Bab 1

Romance Series 6062

Deringan telefon bimbit Nuril memecah kesunyian pada pagi itu. Nuril yang baru sahaja keluar dari bilik air mencapai telefonnya yang berada di sisi katil. Dilihatnya nama Haiqal tertera pada skrin telefon tersebut lalu dia menjawabnya.

"Hello.. Assalammualaikum awak." Nuril menjawabnya sambil tersenyum.

"Hai baby, dah siap ke?" Soal Haiqal. Mereka berjanji untuk berjumpa pada hari itu.

Haissh, si Haiqal ni, dok panggil aku baby? Eeii, geli pulak aku dengar. Ingat aku ni budak kecil ke? Nasib kaulah Awra dapat teman lelaki yang suka panggil kau macam tu hmm...

"Belum. Awak dah sampai ke?"

"On the way. Nanti I tunggu dekat tempat biasa."

"Okay, nanti jumpa dekat sana." Nuril tidak tahu mengapa lelaki itu beria-ria ingin berjumpa dengannya pada hujung minggu tersebut. Mungkin juga kerana sudah kerinduan disebabkan jarang sekali dapat berjumpa. Mujur sahaja Adwa memberinya kebenaran. Nuril kemudiannya segera bersiap-siap. Dia hanya mengenakan blouse labuh dan seluar jeans hitam. Dia menyolek wajahnya dengan solekan yang nipis sahaja. Sememangnya dia tidak suka pada solekan yang tebal. Nuril mencapai tudung bawalnya lalu disarungkannya di kepala. Seusai selesai bersiap dia keluar dari biliknya.

"Wow! Cantiknya hari ni. Kau nak ke mana?" tegur Rina.

Rina ialah teman serumah Nuril yang juga merupakan teman baiknya sejak dari zaman universiti lagi. Rina yang sedang menonton televisyen tersengih memerhatikan Nuril. Dia memuji temannya itu bukan untuk mengambil hatinya tetapi Nuril sememangnya seorang gadis yang cantik. Dengan kulitnya yang putih, bibir yang kemerah-merahan dan sepasang mata yang menawan menjadikan wajahnya tidak jemu dipandang. Di tambah pula dengan perwatakan Nuril yang lembut sememangnya dia sering menjadi kegilaan dan buruan para pelajar lelaki sewaktu mereka di universiti dahulu.

"Ish, aku biasa-biasa je lah. Nak keluar jumpa kawan sekejap hehe."

"Ha... Nak jumpa buah hatilah tu." Rina meneka.

"Hehe.. sekejap je."

"Abang kau tahu tak ni?" soal Rina lagi. Dia cukup kenal dengan sahabatnya itu yang mempunyai seorang abang yang overprotective sehingga dia sendiri sering ditanya oleh Adwa jika ada apa-apa yang berkaitan dengan Nuril.

"Itu semestinya. Kalau tak, mau aku kena kejar dengan parang nanti. Aku keluar sekejap ye."

"Hehehe...okay. Jaga diri, nanti abang kau cari aku pulak."

"Alright." Jawab Nuril pendek dan berlalu menuju ke pintu rumah.

*********

Nuril tiba di tempat yang dijanjikan tepat jam 11 pagi. Dia memerhati sekeliling sambil tercari-cari kelibat Haiqal namun tidak kelihatan. Dia kemudiannya membuat keputusan untuk duduk di bangku yang berada berhampiran.

"Hai baby! Sorry, I terlambat sikit." Sapa Haiqal.

"Tak apa. Saya pun baru je sampai." Ujar Nuril lalu melemparkan senyuman pada Haiqal.

"I suka tengok you senyum. Rasa nak suruh you senyum je selalu. Hehehe."

"Ish, ada-ada je awak ni. So, kita nak ke mana?"

"Erm, kita pergi makan dulu jom." Cadang Haiqal lalu menghulurkan tangannya pada Nuril. Nuril hanya memandang perbuatan Haiqal tersebut, dia tidak menyambut tangan Haiqal. Sudah menjadi prinsipnya, dia tidak akan bersentuhan dengan mana-mana lelaki yang bukan mahramnya. Nuril cukup menjaga batasannya.

"He...jom kita." Kata Nuril sambil berdiri lalu menundukkan sedikit kepalanya ke arah Haiqal sebagai tanda menghormati pelawaannya.

"Owh! Sorry. I lupa. I lupa you tak suka disentuh." Jauh di sudut hatinya, ingin sahaja dia menggenggam erat tangan Nuril. Namun dek kerana dia sudah pun berjanji sejak awal perkenalan mereka dia terpaksa akur.

Pada pandangannya, perempuan yang tidak suka disentuh ini hanya sekadar berkata-kata dan akhirnya mereka akan tewas dengan pujuk rayu. Semua itu berdasarkan pengalamannya yang lalu. Namun demikian tidak dengan gadis yang bernama Nuril Awra ini, dia tidak termakan dengan pujukan dan rayuan darinya selama mereka berkasih. Usia perkenalan mereka sudah pun hampir mencecah enam bulan.

"Nuril. You boleh ye bertahan selama kita kenal ni... Tak ada langsung ke terdetik dalam hati you nak macam pasangan kekasih yang lain?" soal Haiqal. Nuril memandang ke arahnya dengan dahi yang sedikit berkerut.

"Apa maksud awak?"

"Erm... you tak teringin ke nak pegang tangan kekasih you ni?" soalannya terus ke inti. Tidak mahu dia berselindung lagi.

"Owh. Teringin."

"Really? Then, kenapa you tak nak kalau kita berpimpin tangan?" Nuril menggelengkan kepalanya saat mendengar soalan Haiqal. Sudah masuk kali yang ke berapa pun dia tidak pasti. Soalan seperti itu sering ditanya oleh Haiqal. Haiqal sering mendesak dan memujuk untuk memegangnya.

"Hmm, saya teringin tapi bukan sekarang."

"Owh. Then, when?" hati Haiqal sedikit berbunga mendengar jawapan Nuril. Dia menyangka Nuril sudah termakan pujukannya selama ini.

"Bila kita dah ada ikatan yang sah. Dah halal untuk satu sama lain." Ringkas jawapannya.

Haiqal tergamam seketika, sangkaannya meleset sama sekali. Haiqal terdiam. Dia sudah tidak boleh bersabar dengan kemahuannya. Dia tidak betah bertahan sebegitu. Baginya dunia sudah moden, kenapa perlu ada batasan lagi? Selama dia berkawan dengan ramai orang, tidak pernah lagi dia jumpa dengan orang yang betul-betul menjaga batasan agama. Kebanyakkan kawan-kawannya tidak begitu.

"Kenapa perlu tunggu? Dunia dah semakin ke depan, kita tak perlu semua tu lagi." Haiqal meningkah terasa ketidakpuasan di hatinya. Nuril kaget dengan kata-kata Haiqal.

"Haiqal!" Bentak Nuril. Dia tidak bersetuju dengan kata-kata lelaki itu.

"Awak dah kenapa?! Walaupun dunia dah moden sekali pun, kita tetap kena berpegang pada suruhan agama."

Ya Allah, Ya Tuhanku. Kenapa dengan mamat ni? Dah hilang arah ke?? Kau berilah hidayah padanya. Nak kata tak solat, selama ni Alhamdulillah aku nampak dia solat. Tapi kenapa dari segi menjaga batasan pergaulan ni dia membantah?

"Tak.. Saya tak boleh terima."

"Awak...kenapa awak membantah hukum Allah? Saya pasti awak dah pernah belajar pasal adab, ahklak dan suruhan agama. Apa yang halal dan apa yang haram. Mesti awak tahu kan?" soal Nuril lembut.

Haiqal diam tidak membalas. Dia sedang mencari kata-kata untuk menjawab apa yang diperkatakan oleh Nuril. Walau apa pun yang Nuril cakap dia masih tetap dengan pendiriannya.

"Haiqal...mana janji awak? Kenapa awak tak hormat dengan permintaan saya?" ujar Nuril dalam nada yang lembut.

"It's not it... Actually, cara you tu kolot. Terlalu mengikut benda yang lapuk." Nada suaranya sedikit tinggi.

"What?! Lapuk?! Haiqal! Ya Allah. Awak sedar tak apa yang awak cakap ni?!" Nuril membentak lagi. Dia seakan hilang sabar dengan kata-kata Haiqal.

Dia ni belajar agama ke tak? Kenapa pemikiran dia macam ni?! Ya Allah! Ampunkan dosaku. Astaghfirullahalazim.

"Ya! I sedar apa yang I cakap. You tu ketinggalan zaman. And you tu macamlah alim sangat..." ujar Haiqal sambil mengerling ke arah Nuril. Haiqal seakan sudah hilang kawalan.

Nuril merasa seperti tertampar dengan kata-kata lelaki itu. Kata-kata itu menyentap hatinya. Perasaan geram mula menyelubungi dirinya, ingin sahaja dia menumbuk lelaki di hadapannya itu namun ditahankan sahaja. Dia mengetap bibirnya menahan marah. Lelaki ini memang betul-betul menguji kesabarannya. Sudah hampir enam bulan dia bersabar dengan perangai lelaki itu, dia mengharapkan ada perubahan pada sikap Haiqal namun dia hampa, yang tinggal hanyalah harapan.

Sejak dari awal perkenalan mereka, Nuril sememangnya kurang senang dengan sikap acuh tak acuh Haiqal berkaitan batas pergaulan lelaki itu. Nuril hanya memerhati segala tingkah Haiqal sejak dari awal lagi. Dia bersetuju untuk meneruskan hubungan itu hanya dengan satu niat iaitu dia mahu menjadikan lelaki itu lebih memahami batasan agama dan berharap dia mampu mengubahnya. Namun usahanya hanya sia-sia, amat sukar baginya untuk mengubah sikap Haiqal.

Haiqal menatap tepat ke mata Nuril. Nuril merenungnya dengan pandangan yang tajam.

Ish, perempuan ni. Nak cari pasal dengan aku ke? Harap je cantik tapi pemikiran kolot.

"Sudahlah Haiqal. Saya rasa cukuplah sampai di sini sahaja hubungan kita! Kalau awak rasa saya ni perempuan yang kuno yang tak mengikuti perkembangan zaman yang tak dapat nak memenuhi segala kemahuan awak, awak carilah perempuan yang sesuai dengan awak yang lebih menepati citarasa awak!"

"Baru hal kecil macam ni pun you dah mintak putus?" soal Haiqal. Sungguh pun mereka bertekak kerana perbezaan pendapat, dia tidak berniat untuk berpisah . Dia masih sayangkan gadis itu. Nuril menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia mengharapkan pasangan yang mampu membimbingnya ke jalan yang diredhai Allah namun takdirnya tidak begitu.

"Tak awak...mungkin pada awak benda ni hanya hal kecil, tapi tidak untuk saya. Perkara ni satu hal yang besar kesannya pada saya." Ujar Nuril seraya menundukkan pandangannya. Hatinya sakit, matanya sudah berkaca namun ditahannya agar tidak tumpah.

Ya Allah, betul ke keputusan yang aku buat ni? Adakah ini jalan yang terbaik untukku? Aku memohon pertunjukMu.

"Saya minta maaf awak. Saya tak dapat nak teruskan hubungan ni. Saya harap awak bertemu dengan perempuan idaman awak." Seusai berkata demikian Nuril melangkah meninggalkan Haiqal sendirian.

"Nuril!" jerit Haiqal.

"Nuril!" jeritnya lagi tapi panggilannya itu tidak dihiraukan oleh Nuril.

Haissh! Kenapa jadi macam ni? Lain yang aku rancang, lain yang jadi.

Haiqal berlari-lari anak mendapatkan Nuril. Dia menahan Nuril dari pergi dengan berdiri di hadapannya.

"Nuril! Please...jangan buat macam ni. I masih sayangkan you." Nuril hanya memandang ke arah Haiqal dengan pandangan yang kecewa. Dia kemudiannya meneruskan langkahnya. Tidak mahu dia meneruskan hubungan sebegitu. Dihati kecilnya dia dapat merasakan yang hubungan itu tak akan berjaya.

"Aaiishh! Perempuan ni!" Haiqal membentak sendirian. Dia membiarkan Nuril berlalu pergi.

Nuril melangkah membawa diri. Air matanya mulai menitis di pipi lalu diseka dengan tangannya. Dia sedih dengan sikap Haiqal terhadapnya. Nuril berjalan tanpa arah tujuan, dia hanya mengikut ke mana sahaja langkah kakinya pergi. Tanpa disedari dia tiba di sebuah taman kecil berhampiran tempat pertemuannya tadi. Lalu dia melabuhkan punggungnya di salah sebuah bangku panjang yang tersedia di situ. Nuril termenung, air matanya menitis lagi lalu disekanya lagi. Beberapa orang pengunjung yang lalu lalang di situ menoleh ke arahnya namun dia tidak menghiraukannya.

"Cik? Cik okay?" tegur satu suara lelaki. Lelaki itu sememangnya duduk di bangku tersebut sejak dari awal lagi. Nuril sedikit terkejut lalu menoleh ke arah jejaka terbabit dengan matanya yang masih berkaca. Seraya itu baru Nuril menyedari dia duduk di bangku yang sudah ada pengunjung yang lain. Nuril melihat ke arah jejaka tersebut yang sedang mengunyah sesuatu. Terdapat bungkusan roti di tangannya. Wajahnya tampan persis seorang model.

"Cik okay?" soal jejaka itu lagi.

"Hmm, saya okay." Balas Nuril dengan suara yang perlahan. Dia menundukkan wajahnya. Dilap air matanya yang menitis. Hatinya masih sedih.

Hmm...menangis macam ni dia kata okay? Hati jejaka tersebut berbisik. Dia memerhati Nuril menyeka air matanya.

"Cik ada masalah ke? Perlukan bantuan?" soal lelaki itu lagi. Risau dia melihat gadis disebelahnya itu berjuraian air mata. Nuril menggeleng.

Lelaki tersebut kemudiannya mendiamkan diri lalu menyuap lagi roti ke mulutnya. Dia membiarkan Nuril menenangkan hatinya. Air mata Nuril semakin laju. Hatinya sakit bagai disiat-siat. Hampir setengah jam dia berkeadaan seperti itu. Lelaki tadi tidak berganjak dari tempat duduknya, seolah-olah dia menemani Nuril di situ.

"Maafkan saya encik... sebab terpaksa tengok keadaan saya macam ni." Nuril bersuara lembut setelah lama mendiamkan diri melayan perasaannya. Matanya merah, tangisnya sudah reda dan dia merasa sedikit tenang. Jejaka itu menoleh lalu melemparkan senyuman kepadanya.

"Owh, tak apa. Tapi kalau cik nak luahkan apa-apa, saya boleh jadi pendengar. Orang kata dengan meluahkan apa yang terbuku di hati dapat mengurangkan rasa tekanan. Tapi cik jangan salah faham, saya cuma ingin membantu. Saya tak ada niat apa-apa." Terang lelaki itu. Risau juga dia jika gadis itu menyangkanya ada niat yang tidak baik.

Nuril memandang ke arah jejaka itu. Dia melemparkan senyuman.

"Err... tak apa encik. Terima kasih sangat atas niat baik encik. Tapi tak apalah... Erm, saya rasa saya nak minta diri dulu." Ujar Nuril lalu bangkit dari bangku tersebut.

"Haa...okay. Hati-hati." Pesan lelaki itu sambil memerhati dan menghantar Nuril pergi dengan pandangan matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience