Bab 26

Romance Series 6062

Asrar : Assalammualaikum my princess ???? How was your day?
Nuril tersenyum membaca mesej yang baru diterimanya dari Asrar. Dia baru sahaja tiba di pejabat selepas keluar makan tengahari bersama Mia.
“Amboi! Senyum...sampai ke telinga.” Tegur Mia yang perasan riak wajah Nuril. Mia menekan butang lif untuk menuju ke tingkat atas.
“Aa...?! Hehehe.”
“Siapa tu? Boyfriend eh? Kau tak cerita lagi dekat aku apa yang kau nak cerita hari tu.” Rungut Mia. Mia memerhati Nuril yang sedang khusyuk membalas mesej tersebut.

Nuril : Waalaikumussalam awak ☺️. Hari saya baik-baik aje. Hari awak macam mana? Dah lunch ke?
Asrar : My day was hectic ????. Tapi saya tetap nak mesej dengan princess saya ni.
Asrar : Saya belum makan lagi, nak solat dulu then baru singgah beli makan sekejap.
Nuril : Ye ke? Hehe...kesiannya, kerja elok-elok. Awak pergilah solat, jangan skip makan tau.
Asrar : Aye..aye captain ???? Nanti kita sambung lagi.
Nuril : Alright doctor ????
Asrar : Haipp...don’t call me doctor ????
Nuril : You always be my doctor hehe.
Asrar : I want to be your prince... your prince charming ????????????
Nuril : ???? You already be my prince... Dah, dah...my prince, sila pergi solat and makan dulu.
Asrar : ???? hahaha... okay princess, nanti ada masa kita chat lagi.
Nuril : ???? Okay awak.
Nuril tersenyum ceria saat mengakhiri mesej tersebut. Walaupun mesej tersebut hanyalah beberapa ayat sahaja, baginya itu sudah cukup untuk membuatnya bahagia. Dia sedar bunga-bunga cinta dihatinya kepada jejaka itu semakin hari semakin mekar. Rindu. Ya, dia rindu. Ingin sahaja dia bertemu dengan jejaka itu dikala perasaan rindu bertandang namun dia masih mampu berfikiran waras dan masih mampu mengawal perasaannya.

“Amboi! Tak jawab soalan aku. Senyum sorang-sorang pula tu.” Tegur Mia sambil menjeling.
“Hahaha. Sorry Mia.”
“Boyfriend ke tu?” Soal Mia lagi. Nuril tersengih ke arahnya.
Apa aku nak jawab ni? Hmm...iyekan jelah. Complicated pula kalau aku nak terangkan. Hmm...

“Sengih pula. Jawablah.”
“Hehe. Ye, boyfriend. Puas hati?” Ujar Nuril sambil mengerling ke arah Mia dengan senyuman yang tak lekang dibibirnya.
“Wah! Senyap-senyap je kau ye! Aku gembira tau tengok kau happy macam ni. Kau kenal dia dekat mana?” Soal Mia ingin tahu. Setibanya di tingkat atas mereka melangkah masuk ke pejabat. “Rahsia. Hehehe.” Balas Nuril. Mia menjeling tajam ke arah Nuril.
“Hahaha...” Nuril ketawa, sengaja dia mengusik rakan sekerjanya itu. Seusai Mia masuk ke bilik mereka, Mia terpandang sejambak bunga ros merah di atas meja Nuril. Bulat matanya.
“Eh! Nuril. Ada bungalah atas meja kau.”
“Hah?! Bunga?!” Nuril terkejut mendengar kata-kata Mia, segera dia melangkah menghampiri mejanya. Nuril memerhati jambakkan bunga tersebut.
“Siapa pula yang kasi ni?” Soal Nuril.
“Entah, entah boyfriend kau yang bagi. Yang secret admirer tu pun entah-entah dia juga yang bagi.”
“Eh, tak mungkinlah. Aku dah tanya dia, dia kata bukan dia.”
“Owh, ye ke? Habis tu siapa yang bagi? Ros merah tandanya ‘saya cintakan awak’.”
Huh?! Cinta? Adoi, siapa yang bagi ni? Hari tu teddy bear perfume lepas tu dia bagi mug. Sekarang bunga pula? Nuril mengomel di dalam hati. Dia mencapai kad yang dilekatkan pada bungkusan bunga tersebut lalu membacanya.

Dear Nuril,
Another gift for you. Hope you love it.
From ~ Your secret admirer (J.M)

“Eh! Mia! Dia ada tinggalkan hintlah pada kad ni.”
“Huh?! Mana-mana?” soal Mia. Mia segera mendapatkan Nuril lalu dibacanya kad tersebut.

“J.M? Kau ada kenal siapa-siapa dengan nama ni ke?”
“Setahu aku, tak ada.”
“Cuba kau cari dalam contact phone kau.”
“Kejap.” Nuril mencapai telefon pintarnya lalu dia membaca satu persatu nama yang disimpannya dalam senarai kenalan di telefonnya. Namun begitu dia tidak menemui nama yang berkait dengan huruf J dan M.
“Tak adalah Mia.”
“Nama boyfriend kau? Bukan?”
“Bukanlah.”
“Hmm...tak apalah. Kita tunggu je dulu, mana tahu dia ada bagi hint lagi ke. By the way apa nama boyfriend kau? Hehe.”
“Huh? Hehe...Asrar.”
“Owh...Asrar. Mesti handsome ni. Dia kerja apa?”
“Dia kerja dekat hospital. Hehe.” Balas Nuril, sengaja dia tidak menjawab apa pekerjaan Asrar. Dia mahu Mia menekanya sendiri.
“Jururawat ke?” Soal Mia. Nuril menggeleng sambil tersengih.
“Pakar psychology?”
“Wow! Pakar...hehe.”
“Hah! Ni mesti doktor kan?” Teka Mia lagi. Nuril hanya tersengih bak kerang busuk, lalu dia mengangguk.
“Wah! Bukan kaleng-kaleng. Hehe. Sama macam abang kau. Tak lari jauh. Ke dia ni kawan
abang kau?”
“Hah?! Wah! Pandailah kau teka. Hahaha. Mana kau tahu ni?”
“Uishh! Betul ke? Aku agak je.” Soal Mia terkejut.
“Hehehe. Ha ah, dia kawan abang aku dan aku pun sebenarnya berkawan juga dengan dia dah
lama cuma kami je yang tak pernah berjumpa.”
“Huh? Macam mana pula tu?” berkerut kening Mia.

“Aku kenal dia masa zaman belajar lagi melalui kawan satu asrama aku. Tapi sebab kami belajar dekat universiti yang berbeza jadi kami susah nak berjumpa. Tapi memang aku tak pernah jumpa dia pun sepanjang kami berkawan, aku tau nama dia je masa tu hehe. Allah dah takdirkan aku tak bertemu dengan dia masa zaman belajar tapi Allah takdirkan aku bertemu dengan dia sekarang hehe.” Terang Nuril.

“Owh. Tapi okaylah sebab abang kau kenal dia.”
“Hehe...tulah, tak sangka.”

*******
Jauzan : Assalammualaikum Nuril...
Nuril menerima mesej daripada Jauzan. Berkerut seketika dahinya memikirkan siapa yang menghantar mesej tersebut. Nuril membaca semula mesej-mesej lama yang telah dia terima sebelum-sebelum ini dari nombor tersebut.

Eh! Ya Allah! Aku lupa nak save nombor dia ni. Adoi!

Nuril : Waalaikumussalam...
Jauzan : Awak busy ke hujung minggu ni? Jom keluar.
Nuril : Keluar? Nak pergi mana? Untuk apa? ????
Jauzan : Jalan-jalan & makan-makan.
Nuril : ???? Minta maaf awak, saya ada hal lainlah hujung minggu ni.
Berdosa ke aku menipu ni? Aduh.
Jauzan : Oo... ye ke, tak apalah kalau macam tu. Maybe next time.
Nuril : Sorry ye.
Jauzan : ???? it’s okay.

Aissh! Susah juga nak jumpa dengan dia ni. Jauzan berkata-kata dalam hatinya.
Nuril merenung pada skrin telefonnya, dia merasa bersalah kerana memberi alasan begitu pada Jauzan walhal dia tidak mempunyai apa-apa aktiviti pun pada hujung minggu tersebut. Sedang dia memikir apa yang perlu dia lakukan telefon pintarnya berdering, tertera nama Remy pada skrin telefon tersebut lalu dia menjawab panggilan itu.

“Hello. Assalammualaikum.”
“Hello. Waalaikumussalam. Nuril... office kau tingkat berapa? Boleh aku naik tak?”
“Kau dah sampai ke Remy? Office aku tingkat 4. Kau naik je lif ke tingkat 4.” Ujar Nuril. Hari itu merupakan hari temuduga Remy di syarikatnya bekerja.

“Alright. Aku naik sekarang.” Kata Remy sebelum mematikan panggilan. Nuril tersenyum sendiri.
“Siapa tu?” Soal Mia.
“Kawan aku. Dia interview hari ni.”
“Wah! Engineer interview tu ke?”
“Yup. Hehehe.” Seketika kemudian seorang staf bernama Suzy masuk ke bilik Nuril dan Mia.
“Kak Nuril. Ada orang nak jumpa.” Kata Suzy sambil tersengih. Suzy adalah staf pentadbiran yang bekerja di bahagiannya.
“Siapa tu Kak Nuril? Handsome! Hehe. Muka dia ada iras Bront Palarae.” Sambung Suzy lagi.
“Hah? Ye ke? Pelakon tu ke? Nak tengok. Nak tengok.” Mia menyampuk.
“Iye Kak Mia.”
“Kenapa kawan-kawan kau handsome-handsome belaka ni Nuril?”

“Ish! Korang ni.” Nuril tersengih lalu dia bangun dan menuju ke pintu bilik pejabatnya. Nuril menjenguk ke arah sofa berhampiran di luar biliknya. Sofa itu dijadikan tempat menunggu tetamu yang datang ketika berurusan. Dari jauh dia sudah nampak kelibat Remy yang sedang menunggunya. Dia tersenyum lalu berjalan perlahan menghampiri Remy.

“Hi Remy.” Sapa Nuril ceria. Remy membalas sapaan Nuril dengan senyuman.
“Besar juga ye office kau.” Tegur Remy.
“Hmm, besar. Hehe. Kau dah ready ke untuk interview? Kau nampak segaklah hari ni.”
“Aku nervous. Awal aku datang hari ni tau sebab nervous punya pasal. Bolehkan aku duduk sini?”
“Kau buat yang terbaik. Aku doakan semoga kau berjaya. Boleh je kau duduk sini dulu. Kau nak minum apa-apa tak? Boleh aku buatkan.”
“Ish! Tak naklah. Aku tak ada selera nak minum. Minum banyak-banyak nanti asyik nak ke tandas pula.”
“Hahaha. Kau ni.”
“Aku nervous ni.”
“Kau selawat banyak-banyak. InshaAllah okay.” Nuril tersenyum dengan gelagat Remy. Entah kenapa Remy jadi begitu sedangkan dia bukanlah seorang yang mudah gentar. Kemungkinan besar kerana dia berada dalam fasa tekanan yang terlalu lama dan perkara itu menyebabkan dia hilang sedikit keyakinan diri.

“Kau kena yakin dengan diri kau. Buat yang terbaik.” Nuril cuba memberikan kata-kata semangat.
“Thanks Nuril. Kau banyak tolong aku, untuk interview ni pun kau yang tolong.” Remy merenung ke arah Nuril yang duduk dihadapannya.
“Ish! Aku tolong hantarkan borang kau je pun.”
“Pertolongan sekecil tu pun aku hargai tau. Kau tak busy ke? Aku ganggu kau pula.” Ujar Remy yang baru tersedar dia mengganggu waktu bekerja Nuril.
“Huh? Owh, hari ni tak busy. Dokumen projek baru je settle semalam. Adalah waktu sengang sikit hehe.”
“Eh! Remy...aku dapat gift lagilah dari secret admirer tu. Hari ni dia hantar bunga pula dekat aku.” Sambung Nuril.
“Hah? Bunga?” Soal Remy sedikit terkejut. Nuril mengangguk.
“Tapi kali ni dia ada tulis huruf J dan M dalam kad tu.”
“J...M...? Asrar tahu tak kau dapat bunga ni?” berkerut kening Remy memikirkannya.
“Tak. Aku tak sempat beritahu pada Asrar lagi. Aku dah cari dalam contact list aku...aku tak jumpa pula nama sesiapa dengan huruf J...M... Eh! Kejap!” Nuril tersentak. Tiba-tiba terlintas sesuatu dikepalanya.
“Hah!! Kenapa?” Terkejut Remy dengan reaksi Nuril yang tiba-tiba.
“Eh! Aku baru perasan...Ya Allah!” Nuril bangun lalu dia berlari-lari anak menuju ke biliknya, dia mencapai kad yang diterimanya dan telefon pintarnya yang berada di atas meja. Dia kemudian keluar semula mendapatkan Remy.

“Ni. Kad tu.” Nuril menghulur kad tersebut pada Remy. Remy menelitinya lalu dia memandang ke arah Nuril yang sedang mencari sesuatu di telefonnya.
“Ni...nama yang baru aku save tadi.” Nuril menunjukkan telefonnya pada Remy.
“Siapa ni? Kau kenal ke?”
“Jauzan. Doktor Jauzan, kawan abang aku.”
“Huh? Kawan abang kau?” Nuril mengangguk.
“Aku baru je lagi kenal dia.”
“Erm...entah, entah Asrar pun kenal dia juga tak?”

“Owh. Tak terfikir pula aku. Tapi...kau agak-agak, dia ke yang bagi aku hadiah-hadiah tu?” Nuril bertanya pendapat Remy.

“Hmm, boleh jadi tapi kau tahu ke nama penuh dia?”
“Aku tak ingat. Dia ada bagi aku kad dia tapi aku tak ingat aku letak dekat mana hehe. Nantilah aku cari.”
“Huruf J tu kemungkinan besar boleh jadi dia. Cubalah kau tanya dia.”

“Nak ke dia mengaku?”
“Tak cuba tanya mana nak tahu. Tapi better kau beritahu Asrar dulu, boleh jadi dia kenal dengan Jauzan ni.”
“Hmm, okay. Nanti aku beritahu Asrar. Thanks for your advice.”
“Erm, Nuril. Aku turun dululah. Nak pergi daftar kehadiran.” Remy bangun dari sofa lalu melangkah menuju ke pintu keluar.
“Alright. Good luck! By the way kau nampak handsome hari ni. Hehehe.”
“Hahaha. Pandailah kau. Kau puji ke kau kutuk aku ni?”
“Eh, aku pujilah. Dua kali dah aku sebut kau nampak segak tau hehe. Semangat!” Nuril tersengih pada Remy yang melangkah keluar dari pintu dengan senyuman.

Hmm. Jauzan ke yang bagi aku hadiah ni? Kalau bukan dia macam mana pula? Patut ke aku tanya dia?

“Amboi...bukan main lagi. Kak Nuril ni selalu saya tengok dikelilingi oleh lelaki-lelaki handsome, jealous saya tau.” Tegur Suzy.
“Huh? Mana ada.”
“Eleh, jangan nak tipu. Saya selalu je terserempak dengan Kak Nuril dekat luar, Kak Nuril je yang tak perasan. Hehe.” Ujar Suzy. Terbeliak mata Nuril mendengar kata-kata Suzy.
“Hah?! Ye ke? Bila? Kenapa tak tegur?”
“Saja tak nak ganggu hehehe.”
“Bila kau nampak dia Suzy?” Mia tiba-tiba menyampuk.
“Erm, minggu bila ye? Ala...baru-baru ni, tak ingat minggu bila. Dekat kedai makan area Kampung Baru. Pagi... sebelum ni pernah nampak dekat mall. Hehe.” Makin terbeliak mata Nuril mendengarnya.

Alamak! Dekat mall tu dengan siapa pula? Adoi.

“Wah! Mesti dengan pakwe kau tu kan? Hehehe. Handsome tak Suzy?” Mia mencelah.
“Handsome sangat kak Mia. Macam nak terjatuh cinta dibuatnya hahaha.” Suzy berseloroh.
“Amboi budak ni!” Nuril menjeling pada Suzy. Mia hanya ketawa kecil.
“Hahaha. Akak, saya gurau je. Tapi saya tak tipu, mamat tu memang handsome. Hehe.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience