“Doktor! Patient bed 10 desat!” pekik seorang jururawat selang beberapa katil dari Asrar.
“Huh?!!” Asrar tersentak. Dia adalah doktor oncall pada malam itu.
Pada ketika itu, Asrar sedang mengambil darah seorang pesakit. Jarum sudah pun berada dalam vena pesakit tetapi belum sempat lagi untuk dia menarik picagari tersebut. Asrar menjadi serba salah sama ada mahu meneruskan prosedur ataupun tidak.
“Tak apa doktor. Doktor pergilah tengok pesakit tu dulu, kejap lagi sambunglah ambil darah saya semula.” Kata pesakit yang sedang dicucuk tersebut.
Alhamdulillah! Ya Allah, aku bersyukur dapat pesakit yang memahami.
“Terima kasih pakcik. Kejap lagi saya datang semula.” Ujar Asrar lalu dia bergegas ke katil 10.
Setibanya Asrar di katil pesakit terbabit, dia mendapati pesakit tersebut sudah tidak bernafas, degupan jantungnya lemah, mukanya sudah pucat dan nadinya juga tidak dapat dirasai. Seketika kemudian seorang jururawat dan seorang house officer (HO) lelaki datang membawa troli kecemasan. Cardiac monitor dipasang, bag valve mask (BVM) ditekup dan Asrar terus memulakan CPR. Asrar menggunakan sepenuh tenaganya bagi menyelamatkan pesakit. Seorang lagi HO perempuan sedang mengepam BVM.
“Change!” ujar Asrar seketika kemudian setelah dia hampir kehabisan tenaga. HO lelaki tadi pula mengambil alih tugasan CPR.
“Prepare intubation set!” Pekik Asrar.
Beberapa orang jururawat bergegas membuat persediaan untuk intubasi. Intubasi diteruskan, dan dengan sekali percubaan, ETT telah berjaya dimasukkan. Asrar kemudiannya mengambil alih semula tugasan CPR selepas HO lelaki tadi sudah kepenatan. Keringat mula membasahi tubuh mereka. Adrenaline diberikan kepada pesakit namun jantung pesakit tidak menunjukkan sebarang tindak balas. Beberapa dos adrenaline diberi lagi namun jantung pesakit masih juga tiada tindak balas.
Ya Allah! Ya Allah! Kau selamatkanlah pesakit ni. Asrar berdoa di dalam hati.
Usaha mereka akhirnya menemui jalan buntu setelah hampir 45 minit berhempas pulas. Asrar akhirnya menghentikan CPR, pesakit masih tidak bernafas, jantungnya juga tiada degupan, pada cardiac monitor juga tiada bacaan dan anak mata pesakit juga tidak menunjukkan sebarang tindak balas terhadap cahaya.
“Time of death, 2.35am. Inna lillah waina ilahi rajiun... Allah lebih sayangkan dia.” Asrar mengumumkan waktu kematian pesakit tersebut. Dia akur dengan ketentuan Ilahi. Itulah saat yang paling banyak meninggalkan kesan dalam dirinya. Walau sudah lali dengan kematian pesakit yang dia hadapi hampir setia hari, namun dengan kematian inilah dia belajar erti untuk bersyukur.
“Mohon maklumkan pada waris pesakit.” Arah Asrar.
“Baik doktor.” Balas HO perempuan tersebut dan terus bergegas mendapatkan waris pesakit yang sedang menunggu.
Asrar kemudiannya melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhampiran kaunter jururawat. Dia tersandar kepenatan, jika dia adalah sebuah telefon pintar sudah tentu dia akan berbunyi untuk memberitahu bahawa baterinya sudah habis dan perlu dicaj segera. Asrar menarik nafas dalam-dalam bagi melepaskan lelahnya.
“Doktor.” Panggil seorang jururawat selang beberapa minit Asrar duduk di kaunter tersebut.
“Huh! Ye?” Balas Asrar.
“Blood taking.”
“Ya Allah. Hampir terlupa pulak saya.” Asrar bergegas bangun untuk menyambung tugasnya. Malam itu dia membantu doktor-doktor pelatih mengambil darah pesakit memandangkan mereka kekurangan staf.
“Maaf pakcik. Boleh saya ambil darah sekarang?” tanya Asrar.
“Hah...doktor. Boleh-boleh. Macam mana dengan pesakit tadi tu doktor?” tanya pesakit tersebut ingin tahu. Asrar menggelengkan kepalanya.
“Kami dah cuba sedaya upaya kami pakcik, tapi Allah lebih sayangkan dia.” Kata Asrar dengan nada yang sedikit terkilan.
“Inna lillah waina ilahi rajiun...” ucap pesakit tersebut.
“Tak apalah doktor. Ajal dia dah sampai, tak mungkin kita dapat menghalangnya. Semuanya dah tertulis, semuanya dah ditakdirkan. Sama juga dengan pertemuan kita, semuanya bukanlah kebetulan, semuanya sudah ditakdirkan.” Ujar pesakit tersebut sambil tersenyum. Asrar yang sedang mengambil darah pesakit tersebut hanya mendengar butir bicara yang dituturkannya. Asrar tersenyum.
Takdir yang tertulis...Pertemuan aku dengan Awra? Adakah dia takdir yang tertulis untukku? Awra pun ada sebut pasal takdir yang tertulis ni masa aku jumpa dia dekat pesta buku tempoh hari.
“Satu je dalam hidup kita ni doktor.. Kita kena percaya pada qadha dan qadar, inshaAllah kita akan redha.” Sambung pesakit itu lagi.
“Betul pakcik.” Asrar mengiakan kata-kata pesakit itu sambil tersenyum.
“Okay, dah siap ambil darah pakcik. Terima kasih pakcik sebab memahami dan bantu saya juga tadi.”
“Ish, pakcik tak tolong apa-apa pun doktor.”
“Pakcik tolong saya dengan menunggu untuk ambil darah. Dua kali pakcik kena cucuk dengan saya malam ni hehe.”
“Ala...pakcik tak kisah pun doktor.”
“Hehe..apa-apa pun terima kasih pakcik. Tenang hati saya dapat patient macam pakcik ni.”
“Ish, kamu ni hehe...” Asrar kemudiannya beralih ke katil pesakit yang seterusnya.
*****
‘Whatsapps group R-R-A-N’
‘Rina added Remy.’
‘Rina added 019-9xx xxxx’
‘You were added’
Nuril memerhati pada skrin telefon pintarnya. Dia membuka aplikasi whatsapps apabila ada notifikasi yang masuk. Nuril sedang membaca novel yang dibelinya sebelum ini di ruang tamu pada malam tersebut.
“Huh? Group apa pulak ni?” soal Nuril sendirian.
‘Rina : Assalam... korang, aku saje create group ni supaya senang kita nak berkongsi apa-apa.’
‘Rina : Tak ada orang lain, hanya kita berempat je dalam group ni. Rina, Remy, Asrar dan Nuril hehe.’
Aissh...macam-macam Rina ni. Nuril mengomel dalam hati lalu tersenyum sendirian. Secara tak langsung dia mengetahui nombor telefon Asrar.
‘Rina : Aku nak plan trip. Korang nak join tak? Kita-kita je.’
‘Asrar : Trip ke mana tu Cik Rina oii?’
‘Rina : Dekat-dekat sini je... Nak pergi berkelah.’
‘Remy : Berkelah??? Aku nak join..’
‘Rina : Amboi Remy, laju je kau ye.’
‘Remy : Hahaha..dah lama aku ajak Asrar tapi tak jadi-jadi lagi planningnya..’
‘Rina : Ye ke..’
‘Asrar : Uiit! Sabit nama aku pulak.. bukan tak mahu, tapi aku tak free lagi...’
‘Asrar : Kau pilihlah satu tarikh nanti aku tengok jadual kerja aku, boleh ke tak aku join.’
‘Rina : Alright.. Nuril?? Kau macam mana? Senyap je.’
‘Nuril : Aku follow je.’
‘Rina : Alright, apa-apa nanti aku update dalam group ni...’
Hmm, aku dah tahu nombor telefon Asrar. Maksudnya bolehlah aku mesej dia untuk minta maaf sebab aku guna nama dia hari tu huhu.. Aishh, tapi seganlah. Nuril berkira-kira untuk meneruskan niatnya.
“Hah! Kau kenapa?” sapa Rina tatkala melihat Nuril sedang termenung. Rina yang baru keluar dari bilik terus melabuhkan punggungnya disisi Nuril.
“Uish! Terkejut aku.” Balas Nuril tersentak.
“Berangan eh? Hehe.”
“Taklah. Aku tengah fikir sesuatu.”
“Kau tengah fikir apa Cik Nuril oii?” Tanya Rina.
“Erm, aku rasa aku nak kena minta maaf dengan Asrar lah.”
“Huh?! Kenapa pulak? Kau ada buat salah dengan dia ke?” tanya Rina hairan.
“Panjang ceritanya... Sebenarnya aku tak sengaja tersebut nama Asrar masa Haiqal datang ganggu aku tempoh hari.”
Rina mengerutkan dahinya, dia tidak faham dengan apa yang disampaikan oleh Nuril.
“Haiqal ganggu kau lagi? Tapi kau pendekanlah cerita tu. Kenapa kau guna nama Asrar?”
“Aku tak sengaja...tersebut nama dia...” jawab Nuril ringkas.
“Kejap...kejap...aku tak faham, cuba kau bagi hint sikit.” Kata Rina sambil mengerutkan dahinya lalu duduk menghadap Nuril.
“Hmm, Haiqal ganggu aku hari tu. Aku sampai office awal hari tu. Aku tak perasan bila dia masuk... Tak ada staf lain lagi masa tu. Kau tau tak bertapa takutnya aku...”
“Risau aku kalau dia buat sesuatu dekat aku... Aku cuba nak lari, tapi dia halang aku... Ish, seram aku bila teringat balik.” Sambung Nuril lagi.
“Berani betul dia.”
“Hmm..” Nuril mengangguk.
“Dia tetap nak suruh aku balik semula dengan dia.. aku serabutlah dia asyik ganggu aku. Dia kata dia tahu aku belum ada pengganti.” tambah Nuril lagi.
“Wah! Sampai ke situ. Risau pulak aku dengan kau.”
“Masa dia halang aku tu aku takut sangat dia bertindak di luar batasan. Aku sengaja kata dekat dia yang aku dah ada kekasih baru. Sebenarnya aku cakap macam tu sebab aku tak nak dia ganggu aku lagi, tapi lain pulak jadinya. Kau tahu, dia desak aku bagitahu nama kekasih aku tu... Aku cuak, gelabah sekejap.”
“Hah?! Ye ke? Sebab tu ke kau sebut nama Asrar? Hahaha.” Kata Rina saat mendapat tangkap apa yang cuba disampaikan oleh Nuril.
“Eeii, Rina...Kau janganlah gelakkan aku. Aku tak sengaja.. tengah aku dok fikir macam-macam nama dalam kepala aku ni... Sekali Haiqal jerkah aku, terpacul nama Asrar dari mulut aku ni. Ni mulut ni ntah kenapa nama Asrar yang disebutnya, padahal waktu tu aku tak terfikir pun nama dia.” Ujar Nuril sambil menepuk-nepuk perlahan mulutnya dengan tangan. Dia berbuat begitu kerana merasakan mulutnya yang bersalah pada ketika hari kejadian kerana dia tidak dapat mengawalnya. Rina masih ketawa.
“Hahaha...kau ni kelakarlah. Kau jadi jelah kekasih Asrar tu.” Kata Rina mengusik. Nuril menjeling ke arah Rina sambil mencebik.
“Hehe...tak payahlah nak minta maaf. Kau bukan sengaja pun.” Ujar Rina lagi.
“Tapi...aku tak sedap hatilah. Rasa bersalah.”
“Haishh, Nuril...Nuril. Sabar jelah aku dengan perangai kau ni. Benda kecil je pun. Tapi kalau kau nak minta maaf sangat, mesej jelah dia.”
“Aku seganlah.”
“La..pulak. Dah tadi kata nak minta maaf.” Kata Rina sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Nuril hanya tersengih.
“Asrar tu okay je..” tambah Rina lagi.
“Erm, nanti aku cari keberanian dulu. Hehe.”
“Ikut kaulah Nuril oii...” kata Rina lalu bangun menuju ke dapur.
Aishh! Aku nak mesej ke tak ni? Hmm.. Jantungnya berdegup laju, Nuril berdebar. Namun dia memberanikan dirinya untuk menulis mesej kepada Asrar. Jarinya menyentuh pada skrin telefon pintarnya lalu dia mula menaip.
‘Nuril : Assalamualaikum Asrar... Nuril ni..’
‘Nuril : Saya mengganggu awak ke sekarang?’ Setelah Nuril menghantar mesej tersebut dia menunggu seketika menanti balasan daripada Asrar. Beberapa minit kemudian Asrar membalas mesejnya.
‘Asrar : Waalaikumussalam..’
‘Asrar : Owh, Awra. Saya ingatkan siapa tadi. Saya tak sempat save nombor awak lagi tadi hehe.’
‘Asrar : Awra tak mengganggu pun..’
Asrar tersenyum saat membalas mesej daripada Nuril. Dia tidak menyangka Nuril menghubunginya terlebih dahulu. Ada terdetik dihatinya untuk berhubung dengan Nuril melalui whatsapps.
‘Nuril : Sebenarnya saya ada something nak bagitahu pada awak.’
‘Asrar : Owh, macam serious je bunyinya. Hehe.’
‘Asrar : Awra nak bagitahu apa tu? By the way boleh ke saya panggil awak Awra?’
‘Nuril : ? bunyi macam serious sangat ke?’
‘Nuril : Boleh je kalau awak nak panggil saya Awra. Tapi tak pernah lagilah kawan-kawan saya panggil saya Awra hehe.’
‘Asrar : ? gaya macam serious, sebab tiba-tiba. Tapi tak apa, saya sedia mendengar.. eh, bukan.. bukan, sedia membaca haha.’
‘Asrar : Owh, tak ada yang panggil awak Awra ye? Kiranya saya orang pertamalah yang panggil?’
Apa agaknya dia nak bagitahu aku ni? Musykil pulak. Asrar hanya menanti dengan sabar balasan dari Nuril.
‘Nuril : Untuk orang yang bukan dari family saya, awaklah orang pertama panggil saya guna nama Awra.’
‘Nuril : Sebenarnya saya nak minta maaf dengan awak.. sebab saya ada terrrguna nama awak baru-baru ni. Sorry..’
‘Asrar : Terguna nama saya? Hmm. Awra guna untuk apa tu? Kalau guna untuk benda baik-baik saya tak kisah pun, guna jelah. Kalau guna untuk benda yang tak elok.. nak kena marah ni..?’
‘Nuril : Alamak...risau pulak saya.’
‘Asrar : Hah! Ada buat benda salah ye? Hehehe.’
‘Nuril : Adoi.. macam mana nak tulis ek? Hmm.. panjang pulak nak tulis.’
‘Asrar : Hmm, kalau susah nak tulis. Kejap saya call.’
Huh?! Nak call. Alamak! Nuril cuak.
Seketika kemudian naik nama Asrar pada skrin telefon pintar Nuril. Nuril tergamam. Degup jantungnya mulai laju. Nuril masuk ke biliknya, dia tidak mahu Rina mendengar perbualannya dengan Asrar. Dia malu dan risau Rina akan mengejeknya nanti. Setibanya di bilik dia terus menjawab panggilan dari Asrar tersebut.
‘Errkk...hello.. Assalammualaikum..’ jawab Nuril dengan nada suara yang sedikit tersekat-sekat.
‘Waalaikumussalam...’ balas Asrar. Mereka kemudiannya terdiam seketika. Terasa sedikit janggal. Asrar tersengih sendiri, sengaja dia mendiamkan diri kerana ingin melihat reaksi Nuril.
‘Hehe.. kenapa Awra diam?’ Asrar bersuara sambil ketawa kecil. Dia boleh membayangkan pipi Nuril yang sudah kemerah-merahan.
‘Huh?! Erk.. sorry, sorry..ingatkan line tak okay tadi.’ Balas Nuril memberi alasan. Pipinya sudah mulai merah saat mendengar suara Asrar menegurnya.
‘Hehe..Bolehlah Awra beritahu saya apa yang panjang sangat sampai tak dapat nak taip tadi tu.’
‘Ehemm..hmm...’ Nuril berdehem untuk melegakan tekaknya yang sedikit kering dan bercampur dengan perasaan malunya.
‘Erm, okay...saya cerita dekat awak dari awal supaya awak tak salah faham.’
‘Alright..’ balas Asrar pendek. Tekun Asrar mendengar butir bicara Nuril. Nuril menceritakan apa yang berlaku pada hari kejadian. Hanya sesekali Asrar menyampuk.
‘Owh, macam tu. Dia memang selalu ganggu Awra lagi ke?’ Asrar menyoal.
‘Kadang-kadang. Saya minta maaf tau sebab tersebut nama awak sebagai kekasih saya...’ ujar Nuril dengan perasaan malu yang menebal.
‘Kalau nak saya jadi kekasih Awra yang betul-betul pun boleh hehehe.’ Balas Asrar selamba.
‘Huh??!!’ Bulat mata Nuril mendengar kata-kata Asrar, dia tergamam.
‘Awra? Erm...Awra, awak okay tak?’ soal Asrar apabila tidak mendengar apa-apa balasan dari Nuril.
Alamak! Aku silap cakap ke? Asrar mengomel sendiri di dalam hati.
‘Aa...?! Owh, saya okay.’
‘Erm...Awra, sorry kalau kata-kata saya tadi buat Awra tak selesa. Saya gurau je. He..’
Hmm, ye.. gurau. Itu perkataan yang paling sesuai buat masa sekarang. Asrar berfikir demikian untuk menyedapkan hatinya walau hakikatnya dia sudah pun jatuh hati pada Nuril. Dia ingin mendekati gadis itu. Namun dia tidak mahu gadis itu menganggapnya sebagai seorang lelaki yang cuba mengambil kesempatan.
‘Hmm, tapi...saya bagi kebenaran pada Awra untuk guna nama saya kalau ex Awra ganggu Awra lagi... atau pun ada mana-mana lelaki yang Awra tak suka yang ganggu Awra ke... Kalau nak call saya untuk menyamar sebagai kekasih Awra pun saya okay je hehe..’ pesan Asrar.
‘Huh?! Awak okay ke macam tu?’
‘Iye...apa gunanya kawan kalau tak boleh nak tolong. Betul tak?’ kata Asrar sambil tersenyum.
‘Awak pasti ke? Kalau saya guna nama awak untuk benda tak elok nanti macam mana?’ Nuril menyoal. Sengaja dia bertanya begitu untuk mendapatkan kepastian. Nuril tersengih.
‘Hmm...dengan perwatakan Awra yang macam ni. Saya yakin Awra tak akan buat benda-benda yang tak elok hehe.’
‘Eerrk..hehe.”
Adoi! Dia memang tau perwatakan aku macam mana ek? Walaupun baru je jumpa aku beberapa kali.
‘By the way, terima kasih awak.’ Ucap Nuril.
‘Sama-sama. Jaga diri awak tu, hati-hati selalu.’ Pesan Asrar. Dia risau jika terjadi apa-apa yang tidak baik pada gadis itu.
‘Aa..baik. Terima kasih sekali lagi sebab tak marahkan saya sebab terguna nama awak tu. Kalau tak saya asyik rasa bersalah je.’
‘Sama-sama. Small matter je tu, tak perlu nak rasa bersalah pun hehe.’
‘Hehe.. Erm, saya rasa saya minta diri dululah. Sorry sebab curi masa awak sekejap.’
‘Owh, tak apa. Lagi pun saya tak kerja hari ni sebab semalam saya dah oncall.’
‘Owh, mesti awak penat. Ganggu awak rehat pulak. Saya minta diri dulu ye.’
‘Okay, okay.’ Jawab Asrar pendek.
‘Bye awak.. Assalammualaikum.’
‘Waalaikumussalam.’ Seusai mematikan panggilan Asrar tersenyum sendirian.
Nuril merenung skrin telefonnya. Masih tergiang-giang lagi kata-kata Asrar di dalam kepalanya.
Jadi kekasih betul-betul? Huh? Huissh...Nuril, jangan perasan sangat. Dia bergurau je tu.
Happy reading.. thanks ;)
Share this novel