Selesai tugasan di klinik pada hari itu Asrar terus menuju ke wad. Ada beberapa perkara yang perlu diselesaikannya sebelum dia pulang.
“Assalammualaikum doktor.” Sapa seorang jururawat lelaki di kaunter.
“Waalaikumussalam.” Balas Asrar.
“Tak balik lagi ke doktor?” Soal jururawat itu. Asrar tidak bertugas di wad pada hari tersebut.
“Aa...belum. Ada kerja sikit.” Asrar berjalan menuju ke bilik doktor yang bertugas.
“Assalammualaikum... Doktor Hadi.” Sapa Asrar tersenyum seusai masuk.
“Waalaikumussalam...eh, kau tak balik lagi? Masuk sini karang tak pasal-pasal kena balik lambat hehe.”
“Uish, jangan haha.”
“Aku ada something nak tanya. If I diagnosed a child with back pain similar to DISH (Diffuse Idiopathic Skeletal Hyperostosis), is there a possibility that the child will be diagnosed with this? Aku keliru sikitlah. But that was my first assumption, still need to be diagnosed further.”
“Erm... DISH rarely occurs with children. Mungkin nampak similar tapi bukan dia. In some cases, it could be DISH but it’s really really rare. Kau tengah buat kajian kes ke?” Soal Hadi sambil memandang ke arah Asrar yang bertenggek di tepi mejanya.
“Yup. Aku tengah prepare untuk mohon further study. Hehe.”
“Aku rasa aku pernah baca satu jurnal berkaitan DISH ni. Nanti aku share link jurnal tu.”
“Owh. Okay. Thanks bro. I appreciate that.”
“You are welcome. Baik kau balik sekarang sebelum kau kena balik lewat malam lagi macam hari tu. Hehe.” Sengaja dia menghalau Asrar balik, sudah banyak kali terjadi Asrar terpaksa pulang lewat malam setiap kali dia singgah di wad pada hari kerja biasanya. Dia kasihankan doktor muda itu kerana acap kali tidak mendapat rehat yang cukup.
“Hahaha. Okay bro. Nak baliklah ni.” Balas Asrar lalu melangkah meninggalkan Hadi. Seraya Asrar melalui hadapan kaunter, namanya dipanggil oleh jururawat lelaki tadi.
“Doktor. Doktor Asrar...kejap.” Asrar menoleh. Jururawat itu menghulurkan sebuah beg kertas kepadanya. Beg kertas itu diikat rapi dengan sehelai riben berwarna merah.
“Huh? Uish! Apa ni?” Asrar menyoal kehairanan.
“Ada orang bagi semalam, tapi tak pasti pula saya siapa.”
“Owh, ye ke.”
“Kerap betul doktor dapat hadiah semenjak dua menjak ni. Dari buah hati ke doktor? Hehe.”
“Ish! Jangan nak merepeklah.” Asrar mencapai beg kertas tersebut, tertulis namanya pada sekeping kertas kecil yang dilekatkan pada beg kertas tersebut. Sudah beberapa kali dia menerima hadiah sebegini dalam bulan ini sahaja tanpa ada nama pengirim. Asrar menerima hadiah tersebut namun satu pun tidak dibukanya. Dia hanya mengumpul hadiah-hadiah tersebut di satu sudut di bilik tidurnya. Jika dia menerima pemberian berupa makanan dia akan memberinya pada staf-staf di wad. Sedikit sebanyak terdetik kerisauan dihatinya.
Siapa yang selalu hantar benda-benda ni pada aku? Hmm...Sally ke? Asrar cuba mencari tahu gerangan pengirim yang memberinya hadiah-hadiah tersebut lalu dia mengirim mesej di aplikasi whatsapp kepada Sally.
Asrar : Assalammualaikum... Sally. Aku ni, Asrar.
Sally : Waalaikumussalam... Akhirnya, you mesej I..
Asrar : Akhirnya? Apa maksud kau?
Sally : I tunggu mesej dari you lah.
Apa benda yang dia cakap ni?
Asrar : By the way. Aku nak tanya something.
Sally : Owh, ok. Go on... by the way, you suka tak hadiah-hadiah yang I beri pada you tu? ???? I ada tinggalkan mesej pada setiap hadiah tu. Tapi tak satu pun you balas.
Huh?! Memang Sally yang bagi? Sangkaan Asrar betul.
Asrar : Owh, selama ni kaulah yang bagi hadiah-hadiah tu?
Sally : Yes, I yang kasi. Kenapa? You tak suka ke?
Asrar : Sally! Aku tak buka pun hadiah-hadiah tu.
Sally : What?? You tak buka? Why? Patutlah you tak reply mesej-mesej dalam hadiah tu. ????
Asrar : Hahaha... mana aku tahu kau yang bagi, lagi pun aku busy tak sempat nak luangkan masa buka hadiah tu.
Sally : ????Asrar! Penat tau I balut cantik-cantik untuk you.
Asrar : Hahaha...aku tak suruh pun, aku tak minta. Kau yang willing to do that.
Sally : Yeah. Right...I yang willing ????
Asrar : Kau tulis mesej apa dalam tu?
Sally : You buka hadiah tu, nanti you tahulah. I tak nak spill dalam ni.
Asrar : Erm...aku ok je kalau kau tak nak beritahu. Aku pun tak tahu bila aku akan buka hadiah-hadiah kau tu. I’m a busy man you know hehehe... got to go. Catch with you later.
Sally : Asrar!!
Asrar hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum. Tidak percaya dia dengan tindakan rakannya itu. Sejak dari awal kemunculan hadiah-hadiah itu saban minggu Asrar dapat mengagak siapa pengirimnya cuma dia tidak pasti apakah tekaannya itu betul atau tidak. Pada hari itu segala yang menjadi tanda tanya pada dirinya selama ini terjawab, cuma yang pasti dia tidak tahu apa tujuan Sally memberinya hadiah-hadiah tersebut.
******
Malam itu Asrar, Remy, Rina dan Nuril keluar bersama-sama untuk makan malam. Itulah pertama kali mereka berempat berkesempatan untuk keluar makan malam bersama semenjak Asrar bertugas di Kuala Lumpur.
“Akhirnya, dapat juga kita keluar dinner sama-sama.” Ujar Rina dalam nada teruja.
“Hmm, nak buat macam mana. Asyik sibuk dengan kerja je kita ni.” Sampuk Remy.
“Kau dah sihat ke Remy?” Soal Nuril yang duduk berhadapan dengan Asrar.
“Alhamdulillah. Doktor ada dekat rumahkan, inshaAllah aku sihat. Terasa macam ada doktor peribadi pula hahaha.”
“Amboi kau...nak aku jadi doktor peribadi kau boleh je. Tapi nanti aku siapkan agreement dengan feesnya sekali hahaha.”
“Hahaha, dengan kawan pun nak berkira. Tak apalah, tak jadi. Terima kasih je hahaha.” Nuril dan Rina hanya ketawa dengan perbualan Asrar dan Remy. Seusai makanan mereka tiba, mereka menyantapnya perlahan-lahan sambil berbual bual.
“Awak...” Panggil Nuril perlahan sambil memandang pada Asrar di hadapannya.
“Hmm...” Balas Asrar yang sedang menyuap spaghetti ke dalam mulutnya. Dia membalas pandangan Nuril.
“Saya nak tanya sesuatu.”
“Hmm, nak tanya apa tu princess?” Soal Asrar tersengih.
Adoi! Dia panggil aku princess pula depan Remy and Rina ni. Aishh, malulah kalau diaorang dengar. Hmm, tapi tak apalah.
“Awak ada tak delivery apa-apa hadiah pada saya dekat pejabat?” Berkerut kening Asrar mendengar soalan Nuril.
“Huh? Hadiah? Delivery? Awra ada dapat hadiah ke?”
“Hah?! Kau dapat hadiah Nuril? Kau tak cerita dekat aku pun.” Sampuk Rina.
“Ha ah. Aku ada dapat hadiah tapi aku tak tahu siapa pengirimnya.” Nuril merenung kembali jejaka di depannya untuk mendapat jawapan. Asrar mengaru-garu dagunya yang tidak gatal.
“Erm, saya tak ada hantar apa-apa pada Awra. Kalau saya nak hantar sekali pun, saya tak akan guna service delivery. Saya rela hantar sendiri, dapat juga saya jumpa dengan princess saya ni hehehe.”
“Princess?? Wah! Wah! Korang berdua ni ada apa-apa ke?” Tiba-tiba Remy mencelah.
“Ha ah weh, aku baru perasan kau guna panggilan tu.” Sampuk Rina. Asrar dan Nuril berpandangan.
“Aa...? Hehehe. Tak ada apa-apalah.” Balas Nuril dengan muka yang merah padam, mujur sahaja cahaya lampu di restoran tersebut agak suram, mukanya yang merah itu tidak dapat dilihat jelas oleh mereka. Asrar tersengih, dia tidak berniat untuk merahsiakan perkara itu dari pengetahuan Remy dan Rina.
“Awra is my princess now walaupun tak officially lagi hehehe.” Ujar Asrar selamba. Terbeliak mata Nuril tatkala Asrar berkata demikian. Rina dan Remy terkejut. Hampir sahaja tersembur air yang diminum oleh Remy. Mereka memang sudah merancang untuk memberitahu pada Remy dan Rina namun tidaklah secepat ini.
“Weh!! Korang ni! Kenapa tak beritahu kat kita orang?” Soal Rina dengan nada yang tidak puas hati. Nuril diam tidak membalas. Hanya dia dan Asrar sahaja yang tahu status hubungan mereka.
“Hahaha. Adoi korang ni. Kami tengah beritahulah ni.” Kata Asrar tanpa perasaan bersalah.
“Yelah tu. Aku rasa kalau kita orang tak perasan tadi, memang sampai ke sudah korang tak beritahukan?” Bebel Rina sambil menjeling.
“Rina. Kami tak ada niat macam tulah. Kau tu je yang fikir bukan-bukan.” Sampuk Nuril.
“Yang kau melenting ni kenapa Rina?” Tegur Remy lalu menyuap makanan ke mulutnya.
“Aa…? Eh, aku saja je nak provoke dia orang berdua ni hahaha.” Nuril menjeling ke arah Rina saat Rina berkata demikian.
“Kau nak cari gaduh dengan aku ye?” Tanya Nuril. Rina tersengih, Asrar menggeleng-gelengkan kepalanya dengan gelagat Rina.
“Kau ni Rina, dari dulu sampai sekarang perangai tak berubah. Suka cari gaduh hehehe.” Sengaja Asrar mengusik. Dia sudah masak dengan perangai Rina, dia suka mencetuskan api untuk membuat orang marah namun pada akhirnya dia hanya bergurau. Cara gurauannya itu kadang kalanya sedikit kasar bagi mereka yang tidak rapat dengannya.
“Hehehe. Jangan marah korang. Aku susahlah nak tinggal perangai buruk aku yang satu ni.”
“So, apa status korang berdua ni?” Soal Remy sambil memandang ke arah Asrar dan Nuril bersilih ganti. Dia mengunyah makanan di dalam mulutnya perlahan. Rina turut menanti jawapan daripada Asrar dan Nuril. Asrar tersenyum melihat kedua sahabatnya itu yang menanti jawapan bagaikan anak burung yang menanti ibunya untuk menyuapkan makanan.
“Hehehe. Korang ni...” Asrar mengerling ke arah Nuril. Nuril hanya tersenyum sambil mengangguk menandakan dia sudah bersedia untuk memberitahu berkenaan status hubungan mereka.
“Erm...aku ringkaskan jelah. Kau anggap jelah aku dan Awra dah couple.”
“Ha...? Gitu je?” Soal Rina.
“Gitu jelah. Kau expect apa?” Soal Asrar.
“Aku ingat adalah berita yang kebabom sikit ke... Nak bertunang ke, nikah ke?”
“Haha. Cukuplah korang tahu status kami yang sekarang. Korang doakanlah untuk kami.”
“Weh! Kenapa kena anggap? Korang bukan bercinta betul-betul ke apa ni? Aku tak faham.” Celah Remy.
Aduh! Remy ni. Payah juga ada sahabat yang lurus bendul ni. Banyak pula tanyanya.
“Hmm, macam nilah. Aku terus terang je. Aku sayangkan Awra dan aku memang cintakan dia...” kata Asrar seraya memandang tepat pada anak mata Nuril dengan nada suara yang serius. Nuril tergamam, ditenungnya jejaka di hadapannya itu. Jantungnya berdegup laju.
“Dan kami dah ambil keputusan untuk berkawan sampai nikah.” Sambung Asrar lagi.
“Huh? Berkawan sampai nikah? Lepas nikah tak kawan dah ke?”
“Lepas nikah...berkasih sampai mati hehehe.” Balas Asrar. Sesungguhnya itulah keputusan yang dipersetujui antara mereka berdua beberapa hari yang lalu. Asrar teringat kembali detik-detik mereka berdua keluar bersama tempoh hari ketika mereka di Balai Seni Negara.
Enjoy the chapter. Thank you.
Share this novel