sebelum mereka cari kita.”

---

Beberapa jam kemudian...

Langkah mereka menyusuri jalan lama menuju ke utara hutan. Elara bawa beg kecil berisi herba dan air. Kaelen—seperti biasa—berjalan seperti dia tahu dunia ini. Tapi tiba-tiba, langkahnya terhenti.

“Elara... cepat sembunyi!”

Dia ditolak ke belakang semak. Nafas Elara tercungap. “Apa tu?”

Kaelen tarik pedang tipis dari pinggangnya—senjata yang bersinar samar, seolah dibuat dari cahaya.

Dan dari kabus yang semakin pekat...

Keluar makhluk pertama—tinggi, tubuhnya seperti asap pekat berbalut perak, matanya merah menyala.

“Dia jumpa kita dulu…” bisik Kaelen. “Stay behind me.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience