Bab 23

Romance Series 6062

“Along! Along! Rindulah. Bila along nak balik? Dah tak lama nak puasa.”

“InshaAllah ada cuti panjang nanti along balik. Rindu? Yelah tu. Ni mesti ada apa-apa ni?” Teka Asrar. Seusai merebahkan tubuhnya di atas katil setelah membersihkan diri selepas pulang dari bertugas pada malam itu Asrar menerima panggilan telefon daripada adik bongsunya. Jarang sekali adiknya itu menelefon sekiranya tiada apa-apa kepentingan.

“Ala... Along ni. Tau tau je... Tak boleh langsung nak sorok.” Nia mengomel. Asrar ketawa kecil dengan omelan adiknya itu. Nia baru berusia sebelas tahun, dia agak rapat dengan Asrar.

“Along dah kenal Nia dari kecil tau. Dah masak sangat dengan perangai Nia tu.”

“Hehe...along, Nia nak minta something dari along ni.”

“Hah! Kan...dah tau dah perangai... Hahaha. Nak apa?”

“Nia...Nia nak kakak!” Terkejut Asrar mendengar jawapan adiknya.

“Huh?! Kakak? Kakak apa pula ni?” Berkerut dahi Asrar memikirkannya.

“Nak kakak angkat ke? Tanya mamalah, buat apa tanya along.” Sambung Asrar lagi.

“Tak naklah.”

“Pulak dah, tadi kata nak kakak...”

“Nia nak along yang bawa balik kakak untuk Nia.”

“Hah?! Along? Kenapa pula along?” Asrar makin keliru dengan kata-kata adiknya. Dia memusing badannya ke arah kiri.

“Yelah, alonglah. Tak akan nak suruh Aidan pula... Belajar pun tak habis lagi.”

“Aduh! Nia cakap apa ni? Along tak fahamlah.” Kata-kata Nia sedikit sebanyak memeningkan kepala Asrar. Dia tidak dapat menangkap apa maksud kata-kata Nia akibat terlalu penat selepas bertugas untuk oncall pada hari sebelumnya. Sudah beberapa kali dia menguap menahan matanya yang mengantuk.

“Huh! Along ni kan...saja je tak nak faham. Nia nak along bawa balik kakak ipar untuk Nia.” Terbeliak mata Asrar, matanya yang sudah layu tadi tiba-tiba segar kembali.

“Kakak ipar?! Wah! Wah! Wah! Kecil-kecil lagi dah sibuk dengan hal-hal macam ni?” Tegur Asrar.

“Hahaha...Nia teringin nak ada kakak, asyik ada abang je.”

“Amboi...”

“Ala...benda simple jelah along.”

“Benda simple hang kata? Amboi budak ni! Hang ingat cari isteri tu boleh main sambar suka-suka hati ja ka?”

“Hahaha. Along tahu tak... Nia ada rahsia nak bagitahu pada along.”

“Hmm...rahsia apa pula ni?”

“Tapi along diam-diam jelah. Kalau mama tahu, habis Nia.”

“Rahsia apa ni Nia? Buat suspend je.”

“Mama tengah cari calon isteri untuk along hehe.” Kata Nia separa berbisik.

“Huh?! Biar betul Nia.. Mana Nia dengar ni? Mama bagitahu ke?”

“Tak...Nia terdengar perbualan mama dengan kawan mama hari tu. Kawan mama cakap dia ada anak perempuan, kalau mama setuju, dia nak kenalkan anak dia pada along.”

“Aduh! Jangan main-mainlah Nia.”

“Mana ada Nia main-main. Ada juga sesekali Nia dengar mama cakap-cakap pasal nak cari calon isteri untuk along dengan babah.”

“Hmm, kalau mama dan babah ada cakap pasal ni lagi... Nia bagitahu je pada mama dan babah yang along dah ada calon along sendiri.”

“Hah?! Sungguh? Along dah ada calon? Wah! Tak bagitahu Nia pun.”

“Buat apa nak bagitahu Nia? Erm... Tapi bila along call mama, tak ada pula mama cakap apa-apa pssal ni... Hmm, musykil...musykil. Ke Nia yang buat cerita ni?”

“Eh, mana ada. Hehe... Oklah along, Nia nak tidur. Nanti Nia call lagi. Bye.”

“Hah!! Nak mengelaklah tu. Ni mesti dia yang reka cerita yang bukan-bukan ni... Adoilah budak ni. Nak kena ni...” Bebel Asrar pada adiknya, belum sempat dia menyambung kata-katanya, Nia terlebih dahulu mematikan panggilan telefon tersebut.

“Aduh! Budak ni, yang bukan-bukan je...aissh, sabar jelah.” Keluh Asrar sendirian, dia meletakkan telefon pintarnya di atas meja sisi di tepi katilnya. Dia memeluk sebiji bantal yang berada disebelahnya, fikirannya menerawang teringatkan memori ketika dia keluar bersama Nuril beberapa hari yang lepas. Matanya semakin berat dan tanpa sedar dia terlena.

 

*******

 

“Here you go. Cukup tak?” Rina menghulurkan bekas berisi nasi goreng yang masih panas kepada Nuril.

“Erm, cukup, cukup.” Balas Nuril ringkas. Nuril bangun dari kerusi lalu menghampiri Rina, diletak telapak tangannya atas dahi Rina. Rina tergamam. Terkejut dengan perbuatan Nuril.

“Kau demam ke? Kau mimpi apa hari ni? Rajin pula kau masak bekal pagi-pagi ni.”

“Hahaha kau ni. Aku tengah belajar memasak ni.”

“Wow! Rina belajar memasak. Seronoklah aku lepas ni, tak payahlah aku nak memasak dah hehe.” Rina tersengih dengan usikan Nuril.

“Kau kena ajar aku...” Sampuk Rina.

“Eh, aku pula?”

“Tolonglah ajar aku.” Ujar Rina dalam nada suara sedikit merayu.

“Hmm...boleh. Tapi bayarlah hahaha.”

“Aku okay je kalau kena bayar, yang penting kau ajar aku.”

“Hmm, tapi kenapa tiba-tiba ni? Pelik pula aku. Hah! Ni mesti ada kaitan dengan crush kau ni.” Nuril meneka, dia musykil dengan perangai Rina yang tiba-tiba mahu belajar memasak sedangkan selama ini Rina memang kurang gemar memasak.

“Huh?! Mana kau tahu ni?”

“Aku agak jelah. Memang betullah ni? Kenapa? Dia cari calon isteri yang pandai memasak ke? Hehehe.”

“Hehe. Ha ah, dia suka perempuan yang pandai memasak. Dia suka homemade food, jadi aku kena belajarlah.”

“Oo...patutlah tiba-tiba. So, macam  mana perjumpaan kau dengan dia hari tu?”

“Dia dah makin handsomelah , kalah Asrar hahaha.” Nuril hanya tersengih sambil menggeleng-gelengkan kepalanya dengan kata-kata Rina.

“Aishh...makin bertambah-tambah crush aku dekat dia.”

“Sharelah dengan aku apa jadi hari tu.”

“Aku tak tahu macam mana nak cerita, yang aku ingat...aku asyik tenung dia je hahaha.”

“Aa...sudah kau ni...dah kemaruk sangat gayanya. Better kau nikah jelah dengan dia hehe.”

“Mama aku cakap dia nak jodohkan aku dengan Fadhlan.” Ujar Rina dengan senyuman yang tidak lekang dibibirnya. Riak wajahnya ceria.

“Huh? Ye ke? Alhamdulillah, wah! Seronoklah kau kalau macam tu. Berjodoh dengan crush hehe.”

“Tapi...mama suruh aku kenal-kenal dulu.”

“Betul la tu. Kenal dulu hati budi dia hehe.”

“Tapi, dia dah berpunya ke belum?” Nuril menyambung kata-katanya. Rina menoleh ke arah Nuril, tidak pernah pula dia terfikir akan hal itu.

“Aiishh! Ni yang tak best ni.” Wajah Rina yang ceria tadi bertukar suram.

“Huh? Aku salah cakap ke?” Bulat mata Nuril. Dia menekup mulut dengan tangannya.

“Taklah. Kau tak salah cakap pun. Erm, aku tak pasti dia dah berpunya ke belum. Apa yang aku dengar dari ibu dia, dia pernah ada girlfriend sebelum ni.”

“Owh, tapi.. mama kau cakap nak jodohkan kau tu, mesti dia single sekarang ni.”

“Entahlah Nuril, aku ingat aku nak tanya dialah untuk kepastian.”

“Erm, baguslah kalau kau fikir macam tu. Risau aku kalau kau dah syok bagai dengan dia alih-alih dia dah ada yang lain. Tak ke merana?”

“Kan...aku tak boleh letakkan harapan tinggi sangatlah kalau macam tu. Hmm...kecewa.”

“Janganlah kecewa dulu, yang penting cari kepastian tu dulu.” Ujar Nuril sambil mengerling ke arah jam ditangannya. Rina mengangguk.

“Eh! Aku gerak dululah. Nanti lewat pula aku sampai office.” Kata Nuril. Rina sedikit tersentak dengan kata-kata Nuril.

“Weh! Aku pun nak gerak. Terlewat pula aku nanti. Adoi! Sedap sangat berborak, tak sedar masa berlalu.” Rina segera menanggalkan apron yang dipakainya. Dicapainya bekalan sarapan pagi yang sudah dibungkusnya tadi lalu bergegas menuju ke pintu rumah membuntuti Nuril.

 

******

Setibanya Nuril di pejabat dia mendapati ada satu bungkusan kotak yang terbalut cantik di atas mejanya. Terdapat juga satu kad kecil yang ditampal pada kotak tersebut. Nuril membelek kotak itu, berkerut dahinya. Dia kemudian membuka kad tersebut lalu membacanya.

Dearest Nuril,

Salam perkenalan.

Sudi kiranya menerima hadiah dari saya.

From : Your Secret Admirer

Bulat mata Nuril membacanya.

“Ha...kau dah sampai. Ada orang COD gift tu tadi. Siapa bagi tu? Awal betul orang tu COD pagi-pagi ni.” Sapa Mia yang baru kembali dari tandas. Nuril memandang ke arah Mia dengan riak muka tergamam.

“Kau dah kenapa?” soal Mia lagi apabila Nuril tidak membalas kata-katanya.

Hmm. Siapa pula yang bagi ni?

“Aku tak tahu siapa yang bagi, tak ada tulis nama pengirim.”

“Hah? Seriously?” soal Mia kurang percaya. Nuril mengangguk. Mia menghampiri meja Nuril lalu dia membaca kad tersebut.

“Wah! Secret admirer. Kau dah ada secret admirer hehe. Bukalah hadiah tu, tengok apa dia bagi.”

“Ish! Takut aku.”

“La...dah orang bagi. Kita ambil hehe.”

“Aku risaulah, aku tak kenal siapa dia.”

“Erm, kalau kau risau nak buka. Mari sini aku tolong bukakan.” Laju sahaja tangan Mia mencapai kotak di atas meja Nuril. Nuril hanya memerhati perbuatan Mia. Mia membuka balutan kotak itu degan cermat. Selesai dia membuka balutan tersebut, dengan perlahan-lahan dia membuka kotak yang tertutup rapi itu untuk melihat isi didalamnya.

“Wah!! Comelnya!” jerit Mia. Nuril sedikit tersentak.

“Huh? Apa yang comel?” Nuril menyoal.

“Ni...tengok ni.” Mia segera menghulurkan kotak yang terbuka itu pada Nuril. Dia tidak mengeluarkan isinya tetapi hanya mengintai ke dalamnya sahaja. Nuril menyambut kotak tersebut lalu melihat ke dalamnya.

Teddy bear? Erm, comel.

Nuril mengeluarkan patung beruang berwarna coklat muda itu dari kotak dan diletakkannya di atas meja. Patung beruang itu sedang memeluk sebotol minyak wangi, bau wangian minyak wangi itu dapat dihidu oleh Nuril dan Mia walaupun dia belum menyemburnya.

“Ada minyak wangi.” Tegur Mia.

“Takut aku nak pakai. Sekali ada dia letak minyak pengasih ke, tak ke haru?”

“Huh? Tak mungkinlah. Aku rasa tak, lagi pun kotak tu tadi masih seal dengan pelekat original dia.” Tingkah Mia memberi pendapat.

“Hurmm...betul juga tapi aku tetap risau. Ke ada kamera tersembunyi dekat teddy bear ni?” Nuril mengutarakan rasa risaunya.

“Kejap aku imbas. Aku ada alat pengimbas tu.” Mia melangkah menuju ke mejanya. Tertunduk-tunduk dia mencari alat pengimbas di dalam lacinya. Seusai menjumpainya, Mia mengimbas patung tersebut dengan teliti.

“Erm, tak ada apa-apa pun.” Kata Mia pada Nuril.

“Erm. Tapi siapa yang bagi?” Soal Nuril lagi. Mia hanya menjungkitkan kedua bahunya.

Aduh. Siapa yang bagi ni? Asrar ke? Hmm...perlu ke aku tanya dia?

 

*******

 

Petang itu Remy pulang dari tempat kerjanya awal dari biasa. Dia meminta untuk pulang awal kerana berasa tidak sihat. Fikirannya berkecamuk memikirkan tugasan-tugasan di pejabat yang masih belum diselesaikan. Setibanya di rumah dia terus masuk ke bilik lalu merebahkan badannya yang berasa seram sejuk di atas katil, dia menyelimuti seluruh tubuhnya dengan selimut. Dia menggigil. Kepalanya sakit. Terasa sengal-sengal di tubuhnya.

Beberapa jam kemudian Asrar tiba di rumah selepas selesai bertugas. Dia menuju ke dapur terlebih dahulu untuk meletakkan bahan basah yang dibelinya ketika dalam perjalanan pulang tadi. Dia bercadang untuk memasak untuk makan malam.

Asrar berjalan melepasi ruang tamu lalu terpandang beg galas kepunyaan Remy di situ.

Eh! Remy dah balik? Bukan ke dia kata dia balik lewat ke hari ni? Asrar mengetuk pintu bilik Remy namun tiada balasan. Dia mengetuk beberapa kali lagi namun masih tiada balasan.

“Remy. Kau tidur ke? Dah petang ni, tak bagus tidur petang-petang ni.”

Senyap. Dia ada ke tak ni? Asrar kemudiannya membuka pintu bilik tersebut. Dilihatnya Remy yang sedang berkelubung di atas katil. Asrar sedikit terkejut.

“Eh! Remy. Kau okay tak?” Asrar menyoal lalu menghampiri Remy. Remy menoleh ke arah Asrar.

“Aku demamlah.” Balas Remy lemah. Asrar menyentuh dahi Remy, terasa haba panas ditangannya.

Panas juga ni.

“Kau dah makan ubat ke belum?” Soal Asrar. Remy menggeleng. Risau dia melihat keadaan sahabatnya itu.

“Ish. Kau ni. Dah berapa lama kau demam ni? Kejap aku ambil ubat.”

“Dari tengahari tadi.” Balas Remy perlahan. Asrar hanya menggelengkan kepala. Dia lalu keluar ke ruang tamu dan dicapainya beg perubatannya yang diletakkan di atas sofa tadi.

“Nah. Makan paracetamol ni. Kenapa tak beritahu aku kau tak sihat?” soal Asrar seraya menghulurkan dua biji paracetamol dan sebotol air pada Remy.

“Aku kan jantan. Tak kanlah aku nak mengadu dekat kau.” Ujar Remy sambil menjeling.

“Hmm. Jantan tak jantan...macamlah kau tu kebal. Eh, kalau melarat sakit tu nanti siapa yang susah? Kau juga yang susah. Kenapa kau tak terus ke klinik je tadi? Sini aku check suhu kau.” Asrar mengomel, dia kemudiannya mengukur suhu badan Remy. Suhunya agak tinggi.

“Tinggi juga suhu badan kau ni. Kau larat tak nak bangun ni? Kejap lagi dah nak maghrib.”

“Errm...okay kot.”

“Kau rehatlah sekejap, aku sarankan kau pergi mandi untuk bagi suhu badan tu turun.”

“Hmm...kejap lagi aku mandi.”

“Kalau ada apa-apa kau panggil je aku. Ni ubat, makan enam jam sekali. Kau lapar tak? Dah makan ke belum?” Asrar menyoal. Remy menggeleng.

“Erm, jap lagi aku masak.”

“Kau nak masak apa? Aku tak ada seleralah nak makan.”

“Aku beli ayam tadi, macam nak buat ayam masak lemak cili padi.”

“Uissh, lauk favourite aku. Tapi aku tak ada seleralah nak makan.”

“Aishh, tak ada selera pun kau tetap kena makan juga. Nanti penyakit lain pula yang datang.”

“Hmm, baik doktor...” Ujar Remy bersahaja. Asrar tersengih dengan usikan Remy.

Mereka makan bersama-sama pada malam itu. Walaupun tidak mempunyai selera, Remy memaksa diri untuk menelan beberapa suap nasi.

“Kau okay tak Remy? Aku tengok kau busy sangat sejak akhir-akhir ni. Selalu balik lewat malam sampai demam demam dah.”

“Aku banyak kerja. Aku kerap sakit kepala semenjak dua menjak ni.” Balas Remy. Asrar memandang ke arah sahabatnya itu.

“Aku ada interview minggu depan. Kau doakan aku.” Sambung Remy lagi.

“Owh, ye ke. Alhamdulillah. Dekat mana?”

“Dekat Meta Design Corporation...” Ujar Remy. Dia baru menerima panggilan temuduga dari syarikat itu pada pagi tadi. Panggilan itu melegakan hatinya. Dia amat berharap dia diterima bekerja di situ secepat mungkin. Dia sudah tidak tahan dengan tekanan kerja yang sedang dia hadapi ketika ini. Dia sering menjadi mangsa keadaan di syarikat tempatnya bekerja ketika ini.

“Meta Design? Bukan ke Syarikat yang Awra kerja tu?” Asrar memandang ke arah Remy dengan reaksi yang sedikit terkejut. Remy mengangguk sambil tersenyum.

“Wah! Bagus sangat tu. Kerja bawah satu syarikat.”

“Hehe. InshaAllah. Doakan aku berjaya. Nuril yang tolong aku submit borang bulan lepas.”

“Owh, kisahnya. InshaAllah, aku doakan kau berjaya.”

“Aku dah tak tahan dengan kerja sekarang. Kerap kena kerah pergi site sampai malam buta. Dahlah jauh-jauh pula tu. Nak kena settle kerja dekat pejabat lagi. Haissh. Aku penat.” Remy mengeluh. Asrar hanya mendengar apa yang diluahkan oleh Remy. Dia tahu sahabatnya itu cukup tertekan di tempat kerja namun dia hanya mampu menjadi pendengar dan memberi nasihat.

“InshaAllah. Kau jangan risau, aku yakin kau berjaya interview tu nanti. Allah sentiasa mendengar doa-doa hambaNya yang terainaya. Kalau kau ada apa-apa masalah, kau beritahu je pada aku. Jangan kau simpan sorang-sorang. Aku akan cuba tolong mana yang aku boleh tolong bro...”

“Thanks bro. Aku sebenarnya bukan tak nak cerita apa-apa pada kau, tapi otak aku ni berkecamuk. Aku tak tahu dari mana aku nak mula. Aku serabut.”

“It’s okay bro. Bila-bila kau rasa kau dah sedia nak luahkan apa-apa kau cari je aku. Aku faham.” Asrar menceduk lauk ayam masak lemak ke dalam pinggan Remy. Sengaja dia memaksa sahabatnya itu makan banyak sedikit. Bulat mata Remy memerhati tindakan Asrar.

“Uissh...”

“Makan banyak sikit, habiskan lauk pun tak apa. Nanti baru cepat sihat. Macam mana nak interview nanti kalau badan tak sihat.” Sambung Asrar tersengih.

Happy reading :)

Share this novel

siti
2024-10-30 14:19:53 

tak smbg lg ke


NovelPlus Premium

The best ads free experience