Setibanya Nuril di rumah Adwa, dia bertemu dengan Fatihah yang kini sudah berbadan dua. Perut Fatihah sudah semakin kelihatan. Nuril tersenyum melihat perubahan Fatihah yang sudah sedikit berisi.
“Wah! Akak. Dah nampak perut. Comel hehe.” Nuril menegur Fatihah yang sedang membancuh air.
“Hah? Ish, janganlah tegur macam tu. Malu akak.” Ujar Farihah ketawa kecil.
“Hehe. Akak okay? Ada morning sickness ke?”
“Alhamdulillah. Morning sickness dah makin kurang, tak macam awal-awal dulu memang tak larat betul hehe.”
“Alhamdulillah. Meh sini saya angkat air tu.” Ujar Nuril yang melihat Fatihah sedang menyusun gelas-gelas di atas talam.
“Beria akak buat air. Susah-susah je. Lepas ni akak tak payah buatkan untuk Awra tau, kalau Awra nak nanti Awra buat sendiri je ye hehe.” Fatihah hanya tersengih, dia sudah terbiasa begitu setiap kali Nuril datang bertandang. Dia tetap melayan adik iparnya itu seperti tetamu-tetamu yang lain. Fatihah mengekori Nuril menuju ke ruang tamu.
“Along. Jom minum.” Sapa Nuril pada Adwa yang sedang khusyuk menghadap buku dihadapannya. Adwa mengangguk. Fatihah duduk disebelah suaminya. Nuril menuang air oren ke dalam gelas lalu dihulurkannya pada Adwa dan Fatihah.
“Owh, adik ada bawa kek batik.” Kata Nuril lalu mengeluarkan satu bekas plastik yang berisi kek batik yang sudah siap dipotong dan tersusun rapi di dalamnya.
“Wah! Sedapnya. Macam tau-tau je akak tengah mengidam kek batik.”
“Ye ke? Rezeki baby hehe.”
“Hmm, sedap.” Adwa menyampuk selepas menyuap sepotong kek tersebut ke mulutnya.
“Awra buat ke?” Soal Fatihah. Nuril hanya tersengih dengan pertanyaan Fatihah lalu dia mengangguk.
“Terasa nak makan kak hehe.”
“Pandailah Awra buat. Sedap.”
“Ala... biasa-biasa je kak. Makan banyak-banyak kak hehe.”
“Skill buat kek dia, tak hilang lagi haha.” Sampuk Adwa.
“Jangan nak mengadalah along.” Jeling Nuril. Adwa tersengih.
“So, adik nak cakap apa tadi?” Soal Adwa bertanyakan hal yang ingin disampaikan oleh Nuril ketika mereka bercakap ditalian pagi tadi.
“Along kenal Jauzan?”
“Kenal. Kenapa dengan dia? Mana adik kenal dia?” Sengaja Adwa bertanya walaupun dia sudah pun mempunyai jawapannya namun dia inginkan kepastian dari mulut adiknya sendiri. Nuril kemudiannya menceritakan detik pertemuannya dengan Jauzan sehinggalah panggilan telefon yang diterimanya pagi tadi dari Jauzan.
“Owh. Adik nak pergi jumpa dialah ni?” soal Adwa. Nuril diam tidak membalas pertanyaan Adwa.
“Adik tak pasti nak jumpa dia ke tak. Tapikan along...ada beberapa perkara lagi yang adik tak cerita pada along.” Kata Nuril lagi.
“Huh? Apa tu? Banyak sangat rahsia ni. Tapi sebelum tu, kenapa adik tak pasti nak jumpa Jauzan ke tak? Tak curious ke dengan apa yang dia nak sampaikan? Hehe.”
“Erm...entahlah. Adik rasa macam tak ada keperluan je nak jumpa dia. Tapi adik ada something nak tanya pada dia.”
“Erm, pulak.”
“Adik ada dapat gift dari secret admirer sejak dua menjak ni. Dan adik rasa macam Jauzan
yang kasi.”
“Huh?!” Terbeliak mata Adwa mendengar kata-kata adiknya.
“Are you sure dia yang bagi?” Nuril menggeleng.
“Itu yang adik nak tanya dia. Erm, Jauzan tu orangnya macam mana?”
“Hmm, dia okay je. Rajin kerja, tak pernah along dengar dia buat benda-benda yang tak elok. Cuma dia tu sejenis yang cerewet.”
“Oo...”
“Kenapa? Dah terpikat dengan Jauzan ke? Hahaha.” Adwa menyakat adiknya. Bulat mata Nuril mendengar soalan abangnya.
“Isshh! Along ni.” Nuril menjeling pada Adwa.
“Manalah tahu tiba-tiba terjatuh hati ke? Haha.”
“Along!!” Adwa masih ketawa, senang hati dia dapat mengenakan Nuril. Fatihah yang berada di situ turut ketawa mendengar perbualan mereka.
“Dalam hati adik dah ada orang lainlah.” Ujar Nuril yang masih menjeling pada Adwa.
“Huh?! Dah ada orang yang berjaya pikat hati adik? Wah!! Tak cakap pun dekat along. Siapa tu? Beraninya tak melalui along dulu.” Kata Adwa sambil mengangkat-angkat sebelah keningnya. Nuril tersengih tanpa perasaan bersalah.
“Siapa orang tu? Suruh dia jumpa along sekarang.” Ujar Adwa dengan nada yang sedikit serius.
“Sekarang? Dia tengah kerjalah along.”
“Kenapa tak beritahu pada along? Siapa dia? Nama dia siapa?” Adwa sedikit bimbang dengan pengakuan Nuril. Dia risau jika Nuril berkawan dengan lelaki yang bukan-bukan. Dia risau akan keselamatan adiknya.
“Along kenal dialah. Kawan along juga. Hmm.” Ringkas jawapan dari Nuril.
“Huh...along kenal? Do you mean Asrar?” Adwa meneka. Hanya nama Asrar yang terlintas dibenaknya pada ketika itu. Nuril yang memandang pada abangnya hanya tersenyum lalu dia mengangguk. Pipinya sudah merah menahan malu. Seraya itu, Adwa mulai tersengih. Dia tersenyum seperti tidak percaya dengan pengakuan adiknya.
“Asrar tahu tak yang adik sukakan dia?”
“Tahu...” Jawab Nuril pendek sambil tersengih malu. Makin lebar senyuman Adwa. Adwa memang mengharapkan adiknya itu menerima kehadiran Asrar sebagai teman hidup. Doanya selama ini termakbul.
“Owh. Senyap, senyap je ye...hehe.”
“Aa...? Erk, adik tak bermaksud pun nak sembunyikan dari along. Lagipun hubungan adik dengan Asrar tak lebih dari kawan.” Terang Nuril. Berkerut dahi Adwa dengan kata-kata Nuril.
“Tak lebih dari kawan? Apa ni? Along tak faham.”
“Kawan sampai kahwin hehehe.”
“Aduh. Along tak fahamlah.”
“Adik dan Asrar dah janji untuk kawan sampai kahwin hehe.”
“Apa maksudnya tu? Pening kepala along nak fikir.” Adwa bertanya lagi soalan yang hampir sama. Nuril tersengih melihat gelagat abangnya.
“Sebenarnya adik yang buat syarat macam tu...”
“Huh? Kenapa?”
“Sebab adik tak nak Asrar rasa bersalah bila dia tak dapat nak luangkan masa untuk adik.”
“Ermm...tapi, pada pandangan along... Macam tak kena je kalau buat macam tu.”
“Adik tak nak dia rasa terbeban dengan kehadiran adik dalam hidup dia. Lagi pula dia tengah buat persediaan untuk sambung study. Adik tahu bukan senang belajar medic ni. Fokus kena tinggi, so adik saja nak bagi dia tenang-tenang je. Hehe.”
“Hmm. Tapi nanti misalan kata korang dah kahwin, bukan ke perkara ni juga yang korang kena hadap?”
“Betul. Adik tahu tu.”
“So...?”
“So... bila masa tu tiba nanti, baru fikir semula hehe.”
“Are you sure?”
“Yup, so sure.”
“Hmm. Terpulanglah pada adik dan Asrar jika itu yang dirasakan terbaik.”
“Erm, along okay ke adik kawan dengan Asrar? Along tak nak suruh dia jumpa along dulu ke?” Soal Nuril yang sedikit pelik dengan abangnya, kebiasaannya Adwa bermati-matian akan menyuruh Nuril untuk membawa mana-mana lelaki yang ingin berkawan dengannya untuk berjumpa dengan Adwa terlebih dahulu, tetapi sehingga kepada perbualan mereka setakat ini, tidak ada pula desakan daripada abangnya berkaitan perkara itu.
“Huh?! Oo...kalau dengan Asrar, tak perlulah dia nak jumpa along dulu. Along dah terlebih kenal sangat dengan dia hahaha.”
“Oo...macam tu pula.” Nuril mengerling ke arah jam di dinding, jam sudah pun menunjukkan pukul 12.10 tengahari. Seusai itu, telefon pintar Nuril yang diletakkannya dia atas meja berbunyi. Adwa mengerling pada skrin telefon tersebut, tertera nama Asrar di situ.
“Hmm...buah hati pengarang jantung dah telefon tu. Hahaha.” Adwa menyakat. Nuril tersengih, dia mencapai telefonnya dan berlalu menuju ke suatu sudut yang agak tersorok sedikit. Di sudut itu terdapat beberapa buah rak buku dan sebuah meja beserta kerusi. Kawasan itu sering menjadi tempat Adwa membuat kerja-kerjanya. Nuril menekan butang hijau pada skrin telefonnya.
“Hello princess. Assalammualaikum.” Terdengar suara Asrar memulakan bicara dihujung talian.
“Waalaikumussalam.” Nuril menjawab dengan senyuman dibibirnya.
“Awra ada call saya tadi? Sorry sangat sebab tak dapat jawab tadi, tengah treat emergency patients.”
“Hehe. Okay je awak. Sorry ganggu awak tengah kerja.”
“Aa...tak apa. Ke awak rindu saya ni? Hahaha.” Asrar mula mengusik.
“Huh?! Erk...”
“Tak rindu ke?”
“Aduh. Trickynya soalan.”
“Tak apalah kalau orang tu tak rindu dekat saya...erm, siapalah kita ni...”
“Awak...saja nak kenakan saya ye??” Seusai berkata demikian terdengar suara Asrar ketawa di talian.
“Haha. Mesti pipi Awra dah merah sekarang ni.” Asrar mengusik lagi. Nuril mula meraba-raba pipinya yang sudah merah.
Aish! Tau je dia. Nuril mengomel dalam hati.
“Sorry, sorry...saya gurau je. Ada apa princess call saya?”
“Erm, sebenarnya saya nak tanya awak pasal Jauzan.”
“Owh. Kenapa dengan dia?”
“Dia ada call saya dan ajak jumpa. Katanya ada sesuatu yang dia nak beritahu saya.”
“Erm. So, Awra nak pergi jumpa dia ke?” Soal Asrar untuk kepastian. Hatinya tidak senang tatkala Nuril menyebut nama Jauzan.
“Kalau ikutkan saya tak nak jumpa dia tapi bila terfikir yang saya pun ada nak tanya dia pasal hadiah-hadiah tu...mungkin okay kot kalau saya jumpa dia sekejap. Awak okay ke kalau saya jumpa dia sekejap?”
“Awra... Awra minta kebenaran dari saya ke ni?” Asrar menyoal sambil tersenyum.
“Ha ah.” Balas Nuril pendek.
“Kenapa?” Sengaja Asrar mengutarakan soalan sebegitu untuk menguji Nuril.
“Huh? Erm...sebab saya rasa macam tak sedap hatilah kalau saya tak minta kebenaran dari awak walaupun kita tak officially terikat lagi.” Ujar Nuril berterus terang. Asrar cukup tersentuh mendengar kata-kata Nuril. Asrar terdiam seketika.
Ya Allah! Sesungguhnya kau hadirkan insan yang tepat untukku. Kau jagalah hatinya dan jagalah hatiku. Sesungguhnya cintaku padanya sudah semakin mekar. Kau satukanlah kami di bawah rahmat dan redhaMu Ya Allah! Asrar tersenyum.
“Awak. Hello...” Panggil Nuril apabila tidak mendengar balasan dari Asrar di talian.
“Hmm. Ye...ye. Erm, saya okay je kalau princess nak pergi jumpa dia tapi jaga keselamatan diri baik-baik.”
“Okay awak. Saya nak jumpa dia sekejap je.”
“Awra nak jumpa dia dekat mana?”
“Cadangnya macam nak jumpa dia dekat rumah Adwa.” Ujar Nuril sambil menggaru-garu dagunya yang tidak gatal.
“Rumah Adwa?” Soal Asrar hairan.
“Ha ah. Saya ada dekat rumah Adwa ni.”
“Owh! Ye ke. Lega sikit hati saya kalau macam tu.”
“Huh? Owh, hehe. Nak jumpa dia dekat rumah Adwa ni je hehe.” Seraya itu Adwa sudah pun berdiri di sebelah Nuril yang sedang asyik berbual.
“Amboi! Bukan main lagi bergayut.” Sapa Adwa. Nuril terkejut mendengar suara abangnya lalu dia menoleh. Asrar terdengar suara Adwa sayup-sayup di hujung talian. Dia tersengih sendiri. Adwa kemudiannya merampas lembut telefon dari tangan Nuril. Nuril tergamam.
“Along!” Jerit Nuril perlahan.
“Yo! Bro! Amboi kau...senyap-senyap na dengan adik aku, tak habaq mai kat aku langsung na.”
“Hahaha. Sorry bro. Aku tak sempat lagi nak slow talk dengan hanglah, niat tu ada.” Balas Asrar.
“Hahaha. Hmm. Kau jagalah adik aku ni baik-baik na. Bila-bila free nanti roger aku. We need to talk.” Pesan Adwa pada Asrar.
“Along...!”
“Hehe. Alright bro. Nanti aku roger.” Seusai Asrar berkata demikian Adwa menyerahkan
kembali telefon kepada Nuril sambil menjeling ke arahnya.
“Sorry awak. Tengoklah tu, saja je kacau.”
“Hahaha. It’s okay.”
“Erm, awak. Sorry...lama pula bercakap, awakkan tengah kerja. Mengganggu pula saya ni.”
“Aa...tak apa. Lagipun saya tengah break ni, baru nak jamah makanan hehe. Tak sempat makan tadi, banyak pula kes pagi tadi.”
“Owh, ye ke. Mesti awak penat, dari semalamkan awak oncall?”
“Ha ah. Ikutkan oncall sampai pagi ni, tapi Doktor Hadi tak dapat datang pagi ni, ada emergency katanya. Lepas-lepas Zohor baru dia dapat masuk. Saya gantilah sekejap.”
“Owh, tak apalah awak. Banyak pahala tu. Balik nanti rehat cukup-cukup ye.” Pesan Nuril.
“Baik my princess hehe.”
“Okaylah awak. Nanti ada apa-apa saya mesej.”
“Okay. Assalammualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Share this novel