Bab 4

Romance Series 6062

"Doktor Asrar! Patient bed 6, branula dislodge." Maklum salah seorang jururawat yang bertugas.

"Huh!? Macam mana boleh dislodge? Sekejap, saya settle patient ni dulu." Ujar Asrar yang sedang mencuci luka seorang pesakit yang baru dimasukkan ke wad.

"Tak pasti doktor. Tadi okay lagi. Saya nak masukkan ubat, tengok-tengok branula dah ada dekat tepi katil dia."

"Alright..." jawab Asrar ringkas.

Walaupun dia hanyalah doktor pelatih dia tetap komited dengan tugasannya. Petang itu hanya tinggal dia dan seorang lagi houseman untuk cover tugas di wad tersebut sementara menunggu Medical Officer dia masuk ke wad semula. Mereka bergilir-gilir pergi menunaikan solat. Sudah empat bulan berlalu semenjak dia putus tunang. Jiwanya sudah semakin tenang. Walaupun Sara masih lagi cuba menghubunginya beberapa kali namun dia tidak menghiraukannya. Dia hanya fokus pada kerjanya sepanjang tempoh tersebut.

Dia sedaya upaya menimba ilmu dengan tekun sepanjang tempoh house officer nya. Jika boleh dia mahu segera bekerja di Kuala Lumpur selepas tamat sebagai HO kerana di Kuala Lumpur dia kenal ramai senior zaman universitinya dulu untuk dia jadikan sebagai rujukan untuk bidang kerjayanya. Dia bercita-cita mahu menjadi seorang doktor pakar suatu hari nanti.

"Assalammualaikum pakcik Hasan..." Asrar menyapa pesakit di katil enam setelah dia selesai menguruskan pesakit yang baru masuk ke wad tadi. Umurnya sudah enam puluh lapan tahun. Dia dimasukkan di situ kerana sakit belakang, sudah beberapa hari dia mengadu rasa sakit pada tulang belakangnya setiap kali dia hendak bergerak. Itulah yang diceritakan oleh anaknya.

"Waalaikumussalam..." jawabnya dengan suara yang serak-serak.

"Macam mana jarum boleh tercabut ni pakcik?" soal Asrar sambil tersenyum. Pakcik Hasan hanya memandang ke arah Asrar tanpa membalas soalan yang di tanya.

"Anak pakcik mana?" soal Asrar lagi sambil memeriksa tangan pakcik Hasan.

"Dia balik sekejap, ambil barang."

"Ye ke...kejap ye pakcik. Saya nak check semula urat pakcik ni. Nampak macam ada bengkak."

"Pakcik rasa sakit ke dekat tempat jarum ni?" soal Asrar dengan soalan yang mudah difahami.

"Sakit doktor...sebab tu saya cabut." balas Pakcik Hasan.

"Owh, pakcik ada rasa sakit... Ada bagitahu pada nurse tak?"

"Pakcik bagitau anak pakcik, dia kata biasalah masuk jarum tu memang sakit..."

"Ye ke...Allah. Takpe, takpe...maaf ye pakcik, saya nak kena cucuk lagi sekali ni." Asrar kemudiannya memandang ke arah jururawat yang bertugas untuk menyediakan peralatan.

"Sakit doktor." Ujar Pakcik Hasan.

"Kali ni saya buat dekat tangan kiri ye pakcik, sebab tangan kanan dah bengkak. InshaAllah, saya buat pelahan-lahan." Seraya itu anak kepada pakcik Hasan tiba di sisi katil.

"Kenapa ni doktor?" soal Alif.

"Ayah encik, dia cabut jarum ni tadi."

"Ye ke doktor? Ish, ayah ni...kenapa pergi cabut?" soal Alif dengan nada sedikit tinggi. Seraya itu, jururawat tadi kembali dengan troli yang berisi dengan peralatan yang diperlukan.

"Tak apa encik, saya akan masukkan semula di tangan kiri dia. Encik jangan marahkan pakcik, tangan kanan dia bengkak. Dia rasa sakit, itu yang dia cabut."

"Kenapa boleh bengkak doktor?"

"Banyak puncanya, boleh jadi pesakit secara tak sengaja tersentuh pada benda-benda keras or tertarik.. dan boleh jadi kedudukan jarum tu tak betul semasa first attempt."

"Owh, tak bahaya ke doktor?"

"InshaAllah tak ada apa-apa, saya akan swap alcohol dan tampal kapas pada tangan kanan. Untuk elak dari terkena jangkitan kuman."

"Okay pakcik...saya cucuk sikit ye. Saya cuba buat sebaik mungkin." Ujar Asrar lagi pada pakcik Hasan. Pakcik Hasan hanya mengangguk perlahan.

Agak sukar bagi Asrar untuk menemukan urat pada tangan pakcik Hasan memandangkan warna kulitnya yang sedikit gelap namun dia cuba merasakannya.

"Bismillahitawakaltu'allah..." ucap Asrar lalu memulakan proses branula insertion pada tangan kiri pakcik Hasan. Dilakukannya dengan berhati-hati dan teliti. Dengan sekali cucuk dia sudah pun berhasil memasukkan branula tersebut.

"Alhamdulillah...dah dapat..." ujar Asrar.

"Erm...okay, darah cantik. Kejap saya uji masuk air..."

"Hmm, okay, cun..." Asrar sudah semakin mahir dengan tugasnya. Dia sering dipanggil untuk proses branula insertion oleh staf yang lain kerana dengan sekali buat dia sudah jumpa urat yang dicari.

"Okay pakcik, ada rasa sakit tak?" soal Asrar untuk kepastian.

"Tak sakit doktor." Balas pakcik Hasan sambil tersenyum.

"Terima kasih doktor. Yang ni tak sakit." Ujar pakcik Hasan lagi.

"Sama-sama... Erm...akak, nanti boleh continue bagi ubat pada patient."

"Okay doktor." Balas jururawat tersebut. Asrar sering memanggil jururawat-jururawat yang lebih tua darinya dengan panggilan kakak. Ini kerana mereka sering membahasakan diri mereka dengan panggilan kakak pada Asrar.

"Kak Lin. Saya pergi solat sekejap." Ujar Asrar seusai tiba di kaunter wad pada salah seorang jururawat yang berada di situ.

"Okay dik. Akak tunggu ni. Jangan kau tak masuk semula pulak. Hahaha." Kak Lin berseloroh.

"Ish kak... Tu Doktor Meor dah masuk. Tapi kak mana pernah lagi saya tak masuk semula kan? Nanti habis rosak rekod saya kak. Saya dah tak sabar nak habiskan HO ni."

"Ala...rindulah kami-kami dekat sini bila doktor handsome ni tak ada nanti." Sampuk seorang jururawat bernama Fatimah yang entah dari mana datangnya.

"Hehe...ke situ pulak, boleh je kita jumpa bila-bila saya balik sini nanti. Saya ke surau kejap." Ujar Asrar dan terus berlalu dari situ.

Jam sudah menunjukkan pukul 5.45 petang, Asrar singgah di sebuah mesin layan diri berdekatan surau setelah selesai menunaikan solat asar. Dia bercadang untuk membeli sebungkus roti untuk mengalas perutnya yang lapar. Dia tidak sempat menjamah makanan lagi sejak tengahari tadi. Belum pun sempat dia membuat pembelian telefonnya berdering. Asrar mengeluarkan telefon bimbitnya dari saku seluarnya. Dia menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenalinya. Asrar berkira-kira untuk menjawabnya.

"Hello." Asrar akhirnya menjawab panggilan tersebut.

"Hello. Asrar. Aku nak jumpa kau sekarang." Ujar suara tersebut.

"Siapa ni?" Asrar menyoal.

"Jumpa aku dekat lobi." Arah suara terbabit.

Aisshh. Siapa pulak ni? Tiba-tiba nak jumpa. Tapi suara tu macam aku pernah dengar. Asrar berfikir sendiri. Dia kemudiannya melangkah menuju ke lobi hospital. Dia ternampak susuk tubuh yang dikenalinya iaitu abang kepada bekas tunangnya Najib seraya kakinya melangkah menuju ke lobi hospital.

Seusai Asrar tiba di lobi Najib terus menerjah ke arahnya.

"Asrar!" panggil Najib dengan nada suara yang sedikit tinggi dan dengan kasarnya dia mencengkam kolar baju Asrar. Terjegil mata Asrar dengan tindakan Najib. Dia terkejut dengan dengan apa yang berlaku.

"Woo...woo..woo! Apa ni bro?! Tiba-tiba datang serang membuta tuli ni?" Asrar terkejut dengan tindakan Najib.

"Hey! Kau jangan buat-buat tak tahu. Apa kau dah buat pada adik aku huh!? Kenapa kau putuskan pertunangan dengan dia?" Najib berang.

Huh?! Dah kenapa mamat ni? Sara tak bagitahu ke?

"Kau dah curang dengan dia! Kau boleh buat-buat tanya lagi?!" bentak Najib lagi. Cengkaman tangannya semakin kuat. Asrar tersenyum sinis. Dia tidak menyangka dia dituduh curang. Asrar menggeleng-gelengkan kepalanya. Para pengunjung dan para pekerja di hospital yang berada di situ mula berkumpul memerhatikan mereka berdua. Ada beberapa jururawat lelaki yang cuba untuk membantu namun Asrar memberi isyarat agar mereka tidak masuk campur.

Huh!! Perempuan ni. Apa yang cuba kau lakukan ni Sara?! Tak cukup lagi ke dengan apa yang kau dah buat?! Sekarang kau tabur fitnah dekat aku pulak?! Haiisshh!

"Aku? Curang? Aku ke adik kau yang curang? Aku rasa lebih baik kau tanya semula dengan adik kau."

"Kau dah curang! Kau tak nak mengaku?! Kau ni lelaki jenis apa hah?!!" Najib membentak lagi.

Ya Allah! Ya Rabb! Apa lagi ujian yang kau hadirkan untukku?

"Hei!! Kau better tanya adik kaulah soalan tu! Tanya dia, dia tu jenis perempuan yang macam mana?!" Suara Asrar mula meninggi. Dia mulai panas apabila dituduh berlaku curang.

"Kau memang melampau ye! Dah buat perangai! Kau tak nak mengaku!"

"Buat apa aku nak mengaku kalau benda tu aku tak buat?! Kau ada bukti ke yang aku curang?! Cuba kau tunjukkan bukti tu pada aku." Tegas Asrar. Najib terdiam.

Dia kehilangan kata-kata. Dia tidak ada bukti sahih yang menunjukkan Asrar curang. Apa yang dia tahu hanyalah kata-kata daripada Sara. Dia berang apabila mendapat tahu Asrar memutuskan tali pertunangan dengan adiknya. Sara memberitahunya yang Asrar sudah ada perempuan lain. Dia segera ke tempat Asrar bekerja sejurus mendapat tahu perkhabaran tersebut tanpa menyelidikinya terlebih dahulu. Mujur sahaja dia ternampak barang-barang hantaran yang dipulangkan Asrar di bilik adiknya. Jika tidak, sampai kesudah adiknya tidak memberitahunya bahawa mereka sudah putus tunang. Sara sangat takut pada abangnya, abangnya seorang yang panas baran dan cepat melenting. Dek kerana itulah dia merahsiakannya daripada Najib.

Najib kemudiannya melepaskan cengkaman tangannya dari Asrar. Asrar membetul-betulkan kedudukan tali leher dan baju kemeja yang dipakainya.

"Hmm, sebelum kau buat tuduhan tak tentu pasal. Aku sarankan kau selidik dulu apa yang berlaku. Kau nak bukti?! Aku ada bukti pada hari kejadian apa yang sebenarnya berlaku..." Asrar kemudiannya menghantar gambar-gambar Sara yang diambilnya ketika hari kejadian kepada Najib. Asrar turut menghantar sebuah video yang terakam di telefon bimbitnya tanpa sengaja pada hari tersebut. Di dalam video itu terdapat gambar Sara dan Nik serta butir bicara yang mereka bualkan ketika kejadian. Dia menyimpan gambar dan video tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

"Aku nasihatkan, lebih baik kau perhatikan adik kau tu elok-elok. Aku dah banyak dengar cerita yang tak sedap tentang dia." Ujar Asrar. Najib memandang ke arah Asrar dengan dahi yang berkerut. Dia kemudiannya melihat pada telefon bimbitnya.

Asrar berpaling dan melangkah untuk berlalu dari situ. Seketika kemudian, dia menoleh semula ke arah Najib yang sedang khusyuk melihat gambar dan video yang dihantar olehnya.

"Dan satu lagi. Aku harap Sara berubah. Kau jagalah dia elok-elok. Jangan cuba cari aku lagi, aku dah tak nak ada apa-apa hubungan lagi dengan Sara." Pesan Asrar sebelum berlalu meninggalkan Najib di situ.

Huh?!! Kurang ajar punya budak! Berani dia menipu aku?! Najib berang dengan apa yang dia lihat di telefonnya. Dia bergegas meninggalkan lobi hospital. Dia merasa malu kerana menyerang Asrar membabi buta tanpa menyelidik terlebih dahulu.

Asrar berjalan kembali menuju ke arah mesin layan diri yang berada di tepi surau. Dia meneruskan niatnya untuk membeli roti. Perutnya terasa sangat lapar. Ingin sahaja dia pergi membeli nasi bungkus namun ditahannya sementara kerana ada tugas yang perlu dia selesaikan di wad.

Kurang ajar punya Sara! Berani dia fitnah aku! Hisshh! Aku tak boleh terima perempuan macam ni. Aku cukup tak sangka perangai kau macam ni Sara. Memang aku salah menilai selama ni. Ya Allah, Kau permudahkan urusanku.

"Sara!!" jerit Najib dari luar rumah. Dia berang kerana ditipu oleh adiknya.

Sara menjenguk di muka pintu. Detak jantungnya semakin laju melihat wajah bengis abangnya. Ibunya turut menjenguk di muka pintu untuk melihat apa yang berlaku. Sara berlari-lari anak menuju ke biliknya. Dia masuk ke biliknya lalu terus mengunci pintunya dari dalam.

"Kenapa ni?! Bising-bising?" tegur Razidah pada anaknya.

"Mak jangan masuk campur! Mana kau Sara?!" Bentak Najib. Hani adik bongsunya hanya menjungkitkan bahu. Terkebil-kebil dia memandang ke arah Najib yang sedang naik hantu.

"Najib!! Kau kenapa?! Apa yang Sara dah buat?" soal Razidah sambil membuntuti anaknya itu menuju ke bilik Sara. Najib tidak menghiraukan pertanyaan ibunya.

"Keluar kau sekarang Sara!!"

"Keluar!!" Najib semakin berang.

"Jangan sampai aku pecahkan pintu ni!!"

"Ya Allah! Apa ni Najib? Cuba bawa mengucap."

"Mak tahu tak apa yang Sara dah buat?! Mak tahu tak yang Sara dah putus tunang?!" Soal Najib.

"Ya. Mak tahu dia dah putus tunang. Asrar dah ada perempuan lain."

"Mak percaya apa yang Sara cakap?!"

"Ya! Asrar yang curang dengan Sara."
Najib menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia cuba menahan marahnya.

"Mak tahu tak selama ni Sara tipu mak?!"

"Tipu? Apa kamu cakap ni?"

"Sara!! Baik kau keluar sekarang!!"
Sara sudah cuak, dia mundar mandir di dalam biliknya memikirkan jalan untuk melepaskan diri.

Apa aku nak buat ni?? Idea...idea... Kenapa aku tak dapat nak fikir ni?! Aku kena cari alasan yang kuat untuk aku lepas dari semua ni. Haiissh!!

"Mak tengok ni! Mak dengar apa yang mereka cakap dalam video tu." Najib menyerahkan telefon bimbit pada ibunya. Razidah melihat gambar-gambar dan video yang dikongsi oleh anaknya itu. Dia tergamam, mengucap panjang Razidah. Dia terkejut dengan apa yang dilihatnya. Sungguh dia tidak menyangka Sara menipunya selama ini. Sara memberitahunya yang dia terserempak Asrar keluar dengan seorang perempuan sambil bermesra-mesraan.

Sara yang berada di dalam bilik terkejut apabila terdengar Najib menyebut tentang gambar dan video. Terbeliak matanya.

Gambar??! Video?! Gambar aku ke?! Siapa yang ambil gambar aku?! Sara mulai cuak, dia sangkakan dia masih dapat melepaskan diri dengan mereka-reka cerita. Dengan perlahan dia membuka pintu biliknya. Dia tidak berpuas hati selagi dia tidak melihat dengan mata kepalanya sendiri gambar dan video yang dimaksudkan oleh abangnya.

"Sara!!" Serentak Najib dan ibunya bersuara saat melihat kelibat Sara. Sara memandang ke arah ibu dan abangnya. Dia menelan air liur lalu dicapainya telefon bimbit dari tangan ibunya. Air mukanya berubah tatkala melihat gambar dan video tersebut.

Aiissh! Siapa yang rakam ni?! Kurang asam betul!

"Sara!! Kau beritahu aku sekarang cerita sebenar! Kurang ajar punya budak, berani kau menipu kami." Ujar Najib.

"Abang percaya ke gambar dan video tu original? Mana abang dapat gambar dan video tu? Entah-entah ada orang edit." Sara cuba berdalih. Dia cuba sedaya upaya untuk tidak mengaku kesalahannya. Najib mengetap bibir.

"Sara! Beraninya kau tabur fitnah. Mak tak pernah ajar anak-anak mak macam ni. Siapa Nik ni? Pakwe kau ke?!" soal Razidah. Sara mula berang bila ditegur begitu. Sara menjeling kepada abangnya.

"Kau tahu tak aku dapat video ni dari mana?? Dari Asrar... dan kalau betul kau kata Asrar tu curang dengan kau...mana buktinya? Tunjuk dekat aku sekarang!" Bentak Najib. Sara terdiam. Dia tersilap langkah. Dia terlepas pandang akan hal tersebut. Dia tidak menyediakan bukti. Namun dia tetap cuba mempertahankan dirinya.

"Huh!! Mesti Asrar edit video tu sebab nak menunjukkan yang aku bersalah!" tingkah Sara.

"Sudahlah Sara! Kau jangan nak berdalih lagi. Baik kau beritahu cerita yang sebenarnya sebelum aku belasah kau cukup-cukup!"

"Nik ni siapa?! Berapa lama kau kenal dengan dia?!" soal Najib. Sara terdiam, otaknya ligat berfikir untuk mencipta seribu alasan.

"Jawab apa aku tanya ni!!" bentak Najib sambil menaikkan tangan untuk menampar Sara.

"Abang!"

"Sara... Dah kenal.... dengan Nik sebelum Sara kenal dengan Asrar..." Sara akhirnya mengaku, dia sudah tidak dapat berfikir untuk memberi alasan.

"Ya Allah budak ni! Habis tu kenapa kamu setuju bila mak suruh kau bertunang dengan Asrar?!" soal Razidah.

"Mak yang desak! Mak kata untung dapat kahwin dengan doktor, boleh hidup mewah. Cerah masa depan." Sara mula menyalahkan ibunya.

Terbeliak mata Razidah mendengar kata-kata anak perempuannya. Sungguh, memang dia yang mendesak Sara untuk bertunang dengan Asrar.

"Sara! Jangan nak menyalahkan mak pulak. Kau yang patut tahu apa yang kau rasa. Habis tu, selama ni kau hanya pura-pura sukakan Asrar lah?" soal Najib. Sara tidak menjawab pertanyaan abangnya.

Dia sayangkan Asrar tetapi Asrar kurang memberi perhatian kepadanya dek kerana sibuk dengan kerjayanya. Mereka juga tidak pernah keluar berdua, jika mereka keluar, Asrar mesti membawa adiknya atau kawannya yang lain. Disebabkan hal itu, Sara merasa rimas. Dia tidak menyukainya.

"Habis tu kenapa kau fitnah Asrar?" soal Razidah. Sara hanya diam membisu. Dia sengaja berbuat begitu kerana mahu mengenakan Asrar.

"Aku nak kau bawa budak Nik tu datang jumpa aku!" tegas Najib.

"Kau nak buat apa?!" soal Sara.

"Kau jangan tanya apa aku nak buat. Minggu depan kau bawa dia jumpa aku dan mak."

Sara memandang ke arah Najib dan ibunya. Mukanya mencuka. Dia bengang dengan apa yang berlaku. Sakit hatinya. Dia tidak menyangka Asrar merakam segalanya pada hari kejadian.

Sambungan - Selamat membaca

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience