Bab 19

Romance Series 6062

Pagi itu seperti biasa Asrar tiba di wad sebelum jam 6.30 pagi. Keadaan di wad agak tenang, mungkin kerana jumlah pesakit yang berada di wad kurang dari kebiasaannya.

“Assalammualaikum...selamat pagi.” Asrar menyapa beberapa orang jururawat yang berada di kaunter sambil tersenyum seusai masuk.

“Pagi doktor...” balas mereka serentak.

“Amboi doktor. Ceria je nampak hari ni hehehe.” Tegur salah seorang dari mereka yang perasan akan keceriaan yang terpancar pada wajah doktor muda itu.

“Hah? Ye ke? Bukan ke saya memang selalu ceria?” Asrar berseloroh sambil ketawa kecil.

“Haha...Ish, ada masa muka doktor ketat, kami takut nak tegur.” Jawab jururawat itu selamba.

“Hehe...” Asrar sedar akan perkara itu, ada ketika emosinya juga di luar kawalan apabila ada perkara yang mengganggu fikirannya walaupun dia sudah berusaha sebaik mungkin untuk tidak memperlihatkannya.

“Adatlah being a human being. Tak dapat lari dari semua tu...” jawab Asrar dengan senyuman tawar dibibirnya. Adakalanya kata-kata mereka di sini tidak berlapis, sebagai lelaki dan juga manusia normal dia tidak suka ditegur di hadapan ramai orang sebegitu, namun dia mengambil pendekatan positif dengan menganggapnya sebagai peringatan untuk dirinya pada masa akan datang. Asrar mencapai file yang terletak di atas kaunter, dibelek-beleknya file tersebut.

“Betul tu doktor...kami ni pun sama jugak. Doktor dah sarapan ke?” Seorang jururawat menyampuk, cuba menukar topik perbualan apabila melihat perubahan pada riak wajah Asrar.

“Aa...belum lagi. Tak sempat nak singgah beli pagi ni.” Ujar Asrar sambil meneliti isi kandungan file yang dipegangnya.

“Ye ke, kalau macam tu. Memang rezeki doktor sangatlah hari ni. Ada hamba Allah sedekah beberapa bungkus nasi lemak untuk kita tadi. Bolehlah doktor makan, ada saya letak dekat pantry.”

“Owh, ye ke. Alhamdulillah, rezeki.” Ujar Asrar tersenyum.

“Doktor Asrar..” Panggil seorang jururawat perempuan yang baru tiba di kaunter. Dia lalu menghulurkan sekeping kertas kecil berwarna kuning yang terlipat kemas berbentuk baju kepada Asrar. Di atas lipatan kertas itu tertulis namanya. Asrar kehairanan namun dicapainya kertas tersebut.

“Ada orang kirim nota ni pada doktor.”

“Siapa?”

“Entah. Kakak guard dekat luar tu yang beri pada saya tadi. Katanya ada orang minta sampaikan pada doktor.” Berkerut kening Asrar mendengar kata-kata jururawat itu.

Siapa pulak yang main hantar-hantar nota macam zaman dahulu kala ni?

“Surat cinta ke tu doktor? Bukalah, boleh kami tumpang baca sekali hehe...” sampuk seorang jururawat sambil  memanjangkan lehernya untuk melihat nota yang berada di tangan Asrar.

“Aishh... jangan nak mengarutlah. Dah...dah, pergi sambung buat kerja.” Tegur Asrar pada mereka. Mereka hanya ketawa kecil dengan teguran Asrar. Asrar kemudiannya memasukkan kepingan nota itu ke dalam poket kot putihnya. Dia tidak berniat untuk terus membacanya kerana ada kerja yang perlu diselesaikannya terlebih dahulu.

Selesai rondaan wad pada pagi itu, Asrar melabuhkan punggungnya di atas sebuah kerusi berhampiran kaunter. Perutnya sudah mulai terasa lapar, dia bangun lalu menuju ke pantry, kelihatan beberapa bungkus nasi lemak masih belum terusik di atas meja tersebut. Asrar duduk lalu mencapai sebungkus nasi lemak dan terus menyantapnya perlahan. Dia menyeluk poket kot putihnya bagi mengeluarkan nota yang diterimanya pagi tadi. Dibukanya nota itu dengan cermat. Berkerut keningnya tatkala membaca isi kandungan nota itu.

Dear Asrar,

Need to see you if you have some free time this afternoon around 1.30 to 2.00pm at cafeteria.

If you couldn’t make it, just leave me a message at this number 017-9xx xxxx.

From : Dr. Lina

 

“Doktor Lina? Siapa pulak ni? Aku ada kenal perempuan nama Lina ke?” Asrar tertanya-tanya sendirian. Asrar berfikir sambil menyuap nasi lemak ke mulutnya. Dia berkira-kira sama ada untuk memenuhi hajat penulis nota tersebut atau pun tidak.

Hmm...kalau sempat nanti aku pergilah sekejap. Manalah tahu kalau-kalau dia perlukan bantuan aku ke. Tapi kenapa tak terus datang ke wad je kalau perlukan bantuan? Ish, musykil pulak aku.

Tengah hari itu Asrar turun dari wadnya menuju ke tingkat bawah. Dia mahu menunaikan solat zohor dan berniat untuk membeli beberapa tin air sebagai bekalan untuk kerja oncallnya pada malam nanti. Sempat dia menghantar mesej kepada Nuril dalam perjalanannya itu.

Asrar : Assalammualaikum... Awra. Are you okay today? Macam mana dengan tangan awak?

Nuril : Waalaikumussalam... saya okay. Tangan saya pun dah makin baik. Awak tak busy ke?

Asrar : Hari ni kurang busy sikit...saya on the way ke surau, curi masa sekejap mesej dengan awak hehe..

Nuril : Aishh, tak baik curi masa tau hehe...

Asrar : Waktu break, bolehlah curi masa sekejap untuk Awra hehe... Erm, by the way ada Haiqal ganggu awak lagi ke?

Nuril : Hehe...tak ada. Awak jangan risaulah, kalau dia ganggu saya lagi nanti saya bagitahu pada awak... kan saya dah janji..

Asrar : ☺️ Terbaik... Apa-apa inform je pada saya. Erm, terlupa saya nak pesan... jangan segan-segan nak mesej saya tau, InsyaAllah boleh je mesej saya bila-bila yang Awra nak. Saya akan balas, cuma saya tak janji saya akan balas on the spot...

Nuril : ? Erm, bila-bila je? Awak tak kisah ke kalau tengah-tengah malam saya mesej awak?

Asrar : Saya tak kisah... mesej je sesuka hati awak hehe...

Nuril : Hmm...bolehlah saya ganggu awak dengan mesej selalu hehehe. Saya gurau je, saya faham je awak. Kerjaya awak tu sentiasa sibuk, kalau awak balas lambat ke... saya faham je, saya dah biasa... abang saya pun macam tu juga.

Asrar : Aa...bagus jugak berkawan dengan adik doktor ni. Memahami...hahaha..

Nuril : Haha...sebab ada pengalaman.

Asrar : Hehehe...adoi, saya gurau-gurau je. Okaylah Awra, got to go. Nanti ada masa kita chat lagi ye.

Nuril : Hehe. Okay, selamat menjalankan tugas ?

Asrar tersenyum sendirian, terasa tenang dan lega dihatinya tatkala mengetahui gadis itu baik-baik sahaja. Hatinya sedikit berbunga walaupun hanya dapat berhubung dengan gadis itu melalui mesej untuk seketika cuma. Dia kemudiannya menuju ke surau berhampiran bagi menunaikan kewajipan kepada yang Maha Pencipta.

Beberapa ketika kemudian Asrar mengerling ke arah jam di tangannya seusai selesai solat. Jam sudah pun menunjukkan 1.50 minit tengah hari. Dia berjalan menuju ke kafeteria yang terletak tidak jauh dari blok bangunan tempatnya solat tadi. Setibanya di kafeteria itu Asrar disapa oleh satu suara perempuan.

“Asrar!” Asrar menoleh ke arah suara tersebut. Dia tersenyum saat melihat gerangan empunya suara itu. Seorang wanita berkulit putih, bermata sedikit sepet, dia tidak bertudung namun rambutnya disanggul rapi dan kemas.

“Hah...Datang pun you jumpa I. Ingatkan you tak sudi.”

“Laa...Kau ke yang bagi nota tu pada aku? Puas aku fikir siapalah Lina ni. Rupanya kau Sally.” Ujar Asrar sambil ketawa kecil.

“Haha... I sengaja letak nama tu supaya you tak kenal.” Sally adalah teman satu kuliah Asrar semasa di universiti dahulu. Nama sebenarnya Salina, namun dia lebih dikenali dengan panggilan Sally ketika menuntut di universiti. Salina adalah anak orang berada, bapanya seorang  ahli perniagaan yang mempunyai gelaran Dato.

“Sejak bila kau kerja dekat sini?” soal Asrar yang hanya berdiri berhampiran Sally yang sedang duduk menikmati makanan tengah harinya. Dia keseorangan di situ.

“You tak nak join I lunch ke?”

“Erm, sorry Sally. Enjoy your lunch. Aku sekejap je ni, ada kerja.”

“Hmm, actually... I dah tiga bulan dekat sini. I kena extend HO you tahu... Haish, rugi masa I dekat situ. Yelah, I bukan macam you budak cerdik, cepat pickup bila diajar hehe. Tak pasal-pasal I kena extend disebabkan specialist yang malignant tu.” Sally terpaksa menyambung perkhidmatan housemanshipnya kerana ada beberapa posting yang terpaksa diulanginya semula untuk lulus. Asrar hanya tersengih mendengar omelan rakannya itu, faham sangat dia dengan situasi yang perlu mereka hadapi saat menjadi HO dahulu.

“Hehe...kau ni. Aku ni biasa-biasa je. Tak cerdik mana pun.”

“You mana nak pernah mengaku semua tu.”

“Haha. By the way, tak pernah pulak aku nampak kau kat sini. Kau dekat department mana Sally?”

“I di O&G...macam mana you nak nampak I, busy twenty-four seven. Tak pernah nak tengok kiri kanan.” Ujar Sally sambil menjeling manja ke arah Asrar.

“Aa...haha. Macam mana kau tahu aku ada dekat sini?”

“Ala... dekat departmet I, I selalu dengar staf-staf bergosip pasal doktor handsome dekat department you kerja tu. So, I pasang telingalah... teringin juga I nak tahu siapa doktor tu. Satu hari tu masa I pergi beli makanan dengan dia orang, dia orang tunjuk pada I doktor yang dia orang maksudkan tu. Dari situlah I tahu doktor handsome yang dia orang gosipkan tu adalah you dan secara tak langsung I tahulah you kerja dekat sini hehe. Actually I dah beberapa kali ternampak you beli makanan di kafe, cuma I tak sempat nak tegur je.”

“Wah! Tak sangka pulak aku jadi bahan gosip. Ish, takut pulak aku dengar.” Sally tersengih mendengar kata-kata Asrar. Dia memandang tepat ke wajah Asrar.

“How is your life by the way? I mean...you dah kahwin ke?” Sally menyoal.

“Huh? Aku? Kahwin? Hehe...belum. Why? How about you? How about you and Amir? Lama sangat aku tak dengar cerita korang berdua sejak masing-masing sibuk dengan housemanships.” Asrar menyoal ingin tahu berita perkembangan rakan-rakan sekuliahnya. Seperti yang dikenalinya Sally dan Amir adalah pasangan kekasih sejak mereka belajar lagi. Hubungan Asrar dengan Sally dan Amir tidaklah begitu rapat namun mereka sering bertanya khabar antara satu sama lain.

“Erk? Amir? Hehe...kami dah berpisah.”

“Huh? Kenapa? Ada masalah ke? Korang dulu bukan main lagi macam belangkas hehe.” kata Asrar seperti tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Asrar mengerling ke arah jam ditangannya. Jam sudah menunjukkan pukul 2 petang.

“Ermm, mungkin tak ada jodoh antara kami. Amir ada ajak I kahwin tapi I yang belum bersedia. Jadi kami ambil keputusan untuk bawa haluan masing-masing...” Jawab Sally ringkas. Berkerut kening Asrar mendengar jawapan Sally. Namun Asrar dapat menangkap, pasti ada sesuatu yang disembunyikan oleh Sally.

“Hmm, aku...tak berani nak komen apa-apa tentang hubungan korang berdua. Walau apa pun, moga yang baik-baik je untuk korang berdua...Erm...Sally, aku tak boleh lama ni...kerja dah menunggu.”

“Alright. Go on... I ada nak beritahu you something but maybe next time. I pun nak kena masuk wad juga ni. By the way, jangan lupa simpan nombor telefon I tu. Tu nombor baru I, I dah tak guna nombor lama.”

“Owh, I see. Okay, nanti aku save...got to go now.”

“Okay.” Balas Sally. Asrar lalu melangkah ke peti sejuk yang tersusun dengan pelbagai jenis air tin di dalamnya, dia mencapai beberapa tin air berperisa kopi dan terus menuju ke kaunter untuk membuat bayaran.

Hmm, tak sangka pulak Sally ni tercampak dekat sini. Tapi Amir ada dekat mana sekarang? Lama tak dengar khabar dari dia.

 

*****

 

Suasana di klinik pada petang itu agak lengang. Tidak ramai pelawat yang hadir untuk mendapatkan rawatan. Sudah menjadi rutin di klinik itu apabila tiada pelawat, mereka akan membuat semakan semula pada kad-kad rawatan pesakit yang telah mendapatkan rawatan di situ. Ini bagi memastikan data yang dimasukkan ke dalam sistem dan maklumat pada kad fizikal adalah sama. Seorang staf klinik masuk ke bilik rawatan lalu meletakkan beberapa keping kad rawatan untuk semakkan di atas meja.

“Doktor...ini dokumen untuk semakkan.” Jauzan hanya mengangguk. Dalam fikirannya sejak akhir-akhir ini setiap kali dia lokum di klinik, dia amat mengharapkan gadis yang bernama Nuril itu hadir medapatkan rawatan di situ. Terkadang terasa bersalah dalam dirinya kerana mengharapkan gadis itu tidak sihat lalu datang ke situ untuk menerima rawatan.

Kenapa aku asyik terfikirkan pasal gadis tu sejak dua menjak ni? Aku dah jatuh hati dekat dia ke? Hmm... mungkin juga sebab aku dah lama sangat single agaknya. Kawan-kawan aku yang lain pun ramai yang dah kahwin. Aku je yang masih macam ni, mungkin dah tiba masanya aku cari pasangan hidup. Jauzan berkata-kata dalam hati. Dia agak cerewet dalam memilih pasangan, dia tidak tertarik pada wanita yang manja tetapi lebih tertarik pada wanita yang berkeperibadian lembut tetapi tegas. Dia suka pada wanita yang berkerjaya kerana wanita berkerjaya ternampak sempurna pada pandangan matanya.

Jauzan mengusap muka dengan kedua belah tangannya. Dia kemudiannya menumpukan perhatiannya pada dokumen yang ditinggalkan oleh staf klinik di atas mejanya tadi. Dibeleknya satu persatu dengan teliti. Hampir setengah jam dia menyemak, matanya tertacap pada satu kad yang tertulis nama gadis yang sering difikirkannya itu.

Nuril...hmm... Jauzan meneliti dokumen di depan matanya itu. Dia membaca maklumat peribadi Nuril di dalam rekod sistem klinik itu satu persatu. Matanya terbeliak saat membaca maklumat pada bahagian waris.

Huh?? Adwa?! Dia ni adik Adwa ke? Kenapa aku tak pernah tahu Adwa ada adik?? Jauzan menggeleng-gelengkan kepalanya seakan tidak percaya. Selama ini Adwa sering mengelak untuk menjawab bila dia bertanyakan hal-hal berkaitan keluarga. Dia tersenyum sendirian. Selesai tugasan merawat pesakit pada malam itu, Jauzan berjalan keluar seketika dari klinik untuk mengambil udara luar. Dia mencapai telefon pintar dari dalam poket seluarnya lalu dia mendail nombor Adwa.

“Hello, Assalammualaikum...”

“Waalaikumussalam...Hei...Jauzan! Apa mimpi, kau call aku malam-malam ni? Haha.” Jawab Adwa.

“Haha...kau...aduh...”

“Kenapa? Lain macam je bunyi.”

“Tak ada apa-apa. Sajalah aku call.”

“Erm, kau ingat aku percaya cakap kau? Bukan aku tak kenal kau, biasa kalau call tiba-tiba macam ni... mesti ada something punyalah.” Adwa meneka.

“Haha...okay, okay. Aku straight to the point, aku baru tahu kau ada adik perempuan.”

“Hah! Aku dah agak dah. Mesti ada something. Hmm, tapi kau sebut pasal adik aku? Mana kau  kenal adik aku ni? Tiba-tiba pulak.” Soal Adwa hairan.

“Aku ada terserempak dengan dia sebelum ni. Baru-baru ni pula dia ada datang ke klinik tempat aku lokum.”

“Owh, ada hari tu dia bagitahu aku yang dia demam. Tapi tak ada pulak dia cerita pasal kau.”

“Mana nak ada. Dia tak tahu pun aku kenal kau.”

“Eh, kau curi tengok data peribadi patient ke? Aissh... kau ni.” Sambung Adwa lagi.

“Uish, I had no intention of doing that. Kebetulan je...haha. Tapikan... kau tak pernah beritahu pun dekat aku yang kau ada adik perempuan cantik macam tu. Kalau aku tahu, tak payahlah aku susah-susah nak cari calon.”

“Buat apa aku nak beritahu kau? Tak ada keperluan pun...calon? Jadi calon apa pulak ni? Kau jangan macam-macam dengan adik aku.”

“Jadi calon isterilah hahaha... Wah! Wah! Kau punya warning, bukan main lagi...terasa macam aku ada nak buat benda-benda tak baik pulak pada adik kau.”

“Hahaha...amboi, jadi calon isteri? Kau ingat senang-senang nak jadi calon suami adik aku? Hah!! Berdepan dengan abang dia ni dulu, kalau kau lulus barulah aku pertimbangkan boleh jadi calon ke tak.”

“Uissh! Dahsyat aa... sampai macam tu sekali. Betul-betul kau jaga dia ye?”

“Of courselah, itu je adik yang aku ada.”

“Hehe...aku nak berkawan je dengan adik kau. Tak kan tak boleh kot?”

“Hmm, aku tak halang pun kau nak berkawan. Aku bukan ayah kau pun nak halang-halang ni hahaha.” Adwa bergurau.

“Siot je kau... Aku call sebab aku cuma nak confirm betul ke Nuril Awra binti Tahir tu adik kau.”

“Erm... betullah tu nama adik aku.”

“Hehe, aku tak salah tekalah ni... Eh. Aku kena pergi, ada patient masuk klinik. Free nanti aku roger.” Kata Jauzan tergesa-gesa melangkah masuk ke klinik dengan telefon yang masih di telinganya.

“Hmm, okay beb.”

Erm, ada cubaan nampaknya. Jauzan.. Jauzan... Pantang nampak perempuan berdahi licin sikit, mesti nak masuk daun tapi sorang pun tak lekat. Haishh...perangai tak berubah, sabar jelah.

Adwa cukup mengenali sahabatnya yang seorang itu, Jauzan seorang yang cerewet dan pentingkan kesempurnaan, kerana itu sehingga kini dia masih belum ada teman istimewa. Pernah satu ketika dia menjalin hubungan cinta dengan seorang gadis ketika zaman belajar dahulu namun hubungan itu hanya bertahan beberapa bulan sahaja. Mereka putus hanya kerana alasan yang tidak munasabah, dia tidak suka pasangannya itu tidak membuat rutin senaman setiap minggu. Sungguh senaman itu bagus dan mampu menyihatkan badan namun ia bukanlah satu perkara paksaan yang diwajibkan kepada setiap individu untuk dilaksanakan. Dia juga tidak suka perempuan yang gemarkan coklat, baginya coklat itu adalah makanan yang tidak sihat. Sikap-sikap Jauzan yang sebegitu kadang-kadang membuatkan Adwa geleng kepala. Sudah bermacam teguran yang diberikan kepada Jauzan untuk dia mengubah sikapnya itu namun bagaikan mencurah air ke daun keladi, sedikit pun Jauzan tidak mengambil pusing. Namun Adwa kagum dengan satu sikap Jauzan, dia mampu mengawal sikap cerewet dan kesempurnanya itu ketika dia sedang menjalankan tugasnya sebagai seorang doktor, cuma yang menghairankannya kenapa Jauzan tidak mahu langsung mengubah sikapnya itu sedikit demi sedikit.

Nak pikat adik aku ye? Aku risau kau je yang kena reject nanti. Adik aku tu dahlah hantu coklat. Hehe... Memang hebatlah kalau kau dapat pikat hati dia. Hmm...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience