Bab 5

Romance Series 6062

"Assalammualaikum Ma...selamat pagi." Sapa Asrar seusai masuk ke ruang dapur.

"Waalaikumussalam...Eh, kamu tak sambung tidur? Kamu cutikan hari ni? Time cuti nilah kena rehat cukup-cukup, kamu tu selalu tak cukup tidur." ujar Humairah pada anak sulungnya. Asrar tersenyum. Dia terasa begitu tenang pada pagi Sabtu itu.

"Tak boleh nak tidur Ma. Kejap lagilah along tidur hehe. Ma masak apa tu?"

"Ma nak goreng bihun."

"Nak along tolong?"

"Tak apa. Kamu duduk je situ." Humairah menolak pelawaan anaknya. Dia tahu Asrar penat, anaknya itu pulang lewat malam tadi. Dia kasihan melihat Asrar terlalu keras bekerja. Humairah hanya mampu memberi nasihat pada Asrar namun dia tidak dapat untuk menolong memandangkan bidang kerjaya sebagai seorang doktor sememangnya sibuk.

"Apa perancangan kamu lepas housemanship ni?" soal Humairah. Asrar memandang ke arah ibunya.

"Along nak mohon kerja di KL. Doakan along dapat tetap dan bertugas di KL."

"Owh, kamu tak nak mohon dekat Kedah ni ke? Dekat sikit dengan rumah."

"Erm, along fikir nak kerja dekat KL sebab along rancang nak sambung ambil master nanti. Jadi senanglah sikit along nak study. Lagipun ramai senior along dekat sana, senang along nak rujuk kalau ada apa-apa. Tapi... Ma jangan risaulah, along akan balik jenguk Ma dan Babah bila-bila ada cuti." Terang Asrar. Humairah tersenyum mendengar kata-kata anaknya.

"Hmm, ikutlah mana-mana yang kamu rasa terbaik untuk diri kamu. Tapi kamu jangan risaukan Ma dan Babah dekat sini, yang kamu kena risau tu... diri kamu tu."

Asrar mengerutkan dahinya tanda tidak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh ibunya.

"Aish...Kenapa pulak?"

"Yelah. Sorang-sorang, tak ada orang boleh tengok-tengokkan."

"La...Asrar dah dewasalah Ma hehe. Boleh je jaga diri sendiri."

"Yelah tu, tapi sampai bila? Sampai tua? Hehehe."

"Hehehe... taklah sampai tua."

"Cari pasangan cepat, kurang-kurang ada juga isteri boleh jaga makan pakai kamu. Selama kamu dekat sini bolehlah Ma jaga. Dah jauh-jauh tu macam mana kalau ada apa-apa nanti? Hmm, kamu tu...Ma tengok, nak basuh baju sendiri pun kadang-kadang tak sempat." Asrar hanya tersengih mendengar teguran dari ibunya. Dia akui ada benar kata-kata ibunya itu.

"Nanti along cari menantu untuk Ma ye...hehehe. Tapi bukan sekarang."

"Kenapa? Kamu tak dapat nak lupakan si Sara tu lagi ke?" soal Humairah sambil menjeling ke arah anaknya.

"Huh?! Ishh, tak adalah Ma. Tak ada kaitan dengan dia. Along dah lama lupakan dia... Along cadang nak fokus pada kerja dululah Ma."

"Hmm, baguslah kalau macam tu. Lagipun memang dari awal Ma tak berapa berkenan dengan Sara tu. Ma rasa tak sedap hati dan apa yang Ma rasa tu memang betul-betul jadi. Ma doakan kamu bertemu dengan wanita yang lebih baik dari dia."

"Aamiin..." Asrar mengaminkan doa ibunya sambil tersengih dan dengan tiba-tiba bayangan wajah gadis yang duduk di sebelahnya ketika di taman tempat dia menunggu Remy sebelum ini menerjah difikirannya.

"Kerja-kerja jugak pasangan tetap kena cari, kena seimbang. Atau pun kamu nak Ma carikan calon untuk kamu? Hehehe."

"Ish! Tak naklah Ma. Biar along cari sendiri hehe."

"Ma gurau je hehe. Carilah perempuan yang baik-baik. Kalau dah jumpa calon nanti bawalah jumpa Ma dan Babah dulu."

"Huh? Kena ke? He..."

"Eh, mestilah. Ma tak nak jadi macam sebelum ni. Semuanya tiba-tiba." Bebel Humairah.

"He...yelah. Salah along juga sebab tak fikir panjang masa tu, lepas tu along terlalu percayakan si Sara tu." Asrar akui kesilapannya sewaktu bertunang dengan Sara dulu. Semuanya macam kelam kabut tanpa perancangan rapi. Dia tidak sempat membuat perancangan dek kerana desakan dari pihak perempuan yang mahu mereka segera bertunang dan di tambah pula dia terlampau sibuk dengan kerjanya. Dia hanya menganggap hal pertunangan itu hanya perkara yang remeh yang tidak memerlukan perancangan rapi. Apa yang terjadi sebelum ini menjadi pengajaran pada dirinya.

"Erm, tahu pun. Ingat pesan Ma ni..." ujar Humairah sambil memasukkan bihun ke dalam kuali.

"Baik cikgu, saya akan ingat hehe." Ujar Asrar tersengih mengusik ibunya. Humairah merupakan seorang guru. Dia mengajar di sebuah sekolah rendah di daerah Sik.

"Aishh, kamu ni."

"Hmm, sedapnya bau." Tegur Encik Kamaruddin yang baru masuk ke ruang dapur.

"Eh, Babah. Assalammualaikum Bah." Sapa Asrar.

"Waalaikumussalam. Kamu tak kerja hari ni?" soal Kamarudin lalu menarik kerusi dan duduk di sebelah Asrar.

"Cuti hari ni. Babah nak ke mana? Segak sangat ni." Soal Asrar yang memerhati Babahnya yang berpakaian lengkap seperti pakaian untuk ke pejabat.

"Babah ada kelas pagi ni. Students mintak kelas tambahan, ada beberapa subjek mereka tak faham."

"Owh..baguslah Bah, rajin melayan students hehehe."

"Babah kesian, tak sampai hati pulak hehe." Ujar Kamarudin. Kamarudin merupakan seorang Pensyarah Kanan di salah sebuah universiti di utara tanah air. Sejak akhir-akhir ini dia agak sibuk dengan penyelidikannya, namun begitu dia masih meluangkan masa untuk anak-anak didiknya.

"Nak ikut Babah pergi kelas?" pelawa Kamarudin.

"Ish, tak naklah. Along nak rehat kat rumah. Penat semalam pun tak hilang lagi hehe."

"Aissh, abang ni. Buat apa ajak si Asrar pulak? Biarlah dia rehat dekat rumah."

"Ala...saya saje je. Hehe. Dah siap ke bihun tu? Lapar dah ni." Humairah menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum.

"Sikit lagi ni. Tunggu kering sikit. Nak bawa bekal sekali ke?"

"Boleh jugak." Jawab Kamarudin ringkas. Asrar hanya tersenyum melihat gelagat orang tuanya.

"Aidan dengan Nia mana?" Soal Asrar.

"Erm, adik-adik kamu tu tidur semulalah tu lepas subuh tadi." Ujar Humairah.

"Owh, hari cuti kan. Lupa pulak hehe." Asrar mengerling ke arah jam di dinding yang sudah menunjukkan pukul 7.20 pagi. Matanya mulai terasa mengantuk dia menguap.

"Bah, Ma...Along masuk bilik dululah. Mengantuk pulak rasa."

"Ha... yelah. Pergilah rehat...Eh! Along, sekejap... lupa pulak Ma. Ada surat untuk kamu." Humairah bergegas mengambil surat yang diletakkannya di atas almari dapur selepas subuh tadi.

"Surat? Surat dari mana tu Ma?"

"Tak pasti pulak Ma... Sampul tu tak ada cop, ada tertulis nama kamu je. Ma ambil dekat peti surat masa Ma buang sampah lepas subuh tadi." Ujar Humairah sambil menghulurkan surat tersebut kepada Asrar.

"Owh!" Asrar melihat sampul surat yang tertulis namanya Khairun Asrar. Sampul itu digam kemas. Dia lalu membukanya dengan cermat. Asrar mengeluarkan sekeping kad berwarna kuning cair. Dia membaca kad itu sambil berkerut keningnya. Puan Humairah dan Encik Kamarudin memerhati tingkah laku anak bujangnya itu.

"Kad apo tu Asrar?" soal Encik Kamarudin sambil meniup bihun goreng yang masih panas pada sudunya.

"Kad kahwin Bah..."

"Sapa kahwin? Kawan kamu ka?" soal Babahnya lagi.

"Sara..." jawab Asrar pendek.

"Huh?! Sara? Bekas tunang kamu tu?" soal Humairah.

"Ha ah Ma..."

"Bila tarikhnya? Kamu nak pergi ke? Berani sungguh dia hantar kad kat kamu."

"Lagi sebulan...Hmm, along tak pergi Ma. Moga dia bahagia dengan pilihan hati dia. Okaylah tu dari dia dok bertukar-tukar pasangan sampai menyusahkan orang kan."

"He... Biarkanlah dia. Tapi Ma tak sabar nak tahu pilihan hati kamu tu hehehe."

"Ala Ma ni...sabar sikit je lagi hehehe. Bagilah anakmu ini masa haha."

"Amboi. Hehe..." Encik Kamarudin hanya mendengar perbualan mereka dua beranak itu sambil tersenyum.

"Hehe...Asrar naik atas rehat dululah."

"Ha...yelah. "

Asrar kemudian berlalu dari situ dan menuju ke biliknya. Setibanya di bilik, Asrar merebahkan dirinya di atas katil sambil melayan fikirannya yang melayang entah ke mana. Seketika kemudian bayangan gadis itu kembali menerjah di kotak fikirannya. Sudah beberapa kali bayangan gadis itu menyapanya namun dia hanya mengabaikannya dan menganggap ia hanya mainan fikiran.

******

"Nuril!" panggil Rina.

"Huh? Ye! Kenapa Rina?" soal Nuril dari dalam biliknya. Dia sedang bersiap-siap untuk keluar.

"Kau nak sarapan tak? Aku masak nasi goreng pagi ni." Nuril keluar dari biliknya lalu menuju ke dapur.

"Mestilah nak. Susah nak rasa masakan kau ni hahaha."

"Amboi kau. Aku tahulah aku jarang masak."

"Hehehe...aku gurau je."

"Kau nak ke mana ni?" soal Rina yang memerhati Nuril sedari tadi.

"Aku nak ke rumah abang aku. Kau nak ikut?" balas Nuril.

"Owh. Ada apa?"

"Abang aku nak kahwin. Dia ajak bincang pasal persiapan."

"Owh, nak kahwin dah dia? Tak sempat aku nak ngorat hahaha." Ujar Rina.

"Amboi...ada hati nak jadi kakak ipar kita." Balas Nuril sambil menjeling dan tersengih pada Rina.

"Hahaha...ingatkan ada peluang lagi." Nuril hanya ketawa kecil dengan kata-kata Rina. Dia tahu temannya itu hanya bergurau.

"Bila abang kau nikah?"

Nuril mengira-ngira dengan jarinya.

"Erm, lebih kurang lima bulan lagi. Kau nak ikut tak? Kot boleh sumbangkan idea sekali hehe."

"Erm...tak kot. Lain kalilah aku sumbang idea hehe." Nuril hanya tersenyum mendengar jawapan Rina. Seraya itu telefon bimbit Nuril berbunyi menandakan ada mesej masuk. Nuril mengerling pada skrin telefonnya, tertera nombor yang tidak dikenalinya di situ. Walaupun begitu dia dapat mengagak siapa pengirimnya.

Ya Allah. Sampai bila dia nak kacau aku ni? Adoi, tak faham bahasa ke dia ni?! Nuril langsung tidak membuka mesej yang dihantar oleh Haiqal. Sudah berkali-kali dia menyekat nombor Haiqal namun Haiqal masih mengganggunya dengan menggunakan nombor telefon yang lain. Dia semakin rimas. Pernah terdetik dihatinya untuk menukar nombor telefonnya namun dia masih berkira-kira kerana sayang pada nombor lamanya. Berkerut keningnya.

"Kenapa tu?" soal Rina.

"Erm...dia ni tak habis-habis ganggu aku."

"Siapa? Haiqal ke?"

"Ha ah..."

"Erm..lebih baik kau tukar je nombor kau tu."

"Aku nak tukar tapi nanti mesti dia dapat cari jugak."

"Ha ah kan.. nanti dia mintak pulak dekat budak-budak office kau."

"Hmm, kan. Ignore je la dia tu."

"Dah beberapa bulan pun dia masih cari kau. Aissh, memang tak putus asa."

"Tak tau apa yang dia nak. Aku dah malas nak ambil tahu."

"Abaikan jelah Nuril. Jom kita makan." Ajak Rina. Nuril melemparkan senyuman manis pada Rina lalu menyedok nasi ke dalam pinggan.

"Aku lupa nak cerita. Tiba-tiba teringat. He..." ujar Nuril tiba-tiba.

"Cerita apa? Teringat apa?" soal Rina yang sudah berkerut dahinya. Dia menyuap nasi ke mulutnya.

"Hari tu...masa aku dekat taman..."

"Hari tu? Bila?"

"Hari aku putus dengan Haiqal. Aku kan singgah dekat taman dekat dengan mall tu. Kau tahu tak aku tak perasan aku duduk dekat sebelah sorang lelaki ni."

"Huh?! Kau biar betul." Ujar Rina terkejut.

"Iye, aku pun tak sedar ada orang dekat bangku tu. Emosi tengah tak stabil masa tu agaknya. Ish, malunya aku bila teringat balik. Mesti lelaki tu pelik je tengok aku kan?"

"Hehe...handsome tak?" soal Rina selamba.

"Ish, ke situ pulak kau ye... tapi lelaki tu memang handsome pun, macam model hehe."

"Eleh...kau pun sama je... hahaha."

"Hehe..." Nuril tersengih. Masih terbayang dengan jelas wajah jejaka itu di dalam benaknya.

"Tapi aku malulah sebab aku menangis dekat sebelah dia. Aisshh, mesti dia fikir yang bukan-bukan pasal aku kan? Malunya..."

"Nak malu apa? Benda dah jadi pun."

"Itulah...tapi gaya dia sopan je bila dia tegur aku. Jenis hormat orang."

"Aishh, terpikat ke tu? Hahaha." Usik Rina.

"Ish, kau ni. Aku cerita je lah. Maksud aku, susah dah nak jumpa orang macam tu zaman sekarang ni. Orang kata lelaki limited edition. Hehe..."

"Yelah tu. Haha."

"Kau ni tak habis-habis mengusik aku. Haishh..." Ngomel Nuril.

"Haha...manalah tahu, ntah-ntah dia tu jodoh untuk gadis limited edition macam kau ni. Sesuai sangat tu... lelaki limited edition berpasangan dengan gadis limited edition. Hmm, sesuai sangat." Ujar Rina sambil menepuk kedua tangannya, senyumannya sudah sampai ke telinga. Rina mengelip-ngelipkan mata sambil memandang ke arah Nuril yang memerhatikannya.

"Ishh, memandai je kau ni Rina." Nuril menjeling ke arah Rina.

"Eh, aku doakan untuk kau tau aamiin. Hehe." Ujar Rina. Nuril hanya tersengih dengan usikan Rina. Dia sudah terbiasa menjadi bahan usikan temannya itu sejak dari dulu lagi. Perkara itulah yang menjadikan mereka semakin rapat.

"Assalammualaikum along." Ucap Nuril yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam pagar rumah abangnya.

"Waalaikumussalam. Sampai pun. Ingatkan tak datang dah tadi."

"Hehe. Sorry lambat."

"Mari masuk. Along cadang nak tanya Makcik Has... Tapi along rasa baik along tanya pendapat adik dulu." Nuril mendengar kata-kata abangnya seraya masuk ke rumah dan duduk di sofa.

"Erm, okay je kalau along nak tanya makcik. Lagipun nanti nak buat majlis sambut menantu tu kat rumah makcik dekat Kuantan kan?"

"Ha ah."

"Along nak buat simple ke atau macam mana?" soal Nuril.

"Along nak buat secara sederhana je. Nanti adik teman along beli barang hantaran boleh?"

"Boleh je."

"Nanti along bagitahu semula bila."

"Okay." Seusai itu mereka berbincang perkara-perkara yang perlu dari segi bajet hingga ke warna tema yang menjadi pilihan.

"Adik..." Adwa memanggil adiknya yang sedang khusyuk mencatat perkara berkaitan dengan kenduri kahwin abangnya.

"Hmm..."

"Adik tak nak cari calon suami ke?" soal Adwa. Nuril berhenti menulis lalu memandang ke arah Adwa.

"Erm..? Kenapa tiba-tiba along tanya?" soal Nuril ingin tahu. Adwa tersengih.

"Hehe. Saja je tanya. Along dah nak kahwin, nanti tinggal adik sorang-sorang. Risau pulak along tak ada orang yang boleh tengok-tengokkan adik."

"Ish, along ni. Adik okay jelah. Macamlah adik tak boleh datang sini dah."

"Hehe...bukanlah macam tu maksud along. Along cuma risau in case ada kecemasan dan waktu tu along tak ada ke, ada jugak orang yang boleh tengokkan adik."

"Along jangan risaulah...adik okay. InshaAllah."

"Apa pun, adik tak nak cari calon lagi ke?" lagi sekali soalan itu ditanya oleh Adwa.

"Hmm, entahlah along. Susah nak percaya dengan lelaki-lelaki zaman sekarang ni. Adik takutlah."

"Tapi, tak akan nak membujang sampai tua?"

"Erm, adik okay je kalau itu boleh membuatkan adik bahagia."

"Aiisshh! Macam tu pulak. Hmm...ke nak along carikan calon?"

"Ish, tak payahlah. Susah-susah je." Nuril menolak cadangan abangnya.

"Tak susah pun. Lagi mudah kalau along dah kenal calon tu hehe."

"Erm...tak apalah along, along simpan je dulu calon tu. Bila adik dah sedia nanti adik bagitahu along semula hehehe. Adik nak fokus pada kerja dulu."

"Amboi, boleh pulak dia suruh kita simpan? Adik ingat calon tu barang mainan ke apa?"

"Hahaha..."

"Banyak main budak ni. Kita serius, dia main-main pulak." Adwa menggeleng-gelengkan kepalanya dengan gelagat adiknya.

"Hehe...adik gurau jelah. Nanti-nantilah along kenalkan, settlekan majlis kahwin along ni dulu. Lagipun adik nak fokus pada kerja dulu buat masa sekarang ni." Adwa tersenyum mendengar kata-kata Nuril. Adwa sudah sedia maklum berkenaan hubungan adiknya dengan Haiqal. Pernah dia menasihati Nuril untuk tidak meneruskan hubungan dengan Haiqal namun Nuril tetap berkeras. Adwa terpaksa menurut untuk tidak mengecewakan adiknya itu, lantaran itu dia menetapkan banyak syarat untuk Nuril patuhi. Syarat-syarat itu hanyalah untuk melindungi adiknya dari perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Mujur sahaja Nuril seorang yang patuh, perkara itu membuatnya merasa sedikit lega.

Nuril merenung pada Adwa. Dia tahu Adwa risaukan dirinya, bila Adwa sudah berkahwin nanti masa Adwa dengannya akan menjadi sangat terhad. Abangnya sudah tidak boleh selalu ada untuknya lagi kerana perlu mengutamakan keluarganya. Namun perkara itu tidak menjadi masalah bagi dirinya.

"Along jangan risaukan adik tau. Along jalani je hidup along he..." ujar Nuril sambil tersenyum.

Haishh, budak ni. Kita risaukan dia. Dia boleh cakap macam tu?. Ya Allah, Kau lindungilah adik aku walau di mana pun dia berada dan Kau temukanlah dia dengan lelaki yang betul-betul ikhlas menerima segala kebaikan dan kekurangan dia. Aamiin.

"Erm...dah siap ke tulis tu? Along nak pergi buat air kejap." Ujar Adwa dan terus berlalu ke dapur. Nuril hanya memerhatikan gerak langkah abangnya.

Ya Allah, kau temukanlah aku dengan seorang lelaki yang ikhlas mencintaiku, yang ikhlas menerima baik buruk dan kekuranganku, yang beriman dan yang tahu menjaga batasan agama. Kau temukan kami pada ketika dan waktu yang tepat dijalan yang Kau redhai. Kerana hatiku ini akan aku halalkan hanya untuk dia. Aamiin Ya Rabb. Nuril berdoa di dalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience