Bab 20

Romance Series 6062

“Assalammualaikum. Selamat pagi Nuril. Nah, mocha latte yang kau kirim.” Sapa Mia dengan nada ceria. Dia yang baru sahaja tiba di pejabat meletakkan secawan mocha latte yang dibelinya ketika dalam perjalanan ke pejabat di atas meja Nuril.

“Waalaikumussalam. Selamat pagi Mia. Amboi, ceria nampak pagi ni, ada berita gembira ke? Thanks Mia sebab tolong belikan.” Ujar Nuril sambil tersenyum.

“You’re welcome. Aku happy sebab aku ada berita gembira tau hehe.”

“Sharelah, boleh aku tumpang gembira sekali hehe.”

“Aku...dah pregnant hehehe.” Ujar Mia ceria dengan suara serak-serak basahnya.

“Hah? Wah! Alhamdulillah, akhirnya... Sampai juga rezeki kau Mia selepas dua tahun menunggu hehe.” Ucap Nuril. Dia tumpang gembira mendengar berita gembira itu

“Aku pun tak sangka tau.”

“Mesti seronokkan ada baby nanti.”

“Kan...aku tak sabar hehe. Eh, kau Nuril jangan fikir lebih-lebih...kau kena nikah dulu baru boleh fikir pasal baby hehe.”

“Amboi, perli aku ke? Aku tahulah aku tak kahwin lagi.” Jeling Nuril.

“Hehe...cepat-cepatlah cari calon.” Nuril tersengih mendengar kata-kata Mia.

“Kenapa kau sengih?” Soal Mia lalu mengangkat sebelah keningnya.

“Ni mesti ada apa-apa ni...Haa... Kau jangan nak sembunyi apa-apa dari aku, baik kau cerita.” Kata Mia sambil mencekak pinggangnya.

“Eh, sembunyi apa? Cerita apa? Sengih pun salah ke?” Nuril tergelak dengan gelagat Mia. Dia menghirup air mocha latte panas itu perlahan-lahan.

“Ala...kau ni. Aku tau kau sembunyikan sesuatu dari aku...kau dah jumpa boyfriend baru eh? Sharelah dengan aku.” Sejurus Mia berkata demikian, seorang pegawai atasan bernama Ilham masuk ke bilik mereka bersama-sama dengan Haiqal. Haiqal memandang ke arah Nuril dengan riak wajah bersahaja. Nuril merenungnya dengan pandangan yang serius, dia masih teringat akan kejadian yang berlaku di Port Dickson beberapa hari yang lepas. Nuril terpandang tangan kiri Haiqal yang separuh bersimen dan berbalut dengan anduh.

Kenapa pulak dengan tangan dia tu? Nuril tertanya-tanya sendirian namun dia nekad untuk tidak mahu ambil peduli.

“Mia... I need you today. Ada beberapa proposal yang perlu you teliti hari ni.”

“Huh? Owh, okay Encik Ilham. Nanti saya pickup dekat pejabat Encik Ilham.”

“Okay...I ada meeting dengan Encik Haiqal pagi ni. Nanti you minta dengan my PA.” Pesan Ilham.

“Okay sir.”

“Hmm...Encik Haiqal, kenapa dengan tangan?” Mia yang perasan akan perkara itu terus bertanya ingin tahu.

“Huh? Owh, I accident baru ni. Tapi sikit je.” Balas Haiqal sambil mengerling ke arah Nuril yang sudah menumpukan perhatiannya pada skrin komputer untuk memulakan kerjanya. Nuril hanya mendengar perbualan mereka, sedikit pun dia tidak berminat untuk turut serta.

“Hah? Ye ke. Patah ke?” soal Mia lagi.

“Ha ah, patah.” Jawab Haiqal ringkas sambil tersenyum kelat.

“Semoga cepat sembuh.” Ujar Mia perlahan sebelum Ilham dan Haiqal beredar dari situ.

“Erm, Nuril...senyap je kau.”

“Hmm?”

“Kau tak tanya langsung khabar ex kau. Hehehe.” Mia bergurau.

“Eh...Aku ada ex ke? Aku tak tahu pun hahaha.”

“Haha. Eh, berbalik soalan aku yang kau tak jawab tadi. Kau dah ada boyfriend baru eh?” soal Mia sambil menaik-naikkan keningnya.

“Aa...? Hehe.”

“Elele...jangan tak mengaku pula, baru-baru ni aku nampak kau tersengih sorang-sorang sambil reply mesej.”

“Hah? Ye ke? Mana ada.”

“Eleh...jangan nak tipulah.”

“Haha...nanti sampai masa aku cerita dekat kau ye.” Kata Nuril sambil tersenyum, dia tidak mahu mendedahkan apa yang berlaku pada dirinya baru-baru ini. Dia risau jika Mia naik angin dengan keadaan dirinya yang baru berbadan dua.

“Ala... Baru excited nak dengar. Kena tunggu lagilah ni?” Nuril hanya tersengih mendengar omelan Mia. Dia berhasrat untuk bertemu dengan Asrar. Ada perkara yang perlu dia bicarakan dengan jejaka itu, hanya waktu dan ketika sahaja yang belum mengizinkannya untuk berjumpa. Dia sedar agak sukar untuk dia bertemu dengan jejaka itu memandangkan tugasnya sebagai doktor yang tidak menentu.

 

*****

 

Petang itu, Nuril menerima satu mesej daripada nombor telefon yang tidak dikenalinya. Dia membaca mesej tersebut dengan kerutan di dahinya.

013-98x xxxx : Assalammualaikum, boleh kita jumpa sekejap petang ni?

“Kenapa tu? Semacam je muka.” Sapa Adwa yang baru sahaja tiba di rumahnya.Dia pulang agak lewat sedikit pada petang itu.

“Huh? Entah, ada orang salah hantar mesej kot.” Nuril mengabaikan mesej yang dibacanya itu. Dia singgah ke rumah Adwa sejurus selepas pulang dari pejabat, dia datang menjenguk kakak iparnya yang dikhabarkan kurang sihat.

“Kak Fatihah okay tak ni?” Nuril menyoal Fatihah yang duduk di sebelahnya.

“Akak okay...semalam je demam sikit. Susah-susah je datang semata-mata nak melawat akak.”

“Aish, tak susah pun. Hehe.”

“Hehe. Tak apa, doktor kan ada dekat rumah ni.” Ujar Fatihah sambil mengerling ke arah suaminya.

“Hehe...along, jaga kak Fatihah baik-baik tau.” Pesan Nuril tiba-tiba.

“Amboi budak ni...” Adwa tersengih dengan kata-kata adiknya.

“Haha...”

“Awra, akak masuk dalam dululah... ada kerja sikit.”

“Alright kak.” Fatihah berlalu meninggalkan mereka berdua.

“Hmm, kebetulan adik ada dekat sini, bolehlah along nak tanya sikit.” Nuril hanya memandang ke arah Adwa tanpa membalas. Terkelip-kelip matanya menanti soalan dari Adwa.

“Erm, macam mana hubungan adik dengan Asrar?”

“Huh? Hubungan adik dengan dia? Okay je. Kenapa?”

“Apa pendapat adik pasal dia?”

Aduh! Along ni, nak tanya apa sebenarnya?

“Pendapat adik?”

“Yup. Along nak adik jawab dengan jujur.”

Alamak! Kenapa tiba-tiba along nak tahu ni?

“Hmm...adik ingat lagi tak yang along pernah beritahu adik pasal calon suami tu.”

“Owh, ha...ingat.”

“Actually, Asrar tulah calon yang along cakapkan dulu tu.”

“Huh? Seriously?”

“Ye, seriouslah. Hmm, jawab dulu soalan along tadi. Apa pendapat adik.” Nuril menarik nafas panjang lalu dilepaskannya perlahan-lahan.

“Pada adik, Asrar tu...dia lelaki yang baik, bertanggungjawab. Adik senang berkawan dengan dia...” Terukir senyuman dibibir Adwa mendengar kata-kata adiknya.

“Hah! Baguslah kalau adik senang berkawan dengan dia. Adik suka dia?”

“Huh? Suka...suka berkawan dengan dia hehe.” Kata Nuril sambil mengerling ke arah abangnya.

“Erm, adik nak tanya along pula. Kenapa along nak kenalkan adik dengan dia?”

“Hmm, sebenarnya along rasa Asrar tu sesuai dengan adik.”

“Maksudnya sekarang along nak tentukan jodoh adik ke?”

“Kind of...along pilih dia sebab along rasa dia boleh jaga adik sebagaimana along jaga adik. Along tak boleh simply bersetuju dengan pilihan adik andai adik ada pilihan adik yang lain.” Nuril senyap seketika sambil merenung ke arah Adwa.

“Along risaukan adik. Along harap sangat bakal suami adik nanti mampu jaga adik sebagaimana along jaga adik.” Sambung Adwa lagi.

“Along...”

“Hmm...?”

“Kenapa along nak risaukan semua tu? Kitakan ada Allah.” Ujar Nuril tersenyum melihat abangnya. Adwa sedikit tersentak. Dia tersedar dia sering memikirkan dan mengharapkan sesuatu yang diluar jangkauannya sedangkan pengharapan yang paling baik adalah pengharapan daripada yang Maha Berkuasa iaitu Allah s.w.t. Adwa kemudian membalas senyuman adiknya. Dia akui memang benar kata-kata adiknya itu.

“Adik...tak risau pun siapa yang bakal jadi suami adik nanti, adik tahu Allah dah aturkan jodoh yang terbaik untuk adik. Andai adik tak berjodoh dengan sesiapa, adik redha... tapi adik akan ganggu along seumur hidup adik hahaha.”

“Amboi, amboi...haha. Along tak kisah pun kalau adik ganggu along. Along akan jaga adik sampai tua hehehe.”

“Hehe...Hmm, adik tahu along nak jodohkan adik dengan Asrar kan?” Ujar Nuril.

“Baguslah kalau dah tahu, senang kerja along haha. Tapi along hanya mampu berdoa yang terbaik je untuk adik.”

“Hehe...Tapi sebenarnya...adik rasa adik tak layak untuk dia.”

“Huh? Kenapa cakap macam tu?”

“Adik rasa ramai lagi wanita yang lebih baik untuk dia. Selama adik berkawan dengan dia, adik rasa adik banyak menyusahkan dia je.” Nuril tunduk memandang lantai.

“Adik...itu apa yang adik rasa. Adik tak boleh ambil kira apa yang adik rasa je, adik kena ambil kira juga apa yang Asrar rasa. Tak adil untuk dia tau, boleh jadi bagi Asrar...adiklah wanita yang layak untuk dia dan bukannya wanita lain. So, sebelum adik cakap adik tak layak untuk dia, adik kena tahu from his side first.” Nuril terdiam. Ada benar kata abangnya, selama ini dia hanya memikirkan perasaannya sahaja.

“Erm, adik tak terfikirkan perkara tu. Ya Allah, selfishnya Awra ni hmm...” Nuril mengomel pada dirinya sendiri.

“Bukan selfish, cuma mungkin belum terlintas lagi di hati.” Ujar Adwa. Sejurus Adwa berkata demikian, telefon pintar Nuril bergetar menandakan ada mesej baru diterima. Nuril membuka notifikasi di telefonnya lalu membaca mesej tersebut.

013-98x xxxx : Boleh ke kita berjumpa sekejap? Tak sudi ke?

Adoi. Siapa pulak ni? Sudahlah tak kenalkan diri, tiba-tiba ajak berjumpa? Ish, seram. Erm, abaikan jelah. Sedang Nuril berfikir sendirian tiba-tiba mesej daripada Asrar pula masuk di notifikasi telefonnya.

“Hmm, mungkin betul apa yang along cakapkan tu he...” ujar Nuril dengan mata masih tertumpu pada skrin telefon, dia membuka mesej daripada Asrar tersebut.

Asrar : Assalammualaikum Awra ?

Nuril : Waalaikumussalam

Asrar : Tengah buat apa tu? Sorry kalau mengganggu.

Nuril : Saya tengah berbual dengan Adwa, awak tak ganggu pun ?. Kenapa awak?

Asrar : Ye ke...Erm, Awra free ke hari ahad minggu ni?

Nuril : Hmm, InshaAllah free.

Asrar : Boleh kita jumpa? ? Ada sesuatu yang saya perlu beritahu pada Awra.

Nuril : Owh...

Asrar : Actually, ni first time saya pelawa perempuan keluar. ?

Nuril : Ye ke? Boleh percaya ke ni? ?

Asrar : Hahaha...terpulanglah pada Awra nak percaya atau tak, tapi inilah saya.

Nuril : Hehe...kita nak jumpa dekat mana tu?

Asrar : Nanti saya beritahu semula.

Nuril : Ok ?

Nuril tersenyum sendiri saat membalas mesej daripada Asrar, tanpa sedar dia diperhatikan oleh Adwa sejak dari tadi.

“Amboi. Apa yang happy sangat tu? Siapa whatsapps tu?” tegur Adwa.

“Huh?! Erk...hehehe.”

Adwa menjeling ke arah adiknya.

“Erm, along... Asrar tu macam mana ye orangnya?”

“Aish, tiba-tiba pulak tanya ni hehe.”

Ada perkembangan, dah terbuka pintu hatilah tu. Hehe. Awra...Awra...

“Hmm, selama along kenal dia. Dia ni seorang yang bertanggungjawab, bertimbang rasa, hormat orang lain. Dia ada ramai kenalan, almaklumlah orang handsome hehe.”

“Mesti dia ramai kenalan perempuan kan? Sebab handsome hehehe.”

“Hahaha...ke situ pula. Ramai je kenalan perempuan dia tapi along tak pernah nampak pun dia keluar dengan mana-mana perempuan masa zaman belajar dulu. Senang kata dia tak layan cintan cintun masa zaman belajar.”

“Owh...ye ke.”

“Teringat dulu, dia selalu dapat hadiah dari secret admirer. Macam-macam yang dia dapat, selalu kalau macam makanan tu adalah dia share dengan kami-kami ni hehe. Tapi yang tak sangkanya ada juga orang bagi dia benda yang bukan-bukan aish...” Tutur Adwa sambil menggelengkan kepalanya tatkala teringat kenangannya dengan Asrar ketika belajar dahulu.

“Huh? Benda yang bukan-bukan? Apa tu?” tanya Nuril ingin tahu.

“Erm...tak perlulah adik tahu. Terlalu peribadi untuk diceritakan. Tapi memang selamat ke tong sampahlah benda-benda macam tu.”

“Owh...okay. Erm, Asrar nak jumpa adik hujung minggu ni. Katanya ada something dia nak beritahu adik.”

“Huh! Ye ke? First time along dengar dia ajak perempuan keluar ni. Haha. Asrar...Asrar... dengan adik pula tu.” Bulat mata Nuril mendengar kata-kata abangnya. Sangkaannya, Asrar hanya bergurau ketika mereka berbalas mesej tadi.

“Seriouslah along. Dia memang tak pernah ajak girls keluar ke?”

“Yup. Setahu along, memang tak pernah. Asrar sendiri pernah beritahu along... dia tak pernah ajak perempuan keluar berdua je dengan dia. Ni sebenarnya rahsia dia... tapi adoi, along dah spill pula dekat adik. Adik jangan bagitahu dia ye. Kalau dia tahu, habislah along.”

“Erm, tapi mesti ada sebab dia kan?” Terkelip-kelip mata Nuril bertanyakan soalan itu pada Adwa.

“Sebab katanya, dia cuba untuk elak diri dia dari merasa selesa dengan keadaan macam tu. Dia risau dia menyimpang jauh, hanyut dengan benda yang bukan-bukan.” Balas Adwa.

“Owh. Bagusnya dia, sebab tu adik rasa adik tak layak untuk dia.”

“Haishh! Along tak nak dengar lagi adik cakap pasal layak atau tak layak ni. Bukan adik yang tentukan semua tu, kalau Allah dah tentukan dia jodoh adik...adik tak boleh lari pun dari semua tu.” Tegas Adwa. Nuril hanya terdiam. Dia mengerling ke arah Adwa yang tiba-tiba serius.

“Along...janganlah serius sangat.”

“Aa...? Along cuma bagi nasihat.”

“Hmm, okay...okay. Adik faham. Adik akan cuba untuk tak fikir lagi pasal tu.”

Adoi... Along ni. Hmm, tapi ada betulnya juga cakap along tu. Mungkin aku terlalu overthinking agaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience