Bab 7

Romance Series 6062

Malam itu selepas solat isyak Nuril duduk di sofa sambil menonton televisyen. Matanya tertumpu pada kaca televisyen namun fikirannya melayang pada peristiwa yang berlaku pada petang tadi. Nuril tersenyum sendirian apabila teringatkan apa yang berlaku petang tadi ketika di pasar malam. Tak semena-mena dia menekup muka dengan bantal yang dipegangnya sejak dari tadi beberapa kali. Rina yang baru keluar dari biliknya perasan akan perbuatannya itu.

“Kau dah kenapa Nuril?” tegur Rina. Nuril tersentak. Dia mengalihkan bantal dari menekup mukanya. Dia tersengih ke arah Rina bagaikan kerang busuk. Rina berjalan menghampiri Nuril.

“Hehe...tak ada apa-apa.” Jawab Nuril ringkas sambil memeluk bantal tersebut.

“Ye ke? Boleh percaya ke kau ni?” Rina mengerling lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Nuril.

“Huh? Kenapa?”

“Tu.. tu.. kenapa pipi kau merah tu?” soal Rina lagi. Nuril tercengang.

“Huh?! Merah ke? Nampak ke?” Nuril meraba-raba pipinya. Rina ketawa melihat gelagat Nuril.

“Haha...kau mana boleh sorok. Jelas sangat nampak dekat muka kau tu.”
Sungguh, itulah salah satu kelemahan dia. Nuril tidak mampu untuk mengawal perasaan malunya. Walaupun dia boleh menyembunyikannya melalui kata-kata namun dia tidak mampu untuk menyembunyikan dari wajahnya. Pipinya akan mulai kemerahan saat dia merasa malu.

“Ala...kau ni. Aku kan... petang tadi, aku terserempak dengan lelaki yang aku jumpa dekat taman dulu tu.”

“Huh?! Seriously?! Patutlah muka kau merah. Kau jumpa dekat mana? Ceritalah kat aku.” soal Rina teruja.

“Actually...dia terlanggar aku petang tadi dekat gerai murtabak. Terkejut aku.”

“Dah lama kot, tiba-tiba dia muncul semula. Dia duduk area situ ke?” Ujar Rina lagi.

“Ha ah. Dia baru pindah situ katanya.”

“Wah! Sempat kau berkenalan dengan dia. Hehe. Seronoknya. Siapa nama dia?”

“Ntah, aku tak tahu nama dia. Aku tak tanya. Aku cakap-cakap kejap je dengan dia lepas tu aku lari. He...”

“La...kenapa kau lari?” soal Rina hairan.

“Aku malu...”

“La...kau ni. Malu apanya...” Ujar Rina seakan tidak percaya. Nuril tersengih.

“Aku malu sebab aku nangis dekat sebelah dia hari tu haha.”

“Haha.. tapikan...Remy tinggal dekat area situ.”

“Ha ahlah, terlupa pulak aku.”

“Mesti Remy tahu kot.”

“Eh, kau tak payahlah tanya.”

“Hehe...takut ye?”

“Ish, taklah. Aku segan.” Ujar Nuril sambil menjeling ke arah Rina.

“Kau dah terpikat dengan lelaki tu ke?” soal Rina yang sedang merenung ke arah Nuril.

“Huh?! Kenapa kau tanya macam tu?”

“Sebab aku tengok kau tu lain macam je. Pipi kau pulak merah-merah. Kau malu sebab dah jatuh hati pada lelaki tu eh??” Rina meneka. Sengaja dia mengusik Nuril.

“Isshh, kau ni memandai je. Buatnya dia dah kahwin, tak memasal je cari pasal.”

“Haha...tapi firasat aku mengatakan dia masih single.” Kata Rina sambil mengangkat-angkat keningnya. Nuril terkebil-kebil memandang ke arah Rina.

“Hmm...ntahlah Rina. Malaslah aku layan kau.” Ujar Nuril perlahan, malas dia hendak melayan sangat kata-kata temannya itu nanti semakin meleret leret pula Rina menyakatnya.

****

Beberapa hari kemudian, selepas selesai mandi pada pagi itu Remy menuju ke dapur. Dia mencapai sebiji gelas lalu dia merendam seuncang teh di dalam gelas tersebut. Seraya itu Asrar keluar dari biliknya dengan berkain pelikat dan berbaju tshirt serta sehelai tuala yang tersangkut di bahunya. Dia baru sahaja bangun dari tidur untuk mandi.

“Uish, Remy. Awal kau bangun hari ni?” Asrar menyapa sambil menutup mulutnya yang sedang menguap. Dia memandang ke arah Remy yang hanya memakai kain tuala sedang membancuh minumannya.

“Aku kena pergi site hari ni. Site luar KL, so kena gerak awal sikitlah dari biasa. Macam nilah engineer...”

“Owh, ye ke. Have a nice day bro.” Ujar Asrar lalu melangkah menuju ke bilik air.

“By the way...selamat bertugas doktor. Hehe. First day kau kan hari ni?”

“Ha ah, hehe...thanks bro.” Ucap Asrar sambil tersengih. Hari ini merupakan hari pertama dia berkerja. Dia agak gemuruh namun dia masih mampu mengawalnya. Seusai solat subuh Asrar menjamah beberapa keping roti dan secawan kopi untuk mengalas perutnya sebelum memulakan tugas. Remy sudah pun keluar sebelum azan subuh tadi. Asrar kemudiannya beredar dari rumah sewanya dan menuju ke tempat kerja.

“Assalamualaikum puan...” Asrar menyapa seorang wanita di pejabat pentadbiran di tempat barunya. Dia tiba awal di situ sebelum waktu pejabat bermula pada jam 8 pagi.

“Waalaikumussalam...” balas wanita yang berusia dalam lingkungan empat puluhan itu. Wanita itu memandang ke arahnya dengan riak wajah sedikit tergamam. Uissh, handsomenya budak ni.

“Puan, saya baru lapor diri hari ni.” Ujar Asrar sambil memerhati sekitar pejabat tersebut. Terdapat beberapa orang pekerja yang sudah berada di situ. Mereka mencuri-curi pandang ke arahnya.

“Owh, Doktor Asrar ke?” soalnya.
“Ha ah, betul...betul...he. Ada dapat makluman ke?”

“Ha ah, biasa kami ada terima makluman awal. Doktor ada bawa salinan dokumen?” soal wanita itu lagi sambil tersenyum.

“Ada...ada...” Asrar menghulurkan dokumen yang sudah disediakannya beberapa hari yang lalu kepada wanita itu.

“Okay, doktor tunggu sekejap. Saya uruskan.”

“Baik...baik.” ujar Asrar lalu dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi pelawat di situ.

“Kak Ida. Siapa tu? Staf baru ke? Handsomenya.” Tegur salah seorang staf perempuan di situ, perlahan nada suaranya sambil tersengih-sengih.

“Ha ah, staf baru.” Balas Ida pendek.

“Pegawai baru kita ke?” soalnya lagi dengan nada yang sedikit teruja.

“Aissh, jangan nak excited sangatlah Murni. Tu MO baru kitalah.”

“La...doktor ke? Ingatkan pegawai tadbir baru kita tadi...” ujar Murni sedikit kecewa. Ida hanya ketawa kecil dengan gelagat Murni. Murni tidak berminat dengan seseorang yang berkerjaya sebagai doktor dek kerana pengalamannya yang lepas.

“Erm...doktor. Dah settle, ini stiker kereta. ID baru doktor nanti dah siap kami akan call. Doktor lapor terus ke Jabatan Ortopedik ye.”

“Alright. Terima kasih puan.” Ujar Asrar tersenyum.

“Doktor tak payahlah panggil saya puan... panggil kak Ida je. Kalau ada apa-apa berkaitan hal pejabat boleh je contact sini terus.” pesannya lagi. Asrar hanya tersenyum sambil mengangguk.

“Okay kak hehe. Terima kasih.”
“Sama-sama.” Balas Ida. Asrar kemudiannya terus bergerak ke Jabatan Ortopedik.

****

Selesai memperkenalkan diri dan berkenalan dengan staf-staf di jabatannya. Asrar terus ditugaskan ke wad ortopedik. Dia agak terpinga-pinga seraya cuba memahami sistem cara kerja di tempat barunya. Sistem cara kerja itu tidak banyak berbeza dari hospital ketika dia menjadi doktor pelatih sebelum ini. Perkara itu sedikit sebanyak melegakannya. Namun begitu dia perlu memahami cara untuk mengendalikannya dengan betul.

Sejak dia masuk ke wad itu, banyak mata yang mencuri-curi pandang ke arahnya. Asrar perasan akan hal itu namun diabaikannya sahaja. Susuk tubuhnya yang tinggi dengan dada yang bidang serta wajah yang persis seorang model secara tak langsung menarik minat orang untuk memandang ke arahnya walaupun dia sudah memakai pelitup muka sebelum dia melangkah masuk ke dalam wad. Perkara yang sama seperti ini juga berlaku sewaktu dia menjadi doktor pelatih sebelum ini.

“Asrar!” Jerit Doktor Rajan iaitu ketua di bahagian ortopedik. Asrar yang sedang meneliti sistem di skrin komputer menoleh setelah mendengar namanya dipanggil.

“Ya doktor.” Asrar menyahut.

“You jumpa I sekejap.” Dia berkata sambil melangkah menuju ke pintu wad. Asrar memandang ke arah Doktor Hadi, salah seorang doktor senior yang sedang memberi penerangan kepadanya berkaitan sistem di situ.

“Baik kau ikut dia sekarang. Dr. Rajan tu ada masa mood dia swing. Hehe.” Ujar Hadi perlahan.

“Owh...ye ke...alright.” Asrar berlari-lari anak membuntuti Dr. Rajan selepas mendengar nasihat Dr. Hadi.

Aiishh, mood swing? Haru jugak kalau dapat bos macam ni. Tak apalah, ni baru first day aku. InshaAllah aku boleh adapt semua ni.

“Dr. Hadi...MO baru tu okay ke?” soal salah seorang jururawat yang berdiri berhampiran dengannya. Dr. Hadi membalas pertanyaan jururawat tersebut dengan sebuah senyuman.

“Aloh..doktor, kita tanya dia senyum pulak.”

“Hehe...dia okaylah kak. Dia cepat pickup... Senang nak ajar.”

“Dengar kata dia salah seorang houseman kesayangan dekat tempat lama dia dulu.”

“Owh, ye ke? Mana akak tahu? Saya sendiri tak tahu apa-apa.”

“Adalah orang sampaikan.”

“Ish, kak...tak kisahlah tu, yang penting dia boleh buat kerja hehe. Jangan cakap benda-benda yang kita tak pasti kak.” Tegur Dr. Hadi selamba. Jururawat tersebut hanya menjeling ke arah Dr. Hadi. Dr. Hadi sudah masak dengan perangai-perangai jururawat di situ, mereka memang gemar bergosip.

“Hmm, doktor. Ada apa-apa yang perlu saya buat ke?” soal Asrar ketika dia melangkah masuk ke bilik Dr. Rajan.

“Erm, Asrar...I dapat info dari sahabat I di Kedah, dia kata dia nak serap you dekat sana tapi you tolak. Kenapa ya?” soal Dr. Rajan sambil mengusap-usap janggutnya. Doktor India itu berusia awal lima puluhan, tinggi dan berbadan sedikit gempal.

“Owh...actually saya merancang untuk further study dekat sini.”

“Haa...do you aim to be a specialist?”

“I do doctor..but I’m sure it will be a long journey for me.”

“Which specialization do you want to pursue?”

“Orthopedic surgery.”

“Owh...no wonders you are here.”

“Kebetulan doktor hehe.”

“No..no...it is good for you. There is a lot you can learn from here. Tapi buat masa sekarang, I letak you di wad dulu. Dari masa ke masa I want you to join me in OT.”

“Thank you doctor.”
“I heard a lot about you actually...”

Huh?! Pasal aku? Aa..sudah...apa pulak yang dia dengar pasal aku ni? Aduh, risau aku...

“I’m sure you kenal Dr. Hashim...” ujar Dr. Rajan.

“Ha...ya, ya... Saya kenal.” Balas Asrar sambil tersenyum. Dr. Hashim merupakan doktor pakar yang paling rapat dengannya ketika dia houseman dulu. Dr. Hashim banyak membantu Asrar dari segi kerja dan banyak kata-kata nasihat yang diberi oleh beliau kepada Asrar dan rakan-rakan housemannya yang lain.

“Dia kawan baik I...kami sebaya. Dia banyak bercerita pasal you, he said you have potential in this field.”

“Owh, ye ke doktor.”

“I hope what he said was true. But truth to be told, it wasn’t that easy.”

“I know doctor. Memang tak mudah tapi saya akan buat yang terbaik. Masih banyak yang perlu saya belajar doktor.” Ujar Asrar bersemangat. Dr. Rajan tersengih mendengar kata-kata Asrar. Dia mengangguk perlahan, dia sedikit terkesima dengan keyakinan Asrar.

“I dekat sini selalu kena cop sebagai doktor yang mood swing. I’m sure you heard about it today on your first day hehe.” Terang Dr. Rajan sambil ketawa kecil. Entah mengapa Dr. Rajan begitu terbuka dengannya, seakan-akan sudah lama dia mengenali Asrar. Asrar hanya tersenyum.

“But that doesn’t matter. As long as they obey me...” Seusai berkata demikian, telefon bimbit Dr. Rajan berdering. Dr. Rajan mencapai telefonnya.

“Erm. You can go now. I’ll see you later.” Ujarnya sambil memberi isyarat kepada Asrar untuk keluar.

“Okay. Thank you doctor.”

*****

Di satu pagi di hari ahad, Asrar sedang berbaring di atas sofa di ruang tamu rumah. Sedang dia khusyuk membaca buku, telefon bimbitnya berbunyi. Dengan malasnya dia mencapai telefon tersebut dari atas meja. Dia tersengih sendirian tatkala melihat nama Rina tertera pada skrin telefonnya itu. Sudah agak lama dia tidak menghubungi Rina semenjak dia berpindah ke Kuala Lumpur.

“Assalamualaikum...” Asrar memberi salam.

“Waalaikumussalam... Asrar! Sampai hati kau tak cakap kat aku kau dah pindah KL!” Jerit Rina. Terasa bingit di telinganya dek suara Rina yang sedikit nyaring.

“Ish, kau ni. Kot ye pun...janganlah menjerit. Hahaha...” tegur Asrar.

“Macam mana aku tak jerit. Tak puas hati tau. Kau dah pindah sini dah beberapa bulan, semalam baru aku dapat tahu. Haishh.”

“Mana kau tau aku dah pindah? Hehe.” soal Asrar.

“Remy...” jawab Rina ringkas.

“Aku bukan tak nak bagitau kau. Aku nak buat surprise hahaha.”

“Banyaklah kau punya surprise...” Ngomel Rina.

“Hahaha...janganlah marah. Aku gurau je, aku busy. Banyak benda aku nak kena cover. Baru hari ni aku dapat bertenang sikit hehe.”

“Eh, jom...dating. Hahaha.” Pelawa Rina.

“Amboi kau...”

“Eleh...aku tau kau bukan sudi pun. Suka aku pun tak.”

“Pulak, siapa kata aku tak suka kau?”

“Seriously? Kau suka aku?”

“Of course la suka tapi... Suka tak lebih dari seorang kawan hehehe.”

“Hmm...aku dah agak dah. Bukan senang nak ajak kau dating. Typical seorang Asrar kan... Tak mungkinlah nak keluar berdua je dengan gegirl. Hehe.”

“Haha...kau ni.”

“Hahaha. Betullah apa aku cakap.”

“Aku dah ada janji hari ni. Nak jumpa kawan sekolah aku. Sorry beb...next time kita plan.”

“Hehe...tak apa. Nanti kita plan. Bolehlah kita keluar berempat...kau, aku, Remy dan Nuril. Nak keluar berdua je karang, confirm kau tak nak. Hmm...Kau tak pernah jumpa Nuril lagi kan?”

“Belum hehe... Aku kenal nama je, orangnya tak pernah kenal lagi.”

“Itulah, tak pernah berkesempatan nak keluar sekali kita ni. Sebelum ni kau jauh, jadi kami bertiga jelah yang selalu bersama. Tak cukup korum. Sekarang kau dah ada dekat sini, bolehlah kita selalu jumpa.”

“InshaAllah, bila-bila aku free nanti aku inform.”

“Alright. Okaylah Asrar...I’ve got to go. Apa-apa roger. Bye. Asslamualaikum.”

“Okay. Waalaikumussalam..”  Asrar kemudiannya mencapai kembali buku yang  dibacanya tadi. Belum pun sempat dia membuka buku tersebut, satu pesanan whatsapp masuk. Dilihatnya pada skrin telefon, tertera nombor yang tidak dikenalinya. Dia membuka pesanan tersebut dan berniat untuk memadamnya namun matanya tertacap pada mesej yang telah dikirim.

‘Asrar. Kenapa kau tak datang masa majlis nikah aku?! Aku tunggu kau datang...’

Eh? Siapa pulak ni? Nak kata kawan aku, tak ada pulak dapat jemputan kahwin. Ke tersalah hantar mesej? Asrar tertanya-tanya sendiri. Dia sambung lagi membaca pesanan tersebut untuk mengetahui gerangan empunya mesej.

‘Aku tahu kau marah pada aku tapi aku masih sayangkan kau. Abang aku paksa aku kahwin dengan Nik. Aku tunggu kau datang untuk halang aku nikah tapi aku hampa, kau langsung tak muncul. Aku cuba hubungi kau berkali-kali tapi tak ada  balasan. Kenapa kau buat aku macam ni??’

‘Aku nak kita bersama semula...Please Asrar. Jangan abaikan aku.’

Aisshh! Perempuan ni rupanya. Apa masalah dia ni?! Ya Allah! Kau jauhkanlah aku dari perempuan bernama Sara ni. Aku dah tak nak ada apa-apa dengan dia.

Asrar menggeleng-gelengkan kepalanya selepas membaca pesanan dari Sara. Cintanya pada Sara sudah lama hilang dari hatinya. Pengalaman mengenali Sara selama ini menjadi pengajaran buat dirinya untuk dia lebih berhati-hati dalam perhubungan. Dia berhasrat untuk mencari seseorang yang boleh memahami dirinya, yang boleh bertolenrasi dan bertolak ansur dan yang paling penting baginya ialah seseorang yang jujur dan setia.

“Kenapa tu?” soal Remy yang melihat tingkah laku Asrar sejak dari tadi.

“Huh?! Bila kau ada sini?” soal Asrar sedikit terkejut apabila disapa oleh Remy yang entah dari mana datangnya.

“Baru je lagi. Kau tu khusyuk sangat... Kenapa tu? Berkerut je kening aku tengok.”

“Erm...aku dapat mesej dari Sara. Serabut pulak aku dengan dia ni.”

“Bukan kau dah blok ke nombor dia? Tapi dia kan dah kahwin.”

“Dia guna nombor lain...dah kahwin tapi masih sibuk ganggu hidup aku. Aiissh! menyampah pulak aku, aku tak fahamlah dengan perempuan macam ni.”

“Kau ignore jelah. Tak payah ambil tahu langsung. Dia mesej ke apa, kau delete je tak payah baca. Settle... Tenang hidup hehe.”

“Tu lah, aku dah move on.. malas dah nak fikir pasal dia. Nak mulakan chapter baru dalam hidup aku hehe.”

“Chapter? Chapter cinta?”

“Hahaha... Pandailah kau. Tapi susahlah nak jumpa gadis idaman hehe.”

“Kau memilih sangat kot.”

“Kena memilihlah...aku tak nak pisang berbuah dua kali. Umur pun makin lama makin tua bukan makin muda hehe. Lagi pun Ma aku siap pesan suruh cari perempuan yang baik-baik.”

“Yang ni aku setuju. Moga kau jumpa dengan jodoh kau tak lama lagi Aamiin.” Ucap Remy sambil tersengih.

“Aamiin.”

“Eh, kau tak ada jumpa siapa-siapa yang kau berkenan ke? Dekat tempat kerja ke?” soal Remy bersahaja. Dia mencapai alat kawalan jauh lalu dia menekan salah satu punat untuk membuka televisyen.

“Erm...susah nak jawab tu. Ada aku jumpa seseorang yang berjaya menarik perhatian aku, cumanya aku tak tahu siapa dia.” Ujar Asrar. Remy mengerling ke arah Asrar, berkerut dahinya kerana kurang memahami apa yang cuba disampaikan oleh Asrar.

“Apa kau cakap ni? Aku tak faham...”

“Hehehe. Sebenarnya sejak aku break. Bayangan gadis yang menangis dekat sebelah aku tu selalu datang menerjah dalam otak aku ni hehe.”

“Kau terpikat pada perempuan yang menangis tu ke? Peliklah kau ni.”

“Weh, bukan macam tu maksud aku. Aku tak pernah fikir pun. Tapi bayangan tu just tiba-tiba pap datang macam tu. Beberapa kali jugak la. Aku sendiri pun tak faham. Aku rasa bayangan tu yang membuatkan aku tergerak hati nak tahu siapa gadis tu sebenarnya. Macam ada sesuatu yang mendorong aku. Susahlah aku nak explain macam mana.”

“Hmm...tapi setakat bayangan je mana nak tahu siapa dia.” Balas Remy yang sedang menukar-nukar siaran di televisyen.

“Actually aku ada terserempak and tanpa sengaja aku terlanggar dia dekat pasar malam hari tu.” Ujar Asrar tersengih.

“Oo...kisahnya. Dah terpikatlah tu? Siapa nama dia?” Remy menyengih sampai ke telinga.

“Aku...tak sempat tanya, dia dah lari. Dia segan agaknya.”

“Hah! Cinta dah berputik semula...hahaha.” Remy mula menyakat.

“Haha.. kau ni. Sebenarnya hati aku rasa tenang je bila aku tengok dia. Lain sangat dengan apa yang pernah aku rasa sebelum ni.”

“Erm, memang sahlah tu...sah...sah...”

“Sah apa pulak?”

“Memang sah kau dah jatuh hati pada dia ni hahaha.”

“Wah..wah.. kau ni. Jatuh hati macam mananya? Jumpa pun sebab kebetulan. Secara tak sengaja.”

“Dari mata turun ke hati hahaha.. Percaya pada takdir Asrar...boleh jadi tu salah satu tanda untuk kau, Allah nak bagitau yang perempuan tu jodoh kau...siapa tahu.” Ujar Remy bersahaja. Asrar terdiam mendengar kata-kata Remy. Ada benarnya juga kata-kata Remy itu, dia teringat akan niatnya selepas dia putus tunang dahulu. Dia nekad memperbetulkan niatnya dalam mencari pasangan. Niatnya hanya kerana Allah. Dia berdoa kepada yang Maha Esa semoga dipertemukan dia dengan jodohnya pada waktu yang tepat.

“Hmm...bab-bab jodoh ni aku tak berani nak cakap lebih-lebih dan nak mengharap lebih-lebih. Boleh jadi benda lain yang Allah cuba nak tunjukkan pada aku.”

“Tak apa bro. Sampai masa nanti adalah jodoh kau tu. Tapi kot mana pun usaha kita tetap kena ada hehe.”
“Betul...betul... Erm, aku nak pergi bersiaplah. Kau nak ikut?” soal Asrar lalu bangun dari sofa.

“Pergi mana?” soal Remy sambil merebahkan badannya di atas sofa.

“Aku nak keluar jumpa kawan sekolah aku. Lama sangat dah tangguh.”

“Owh, tak naklah. Aku nak rehat dekat rumah je hari ni.”

“Alright...”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience