Bab 15

Romance Series 6062

“Asrar...?” panggil Nuril. Nuril perasan akan kelibat seseorang di atas batu besar itu namun dia tidak pasti sama ada orang itu adalah Asrar atau pun bukan.

“Asrar...?” Nuril memanggil sekali lagi. Suara perlahan Nuril sayup-sayup kedengaran di cuping telinga Asrar. Asrar menoleh.

“Huh?”

“Asrar...ni air kotak awak, Remy minta saya hantar.” kata Nuril sambil tersenyum tatkala ternampak Asrar memaling ke arahnya. Dia berdiri berhampiran batu-batu di situ.

“Eh, Awra pulak yang hantar. Bertuah betullah si Remy ni...kejap, saya ambil.”

“Eh, tak apa. Saya naik. Awak tunggu situ.” Kata Nuril lalu melangkah naik ke atas batu yang paling bawah. Belum pun sempat Asrar menghalang Nuril sudah pun menapak naik lagi ke atas beberapa biji batu yang lain.

“Eh! Hati-hati... jatuh nanti, batu tu licin.” Pesan Asrar.

“Huh?! Saya okay.” Langkah Nuril terhenti di atas satu batu. Dia memandang ke bawah, terdapat sedikit jurang antara batu di mana tempatnya berdiri dengan tempat Asrar berdiri. Untuk melepasinya dia perlu membuka langkah yang agak panjang. Ligat di dalam kepalanya memikir cara untuk melangkah, Nuril berkira-kira untuk melangkah atau pun dia terus sahaja melompat ke sebelah. Asrar memerhati sejak dari tadi, dia bimbang jika Nuril terjatuh.

“Boleh tak nak langkah tu?” soal Asrar saat melihat Nuril yang masih teragak-agak. Asrar tersengih melihat gelagat Nuril dengan kedua belah tangannya yang sedang memegang air kotak.

“Sini...” Asrar bersuara sambil menghulurkan tangannya ke arah Nuril. Nuril tergamam dengan tindakan Asrar.

“Cepat...” ujar Asrar lagi.

“Tapi...” Nuril tergamam seketika.

Haish, tak akan aku nak sentuh dia. Alamak, macam mana ni?

“Awra. Cepat...hulur tangan awak...” Asrar memandang ke arah Nuril dan menanti dengan sabar.

“Awak ada dua pilihan, sama ada nak berpatah balik atau pun nak melangkah ke sini.” Kata Asrar memberi pilihan untuk Nuril membuat keputusan.

Adoi! Nak patah balik ke? Tapi view kat sini cantik. Rugi pulak kalau aku turun. Nuril mengomel di dalam hati. Dia sudah terpegun dan teruja untuk melihat permandangan dari atas batu itu sejak dia mula memanjat batu-batu itu tadi, panorama itulah yang membuatnya ingin terus melangkah naik lagi ke atas batu tersebut.

“Give me your hand if you trust me...” ujar Asrar. Dia sedar gadis itu cukup menjaga dirinya dalam bab-bab sentuhan ini. Nuril memandang tepat ke mata Asrar.

“Just trust me...” sambung Asrar lagi. Nuril kemudiannya menghulurkan tangannya pada Asrar. Asrar menyambut Nuril dengan memegang pada pergelangan tangannya yang berlapik dengan lengan baju yang dipakai Nuril, dengan cara itu kulit mereka tidak bersentuhan tanpa alas. Nuril kemudiannya melangkah ke hadapan dengan bantuan Asrar. Sebaik sahaja melangkah Nuril tersenyum ke arah Asrar. Asrar membalas senyuman tersebut.

“Sorry, menyusahkan awak pulak. Nah...air awak.” Nuril menghulurkan kedua-dua air kotak tersebut pada Asrar.

“Eh, saya nak satu je.”

“Huh? Remy kata awak yang nak.”

“Ha ah, tapi nak satu je. Awra minumlah yang satu lagi tu.”

“Subhanallah...cantiknya view dari sini. Tak salah saya buat keputusan untuk naik atas ni.”

“Hehe...cantikkan. Rasa tenang je.”

“Hmm, betul. Patutlah awak duduk dekat sini dari tadi.”

“Aa...kebetulan. Jumpa port menarik.”

“Alamak...saya tertinggal phone. Ruginya tak dapat nak rakam.” Ujar Nuril lalu melabuhkan punggungnya di atas batu tersebut bersebelahan Asrar. Dia menjarakkan sedikit kedudukan antara dia dan Asrar.

“Nak pinjam phone saya?” tanya Asrar sambil menghulurkan telefon pintarnya kepada Nuril.

“Eh, tak apalah. Awak ambillah gambar permandangan tu.”

“Saya tak pandai ambil gambar. Nanti tak cantik. Awra ambilkanlah, nanti saya share. Hehe.” Asrar memberi alasan sambil menyedut air dari kotak minuman yang dipegangnya. Nuril akhirnya mengikut sahaja kata Asrar. Dia mengambil beberapa keping gambar permandangan dari atas batu tersebut. Setelah selesai dia mengembalikan semula telefon kepada Asrar.

“Wah! Cantik... Pandailah Awra ambil. Kalau saya yang ambil ni tak tahulah macam mana rupanya. Hehe.”

“Tak pandai pun, sikit-sikit je hehe.”

“Cantik ni, boleh buat wallpaper...Ermm, Awra...pandang sini, kita selfie.” Kata Asrar yang sudah bersedia dengan kamera ditelefonnya. Nuril memandang ke arah kamera tersebut dengan membuat simbol peace dengan jarinya sambil tersenyum. Diambilnya beberapa keping gambar sebagai kenangan.

“Hmm...kenapa awak tak bagitau yang awak kenal abang saya?” Nuril bersuara setelah mereka berdua diam seketika menikmati suasana di atas batu tersebut. Asrar menoleh ke arah Nuril. Dia tersenyum.

“Kenapa senyum?” soal Nuril.

“Tak ada apa-apa.”

“Awak tak jawab soalan saya.”

“Hmm, sebenarnya saya sengaja. Sengaja nak tengok reaksi Adwa dan Awra hehe.”

“Huh? Kenapa?”

“Saja nak surprise hehe.”

“Owh...pandai ye. Awak pun mesti sama jugak macam Remy dan Rina kan? Suka menyakat?”

“Eh...Taklah. Saya baik sikit dari dia orang berdua hahaha.”

“Ye ke? Boleh percaya ke? Silap hari bulan boleh pengsan saya kalau tiga-tiga orang ni dok sakat saya.” Asrar ketawa mendengar kata-kata Nuril.

“Hehe...tak apa. Kalau Awra pengsan, doktor ni kan ada haha.”

“Hah...yelah tu.” Asrar tersengih lagi, dia dapat merasakan yang gadis itu sudah semakin terbuka dengannya. Sudah kurang perasaan segan untuk berbual dengannya.

“Awra dah tak segan lagi dengan saya?”

“Huh?”

“Sebelum ni saya risau nak berbual dengan Awra sebab takut kalau-kalau Awra tak selesa dengan saya.” Kata Asrar sambil merenung ke arah Nuril. Nuril berpaling dari Asrar, dia tunduk. Dia dapat merasakan yang pipinya sudah mulai merah. Asrar yang perasan akan hal itu hanya tersenyum nakal, dia tidak mahu menegur kerana risau ia akan merosakkan suasana.

“Hmm, sebenarnya... Saya rasa senang berkawan dengan awak.” Tutur Nuril saat dia sudah dapat mengawal perasaan malunya.

“Kenapa kita tak pernah terdetik nak kenal ye sebelum-sebelum ni? Sedangkan kita berada dalam circle yang hampir.” Nuril mengutarakan apa yang terlintas difikirannya.

“Erm...Awra ingat tak...” Asrar memulakan bicara setelah diam beberapa saat. Namun dia berhenti sebelum menghabiskan ayatnya. Asrar membetulkan duduknya, dia berpusing menghadap ke arah Nuril.

“Ingat tak masa kita jumpa dekat pesta buku dulu tu?” Asrar nenyambung pertanyaannya. Nuril mengangguk, tekun dia mendengar sambil memandang ke arah Asrar.

“Awra pernah sebut perkataan ‘takdir yang tertulis’...hmm, saya rasa perkataan ‘takdir yang tertulis’ tu jawapan yang tepat untuk menjawab pertanyaan Awra tadi. He..”

“Owh!”

Ye. Takdir yang tertulis. Nuril mengiakan kata-kata Asrar. Dia teringat dia pernah menyebutnya.

“Hmm, semua pertemuan kita dengan orang-orang sekeliling kita ni bukanlah satu kebetulan... Semuanya Allah dah atur dan susun mengikut kemahuanNya. Kemudian Allah temukan tepat pada waktu dan ketikanya.”

“Erm, betul...”

“Sama juga dengan pertemuan kita. Allah dah aturkan untuk kita bertemu pada masa sekarang dan bukannya pada masa yang lalu. Saya tak rasa pertemuan kita satu kebetulan.” kata Asrar lalu tersenyum pada Nuril yang tekun mendengar butir bicaranya. Nuril mengangguk. Terasa mendalam maksud kata-kata Asrar tersebut. Mereka kemudiannya terdiam sambil melayani perasaan masing-masing.

Erm...Takdir yang tertulis...Adakah Allah hadirkan dia untuk aku? Nuril berfikir sendirian. Nuril masih belum bersedia untuk memulakan fasa cinta baru dalam hidupnya. Dia risau jika lelaki yang bakal hadir dalam hidupnya nanti mempunyai perangai yang sama seperti Haiqal. Dia trauma dengan gangguan daripada Haiqal sejak mereka putus. Haiqal kerap mengganggunya sehingga sekarang, namun dia tidak pernah menceritakan perkara itu kepada sesiapa pun termasuk Rina dan abangnya. Apa yang Rina tahu hanya sedikit dari cerita keseluruhannya. Sudah beberapa kali Haiqal cuba memerangkap Nuril namun tidak berjaya kerana Nuril dapat menghidu rancangan Haiqal. Dan disebabkan hal itu dia menjadi takut untuk memulakan fasa percintaan baru dalam hidupnya.

 

******

 

Petang itu selepas selesai check in di resort, mereka berehat di bilik masing-masing. Nuril dan Rina mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di kawasan sekitar. Mereka turun dari bilik hotel menuju ke lobi.

“Okay juga kan resort ni. Cantik...” Kata Rina memecah kesunyian mereka yang sejak dari tadi membisu sambil meninjau-ninjau keadaan di resort berkenaan. Terdapat sebuah kedai serbaneka dan sebuah kedai cenderamata berhampiran lobi hotel tersebut.

“Kan...jom kita ke situ.” Ajak Nuril sambil menunjuk ke arah kedai cendermata. Rina hanya mengikut ajakan Nuril.

Terdapat tiga orang lelaki dalam lingkungan dua puluhan berdiri sambil berbual-bual di tepi pintu masuk kedai tersebut. Tiga orang lelaki yang berdiri di pintu masuk itu sedikit sebanyak mengganggu laluan pengunjung untuk keluar dan masuk ke kedai tersebut. Kedai itu tidaklah terlalu besar, di dalamnya terdapat baju-baju batik buatan tangan yang digantung yang mampu menarik perhatian pengunjung. Pada rak-rak di situ terdapat barangan kraftangan, key chain dan fridge magnet yang sesuai dijadikan sebagai buah tangan untuk dibawa pulang.

Rina dan Nuril melangkah masuk ke kedai tersebut melepasi tiga orang lelaki tadi. Mata salah seorang daripada mereka melirik-lirik ke arah Nuril dan Rina.

“Kau ada nak beli apa-apa?” Rina menyoal saat mereka membelek-belek fridge magnet yang tersusun di atas rak.

“Erm, nak beli fridge magnet untuk kenang-kenangan. Hehe.” Nuril memilih beberapa keping fridge magnet yang berjaya menarik perhatiannya. Dia kemudiannya berjalan menuju ke bahagian kraftangan pula. Dia melihat key chain berbentuk penyu yang diperbuat daripada kulit cengkerang.

“Rina. Tengok ni, comel kan? Hehe.” Nuril menunjukkan key chain tersebut kepada Rina.

“Ha ah, comel.” Setelah mereka selesai membuat pilihan mereka terus menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran dan berlalu dari kaunter. Saat melangkah keluar dari kedai Nuril dan Rina di tegur oleh tiga orang lelaki tadi yang masih berdiri berhampiran pintu masuk. Lelaki-lelaki itu memang sengaja menunggu mereka keluar.

“Hai cik adik...boleh berkenalan?” sapa salah seorang lelaki terbabit sambil berdiri di hadapan mereka. Rina dan Nuril terkejut. Berkerut dahi mereka. Mereka tidak membalas sapaan lelaki terbabit. Nuril dan Rina melangkah ke sisi untuk beredar namun di halang pula oleh salah seorang lagi lelaki yang berkulit agak gelap.

“Eh! Janganlah lari. Tak boleh ke nak berkenalan? Sombongnya.”

“Encik boleh ke tepi tak? Kami nak lalu.” Nuril bersuara tegas.

“Uiissh, marah...” lelaki itu ketawa. Tawanya disambut oleh dua lagi kawannya. Nuril mulai geram.

“Encik, encik semua...boleh tak jangan halang laluan kami?” Rina pula bersuara.

“Kot ye pun nak lalu, bagilah no telefon ke. Boleh kita chit chat, kenal-kenal, sembang-sembang.” kata salah seorang dari lelaki terbabit.

Aduh! Geramnya perangai budak-budak sekarang ni. Nuril mengomel dalam hati.

“Eh! Korang buat apa ni?!” Tiba-tiba satu suara lelaki menyapa daripada belakang tiga lelaki tersebut. Yang dapat dilihat oleh Nuril dan Rina hanya bahagian dahi dan rambut sahaja dari tempat mereka berdiri. Nuril menjengketkan sedikit kakinya untuk melihat tuan empunya suara kerana dia mengenali suara tersebut.

Macam suara Asrar. Nuril meneka sendiri.

“Eh, Asrar dengan Remy lah.” Rina berbisik pada Nuril.

“Huh?! Tiga lelaki itu berpaling ke arah suara tersebut. Dilihatnya pada Asrar dengan pandangan sinis. Riak muka Asrar serius, Remy yang berdiri di sebelah hanya memerhati.

“Buat apa bro...? Kami cuma nak berkenalan je.” Jawab salah seorang dari mereka bersahaja.

“Kalau nak berkenalan pun bukan macam ni caranya...” Sampuk Remy. Bulat mata Rina mendengar kata-kata Remy.

“Ada cara lain ke? Bro nak ajar kami ke? Hahaha.” Lelaki itu ketawa seakan mengejek. Asrar menjeling. Wajahnya masih serius sejak dari tadi.

“Tak perlulah korang nak berkenalan dengan dia orang. Dia orang dah jadi hak orang. Kalau rasa tak nak terlibat dengan masalah lebih baik batalkan je niat korang tu sekarang.” Kata Asrar tegas sambil memandang ke arah Nuril dan Rina. Nuril dan Rina tergamam mendengar kata-kata Asrar. Lelaki-lelaki terbabit terdiam.

“Hak orang? Dia orang dah kahwin ke?” salah seorang dari lelaki itu bersuara.

“Ya! Dia orang dah kahwin.” Jawab Asrar selamba. Nuril dan Rina berpandangan, mereka terkejut mendengar kata-kata Asrar. Remy turut terkejut.

“Huh? Isteri abang berdua ke?! Sorrylah bang kami tak tahu.” Mereka kemudiannya berganjak untuk memberi laluan kepada Nuril dan Rina.

“Kalau rasa nak masuk balai, teruskanlah niat korang tu.” Remy mencelah.

“Korang okay?” soal Remy perlahan. Nuril dan Rina mengangguk. Asrar masih dengan riak muka yang serius memandang tepat pada Nuril.

“Sorry bang. Sorry.” Kata lelaki tadi lagi sebelum mereka beredar. Asrar hanya mengangguk.

Setelah berada jauh dari lelaki-lelaki terbabit Rina bersuara.

“Weh! Asrar. Memandai je kau kata kami dah kahwin.” Kata Rina sambil menjeling. Asrar tersengih lalu ketawa.

“Hahaha. Aku nak selamatkan korang je.”

“Kau nak ke berkenalan dengan mat-mat rempit tu?” kata Asrar lagi. Rina menggeleng.

“Ish. Tak nak aku.” Balas Rina.

“Tak nak? Bukan kau tengah cari boyfriend ke?” Remy mengusik.

“Eeii, memanglah mencari tapi bukanlah mat rempit. Kau ni Remy.” Balas Rina geram. Dipukulnya bahu Remy.

“Sakitlah weh!” Remy mengaduh. Lalu dia dan Asrar ketawa.

“Terima kasih awak.” Ujar Nuril perlahan pada Asrar saat berjalan di sebelahnya. Dari kejauhan terlihat tiga lelaki tadi beredar menaiki motosikal dengan beg sandang masing-masing dari perkarangan parkir resort.

“Sama-sama. Lain kali kalau kena macam tu lagi call je saya.” Pesan Asrar. Nuril mengangguk.

Mereka sudah berjanji untuk berjumpa di lobi pada petang itu. Mereka mengambil peluang untuk bersiar-siar di kawasan sekitar resort. Mereka kemudiannya melalui satu lorong yang berpagar, di pagar tersebut terhias cantik dengan pokok bunga yang menjalar. Lorong itu membawa mereka ke satu kawasan pergola. Di bawah pergola-pergola itu terdapat meja dan kerusi untuk para pengunjung beristirehat dan makan. Pergola-pergola itu bersambung dengan restoran di resort tersebut, pada malam hari para pengunjung boleh menyertai BBQ yang disediakan oleh pihak resort dengan harga yang berpatutan. Di satu sudut berhampiran pula terdapat satu pentas yang disediakan untuk kumpulan busking membuat persembahan, juga untuk para pengunjung berkaraoke.

“Wah! Cantik kawasan ni. Pandailah kau pilih resort ni Rina.” Kata Nuril yang terpegun melihat kawasan sekeliling.

“Tengok kakilah, Rina kan hehehe.”

“Ala... berlagak.” Sampuk Remy. Rina menjeling ke arah Remy. Remy tersengih. Sengaja dia menyakat Rina.

“Haish, korang berdua ni. Jom kita pergi tepi pantai tu.” Ajak Asrar.

“Jom...” Nuril menyampuk.

“Erm, korang jalan dulu. Aku ada benda nak cakap sikit dengan Rina.” Nuril dan Asrar berpaling ke arah Remy saat dia berkata demikian.

“Huh? Ada-ada sajalah korang berdua ni.” Tegur Asrar.

“Hehe...korang jalan dulu.” Tegas Remy lagi. Asrar dan Nuril melangkah perlahan menuju ke arah pantai meninggalkan Remy dan Rina.

“Kau kenapa?” soal Rina.

“Erm, kau ada cakap apa-apa tak dekat Nuril pasal Asrar?”

“Apa maksud kau? Pasal apa?”

“Pasal yang aku cerita dekat kau pagi tadilah.”

“Owh, pasal Asrar sukakan Nuril tu ke? Hehe.”

“Ha ah...”

“Erm, kenapa? Aku tak sempat nak cakap apa-apa lagi pada dia.”

“Kau diamkan jelah...”

“Hmm, kenapa? Benda baik kan?” ujar Rina.

“Betul, benda baik. Tapi tadi aku ada bercakap dengan Asrar. Aku suruh dia confess pada Nuril tapi dia kata dia perlukan masa. Dia sendiri keliru dengan perasaan dia sendiri, mesti dia masih terkesan dengan ex dia. Lagipun Nuril pun macam masih belum bersedia je aku tengok.”

“Owh, ye ke? Kalau macam tu, aku rasa biarlah masa yang menentukan. Aku rasa masing-masing pun masih trauma dengan pengalaman dia orang hari tu. Tapi apa yang aku perasan Nuril tu pun macam ada hati pada Asrar, cuma dia tak tunjuk.”

“Huh? Dia pun suka Asrar ke?”

“Aku tak pasti, tapi nampak macam tu lah. Tak apa, nanti bila-bila aku cubalah tanya dia hehe.”

“Tu... kau tengok. Siap senyum-senyum berdua, Kau rasa tak, apa yang aku rasa?” Kata Remy sambil memuncungkan mulutnya ke arah Nuril dan Asrar yang sedang berjalan sambil berbual mesra.

“Haha... kau ni. Kita doakan yang baik-baik untuk dia orang.”

“Eh, Remy...Rina... korang pun ada dekat sini?” sapa Adwa yang sedang bersiar-siar dengan isterinya.

"Eh! Abang Adwa. Kita orang saja jalan-jalan tengok kawasan.” Balas Remy.

“Haa...tulah, kami pun saja nak ambil angin pantai. Erm, Awra mana?” soal Adwa yang sedang meninjau-ninjau sekeliling mencari kelibat adiknya.

“Huh? Tu... dekat depan tu.” Balas Rina. Adwa menoleh, terlihat jelas di hadapannya Asrar dan Nuril sedang berbual-bual sambil berjalan.

Amboi! Bukan main lagi budak dua orang ni. Hehehe. Adwa tersenyum sendirian melihat adiknya.

“Abang Adwa, malam nanti jangan lupa... buffet BBQ kita. Saya dah tempah untuk kita semua. Malam nanti kita enjoy makan sambil layan busking hehehe.” Ujar Rina.

“Owh, alright. Lama dah rasanya tak enjoy macam ni. Hehehe.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience