Hampir jam sebelas malam baru mereka semua beransur balik ke bilik masing-masing. Rina merebahkan dirinya di atas katil dengan pakaian yang belum disalinnya.
“Bestnya dapat baring...” ujar Rina sambil memandang pada Nuril yang sedang mencabut tudungnya.
“Salinlah baju dulu. Tak akan nak tidur tanpa bersihkan diri dulu? Nanti kalau kau mengingau tengah malam, aku tak nak tolong.” Tegur Nuril. Dia mencapai tualanya lalu melangkah menuju ke bilik air.
“Hmm...ye lah Cik Nuril. Janganlah bebel kat aku.”
“Aku bukan bebel, aku nasihatkan je. Tak nak dengar sudah.”
“Eh...Nuril...Nuril...” panggil Rina yang bingkas bangun dari pembaringannya. Nuril yang sudah melangkah masuk ke bilik air keluar semula sambil menjengukkan kepalanya di pintu bilik air.
“Errmm, apa?”
“Eh, kejaplah. Aku nak tanya kau sesuatu.”
“Nak tanya apa? Kejap lagilah. Bagi aku settle solat semua dulu. Kejap lagi kita chit chat ye hehe...” balas Nuril lalu menutup pintu bilik air tersebut. Bukan dia tidak mahu melayan pertanyaan Rina tapi baginya, dia perlu mendahulukan solat terlebih dahulu. Rina hanya diam tidak membalas, dia sudah masak dengan perangai sahabatnya itu. Seusai mereka siap menunaikan kewajipan kepada yang Maha Pencipta, Nuril merebahkan dirinya di atas katil bersebelahan katil Rina.
“Ya Allah. Nikmatnya dapat baring.” Ujar Nuril lalu memeluk sebiji bantal. Rina hanya ketawa kecil melihat gelagat Nuril.
“Hmm, Rina. Tadi kau nak tanya aku apa?” soal Nuril. Rina melabuhkan punggungnya di tepi katil Nuril lalu memandang ke arahnya. Rina tersenyum.
“Laa...senyum pulak. Kalau tak ada apa-apa, aku nak tidurlah.” Nuril menarik selimut menutupi badannya lalu dia terpandang pada pergelangan tangannya yang lebam. Cepat-cepat dia menyorokkan tangannya itu di bawah selimut. Dia tidak mahu Rina perasan.
“Ala kau ni...” Cebik Rina.
“Hehe...kau nak tanya apa?”
“Erm...apa pendapat kau tentang Asrar?” Berkerut dahi Nuril saat Rina mengutarakan soalannya.
“Apa maksud kau Cik Rina oii? ‘Tentang’ tu luas, banyak cabangnya. Kau maksudkan berkaitan apa?”
“Hmm...okay, okay... aku straight to the point jelah. Kau...suka Asrar tak?”
“Huh??!” Bulat mata Nuril. Dia tergamam seketika.
“Kenapa kau tanya macam tu?”
“Sajalah aku tanya, aku tengok kau dah makin rapat dengan dia hehehe.”
“Aisshh, rapat je...”
“Ye ke? Tapi aku tahu, kau suka dia. Kan? Kan? Kan?” Rina meneka sambil tersengih. Nuril menjeling, pipinya sudah merah.
“Ishh! Taklah.” Nuril cuba berselindung. Sungguh dia sudah pun jatuh hati pada Asrar, namun dia merasakan dirinya tidak layak untuk digandingkan dengan Asrar.
“Hah!! Pipi kau dah merah...hahaha. Kau tak boleh nak sorok dari akulah.” Ujar Rina ketawa. Nuril segera menarik selimut menutupi mukanya.
Aiissh! Menyesal pulak aku tanya si Rina ni. Kalaulah aku tahu dia nak tanya pasal ni, aishh...baik aku diam je tadi.
“Tak payah nak tutuplah muka tu. Aku dah nampak hahaha.” Rina menambah, dengan perlahan Nuril menarik semula selimut yang menutupi mukanya. Nuril mencebik.
“Kalau aku suka dia sekali pun, aku tak rasa yang aku layak untuk dia.” Tutur Nuril perlahan.
“La...kenapa pulak? Kenapa kau fikir macam tu?”
“Aku banyak kekurangan Rina...Aku tak sepadan dengan dia.”
“Haish, kau ni. Mana ada manusia yang sempurna dekat dunia ni...setiap antara kita ni ada kekurangan untuk dilengkapkan oleh yang lain. Macam tulah sebaliknya. Hidup kita ni kena saling melengkapi...” Nuril hanya terdiam dan cuba menghadam kata-kata Rina.
“Kau ni terlalu overthinking lah. Padan ke tak, semua tu kau tak perlu fikir pun. Kalau kau suka dia... luahkan je, dia terima atau tak... Itu lain cerita...” sambung Rina lagi.
“Ye ke aku overthinking?” Soal Nuril lalu dia duduk menghadap Rina dari baringnya. Tanpa disedarinya, tangannya yang lebam itu terdedah pada pandangan Rina. Terbeliak mata Rina melihatnya, segera dia mencapai lengan Nuril. Bulat mata Nuril saat Rina menarik tangannya. Dia cuba menariknya kembali namun genggaman Rina semakin erat.
“Eh!! Kenapa dengan tangan kau ni?!” Rina meneliti kesan lebam di pergelangan tangan Nuril.
“Kena apa ni?!”
“Siapa buat kau macam ni Nuril?!”
“Asrar ke?!! Lama kau dengan dia tadi!!” Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Rina. Rina merasa kurang senang melihat keadaan tangan Nuril begitu.
“Rina...” panggil Nuril perlahan.
“Nanti aku call Asrar. Aisshh...” Rina mencapai telefon pintarnya.
“Rina...” Panggil Nuril lagi namun panggilannya tidak diendahkan oleh Rina.
“Aiishh, geramnya aku. Tergamak dia buat macam ni dekat kau. Aku tak pernah tahu perangai dia macam ni! Haissh!” Geramnya membuak-buak. Keningnya berkerut. Dia mula mencari nama Asrar di skrin telefonnya.
“Rinnaa!!! Stop it!!” Jerit Nuril lalu merampas telefon pintar dari tangan Rina. Rina terkejut dengan tindakan Nuril.
“Huh?! Kenapa?! Kau nak rahsiakan ke?!” Rina mula naik angin.
“Rina!! Dengar dulu apa aku nak cakap ni!”
“Sejak bila kau mudah sangat jadi serkap jarang macam ni? Dengar dulu, kau tak tahu apa yang berlaku then tiba-tiba kau terus judge Asrar ke?!” Nuril bersuara dengan nada yang sedikit tinggi. Rina tersentak, dia terdiam. Dia seakan baru tersedar dengan sikapnya yang semberono menuduh Asrar tanpa mendapat penjelasan terlebih dahulu dari Nuril. Nuril merenungnya dengan pandangan yang tajam. Rina kembali duduk di birai katil. Dia cuba bertenang. Nuril duduk menghadapnya.
“Okay. Kau bagi penjelasan kat aku sekarang... Aku tak boleh terima kalau orang treat kawan aku macam ni.”
Nuril menarik nafas panjang lalu dilepaskannya perlahan-lahan. Direnungnya muka Rina seketika sebelum memulakan bicara.
“Ni semua bukan salah Asrar...”
“Kau jangan kata kau nak backup dia pulak...”
“Ya Allah...Rina, boleh bagi aku jelaskan dulu tak?” Rina kembali diam.
“Lebam ni bukan perbuatan Asrar. Kenapa kau tiba-tiba tuduh dia?” Rina diam tidak menjawab, matanya tertumpu pada wajah Nuril yang serius. Entah kenapa dia sewenang-wenangnya menuduh Asrar tanpa usul periksa. Mungkin kerana dia sudah kepenatan dan tidak dapat berfikir dengan jelas.
“Kau tahu tak aku hampir kena culik tadi?”
“Huh??! Betul ke?!” Rina menyoal tidak percaya. Nuril mengangguk.
“Ye...hampir. Mujur Asrar datang tadi tolong aku, kalau tak, aku tak tahu apa akan jadi pada aku...” Ujar Nuril dengan nada sedikit sedih. Matanya mula berkaca. Rina tergamam mendengar penjelasan Nuril. Dia sudah tersalah sangka dengan sahabatnya sendiri.
“Ya Allah!! Siapa yang cuba culik kau ni?? Kenapa kau tak beritahu aku tadi??”
“Aku tak nak orang lain risau. Tapi aku minta satu benda je dari kau. Kau tolong jangan beritahu pada abang aku dan Remy...tolong rahsiakan.” Nuril merayu pada Rina. Kening Rina berkerut mendengar permintaan Nuril. Rina melepaskan keluh perlahan.
“Dah jadi macam ni pun kau masih nak rahsia? Siapa buat kau macam ni?” Soal Rina tidak puas hati.
“...Haiqal...” Balas Nuril pendek. Air matanya menitis di pipi.
“Hah??! Haiqal?? Dia masih ganggu kau lagi??” Nuril mengangguk.
“Dasar jantan tak guna!”
“Dia tak pernah berhenti ganggu aku sejak aku putus dengan dia. Dia dah banyak kali cuba tangkap aku, tapi aku berjaya lepaskan diri.” terang Nuril lagi.
“Ya Allah!! Nuril! Kenapa kau tak pernah beritahu pada aku? Aiishh! Kau ni! Asrar tahu ke pasal semua ni?” Rina kecewa dengan sikap Nuril yang merahsiakan perkara tersebut.
“Asrar tahu...aku dah ceritakan pada dia.”
“Aduh! Kau ni! Kau tahu tak Nuril, aku rasa...aku ni seorang sahabat yang tak guna... gagal kau tahu tak? Gagal nak tolong sahabat aku sendiri.”
“Aku minta maaf sangat-sangat. Aku tak bermaksud nak rahsiakan. Aku cuma tak nak kau risau.”
“Hmm...” Rina menggelengkan kepalanya.
“Aku risaukan kau Nuril. Macam mana kalau Haiqal ganggu kau lagi? Tak sangka betul Haiqal bertindak sejauh ni. Apa dia dah tak waras ke?”
“Asrar dah beri peringatan pada dia untuk buat laporan kalau dia ganggu aku lagi.” Rina melepaskan keluhnya lagi. Dia risau dengan sahabatnya itu. Nuril mengesat air matanya.
“Kau jangan risaulah. InshaAllah, aku okay. Aku ada Allah sebagai pelindung.” tutur Nuril.
“Mati-mati aku ingatkan Asrar yang buat kau macam ni tau. Haish...”
“Bukan Asrar. Dia yang tolong rawat pergelangan tangan aku tadi. Dia banyak tolong aku. Aku jadi segan dengan dia, aku dah banyak menyusahkan dia... hmm...” ujar Nuril lalu menundukan sedikit kepalanya.
“Owh, sebab tulah kau rasa kau tak layak untuk dia?” Rina menyambung topik perbualan mereka yang terhenti seketika tadi. Rina memandang ke arah Nuril menunggu jawapan namun Nuril tidak menjawab pertanyaan Rina.
“Aku tahu kenapa kau jadi segan dengan dia...” ujar Rina tersengih.
“Kenapa?” Soal Nuril dengan kerutan di keningnya.
“Sebab... Kau dah jatuh hati pada dia. Betul tak? Betul tak? Haha.” Rina cuba menceriakan suasana. Nuril mencebik mendengar kata-kata Rina, dia tidak mengiakan juga tidak menidakkan.
“Erm...kau tengok tak video nyanyian Asrar yang aku share dekat group whatsapps tu?” Nuril menggeleng.
“Kau tahu tak... aku perasan Asrar pandang kau masa dia menyanyi tadi. Renungan dia tu lain macam.”
“Apa maksud kau? Lain macam mana?”
“Renungan orang yang tengah jatuh cinta. Aku rasa Asrar dah jatuh cinta dekat kau...”
“Ish. Memandai je kau...” Nuril menjeling ke arah Rina. Dia kemudiannya teringatkan lagu yang Asrar tuju untuk dirinya. Dia cuba mengingat kembali bait-bait lirik lagu tersebut. Nuril termenung seketika.
“Hah! Menung apa tu?” tegur Rina sambil tersengih.
“Hmm...lagu yang Asrar nyanyi tu, Asrar tujukan pada aku...”
“Hah?? Sungguh?? Wah!!”
“Tapi...aku tak faham apa maksud dia... he...”
“La... kau ni. Kau tahu tak yang dia suka dekat kau?”
“Hah? Suka dekat aku? Asrar suka aku? Kau jangan nak mengarutlah Rina...”
“Aku tak mengarutlah. Kau tu je yang lembab, tak faham.” ujar Rina selamba.
“Aishh, amboi... Aku tak akan percayalah selagi dia tak cakap sendiri pada aku.”
“Cik Nuril oii...Dia dah beritahu pada kaulah, melalui lagu tu. Cuba kau fahami lirik lagu tu betul-betul.” Nuril terdiam mendengar kata-kata Rina.
“Erm... Jomlah tidur. Aku dah mengantuk.” Ajak Nuril sambil memanjat naik ke atas katilnya lalu merebahkan dirinya. Sengaja dia tidak mahu memanjangkan topik perbualan tersebut, silap hari bulan sampai ke pagi dia tak tidur dengan bermacam-macam soalan dari Rina.
“Ala... baru nak buka topik. Dah ajak tidur pulak. Nak mengelaklah tu...” kata Rina sambil menjeling ke arah Nuril. Nuril hanya tersengih namun Rina memahami perangai sahabatnya itu yang tidak mahu berbicara lanjut berkenaan perkara tersebut jika tidak ada kepastiannya. Rina kemudiannya turut bersiap-siap untuk tidur.
Nuril menarik selimut menutupi separuh badannya, suhu di dalam bilik tersebut agak sejuk kerana penghawa dingin yang dipasang. Nuril merenung ke siling bilik, matanya masih belum mahu terpejam. Bait-bait lirik lagu itu bermain-main dimindanya.
Apa sebenarnya yang Asrar cuba sampaikan pada aku melalui lagu tu? Ada maksud tersirat ke? Patut ke aku tanya dia? Nuril berfikir sendiri dan tanpa dia sedar dia terlelap jua akhirnya.
******
Keesokkan paginya, Asrar dan Remy turun ke dewan makan untuk sarapan pagi. Asrar mengambil beberapa keping roti, jem dan butter. Dia memulakan sarapannya dengan makanan ringan terlebih dahulu. Remy pula sudah memenuhkan pinggannya dengan makanan berat. Mereka duduk berhampiran tingkap kaca yang membolehkan mereka melihat permandangan ke arah pantai.
“Kau makan tu je ke?” Tegur Remy.
“Eh, taklah. Ni baru first round. Hehehe.”
“Hahaha...aku dah agak dah.” Asrar tersengih. Dia kemudiannya menyuap roti ke mulutnya, sebelah tangannya pula sibuk menyelak helaian surat khabar. Surat khabar itu diselitkan di pintu bilik hotel mereka, sempat dia mencapainya ketika mereka keluar tadi.
“So, kau bila nak make a move?” soal Remy. Asrar memandang pada Remy dengan kerutan di dahinya. Dia tidak faham dengan pertanyaan Remy.
“Huh? Kau cakap apa ni? Aku tak faham.”
“Ala...kau ni. Kau dengan Nuril lah.”
“Hmm...kenapa dengan Nuril?”
“Aduh. Kau ni, buat-buat tak faham pulak. Maksud aku, bila kau nak beritahu dia kau suka dia?”
“Owh...hehe, aku blurr pagi-pagi ni.”
“Kenapa kau tanya? Kau nak mengorat dia ke? Hehehe.”
“Haha... kalau aku nak mengorat, dah lama dah aku mengorat dia dulu dari kau.”
“Kenapa kau tak try?” Soal Asrar bersahaja, sengaja dia ingin tahu.
“Entahlah...aku rasa, aku lebih selesa berkawan je dengan dia dari ada hubungan yang serious. Actually, aku dah anggap dia macam adik aku sendiri.” Asrar mendengar butir bicara Remy sambil mengunyah makanan yang disuap ke mulutnya kemudian dia menghirup air kopi panas.
“Lagipun sengaja aku bagi peluang dekat kau...” Sambung Remy lagi. Asrar hanya tersenyum simpul.
“Haha...yelah kau tu...”
“Hah...Kau tak jawab lagi soalan aku tadi.”
“Hmm...Aku sebenarnya...aku tengah tunggu masa yang sesuai je.”
“Kau risau dengan abang dia ke?”
“Risau? Dengan Adwa?” Soal Asrar dengan senyuman dibibirnya.
“Yelah, abang dia kan ada dekat sini.”
“Hehe...aku tak risau pun dengan abang dia. Sebenarnya abang dia dah bagi green light pada aku.”
“Huh?? Seriouslah weh. Biar betul. Macam mana dia boleh bagi green light dekat kau ni?” Remy seakan tidak percaya mendengar kata-kata Asrar.
“Kau kan tahu aku dah kenal lama dengan Adwa. Kau pun kenalkan dia tu macam mana? Kadang-kadang apa yang dia fikir tu tak boleh nak dijangka.”
“Actually aku pun tak sure macam mana dia boleh bagi aku green light tu hehe.” Tambah Asrar lagi.
“Mesti ada something yang dia nampak dekat kau ni. Hmm...”
“So, bila masa sesuai kau tu?”
“Well, who knows?” Balas Asrar bersahaja. Dia tersengih, dia sendiri masih menunggu waktu yang sesuai untuk berbicara dengan gadis itu.
Share this novel