Remy mematikan enjin motosikalnya di sebuah parking, dia membuka topi keledarnya lalu dia mencapai telefon bimbit dari poket seluarnya. Dia kemudian mendail nombor telefon teman baiknya Asrar.
"Asssalammualaikum. Asrar, kau ada kat mana?" Remy memulakan bicara sebaik sahaja panggilannya dijawab.
"Waalaikumussalam. Aku ada dekat taman dekat sini, kau dah sampai ke?" balas Asrar.
"Aku baru sampai. Kejap aku pergi ke sana."
"Alright."
Seusai menamatkan panggilannya. Remy bergegas turun dari motornya. Seketika kemudian telefonnya berbunyi, dia melihat pada telefonnya tertera nama Rina pada skrin tersebut.
"Hello..." jawab Remy sambil berjalan menuju ke taman yang dimaksudkan oleh Asrar.
"Hello, Remy. Kau kat mana?" soal Rina.
"Aku dekat luar. Kenapa?"
"Jom pergi makan." Ajak Rina.
"Makan? Erm, Nuril mana? Tak ajak dia teman ke?"
"Dia dah keluar jumpa buah hati. Aku tak ada geng lah nak makan."
"Oo.. bila tak ada geng baru kau cari aku."
"Hahaha...janganlah marah."
"Tak marah. Tegur je haha. Jomlah kalau nak join aku."
"Kau nak makan dekat mana?"
"Erm, tak tahu lagi. Aku on the way nak jumpa Asrar ni, nanti aku share location."
"Asrar? La...dia ada sini ke? Kenapa dia tak bagitau nak turun KL? Lama aku tak jumpa dia."
"Dia ada sini. Ada kerja katanya."
"Aa...okay. Nanti kau share location."
"Alright. See you." Ujar Remy lalu menamatkan panggilan. Remy kemudiannya berjalan memasuki taman tersebut. Cuaca agak panas tengahari itu.
"Assalammualaikum bro!" sapa Remy setelah ternampak susuk tubuh Asrar yang sedang menunggunya.
"Waalaikumussalam bro. Lama tak jumpa kau." Balas Asrar sambil berjabat tangannya dengan Remy. Dia tersenyum melihat Remy. Sudah lama mereka tidak bertemu semenjak Asrar bertugas sebagai doktor pelatih di utara tanah air. Menjadi rezeki mereka untuk bertemu pada hari itu kebetulan Asrar ada sedikit urusan di Kuala Lumpur.
"Weh, Rina nak join kita makan. Kita nak makan dekat mana ni?"
"Owh, Rina. Lama aku tak jumpa dia. Hmm, kita pergi makan dekat mall la. Alang-alang boleh juga aku cari barang sikit."
"Jom. Aku dah lapar ni." Ajak Remy.
"Amboi kau. Tak makan lagi ke? Aku sempatlah makan roti sementara tunggu kau tadi."
"Tak sempatlah bro. Busy tadi."
"Jomlah kita." Mereka bergerak menuju ke pasaraya berhampiran.
"Weh! Korang! Assalammualaikum." Sapa Rina seusai tiba di restoran yang mereka janjikan. Remy dan Asrar menoleh ke arah Rina.
"Waalaikumussalam..." jawab Asrar dan Remy serentak. Asrar tersenyum ke arah Rina.
"Lama aku tak jumpa kau Asrar. Rindu..." Ujar Rina lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Remy. Dia tersengih.
"Haha.. kau ni. Rindu? Kau biar betul." Kata Asrar lalu ketawa.
"Aish, tak boleh ke aku nak rindu kat kau?" Rina menjeling ke arah Asrar. Remy hanya ketawa mendengar perbualan mereka.
"Ye ke kau rindu aku?"
"Of course... Mana boleh tak rindu pada jejaka handsome macam kau ni, rugi haha." Asrar hanya ketawa mendengar jawapan Rina.
"Memandai je kau ni Rina. Aku bukan handsome pun."
"Weh, marilah makan. Sejuk makanan ni nanti." Sampuk Remy. Mereka sudah pun memesan makanan sebelum Rina tiba tadi. Menu pizza menjadi pilihan mereka pada tengah hari itu. Sambil menikmati makanan mereka berbual.
"Kau apa cerita sekarang ni Asrar? Kerja kau okay?" soal Remy sambil menyuap makanan ke mulutnya.
"Aku macam nilah. Busy... Faham-faham jelah kalau kerja dekat hospital ni macam mana. Hehe."
"Your life?" Soal Rina pula. Mereka bertanya khabar setelah sekian lama tak berjumpa semenjak mereka menamatkan zaman universiti.
"My life?" soal Asrar tersengih kelat. Rina memerhatikan wajah Asrar. Pada riak wajahnya Rina dapat meneka seperti ada sesuatu yang disembunyikan oleh Asrar.
"Yelah, your life. Lama kot kita tak jumpa. Manalah tau kalau-kalau kau dah berpunya ke? Hahaha." Rina berseloroh.
"Ha ah kan... Senyap-senyap, tiba-tiba dah ada girlfriend." Sampuk Remy. Asrar hanya tersengih dengan kata-kata temannya itu.
"Haha...korang ni. Ada-ada jelah. Aku tengah fokus nak menamatkan housemanship aku ni. Tak sabar rasanya nak habiskan cepat-cepat."
"Lama lagi ke?" Remy bertanya.
"Dalam enam bulan. Aku struggle. Ada masa aku hilang fokus."
"Ye ke. Kesian kau. Hopefully kau kuat. Kami doakan untuk kau." Ujar Rina lalu memandang pada Remy yang sedang menyedut air dari gelasnya. Remy mengangguk tanda setuju.
"Aamiin, hopefully aku kuat. Habis HO nanti aku harap dapatlah aku kerja dekat area KL. Apa-apa nanti aku update pada korang."
"Bereh bro..."
"Asrar..." panggil Rina.
"Aku tengok kau ni macam ada something je. Kau ada masalah ke?" Asrar kaget saat Rina berkata demikian.
Tajam betul pemerhatian dia. Dia perasan ke?
"Hmm, sebenarnya aku nak beritahu korang yang aku dah bertunang." Bulat mata Rina mendengar pengakuan Asrar. Remy turut terkejut.
"Uisshh, bila? Kenapa kau tak pernah cerita pun?" soal Remy.
"Erm, aku bertunang tiga bulan yang lepas. Aku tak ada niat pun nak rahsiakan. Majlis tu pun macam berlaku dalam sekelip mata je. Mungkin sebab tergesa-gesa sangat."
"Erm, kenapa macam tu?" Rina menyoal ingin tahu.
"Aku pun tak pasti. Belah pihak perempuan minta untuk bertunang dulu. Aku follow jelah." Terang Asrar lalu menyedut air minumannya.
"Owh, tapi kenapa aku tengok kau macam tak happy je?" soal Rina lagi.
"Tak happy? Nampak sangat ke?" Asrar menyoal, Remy menelek pada wajah Asrar.
"Hmm, aku tak nampak apa-apa pun Rina."
"Ish, kau ni Remy. Kau tak pandai ye baca riak wajah orang?"
"Aku tak pandailah." Balas Remy. Remy seorang yang sedikit lurus bendul. Dia tidak pernah mengambil peduli akan perkara-perkara seperti itu.
"Erm, adalah nampak macam kau sembunyikan sesuatu. Kalau kau ada masalah, sharelah dengan kami. Mana tahu kalau-kalau kami boleh bantu." Tambah Rina lagi.
Aiish, dengan Rina ni memang tak boleh nak sorok. Dapat je dia hidu. Dah macam anjing buruan pula.
"Aku...aku sebenarnya tengah risau. Actually aku ada dengar cerita yang tak best pasal tunang aku tu. Dah lebih sebulan perkara ni menganggu aku. Tapi sejak dua tiga hari ni makin menjadi-jadi pulak khabar angin tu." Remy dan Rina berpandangan sesama mereka.
"Kau ada dengar apa?" soal Remy ingin tahu.
"Ada yang sampaikan pada aku...tunang aku tu curang, ada orang nampak dia keluar dengan lelaki lain. Aku tak pasti betul ke tak."
"Owh, kau tak tanya dia semula?" soal Rina pula.
"Aku ada tanya tapi dia kata dia keluar dengan kawan biasa je. Aku rasa tak sedap hatilah."
"Erm...kau kena siasat ni." Cadang Remy.
"Ha ah...betul."
"Aku tak sempat beb, busy dengan kerja. Balik kerja pun dah malam buta."
"Hmm...susah jugak macam ni."
"Hurmm, kalau betullah dia curang. Memang perempuan tu rugi betullah. Tunang punyalah handsome, baik pulak tu, bertanggungjawab.. mana nak cari lelaki yang ada full pakej macam ni. Memang dia sia-siakan apa yang dia dah genggam." Kata Rina meluahkan.
"Aishh, kau ni Rina overlah pulak. Aku biasa-biasa jelah." Asrar menyangkal.
"Haha.. betullah apa aku cakap."
"Hehe. Yelah kau tu. Eh, tadi masa aku tunggu Remy dekat taman ada sorang girl ni datang duduk sebelah aku. Tapi dia menangis. Kesian pulak aku tengok." Asrar mengubah topik perbualan. Dia merasa serabut bila berbicara berkenaan tunangnya.
"Menangis? Kenapa?" soal Rina.
"Aku tanya dia tapi dia kata dia okay. Tapi kalau tengok gayanya tadi, aku rasa dia baru putus cinta."
"Cantik ke girl tu?" soal Remy pula.
"Amboi kau Remy..."
"Hahaha.. aku tanya je."
"Cantik...kalau tengok caranya, lemah lembut je orangnya. Hmm..mujur aku dah bertunang kalau tak, mau aku cuba masuk jarum hahaha." Terang Asrar. Wajah gadis yang duduk disebelahnya ketika di taman tadi menerjah ke benaknya. Sungguh gadis itu cantik pada pandangan matanya, seperti tidak puas untuk dia merenungnya.
"Wah! Wah kau, tak padan dengan sorang." Sampuk Remy.
"Haha..aku gurau, aku gurau."
"Siapa nama dia?" soal Remy lagi. Rina hanya mengelengkan kepalanya sambil tersenyum mendengar perbualan dua jejaka tersebut.
"Aku tak sempat tanyalah bro. Aku nak tanya lebih-lebih aku tak berani sebab dia tengah menangis. Aku tak naklah ganggu privasi dia."
"Hehe..mujur kau ingat dekat tunang kau. Kalau tak, tak pasal-pasal kau curang haha." Seusai Rina berkata demikian, Asrar bingkas bangun dari kerusinya. Dia ternampak kelibat orang yang dikenalinya. Dia berlari-lari anak menuju ke luar restoran. Remy dan Rina berpandangan. Mereka tertanya-tanya dengan tindakan Asrar. Mereka bergegas bangun. Rina membuntuti Asrar ke luar. Remy pula berhenti di kaunter untuk membuat pembayaran. Mereka kemudiannya memerhati Asrar dari jauh.
Di luar restoran, Asrar memerhatikan kelibat susuk tubuh yang dikenalinya iaitu tunangnya Sara sedang berjalan berpimpin tangan dengan seorang lelaki, tak ubah seperti pasangan kekasih. Beberapa kali dia mengamati, risau jika dia tersalah orang. Perasaan marah mulai menerjah ke dalam dirinya. Dia mulai merasa panas dengan situasi itu.
Kau kata kau outstation sebab ada kursus. Ini ke kursus kau?! Ya Allah! Apa yang aku nampak ni?
Asrar mengeluarkan telefon bimbitnya, lalu dia curi-curi mengambil gambar tunangnya itu yang sedang bermesraan dengan lelaki yang tidak dikenalinya tanpa disedari oleh mereka. Remy dan Rina menghampiri Asrar tanpa sepatah kata mereka memerhati sambil cuba memahami apa yang sedang berlaku. Selesai Asrar merakam apa yang patut dia segera berlari mendapatkan Sara di hadapannya.
"Sara!" jerit Asrar daripada belakang. Sara menoleh. Matanya terbeliak dek kerana terkejut melihat Asrar di situ. Sara mula cuak. Segera dia melepaskan genggaman tangannya daripada lelaki yang bersamanya. Asrar mengeleng-gelengkan kepalanya, dia seakan tidak percaya dengan apa yang dia lihat.
"Erk...Asrar...you buat apa dekat sini?" soal Sara.
Alamak! Macam mana dia boleh ada dekat KL ni? Habislah aku kali ni. Macam mana ni?? Sara mulai gusar.
"Aku yang patut tanya kau soalan tu!" Ujar Asrar dengan nada suara yang sedikit tinggi. Beberapa orang pengunjung yang lalu lalang di situ mulai memandang ke arah mereka.
"Bro. Apa ni? Tiba-tiba datang serang orang tak tentu pasal ni?" lelaki terbabit bersuara.
"Tak tentu pasal??! Aiishh! Kau tahu tak dengan siapa kau keluar? Kau tahu tak dia ni tunang orang?"
"Asrar..!" Sara menjerit.
"Tunang? You dah bertunang Sara?" soal lelaki terbabit sambil memandang ke arah Sara dan Asrar bersilih ganti.
"Nik. I sebenarnya..." ayat Sara tersekat di situ, dia seperti kehilangan kata-kata.
"Aku tak sangka kau sanggup buat macam ni. Kau curang kat belakang aku." Ujar Asrar lagi.
"Tak Asrar...Aku dengan Nik hanya kawan. Tak ada apa-apa antara kami..."
"Huh?! Kawan? Berpimpin tangan, berpelukan kau kata kawan?!" Asrar mula membentak.
"Apa ni Sara?! Siapa lelaki ni?! You dengan I hanya kawan?! You cakap apa ni?!" soal Nik pada Sara bertalu-talu.
Sara terperangkap dalam permainannya sendiri. Dia gadis cantik berkulit sawo matang. Ramai lelaki terpikat kepadanya dek kerana dia seorang yang pandai berkata-kata. Mempunyai lebih dari seorang teman lelaki sudah menjadi kebiasaan baginya. Dia sering bertukar-tukar pasangan, dia bertunang dengan Asrar atas desakan ibunya yang ingin dia segera berkahwin. Ibu mana yang tidak mahu anaknya berkahwin dengan seorang doktor yang dapat menjamin kehidupannya pada masa hadapan. Pada awal perkenalan, Asrar pernah diberi amaran oleh rakan sekerja Sara agar dia berhati-hati jika berkawan dengan Sara kerana kata mereka Sara ni seorang playgirl. Namun Asrar tidak mempercayainya kerana berfikir mungkin mereka hanya cemburu.
Sara pandai menyembunyikan perbuatannya dari pengetahuan Asrar sepanjang mereka berkasih. Asrar tidak pernah tahu sisi gelap tunangnya itu. Dia meletakkan sepenuh kepercayaannya pada Sara tanpa syak wasangka. Sudah banyak cerita yang dia dengar berkaitan tunangnya sebelum ini tetapi dia menolak untuk mempercayainya bulat-bulat. Namun hari ini Allah tunjukkan kebenaran di hadapan matanya sendiri.
"Sara! I nak you bagi penjelasan sekarang!" Bentak Nik. Dia hilang sabar dengan apa yang berlaku.
"Nik...lelaki ni, dia sebenarnya... tunang I..."
"What?! Jadi you memang dah bertunanglah?! Habis selama kita couple berbulan-bulan ni untuk apa?! You kata you nak kahwin dengan I!" Nik membentak lagi.
"I...I..." Sara mula tidak keruan, dia kehilangan kata-kata. Dia tidak tahu apa yang patut dia cakap. Sara memandang ke arah Asrar dan Nik bersilih ganti. Nik merenung ke arah Sara. Asrar memerhati sedari tadi. Asrar tidak dapat menerima kenyataan dengan apa yang berlaku.
"Kau janji nak kahwin dengan dia?!" soal Asrar tidak percaya.
"Kau sedar tak apa yang kau buat ni Sara?!" Asrar meraup mukanya.
Kemarahannya semakin membuak-buak. Dia cuba untuk bertenang dengan beristighfar di dalam hati.
Astaghfirullahalazim... Astaghfirullahalazim...
"Aku...aku..." Sara memandang ke arah Asrar tanpa dapat meneruskan kata-katanya.
Asrar hanya mampu menggelang-gelengkan kepalanya, dia seakan tidak percaya dengan apa yang sedang dia hadapi ketika ini.
Astaghfirullahalazim! Sesungguhnya Ya Allah. Kau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku Ya Allah. Kau tunjukkan kebenaran padaku sebelum aku melangkah ke dalam konflik yang lebih besar. Alhamdulillah Ya Allah, Kau makbulkan doa-doaku.
"Sara. Kalau macam nilah sikap kau setelah aku bagi kau peluang untuk kau berubah, lebih baik kita putuskan sahaja ikatan pertunangan kita... Aku tak ada masa nak layan benda-benda macam ni. Aku sangkakan hubungan kita serius tapi aku silap. Kau hanya permainkan perasaan aku dan buang masa aku je." Ucap Asrar sambil merenung muka Sara dalam keadaan yang masih marah. Berkerut keningnya menahan marah. Nik berdiri tidak jauh dari situ sambil mencekak pinggang.
"Asrar! Please! Janganlah macam ni. Kita bincang dulu." Sara merayu.
"Cukuplah Sara! Tak ada apa yang perlu dibincangkan lagi. Tolong bagitahu pada orang tua kau yang kita dah putus tunang. Jangan kau cari aku lagi." Seusai berkata demikian Asrar berpaling dan melangkah ke arah Rina dan Remy yang berada tidak jauh dari situ.
"Asrar!! Tunggu!! Kita bincang dulu!" jerit Sara dengan nada sedikit teresak namun Asrar tidak menghiraukannya lalu meneruskan langkahnya. Pengunjung-pengunjung yang lalu lalang di situ sudah pun menjeling-jeling ke arah mereka sejak dari tadi.
"So, apa cerita ni?!" soal Nik yang masih mencekak pinggang.
"I tak tahu..." jawab Sara perlahan sambil teresak. Dia buntu, dia tidak dapat berfikir dengan betul.
"You better decide now or kita putus!" ujar Nik lalu melangkah meninggalkan Sara sendirian.
"Nik! Tunggu!" jerit Sara. Air matanya sudah menitis laju. Dia tertekan dengan apa yang berlaku. Namun demikian dia perlu membuat keputusan. Dia berada di tengah-tengah antara Asrar dan Nik. Tidak tahu arah mana yang patut dia tuju.
"Kau okay bro?" sapa Remy setibanya Asrar di sisinya. Asrar tersenyum kelat dengan sapaan Remy. Rina masih tergamam, dia tercegat di situ selepas menyaksikan apa yang terjadi.
"Jom kita." Ujar Asrar.
"Rina..." panggil Asrar lembut setelah perasan Rina tidak berganjak dari situ.
"Aa...ye..ye." Rina lalu membuntuti Asrar dan Remy. Mereka berjalan beriringan tanpa sepatah kata. Sengaja mereka tidak berbicara, mereka memberi ruang kepada Asrar untuk bertenang.
Enjoy the story... thanks ?
Share this novel