“Along. Design jam yang macam ni okay tak?” Nuril menyuakan jam digital ke arah Adwa.
“Cantik. Tapi along nak cari yang jenis jarum. Almaklumlah doktor-doktor ni sesuai pakai jenis jam berjarum. Hehe.”
“Allah, lupa pulak hehe.” Ujar Nuril lalu meletakkan semula jam tersebut. Nuril kemudiannya beredar ke rak yang lain pula. Kurang satu bulan Adwa bakal menamatkan zaman bujangnya. Pada hujung minggu itu, Adwa dan Nuril meluangkan masa ke pusat bandar bagi membeli barang-barang persiapan untuk dijadikan hantaran. Adwa meminta Nuril untuk mengubah barang hantarannya memandangkan Nuril berbakat dalam seni.
“Dik...yang ni okay tak?” tanya Adwa.
“Mana?” balas Nuril lalu dia segera mendapatkan abangnya. Dia menilik jam tangan tersebut, jam tersebut mempunyai gabungan dua warna iaitu kelabu dan putih. Terdapat juga beberapa pilihan warna yang lain.
“Along nak pilih warna ni ke?”
“Tengah fikir... Hmm.”
“Cantik juga warna putih kelabu ni.”
“Along pun rasa macam tu. Tapi apa kata kita pergi survey kedai lain dulu?” Cadang Adwa.
“Jom...” Nuril hanya bersetuju dengan cadangan abangnya. Mereka kemudiannya beredar dari situ dan terus ke kedai-kedai jam yang lain.
*****
“Yo...Asrar. Lama aku tak jumpa kau.” Sapa Rizal sambil berjabat tangan dengan Asrar. Asrar tersenyum sambil menggenggam tangan sahabatnya itu.
“Hehe. Akhirnya jumpa juga dengan kau.” Asrar dan Rizal bertemu di sebuah pusat membeli belah seperti yang mereka janjikan.
“Jom kita lepak dekat kedai makan tu. Boleh makan sambil borak-borak.” Cadang Rizal lalu mereka masuk ke salah sebuah restoran makanan segera. Setelah membuat pesanan mereka duduk di ruangan terbuka yang agak hujung berdekatan pintu keluar masuk restoran.
“Kau apa cerita Asrar? Dah berapa lama kita tak jumpa? Aku rasa lebih tiga tahun kot.”
“Hehe...apasal? Kau rindu dekat aku ke? Hahaha.”
“Rindu zaman-zaman nakal dulu hahaha. Kau langsung rak berubah, masih handsome macam dulu.” Balas Rizal.
“Hehe...Aku macam nilah. Busy tak habis. Kau buat apa sekarang?” tanya Asrar.
“Aku tak hebat macam kau. Belajar pun tak berapa pandai. Aku buat bisnes kecik-kecik je.”
“Aisshh kau ni. Yang penting kerja halal...kau buat bisnes apa? Mana tau kot-kot aku boleh support member. Hehe.”
“Hehe. Aku buka pusat mengaji. So far Alhamdulillah...dapat sambutan.
“Alhamdulillah...bagus sangat tu. Aku tak adalah hebat pun. Ni pun masih bertatih lagi. Kalau di fikir-fikir macam tak percaya je aku dah lepas azab jadi doktor pelatih.”
“Huh?! Teruk sangat ke?” soal Rizal sambil menyuap burger ke mulutnya.
“Teruk jadi kuli sampai adalah terfikir nak quit...” ujar Asrar lalu menyedut minumannya.
“Ye ke. Teruk sangat bunyinya tu.”
“Hehe...medical field. Macam nilah, rawat patient tu tak jadi masalah. Yang bermasalah bila dapat colleagues yang malignant. Tapi itu cerita zaman pelatih. Hehe.”
“Tapi sekarang kau dah okay kan?”
“Alhamdulillah...tapi masih banyak cabarannya.” Ujar Asrar lalu menyuap beberapa batang kentang goreng ke mulutnya. Seraya itu matanya terarah ke ruang legar mall tersebut yang penuh dengan pengunjung yang lalu lalang. Sedang dia memerhati sekeliling dia terpandang kelibat gadis yang sama yang ditemuinya di taman dan pasar malam beberapa bulan lepas. Gadis itu sedang membeli crispy crepe di sebuah kiosk berhampiran. Asrar memerhati sahaja dari jauh. Gadis itu kemudiannya berlari-lari anak ke arah seorang lelaki. Gadis itu menyuap crispy crepe tersebut ke mulut lelaki terbabit. Asrar memanjangkan sikit lehernya untuk membolehkannya melihat dengan lebih jelas. Terbeliak matanya kerana dia mengenali lelaki tersebut.
Eh?! Bukan Adwa ke tu?! Apa kaitan dia dengan Adwa? Dia tunang Adwa ke? Asrar tertanya-tanya sendiri. Hmm...boleh jadi tunang dia agaknya. Nampak macam mesra je tu. Rupanya aku terpikat pada hak orang. Ya Allah..hmm...
“Kau tengok apa tu?” Tegur Rizal yang perasan tingkah laku Asrar.
“Ha? Owh...tak ada, aku perasan macam orang yang aku kenal kat sana tu he.”
“Owh, nak pergi tegur ke?”
“Eh, taklah. Tak penting pun hehe.” Mata Asrar masih tidak terlepas dari melirik ke arah Adwa dan Nuril. Terbit sedikit rasa kecewa di hati kecilnya namun dipendamkan sahaja perasaannya itu. Mereka kemudian sambung berbual-berbual semula.
“Sedap tak crispy crepe ni along?” tanya Nuril sambil menyuap secubit crispy crepe tersebut ke mulut Adwa.
“Hmm, sedap. Along tak pernah makan.” Nuril tersengih. Pada mata orang yang melihatnya ketika itu mungkin nampak mereka tak ubah seperti pasangan kekasih. Namun bagi Nuril, pada Adwa sahajalah tempat dia untuk bermanja. Adwa lah bapa, Adwa lah ibu dan Adwa jugalah abang dan kakak baginya.
“Along yang tak nak cuba...hehe.” kata Nuril lalu ketawa kecil.
“Along tak minat sangat makan snacks. Sesekali bolehlah nak makan. Jom...kita ke kedai kasut pulak.”
“Jom.”
*****
Hampir seharian juga Nuril menemani Adwa mencari barang-barang untuk persiapan majlis perkahwinan Adwa. Terasa penat badannya petang itu. Nuril merebahkan dirinya di atas sofa di ruang tamu dengan tudung yang masih di kepalanya seusai masuk ke dalam rumah. Dia memejamkan matanya. Fikirannya menerawang, hampir sahaja dia terlelap namun cepat-cepat dia membuka matanya. Fikirannya menerawang lagi, wajah jejaka itu tiba-tiba menerjah dibenaknya lalu mengingatkannya kembali pada pertemuannya dengan jejaka itu beberapa bulan yang lepas. Dia tersenyum sendiri.
Aisshh! Nuril! Kau dah kenapa? Dah gila bayang? Aduh, kenapa aku asyik teringatkan lelaki tu? Ya Allah... Aku kena fokus untuk majlis along. Banyak benda tak siap lagi ni. Dia mengomel di dalam hati.
“Eh, kau dah balik?” tanya Rina yang baru keluar dari biliknya.
“Baru je sampai. Penat...” balas Nuril sedikit mengeluh.
“Hehe...tak seronok ke beli barang hantaran?”
“Tak sangka penat jugak nak buat persiapan kahwin ni. Nanti bila aku kahwin, aku nak buat simple simple je.”
“Amboi.. berangan. Kau kahwin koboi jelah kalau nak simple sangat hahaha.”
“Haipp! Tak naklah kahwin koboi. Silap hari bulan tak sah pulak, baru menyesal tak sudah.” balas Nuril, sengaja dia melayan usikan Rina itu.
“Hehe...yang penting cari calon kau tu dulu.” Pesan Rina.
“Hehe...”
“Kau bila ada waktu free ye?” soal Rina.
“Erm, tak pasti lagi. Sekarang aku tengah sibuk dengan persiapan kahwin Adwa. Kenapa Rina?”
“Erm, aku ingat nak ajak kau keluar. Sekali dengan Remy dan Asrar. Kita pergi makan-makan ke.”
“Owh...Asrar ada sini ke?”
“Dah beberapa bulan dah dia pindah sini. Dia dapat kerja dekat sini.”
“Owh, ye ke. Alhamdulillah rezeki dia hehe.”
“Kau pun tak pernah jumpa dia lagi kan?” soal Rina. Nuril menggeleng.
“Tak pernah lagi. Aku kenal melalui penceritaan kau je. Nama je yang aku tahu. Hehe.”
“Erm, typical Asra...busy memanjang. Susah sangat nak jumpa mamat sorang ni.”
“Doktor kan...macam tulah gaya hidupnya hehe.. Aku faham je, abang aku pun macam tu jugak.”
“Kau boleh adapt ke kalau dapat suami doktor?” soal Rina tiba-tiba.
“Hmm, pada akulah. Apa kerjaya dia sekali pun, itu soal nombor dua. Apa yang penting kena saling memahami dan bertolak ansur...”
“Kalau aku...aku tak boleh. Aku tak boleh kalau pasangan aku selalu busy. Nanti dia sentiasa tak ada masa untuk aku. Sunyi kau...sorang-sorang.” Kata Rina sambil membayangkan masa depannya.
“Hehe. Atas pilihan masing-masing. Tapi untuk aku, aku okay je.”
“Bertuahnya lah lelaki yang dapat kahwin dengan kau ni. Eh, by the way kau tak nak kenal rapat dengan Asrar ke?” tanya Rina tersengih. Berkerut dahi Nuril dengan soalan tiba-tiba dari Rina itu.
“Hmm..tiba-tiba pulak kau ni.”
“Boleh masukkan nama dia dalam list calon kau hahaha.”
“Amboi...bukan main lagi dia kalau bab nak menjodohkan orang.”
“Okay what, Asrar tu handsome...sesuai dengan kau yang cantik jelita ni hehe.” Ujar Rina sambil ketawa kecil. Nuril hanya menjeling ke arah Rina.
“Macam-macamlah kau ni. Bila plan nak keluar tu?”
“Erm, nanti aku bagitahu semula, nak kena tanya Asrar dan Remy. Apa-apa nanti aku update kat kau.”
“Kau nak tunggu jejaka hari tu ke? Hehe.” Sambung Rina lagi, dia ketawa sambil menutup mulutnya.
“Eeii.. Rina...” Marah Nuril dengan nada suara yang lembut.
“Aku tak takutlah kau marah. Kau marah tu lembut sangat hahaha.” Rina mengusik lagi. Laju sahaja tamparan tangan Nuril hinggap di peha Rina.
“Adoi! Yang ni berbisa!” jerit Rina.
“Ha! Padan muka.” Jeling Nuril lalu dia menjelir lidah mengejek ke arah Rina.
“Hahaha... Kau ni, sakit tau. Kau jelirlah lagi. Aku nak ambil gambar, nanti aku nak hantar pada jejaka misteri tu.”
Amboi! Mencabar ye! Nuril geram dengan usikan Rina. Lalu dia menjelirkan lidahnya berkali-kali pada Rina. Sengaja Nuril berbuat begitu kerana pada pendapatnya mana mungkin Rina mengenali jejaka tersebut. Rina kemudiannya dengan selamba mengambil gambar Nuril yang sedang menjelirkan lidahnya itu menggunakan telefon bimbitnya.
“Hahaha. Janganlah marah Cik Nuril Awra. Aku suka mengusik kau.” Kata Rina cuba mententeramkan keadaan.
“Ish...malaslah aku layan kau. Aku nak pergi mandi. Baik kau delete balik gambar aku tu.” Pesan Nuril sebelum meninggalkan Rina di ruang tamu sendirian. Rina masih tersengih memerhatikan gambar yang dirakamnya tadi.
Nuril...Nuril...hehe. Nasib kaulah sebab dapat kawan yang suka menyakat macam aku ni. Hihi..
*****
“Makcik Has! Mana along punya songkok?” Adwa bersuara setelah beberapa kali dia menjenguk di dalam bilik untuk mencari kotak songkoknya.
“Huh?! Tak ada ke? Makcik letak sekali dengan barang-barang hantaran kamu yang lain. Kejap makcik tengok.” Balas Haslina iaitu ibu saudara yang menjaga Adwa dan Nuril ketika mereka kecil dahulu.
Haslina menjaga mereka sejak kedua ibu bapa mereka meninggal dunia dalam satu kecelakaan jalan raya sehingga mereka habis sekolah menengah. Kemudian Haslina terpaksa berpindah ke Sarawak atas urusan kerja. Ketika dia berpindah Adwa sedang menuntut di IPTA manakala Nuril baru selesai menduduki SPM.
Perancangannya, dia ingin membawa Nuril bersamanya namun Adwa menghalangnya. Kata Adwa, dia tidak mahu terpisah jauh dari adiknya. Puas Haslina memujuk Adwa namun Adwa tetap berkeras tidak membenarkan dia membawa Nuril bersama. Haslina akhirnya akur dengan keputusan Adwa walaupun dia sangat bimbangkan anak-anak saudaranya itu.
“Hmm, mana pulak perginya?” Haslina mengintai kotak-kotak yang berada di dalam bilik tersebut.
“Tak ada kan?” tanya Adwa.
“Ha ah lah. Tapi seingat makcik.. makcik letak dekat sini semalam.”
“Aiish, mana pulak perginya?” Adwa sudah sedikit gusar. Dia mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Seketika kemudian, Nuril masuk ke dalam bilik tersebut dengan kotak ditangannya. Terkebil-kebil dia memandang ke arah Adwa dan Haslina.
“Kenapa ni?” soal Nuril seusai melihat riak wajah Adwa dan makciknya sedang berkerut.
“La...songkok ada pada adik ke?” tegur Adwa apabila melihat songkok tersebut berada di tangan Nuril. Haslina hanya tersengih.
“Ha ah...adik ambil tadi untuk letak hiasan pada songkok ni.”
“Aduh...ingat dah hilang ke mana tadi. Jenuh pulak tak ada songkok. Kejap lagi majlis akad nikah dah nak mula.”
“Hehe...sorry. Nah, dah cantik dah songkok ni. Mesti handsome kalau along pakai.” Nuril menghulurkan songkok tersebut kepada Adwa.
“Wah! Cantik...pandai kamu pilih kerongsang ni.” Ujar Haslina sambil menilik songkok di tangan Nuril.
“Cantikkan makcik hehe.”
“Terima kasih dik. Banyak tolong along buat persiapan.” Ucap Adwa sambil mengambil songkok yang dihulur oleh Nuril.
“Sama-sama...tapi adik nak upah. Hahaha.”
“Amboi. Nak upah apa?” soal Adwa tersengih.
“Apa-apa je yang berharga hahaha.” Nuril berseloroh.
“Tengok Awra ni makcik... Mata duitan.”
“Haha...apa salahnya sekali sekala kan Awra.” Haslina menyokong kata-kata Nuril.
“Ha..kan.. makcik pun setuju hehe.”
“Adoi...nak kena bagi upah jugak lah ni? Hmm, nanti along fikir upah apa yang sesuai.”
“Janji?” ujar Nuril.
“Ye...janji. Cuma bagi along masa je.”
“Yes...dapat upah. Hehehe.. bestnya.” Nuril berkata sambil ketawa kecil. Sengaja dia mengenakan abangnya.
“Hehe...kamu berdua ni. Dah, dah...cepat bersiap. Sekejap lagi nak kena gerak ke masjid. Nanti marah Tok Kadi kena tunggu lama.” Sampuk Haslina.
Mereka semua sudah berada di Ipoh Perak sejak semalam lagi. Mereka menyewa homestay berdekatan dengan rumah bakal isteri Adwa bagi memudahkan urusan majlis pihak pengantin perempuan.
“Hmm...kejap-kejap. Aku letak blusher sikit. Barulah berseri.” Ujar Rina dengan suara serak-serak basahnya pada Nuril. Rina turut serta pada majlis pernikahan Adwa memandangkan dia tidak dapat hadir ketika majlis di pihak lelaki nanti.
“Aissh, janganlah letak banyak sangat. Aku tak suka. Lagipun bukan aku yang nak kahwin pun hehe.” Rina menyolek wajah Nuril senipis yang mungkin. Dia sudah masak dengan perangai Nuril yang kurang menggemari solekan yang tebal.
“Wah! Dah cantik anak saudara pakcik.” Tegur Halim, suami kepada Haslina. Halim merupakan seorang askar pencen. Mereka berpindah ke Sarawak kerana Haslina yang bekerja sebagai seorang guru telah ditukarkan ke Kuching, Sarawak.
“Eh, pakcik. Hehe. Biasa-biasa jelah pakcik. Makeup nipis je ni.” balas Nuril.
“Erm, nanti turn kamu kahwin. Kamu makeup lah tebal sikit, barulah berseri hehehe.”
“Seri pengantin lainlah pakcik.” Sampuk Rina.
“Lain ke? Bukan sebab makeup ke?”
“Bukanlah pakcik. Seri penganti ada aura tersendiri. Tak makeup pun dah boleh nampak hehe.” Tambah Rina lagi.
“La...selama ni pakcik salahlah. Hahaha.” Sungguh memang dia tidak pernah mengambil tahu hal-hal berkaitan seri-seri pengantin ni.
“Hehe...sabar jelah pakcik ni.” Ujar Nuril sambil tersengih.
“Kak Rina. Umi pulak...cepatlah. Diaorang nak gerak dah sat lagi ni.” Sampuk Umi yang menunggu sejak dari tadi. Umi adalah sepupu Nuril, dia masih menuntut di tingkatan 4.
“Cepat-cepat...hehe.” ujar Rina pada Umi. Nuril beredar dari situ dan menuju ke cermin untuk membetulkan tudung yang dipakainya. Mereka memakai warna baju sedondon. Seusai bersiap mereka bergerak ke masjid untuk upacara akad nikah Adwa dan diikuti pula dengan majlis kenduri kahwin yang diadakan pada sebelah tengahari. Suasana agak riuh rendah dengan suara sanak saudara dan para tetamu yang hadir.
“Kak Awra. Abang tu kirim salam.” Ujar Fatteh sambil menunjukkan jarinya ke arah abang yang dimaksudkannya. Fatteh merupakan adik kepada Umi. Nuril memandang ke arah yang ditunjuk oleh Fatteh. Terkebil-kebil Nuril memerhati dari jauh, dia tidak dapat menangkap yang mana satu lelaki yang dimaksudkan.
“Fatteh kenal ke?” tanya Nuril.
“Wah, ada orang nak berkenalan.” Sampuk Rina.
“Tak kenal kak. Dia pesan suruh kirim salam je.” Fatteh kemudiannya berlalu pergi. Sedang Nuril memerhati ke arah sekumpulan lelaki yang yang ditunjuk oleh Fatteh tadi, salah seorang darinya menoleh ke arah Nuril lalu melemparkan senyuman. Lelaki tersebut dalam lingkungan umur tiga puluhan, berkulit sawo matang, rambutnya tersisir rapi, berhidung mancung dan wajahnya seperti berketurunan anak mami. Nuril tidak membalas senyuman lelaki terbabit. Dia kemudiannya mengalih pandangannya pada Rina yang duduk di sebelahnya.
“Tak nak berkenalan ke? Hehe.” Soal Rina. Nuril hanya menggeleng dan memberi isyarat mata pada Rina bahawa dia tidak mahu melayan orang yang tidak dikenalinya. Rina hanya tersengih mengejek. Dia faham sangat dengan perangai Nuril, dia seorang yang sangat susah untuk didekati, secara luaran dia nampak sangat mesra tapi untuk memiliki hatinya tidak semudah yang disangka. Sememangnya sangat bertuah pada mana-mana lelaki yang berjaya memiliki hatinya.
Rina teringat pada Haiqal, bekas kekasih Nuril. Pada pandangannya, lelaki itu sebenarnya tidak berjaya memikat hati Nuril secara total. Jika tidak mana mungkin Nuril meminta putus semudah itu.
“Hehe. Aku gurau je. Jom...abang kau panggil untuk bergambar tu.” Ajak Rina sambil menarik tangan Nuril.
Share this novel